Anda di halaman 1dari 81

CTU 101

PRINSIP-PRINSIP
ASAS ISLAM
Analisis al-Quran

AL-TAKATSUR
Surah ke 102,mengandungi 8 ayat, diturunkan di
Makkah.
Asbabul NuzulAyat1-2:
Ibn Buraidah, diturunkan berkenaan dengan dua
kabilah anshar, bani Haritsah dan bani harits.
Kedua kabilah ini saling membanggakan diri atas
harta dan keturunan mereka. Mereka saling
menyombongkan diri dengan kekayaan dan pangkat
orang-orang yang meduduki jabatan paling tinggi.

Al-Takatsur maksud bermegah-megah.


Takatsur berasal dari perkataan Kasura yaksuru
taksir..
Makna banyak, bermegah2, menunjuk2.
Ayat 1-2:bermegah2 telah melalaikan kamu
Sampai kamu masuk ke dalam kubur
Surah ini diturunkan sebagai Peringatan dari Allah
kepada manusia agar jgn leka dengan kenikmatan
harta dunia dan anak-anak, gunakan harta yg
diberikan untuk bersyukur kepadanya.

Daripada Imam Ahmad meriwayatkan dari


Mithrahf, yakni Ibnu Abdillah bin asy-Syikhkhir
dari ayahnya, dia berkata : kami pernah
mendengar Rasulullah bersabda: bermegah-megah
telah melalaikan kamu, Anak Adam sering
mengatakan mali, mali, (hartaku2). Tidaklah kamu
mendapatkan dari hartamu itu kecuali apa yang
kamu makan lalu habis, dan apa yang kamu pakai
lalu lusuh atau kamu sedekahkan sehingga akan
terus mengalir?
Manusia sering ,memikirkan apa kebahagian yang
mampu diperolehinya,

Imam Bukhari meriwayatkan:


Ada tiga hal yang menghantar jenazah,
lalu dua di antaranya kembali sedang
satu lagi tetap bersamanya: jenazah
itu dihantarkan oleh keluarga, harta
dan amalnya, lalu keluarga dan harta
kembali pulang sedangkan amalnya
tetap bersamanya. diriwayatkan
oleh Muslim, at-Tirmidzi dan an-nasai.

Manusia sering gundah gulana dengan harta


mereka.
Manusia sering menginginkan benda yg
lebih, tidaklah memenuhi mulutnya
melainkan tanah (mati). Setelah itu barulah
terhentinya pencarian kekayaan. Manusia
sering mencari harta hinggalah dia mati

Ayat 3-4: janganlah begitu kelak kamu


akan mengetahui, kemudian janganlah
begitu, kelak kamu akan mengetahui
Imam al-Hasan al-Basri mengatakan ini
adalah ancaman atas ancaman.
Menjadi masalah kepada manusia yang tahu
bnyk perkara tetapi hanya melakukan
sedikit sahaja.
Dua kalimah ringan atas bibir tetapi berat
timbangan pahala, dan paling Allah cinta,.
Subhanallah walhamdulillah.

Ayat 5: janganlah begitu jika kamu mengetahui


dengan pengetahuan yang yakin.
Seandainya kalian mengetahui dengan sebenarbenarnya, nescaya kalian tidak akan dibuat lengah
oleh sikap bermegah-megah dari kekayaan.
Apa yang difirmankan oleh Allah sebagai Ilmu
yakin ialah: dimaklumkan kepada manusia ilmu
tentang balasan, syurga neraka, balasan dosa dan
pahala. Manusia rasa dan yakin tetapi belum
memiliki, belum melihat.

Ayat 6-7: nescaya kamu akan benarbenar akan melihat neraka jahim, dan
sesungguhnya kamu benar-benar akan
melihatnya
Ainul yakin: setelah kita melihat sendiri
dengan mata kepala di akhirat nanti.

Ayat 8: kemudian kamu pasti akan ditanyai


pada hari itu tentang kenikmatan
Pada ayat terakhir surah ini, manusia akan
ditanya oleh Allah secara pasti akan nikmat
yg ia perolehi. Bagaimana manusia
pergunakan.
Manusia akan ditanya tentang:
rasa syukur atas nikmat (sihat, keamanan,
rezki, dll) yang telah dianugerahkan oleh
Allah kepadanya.
Setiap perkara yang melebihi keperluan
akan disoal.

