Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH

KECEMERLANGAN PELAJAR
QUE
KETIBAAN PERASMI

ANN
Mengumumkan ketibaan,
Yang Berbahagia,
Dato Dr. Haji Salleh bin Haji Kalbi,
Kolonel (K),
Merangkap Bapa Angkat Sekolah SK Pekan Lahad
Datu,
Diiringi oleh dif-dif jemputan

Masuk ke dewan
NYANYIAN 3 BUAH LAGU (tidak perlu umum)
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian
sebentar itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.
PERSEMBAHAN TARIAN Dari Kedah ke Kuala Perlis
SEMBAH TAMU
Singgah bersantai di tepi jeti
Persembahan pembukaan memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur di hati.
Seterusnya, majlis mempersilakan,
Persembahan, Tarian Sembah Tamu. Dipersilakan.
(tarian tamat)
Majlis mengucapkan terima kasih. Persembahan
tarian sembah tamu itu tadi di bawah
pimpinan.

BACAAN DOA

Hadirin sekalian,
Lebat kemiri pohonnya rendah
Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat Yang Maha Esa

SALUTASI

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah


sama-sama kita mengaminkan doa yang akan diketuai
oleh
Yang dihormati, Ustaz Mohd Ajwadi Ahmad.
Dengan penuh takzimnya,dipersilakan.
Yang berbahagia,
Dato Dr. Haji Salleh bin Haji Kalbi,
Kolonel (K)
Merangkap Bapa Angkat Sekolah SK Pekan Lahad
Datu,
Yang berusaha,
En. Abd Salam Salinri,
Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang dihormati,
Puan Herminy HJ Shapawie,
Penolong Kanan Kokurikulum,
Yang dihormati,
Puan Norasmah HJ Muhammading,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Yang dihormati,
En. Sainuddin Panggi,
Penolong Kanan Petang,
Yang dihormati,
Puan Rohana Jaafar,
Penolong Kanan Pendidikan Khas,
Yang dihormati,
Encik Jefry Jalilul,
Yang diPertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Guru-guru Sekolah Kebangsaan Pekan Lahad Datu,
Dan Murid-murid yang dikasihi sekalian,

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


UCAPAN ALU-ALUAN MC Hadirin sekalian,
Dari Dewan Tun Haji Mustapha, mengalu-alukan
kehadiran hadirin sekalian ke
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR
BAGI TAHUN 2013.
Majlis pada hari ini akan menganugerahkan
penghargaan kepada para pelajar yang menunjukkan

kesungguhan dalam pelbagai bidang akedemik.


Justeru, adalah menjadi harapan kami warga pendidik
agar ianya menjadi tonggak bagi memulakan anjakan
pradigma dan pencetus revolusi dalam diri setiap
pelajar.
UCAPAN ALU-ALUAN
EN.SALAM

Tak molek, jika ada alu tida lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Hadirin sekalian,
Tirai majlis kita pada hari ini ajkan dimulakan dengan
ucapan alu-aluan. Untuk itu, majlis menjemput dan
mempersilakan,
Yang Berusaha, En. Abd Salam bin Salinri, Penolong
Kanan PentadbiranSekolah Kebangsaan Pekan Lahad
Datu untuk menyampaikan ucapan, dipersilakan.
(ucapan tamat)
Majlis mengucapkan terim kasih.
UCAPAN WAKIL PIBG
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Yang diPertua
PIBG SK.Pekan,Lahad Datu.Dengan itu, majlis
menjemput dan mempersilakan
Yang diHormati, En. Jefry Jalilul,
YDP PIBG untuk menyampaikan ucapan, dipersilakan.

UCAPAN PERASMIAN

(ucapan tamat)
Majlis mengucapkan terima kasih.
Hadirin sekalian,
Kalau tuan pikat kenari
Jangan patahkan batang jerami
Kepada tuan mandat diberi
Mohon disempurnakan majlis kami
Tidak lengkap sekiranya majlis tiada perasmi.
Kita teruskan lagi majlis kita dengan ucapan

perasmian. Untuk itu, majis menjemput dan


mempersilakan,
Yang berbahagia,
Dato Dr. Haji Salleh bin Haji Kalbi,
Kolonel (K) Merangkap Bapa Angkat Sekolah
Kebangsaan Pekan Lahad Datu untuk menyampaikan
ucapan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah
Kecemerlangan Pelajar 2013. Dipersilakan.
(ucapan tamat)
Sebagai tanda kenang-kenangan, majlis menjemput
Yang berusaha,
En. Abd Salam Salinri,
Penolong Kanan Pentadbiran,
Diiringi oleh,
Yang dihormati,
Puan Herminy HJ Shapawie,
Penolong Kanan Kokurikulum,
Untuk menyampaikan cenderamata kepada perasmi,
Yang berbahagia,
Dato Dr. Haji Salleh bin Haji Kalbi,
Kolonel (K) Merangkap Bapa Angkat Sekolah
Kebangsaan Pekan Lahad Datu dipersilakan.

PENYAMPAIAN
ANUGERAH
KECEMERLANGAN
PELAJAR
KATEGORI ANUGERAH
KHAS PRA SEKOLAH

Majlis mengucapkan terima kasih.


