Peraturan Permainan
Outdoor
1) Saintis Kampung
Isi air dalam botol menggunakan tangan.
Masa: 5 minit
Guru dikehendaki menceduk air daripada dalam baldi menggunakan tangan
Kemudian akan berlari dan memasukkannya ke silinder penyukat. Guru tersebut
akan berlari semula ke kumpulan untuk giliran guru berikutnya dengan cara pas
tangan. Sekiranya tempoh masih ada guru masih boleh meneruskan isian air.
Aras air yang tertinggi akan dikira sebagai pemenang. Sekiranya silinder
penyukat telah penuh sebelum tamat tempoh kumpulan tersebut dikira pemenang.
2) Aiskrim 1 Malaysia
Membuat aiskrim Malaysia
Masa: 5 minit
Guru secara berkumpulan berusaha membuat aiskrim Malaysia dengan kuantiti
sebanyak yang mungkin dalam masa 5 minit. Aras/Panjang minimum aiskrim
adalah mengikut tandaan yang telah dibuat. Aiskrim yang kurang dari tandaan
tidak akan dikira.
3) Bawang oh Bawang
Mengupas Bawang Kecil Menggunakan Tangan Kecil
Bilangan guli yang terbanyak dalam bekas telur akan dikira sebagai pemenang
5) Dragon Balloon
Lambung belon air mengikut jarak.
Peserta akan beratur mengikut jarak skitel yang telah diaturkan. Setiap kumpulan
dibekalkan dengan sebiji belon berisi air. Peserta pertama akan membaling belon
kepada perserta kedua yang perlu menyambutnya selepas wisel ditiupkan..
Kemudian peserta kedua akan membaling belon kepada perserta ketiga selepas
wisel ditiupkan dan seterusnya. Kumpulan belon yang pecah atau yang tidak
dapat disambut akan terkeluar dari saingan.
Pemenang akan ditentukan dengan jarak balingan paling jauh tanpa memecahkan
belon.
Indoor
1) Boom ke boom
Setiap kumpulan akan diberi nama Negara secara undian. Negara China akan
menyebut secara berkumpulan “ China bom china bom china bom to India bom”.
Negara India akan menyambut “ India bom India bom india bom to Negara lain
yang dia suka. Negara yang kene bom perlu peka dan menyambut secara serentak.
Kumpulan yang lambat atau tidak serentak menyambut sahutan akan tersingkir.
Kumpulan yang tinggal akan meneruskan permainan. Kumpulan yang 2 terakhir
akan dikira pemenang.
Setiap kumpulan perlu memilih di antara ahli kumpulan sebagai pemberi bayang
dengan cara melukis atau melakar senarai simpulan bahasa yang diberi . Masa
yang diberi untuk meneka adalah selama 5 minit. Kumpulan yang banyak meneka
dengan betul dikira sebagai pemenang.
3) “Goreng pisang”
4) Menyenaraikan perkataan lain dari perkataan yang diberi dalam Bahasa Melayu
Permainan ini di lakukan serentak secara berkumpulan , masa yang diberikan
selama 5 minit . Pemenang akan dinilai melalui perkataan lain yang tersenarai
dengan banyak .
5) Musang berjanggut
(Asingkan Bahan Yang Bercampur )
Permainan ini di mainkan secara berkumpulan . Setiap kumpulan perlu
mengasingkan bahan yang telah bercampur dalam bungkusan yang telah
diberikan. Setiap bahan yang telah diasingkan perlu dimasukkan di dalam
plastik yang tersediakan dan di letakkan di dalam dulang . Kumpulan yang cepat
dan dapat mengasingkan bahan tersebut dengan betul adalah dikira sebagai
pemenang.