Pengajaran.
Allah mengkhabarkan bahwa bermegahmegahan merupakan kesibukan para
penghuni dunia, yang membuat mereka
lalai terhadap Allah dan hari akhirat,
hingga kematian menghampiri mereka
dan mereka masuk ke liang kubur, tetapi
roh mereka belum juga sadar dari
bermegah-megahan yang melalaikan itu.

Al-Ashr
Surah yang menduduki surah yang
ke103, turun di makkah sebelum
hijrah. Hanya 3 ayat sahaja.
Berkaitan ketetapan waktu dan umur
bagi kita.
Allah mengajar erti kehidupan kepada
manusia melalui surah al-Asr.

Surah yang pendek dan istimewa di sisi Allah.


Ada ulama yang mentafsirkan asr itu: masa.
Ada yang mentafsir sebagai waktu asar.
Bertepatan amalan orang arab jahiliyah yang suka
berkumpul selepas waktu asar untuk berbincang
kebaikan dan keburukan.
Dr Yusof al-Qaradhawi menjelaskan, Islam
sebenarnya terlebih dahulu menceritakan tentang
kepentingan masa. Barulah org kafir mengambil
perbicaraan yang penting tentang masa.
Al-Syahid Hasan al-Bana menjelaskan masa itu
adalah kehidupan. Berasaskan kpd ayat Allah di
sini. Allah menjelaskan kepada kita kepentingan
masa.

Abu Jahal, bekerja siang malam untuk


memadam nur yg dibawa oleh nabi,
bekerja siang malam untuk menghasut
masyarakat menolak dakwah Rasul
s.a.w..
Kebanyakan manusia dalam kerugian
melainkan mereka yang beriman,
beramal soleh dan berpesan dengan
kebaikan dan kebenaran dan juga
kesabaran.

Surah ini Allah menceritakan 2 pertalian


yang penting.
1- hablun minallah: melainkan orang yang
beriman dan beramal soleh
Iman mesti diikuti dengan amal.
kalu iman itu setakat mengetahui jadilah
manusia itu seperti syaitan, kerana syaitan
mengetahui tetapi tidak beramal. Kerana
takabbur. Ada kepentingan sendiri.
kena beriman,mengetahui,meyakini,beramal
soleh.

2- hablun minannas: dan nasihat


menasihati supaya mentaati
kebenaran dan nasihat mensihati
menetapi kesabaran
kena berpesan kepada manusia dengan
nasihat, kebenaran, kebaikan.
Kepentingannya ada jalinan
kemanusiaan. Kalau sekadar beriman
tiada hablun minannas tiada guna.

Contoh orang yang soleh yang buang kayu


dijalanan.
Iman itu berpuluh tingkatan paling tinggi
ialah shahadah.. Yang paling rendah iman
itu Salah satunya membuang sesuatu yang
menyakiti di jalanan. Kerana mengambil
kira, mengambil berat kesusahan yang akan
menimpa manusia yang lain.
Hidup di dunia bukan sahaja menjaga
hubungan dengan Allah semata-mata tetapi
kena jaga juga hubungan dengan manusia.

Kepentingan meletakkan niat yang


baik setelah bangun tidur berapa
banyak kebaikan yang boleh aku buat
hari ini.Can I do better.
Lakukan segala perkara dengan niat
yang baik, kerana Allah
Pokok pangkalnya niat. Niatkan
seglanya kerana Allah.

Pengajaran
1. Menjaga manfaat dari waktu. Diisi
dengan sesuatu yang bermanfaat dan
berguna.
2. Dengan tidak menyia-nyiakan waktu yang
ada.
3. Mengatur (me-manage) waktu dengan
baik.
4. Memilih waktu-waktu yang optima dalam
melakukan amalan-amalan soleh.

Al-Humazah
Surah ini diturunkan di makkah,
sebelum hijrah
Surah ini menekankan pembinaan
akidah dan akhlak. menduduki surah
ke 104. mengandungi 9 ayat.

Asbabu nuzul 1-2.


Utsman dan Abdillah bin Umar berkata:
kami mendengar bahawa kedua ayat ini
diturunkan berkenaan dengan Ubay bin
Khalaf , hartawan kafir Quraisy, ia selalu
mengejek Rasulullah dengan hartanya, ia
juga sombong , bahawa ia dapat hidup kekal
dengan hartanya.