Melati kuntum rotan berhias,
Tumbuh melata di tepi kali
Anugerah cemerlang 2013
Murid cemerlang kita hargai

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Bagi tahun


2013 SK Pekan Lahad Datu pada hari ini akan kita
mulakan dengan Penyampaian Anugerah Khas Pra
Sekolah. Untuk itu, majlis sukacitanya menjemput,
Penyampai :
Diiringi oleh:
(baca senarai nama)

ANUGERAH KHAS
PENDIDIKAN KHAS

Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian


Anugerah Khas Pendidikan Khas,
Penyampai :
Diiringi oleh:

ANUGERAH PEMULIHAN
KHAS

(baca senarai nama)


Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian
Anugerah Pemulihan Khas
Penyampai :
Diiringi oleh:

PERSEMBAHAN ACTION
SONG

(baca senarai nama)


Hadirin sekalian,
Majlis kita akan dihiburkan dengan persembahan
Action Song yang dipimpin oleh Yang dihormati, Puan
Nancy Marius dan Yang dihormati, Puan Junaidah
Sarikul. Dengan itu majlis mempersilakan.

PEYAMPAIAN
ANUGERAH PELAJAR
MENGIKUT TAHUN

Hadirin sekalian,
Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian
Anugerah Kecemerlangan Pelajar MengikutTahun,
untuk itu majlis menjemput dan mempersilakan,
Penyampai :
Diiringi oleh:

PERSEMBAHAN KOIR

(baca senarai nama


Hadirin sekalian,
Majlis gilang gemilang ini akan diteruskan lagi dengan
persembahan koir. Untuk itu majlis mempersilakan.
(persembahan tamat)

ANUGERAH TOKOH
MURID
1. TOKOH MURID
2. TOKOH HARAPAN
3. TOKOH KOKURIKULUM

Untuk makluman semua, persembahan koir itu tadi di


bawah pimpinan, Yang dihormati, Puan Rudianie
Hashim dan Yang dihormati En.Nurullah Salatula.
Majlis mengucapkan terima kasih.
Tuan-tuan dan puan-puan,Majlis Anugerah
Kecemerlangan Pelajar kita pada hari ini akan
diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Tokoh
Murid Cemerlang. Untuk itu, majlis menjemput dan
mempersilakan,

4. TOKOH HAL EHWAL


MURID

Penyampai :
Diiringi oleh:
(baca senarai nama)

PERSEMBAHAN TARIAN
RAMPAIAN

Hadirin sekalian,
Majlis kita akan diserikan lagi dengan persembahan
tarian rampaian di bawah pimpinan Yang dihormati,
Puan Ainih Tamin dan Yang dihormati, En.Fadly
Yussof.
Dengan itu, majlis menjemput dan mempersilakan.
(tamat persembahan)

ANUGERAH KHAS
UNTUK GURU

Majlis mengucapkan terima kasih.


Hadirin sekalian,
Cemerlangnya anak, kerana kasih ibu dan bapanya,
Gemilang mereka, kerana didikan para gurunya
Majlis pada hari ini juga akan mengumumkan
anugerah khas untuk para guru, yang telah banyak
berkorban, jiwa dan raga demi anak watan. Untuk itu
majlis menjemput dan mempersilakan,
Penyampai :
Diiringi oleh:
(baca senarai nama)

ANUGERAH KHAS
KAKITANGAN SEKOLAH

Hadirin sekalian,
Pengantaraan urusan adanya mereka,
Indahnya sekolah kerana mereka,
Bantunya mereka sebagai pembantu setia,
Demi melihat warga yang sejahtera.
Pada hari ini, majlis juga akan menyampaikan
Anugerah Khas bagi Kakitangan Sekolah Pekan
Lahad Datu. Untuk itu, majlis menjemput dan
mempersilakan,
Penyampai :
Diiringi oleh:

PERSEMBAHAN MURID
TAHUN 6

JAMUAN & BERSURAI

(baca senarai nama)


Dari kedah ke bandar Perlis,
Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan akhir memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.
Hadirin sekalian,
Sebagai penutup tirai majlis kita pada hari ini, majlis
menjemput Murid Tahun 6 untuk membuat
persembahan mereka yang bertajuk
.
Dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka
tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis
mengundur diri. Saya Azman Azahar dan Abdul Hakim
menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf
sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara
sepanjang kami berbicara.
Terima kasih buat semua warga SK Pekan , rakan
guru, orang perseorangan yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung bagi menjayakan Hari
Anugerah kecemerlang Pelajar 2013.Sesungguhnya
kerja dan amal yang penuh dengan keikhlasan akan
mendapat ganjaran dan keberkatan dari Allah s.w.t.
InsyaAllah.
Akhir sekali terimalah 2 rangkap pantun dari kami
berdua

Pohon kenanga elok merimbun


Tersenyum si dara menyunting bunganya
Kami menghimpun maaf dan ampun
Wacana hidup berkat selamanya

Burung tekukur terbang rendah


Terbang bersama si burung murai
Saat ini saat penyudah
Tanda majlis melabuhkan tirai

Edit by : Cikgu Azman

Anda mungkin juga menyukai