Fenomena mengumpat yang dibenci Allah.


Ayat 1: kecelakaan bagi pengumpat lagi pencela,
Al-Humazah & Lumazah merujuk kepada beberapa
orang ketua orang kafir quraiys yang menentang
dakwah kepada nabi, yang bernama Al-akhnas bin
suraih dan Jamil bin amir ruqasyi, menunjuk2
harta dan merendah2kan rasul. Dengan
mengatakan muhammad orang miskin tiada harta,
kenapa Allah bagi kepimpinan kepada Muhammad.

Menurut ibnu Abbas: digelar Fuqaha


dikalangan sahabat.
Al-huamazah: al-taat, taat ini suka
mengkaji, memburuk2 seseorang dengan
menggunakan lidah.
Lumazah: perbuatan yang menunjukkan
dengan perbuatan jahat dengan anggota
badan. Pancaindera.
Ghibah: menceritakan keburukan kawan
kamu dengan ia tidak diketahuinya.
fitan, Fitnah: Mengatakan sesuatu yang
tidak ada pada kawan kamu.

Ayat 2-3: yang mengumpulkan harta


bagi menghitung-hitung, ia mengira
bahawa hartanya itu dapat
mengekalkannya.
Kebanyakan hartawan,(kafir).
berusaha untuk sihat dan jauh dari
penyakit. Mengumpul harta untuk
keperluan peribadi.sedangkan harta
amanah dari Allah.

Hanya amalan sahaja yang akan ikut


iaitu amalan baik,
Maksud firman,Dalam harta yang
Allah bagi selain zakat ada lagi
peruntukan untuk yg memerlukan iaitu
sedekah (wajib (zakat) dan sunat(kpd
rumah ank yatim).

Ayat 4-7: sekali-kali tidak!


Sesungguhnya Mereka akan
dicampakkan ke dalam Hutamah. Dan
tahukah kamu apa Hutamah itu? Iaitu
api neraka yang disediakan Allah yang
membakar sampai ke hati.
Manusia yang mengumpat akan di
masukkan di Hutamah.
Orang yang masuk di neraka org yang
kekal ada yang duduk sementara.

Orang kafir bertanya kepada orang


yang duduk sementara: kamu orang
beriman dulu kamu di dunia islam kan?
kenapa kamu duduk dalam neraka?
Mendengar kata-kata mereka Allah
murka, Kemudian Allah keluarkan
hambanya yang mengaku shahadah.
Hingga orang kafir terkilan dan
terperanjat. Allah katakan aku tidak
akan sia-siakan hambaku yang
mengucapkan kalimah shahadah.

Kemudian hamba ini masuk ke dalam


syurga dalam keadaan kurus kering
seperti tinggal tengkorak, setelah
masuk ke dalam syurga mereka diberi
nikmat dan hidup sihat semula.
Kemudian tinggal lagi dalam neraka
orang2 yang melakukan kejahatan
maksiat, mereka inipun akhirnya akan
dimasukkan ke dalam syurga

Ayat 8-9: sesungguhnya api itu ditutup


rapat atas mereka, sedang mereka diikat
pada tiang-tiang yang panjang.
Setelah habis orang yang mengaku dua
kalimah shahadah di siksa, seterusnya di
masukkan ke dalam syurga. Maka Allah
tutup neraka itu rapat. Yang tinggal
hanyalah orang-orang kafir yang mana
Allah telah berfirman kekal mereka
(orang-orang kafir) di dalamnya. Orang
kafir itu diikat dengan tiang-tiang yang
dibuat dari besi dari api. Mereka tidak
mati dan tidak juga hidup.

Pengajaran
Jauhi dosa mengumpat dan mengkeji,
terutama terhadap agama islam,serta Allah
dan rasulullah.
Balasan yang amat dahsyat bagi pengumpat
dan pengkeji.
Sentiasalah bertaubat dan minta ampun
dari segala dosa mudahan kita tergolong
dalam kalangan orang yang beriman dan
beramal soleh.

Al-fill
Turun sebelum hijrah (makiyyah).
Mepunyai 5 Ayatnya.
sebab turun: menceritakan tentang peristiwa yang
berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad.
Tentera Abrahah hendak meruntuhkan kabah.
Abrahah (dari Utopia, Habasyah negara Afrika, jd
gabenor di Yaman) marah terhadap perbuatan
seorang Arab yang telah membuang air besar
dalam Qulaisy (binaan yg dibina oleh Abrahah).

Abrahah pun marah dan bawa gajah dari afrika


ingin meruntuhkan kabah.. Dan dia merampas
unta2 orang arab. Lalu Abd Mutalib berjumpa
Abrahah untuk berbincang supaya melepaskan
unta. Abrahah terperanjat tengok Abd Mutalib(
krn kacak dan tampan) Abrahah berkata
kepadanya apa yang kamu minta aku akan tunaikan.
Kemudian Abd Mutalib menjawab, kami nak kamu
lepaskan unta2 kami. Abrahah dengan pantas
menjawab fikiran kamu ni sempit, aku ingat kamu
nk minta aku supaya jangan menyerang kabah!
Dengan tegas Abd Mutalib menjawab kami ini
hanya pemilik2 unta tetapi kabah ada Tuan yang
memeliharanya.

Kamu akan melihat tuannya akan


mempertahankan.Tetapi tidak sempat
menyerang Allah dah turunkan bala
kepada tenteranya. Inilah irhas
(perkara yg menyalahi adat yg
berlaku kpd setiap utusan Allah
sebelum ia dibangkitan menjadi Rasul)
kepada para Nabi dan Rasul.

Pengajaran
Setiap orang yang hendak
memusnahkan kebenaran, Allah akan
mengembalikan tipu daya mereka.
Berbalik mengenai diri mereka.
Kewajipan kepada kita untuk
memelihara tempat ibadah.

Al-Qurays
Diturunkan di Makkah, surah ke 106,
ada 4 ayat, merujuk kpd bangsa
quraisy, bangsa yang diturunkan
Khatimul Nabi.
Surah yang menceritakan nikmat2
yang Allah turunkan kepada bangsa
Quraisy,

Asbabul nuzul 1-4


Ummu Hani binti Abi Tahlib.
Menjelaskan bahawa keempat ayat ini
diturunkan berkenaan rasulullah yang
suatu ketika bersabda Allah telah
melebihkan orang-orang Quraisy
dengan tujuh perkara, salah satunya
adalah diturunkan satu surah yang
menyebut mereka sahaja

Imam sayuti: ummu hani bin abi talib


rasulullah bersabda: bangsa Quraisy
diberi 7 nikmat.
1- nabi Muhammad dikalangan mereka
2- khilafah(kepimpinan)
3- menjaga kaabah
4- memberi minum
5- diberi pertolongan dari tentera
bergajah.

6- dikurnia nikmat menyembah Allah


selama 10 tahun
7-Disebut nama mereka dalam alQuran.
Quraisy: maksud, taqarush, ijtima;
berkumpul. Dimulakan oleh Qusai
berkumpul di kaabah, berbincang apa
yang mereka boleh lakukan.

Ada dikalangan orang quraisy ini


melakukan perjalanan dalam waktu2
dingin ke Kota Yaman dan musim
panas ke kota Syam untuk berdagang
dan keperluan lainnya
Orang quraisy juga merupakan bangsa
yang dihormati masyarakat lain,
mereka merasa aman apabila
berdagang dengan bangsa quraisy.

Makkah merupakan tempat bangsa


Quraisy.
Allah berfirman dalam surah al
Ankabut:67) maksudnya: dan apakah

mereka tidak memperhatikan bahawa


sesungguhnya kami telah menjadikan
negeri-negeri mereka tanah suci yang
aman, sedang manusia sekitarnya
rompak merompak.

Hendaklah bersyukur dengan nikmat Allah,


kerana Allah jadikan kepada mereka negeri
yang aman dan rumah yang suci.
sebagaimana Firman Allah aku hanya
diperintahkan untuk beribadah kepada
Rabb, negeri Makkah yang menjadikan suci,
kepunyaan Allah segala sesuatu dan aku
diperintahkan supaya aku termasuk orangorang yang berserah diri. (al-Naml: 91).

Surah ini mengingatkan kepada


bangsa quraisy dahulu dan umat hari
ini agar bersyukur denan nikmat
Allah.
Betapa banyak nikmat Allah berikan.
Adakah kita bersyukur.
Allah berikan banyak nikmat kepada
orang Quraisy tetapi sedikit sahaja
dari mereka yang bersyukur dan
mentaati Allah.

Pengajaran.
Mengesakan Allah dan beribadah
hanya untuk Allah.
Bersyukur dengan nikmat Allah.
Melakukan Sembahyang sunat dhuha
untuk meunjukkan sifat syukur dan
agar dipermudahkan rezki.

Al-Mauun
Asbabul nuzul 4-7:
Ibn Abbas memaparkan bahawa
keempat ayat ini di turunkan
berkenaan kaum munafik yang riya
melakukan solat jika berada ditengahtengah kaum muslim. Namun jika kaum
muslim tak ada mereka meninggalkan
solat. Selain itu mereka enggan
memberikan pinjaman kepada kaum
muslim.

Pengajaran

Orang yang mendustakan agama ialah:


1. orang yang menzalimi anak yatim
2. tidak mahu memberi bantuan/ makanan
kepada orang2 miskin
Orang yang mendapat kecelakaan:
1. Orang yang suka melambat2kan /
melenggahkan solat
2. Mereka yang lalai dalam solat akan
dicampakkan ke dalam Neraka Wil
3. Orang yang riyak/ menunjuk2 dalam amalan
dan ibadat
4. Orang yg enggan memberi pertolongan kpd
orang lain yg memerlukannya
5. Orang yang enggan membayar zakat.

AL-KAUTSAR

Surah makiyyah, 3 ayat.


Kausar: banyak kebaikan, perigi.
Muqatil:Kausar:
1- al-Nubuwwah, 2-al-Kitab, 3-Al-nahr.
Abd Abbas: al-Khairul Kasir, kebaikan yg
tidak ada titik noktah.
Abdullah Omar: sungai yg diberi kpd Nabi,
lebih putih dari susu dan lebih manis dr
madu.

Asbabul nuzul 1-3


Ibn Juraij menerangkan bahawa
ketiga ayat ini diturunkan berkenaan
dengan kaum kafir Quraisy yang, kala
Rasulullah bersedih putra beliau
wafat, bersukacita , sekarang
Muhammad menjadi sorang
Abtar(terputus Tali keturunannya.
(H.R Ibn Mundzir)

Allah turunkan surah ini untuk


mengukuhkan meletakkan nabi tinggi
di kedudukan lebih dari apa yg
digambarkan manusia pada masa itu.
Nabi akan diberi di akhirat nanti
sungai yang banyak kelebihan.

Pengajaran
Allah menjelaskan dari surah ini
kenikmatan yang banyak yang Allah telah
berikan kepada Nabi Muhammad.
Ikhlaskan diri dalam melakukan ibadah.
Sesiapa yang membenci Rasulullah atau
salah satu syariatnya maka ia terputus dari
kebaikan dan keberkahan.

Al-kafirun
Surah ini diturunkan di Makkah
Mengandungi 6 ayat.
Nabi disuruh menyatakan secara tegas
Islam bukan seperti agama mereka.
Orang arab mendakwa mereka menyembah
Allah melalui asnam (batu) dan ausan. (kayu).

Rahsia ayat ini diulang hikmahnya betapa


kita perlu melihat perkara ini secara terus
dan telus. Bagaimana cara hidup yg
dikehendaki Allah dan rasul.
Rasulullah menegaskan bahawa baginda
tidak akan menyembah apa yang mereka
sembah (perbuatan) dan mereka juga tidak
akan menyembah apa yang Nabi
sembah(penerimaan).

Ayat terakhir bagi kamu agama kamu


dan bagiku agamaku
Dalam ayat ini nabi menjelaskan aku
terlepas dari agama kalian dan kalian
terlepas dari agamaku.

Pengajaran
Menuntut erti pembersihan diri dari
beribadah kepada selain Allah. Dari
sudut sembahan atau perbuatan.
Keikhlasan diri hanya kepada Allah.
Sekali-kali kita tidak boleh
berkompromi dalam hal yg melibat
akidah.

Surah Al-Nashr
Surah yg ke 110, turun di Madinah, mengandungi 3
ayat.
Asbabul nuzul: Zuhri memaparkan bahawa saat
Rasulullah menakluk makkah, beliau mengutuskan
Khalid bin Walid untuk menyerang pasukan
Quraisy yang ada di luar makkah. Allah membuat
pasukan kafir itu terpukul mundur. Lalu Rasul
memerintahkan kaum muslim untuk meluncuti
senjata mereka. Kemudian baginda memaafkan dan
melepaskan mereka. Sehingga banyak dari mereka
yang masuk Islam.maka turunlah ayt ini.

Maksud ayat pertama ialah


pertolongan Allah kepada Rasulullah
untuk menguasai dan menakluk
musuhnya.
An-nashr adalah kegembiraan yang
besar kerana mendapat kemenangan.
Wal-fath adalah kemenangan. Di
dalam kemenangan adanya
pertolongan dari Allah.

Setelah mendapat kemenangan,


manusia berbondong2(beramai2)
masuk Islam, termasuklah orang
Yaman. Dan pelbagai pelusuk negeri.
Hal ini berlanjutan hinggalah tahun ke
9 hijrah.
Apabila terlihat keadaan ini allah
berfirman lagi maka bertasbihlah
minta ampun dari Tuhanmu.

Pengajaran.
Allah telah berikan kemenangan yang
besar kepada Islam.
Sesungguhnya janji Allah itu pasti.
Menjadi kewajipan kepada kita
memelihara dan memartabatkan Islam
di muka bumi ini.

Surah al-Lahab
Surah ini diturunkan di Makkah.
Mengandungi 5 ayat.
Asbabul nuzul:
Ibu Abbas meriwayatkan. Ayat ini diturunkan
berkenaan dengan Abu Lahab yang ketika
Rasulullah berdakwah kepada kaum beliau
di atas Bukit Safa, murka, celakalah kau
Muhammad! Apakah kau mengumpul kami
hanya untuk ini?

Rasulullah mengumpulkan kaum keluarga


dengan tujuan nk mengajak kepada agama
yang diredhai Allah, nabi berkhutbah.
Wahai kaum keluargaku sekiranya aku
katakan kepada kamu ada musuh yang nak
menyerangku adakah kamu percaya?
Mereka menjawab kami percaya. Baginda
teruskan lagi.. Aku diberi amanah dari
Allah untuk mengajak kamu kepada cara
hidup yang diredhai.. Maka muncullah Abu
Lahab.

Abu Lahab sentiasa kerja siang malam


nk tiup api untuk menghancurkan apa
yang dibawa oleh Rasulullah.
Apabila dia melihat ramai memeluk
Islam dia berkata kalau lah apa yang
Muhammad bawa ini betul aku akan
menebus syurga Allah dengan
hartaku. Lalu Allah berfirman. Ayat
2-3.

Tidaklah berguna harta bendanya dan


apa yang telah ia usahakan. Kelak dia
akan masuk ke dalam api neraka yang
bergejolak..

Ayat ini juga diturunkan berkenaan


isteri Abu Lahab.menurut Yazid bin
Zaid menegaskan bahawa ayat ini
berkenaan isteri Abu lahab iaitu
Ummul Jamil yang setiap hari
menebarkan duri di tempat yang
dilalui Rasulullah.

Abu Lahab dan Isteri akan masuk neraka.


Isteri nya nama Arwa bint Harb. Seorang
rupawan. Jelita dari bani Quraisy.
Ummu jamil suka buat perkara pelik, yg tak
beri faedah untuk dirinya, hanya fikir nk
sakiti hati nabi, antaranya meletakan duri
di laluan Nabi.

Ummu Jamil juga mempunyai kalung


yg sgt mahal, aku akan jual dan
belanjakan apa yg aku perolehi untuk
menentang Muhammad.
Allah turunkan ayat ini, Ummu jamil
mencari Nabi, tapi dia tak nampak
nabi dia berkata mana sahabatmu
yang mengeji aku dalam al-Quran

Kedua2 mereka ditetapkan menjadi


penghuni neraka.
Di leher Ummu jamil ada kalung (tali)
yang di buat dari sabut yang dipintal.

Pengajaran.
Hukuman yang sama akan ditimpakan
kepada manusia yang cuba menentang
rasulullah.
Surah al-Lahab adalah bukti al-quran
memiliki mukjizat yang hakiki.

Surah al-Ikhlas
Surah ini diturunkan di Makkah.
Mengandungi 4 ayat.
Surah yg istimewa, membacanya
menyamai kita membaca 1/3 al-Quran.

Asbabul Nuzul
Ubay bin Kaab menjelaskan, bahawa
keempat ayat ini diturunkan
berkenaan dengan kaum musyrik yang
suatu ketika berkata kepada
Rasulllah, Hai Muhammad, jelaskan
kepada kami silsilah Tuhanmu (H.R
Tirmidzi, Hakim dan Ibnu Khuzaimah).

Surah ini walaupun pendek. Tetapi


mempunyai penegasan yang tegas
berkaitan aqidah.
Allah tidak sama dengan sesuatu.
laisa kamislihi syai.
Al-Samad: tempat untuk
pergantungan makhluk dalam segala
urusan hidup dan kematian.

Lam yalid walam yulad


Beranak dan diperanakan adalah sifat
makhluk, ayat ini menafikan Allah
bukan seperti makhluk.
lam yakun lahu kufuwan ahad
Allah tidak sama sekali dengan apa
sahaja yang manusia gambarkan.

Pengajaran
Surah ini merupakan landasan
keikhlasan yang sempurna kepada
Allah.
Maha suci Allah dari sebarang
perupamaan.

Surah Al-Falaq
Surah ini diturunkan di Makkah.
Mengandungi 5 ayat.
Falaq bermaksud Subuh. Atau makna
yang lebih umum setiap apa sahaja
yang muncul pada waktu subuh.

Dan juga minta lindung dari kejahatan


malam apabila gelap gelita, kerana
pada waktu malam penuh dengan
ketakutan.juga berbagai bahaya
seperti binatang buas, kejahatan
manusia seperti kecurian dan
sebagainya.

Ayat keempat menjelaskan mohon


perlindungan dari Allah dari
kejahatan wanita2 tukang sihir yang
menghembuskan pada buhul-buhul.
lazimnya ahli2 sihir banyak
menghembuskan tiupan sihir mereka
pada manusia antara waktu malam
hingga subuh.

Surah ini menerangkan kepada kita supaya


meminta perlindungan dari Allah dari
segala kejahatan makhluk-Nya.
Ayat kelima, minta lindung dengan Allah
dari kejahatan orang yang dengki..
Dengki ialah sifat seseorang manusia yang
benci terhadap oang lain kerana mendapat
nikmat Allah.

Pengajaran
Hanya Allah pelindung dari segala
kejahatan jin dan manusia.
Hendaklah sentiasa memohon kepada
Allah agar sentiasa diberi kesihatan
dan keselamatan.
Berusaha, berdoa dan tawakkal.

Al-Nas
Surah ini diturunkan di Makkah.
Mengandungi 6 ayat.
Asbabul Nuzul: Ibnu Abbas berkata: Suatu
hari Rasulullah sakit. Setelah diselidiki
kedua malaikat yang menjenguk baginda,
ternyata baginda terkena sihir Labid bin
Asham, seorang Yahudi , sihirnya berupa
gulungan rambut yang terdiri atas sebelas
buhul pada seutas tali.

Maka Allah memerintahkan baginda


agar membaca dua surah ini (al-falaq&
al-Nas). yang terdiri 11 ayat. Setiap
satu ayat dibaca , lepaslah buhul tali
pada gulungan rambut itu. Selesai
menbaca kedua surah ini. Badan
baginda pun sihat kembali.

Surah ini menjelaskan Allah mengajar


nabi meminta perlindungan daripada
Allah. Minta lindung dengan tuhan
yang memelihara dan menjaga
manusia, Allah tuhan raja sekalian
manusia, sembahan manusia (tauhid
Uluhiyyah). dari kejahatan bisikan
syaitan yang bersembunyi.

Khannas: jin yang masuk dalam hati


manusia dan memperdayakan manusia.
Jin masuk dalam diri manusia dan
berjalan melalui perjalanan darah.
Jin ini sentiasa mengajak manusia
melakukan kejahatan.

Pengajaran.
Allah mengajar untuk mendapat
perlindungan kepada Allah dari
kejahatan jin dan manusia.
Beramal dengan dua surah ini (alFalaq dan al-Nas) sebelum tidur dan
apa jua keadaan.

Anda mungkin juga menyukai