Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS IPOH
JURNAL

Bilangan Jurnal
Minggu Praktikum

: Ke- _______
: ___________

Tarikh Peristiwa / Kejadian :_______________ HINGGA ___________


Tajuk Jurnal

Disemak oleh Guru Pembimbing


oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :..............................................
:..............................................
Nama
:..............................................
:..............................................
Tarikh
:..............................................
:..............................................

Disahkan

Tandatangan

Nama

Tarikh

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS IPOH
JURNAL

Bilangan Jurnal

: Ke- 2

Minggu Praktikum

: 01 APRIL HINGGA 05 APRIL 2013 (Minggu 2)

Tarikh Peristiwa / Kejadian :01 APRIL HINGGA 05 APRIL 2013


Tajuk Jurnal

: MASALAH PENGURUSAN MASA

1. Masalah /Peristiwa:
Pada hari Isnin (8 April 2013), saya menghadapi masalah pengurusan masa
yang tidak tepat sehingga menyebabkan objektif pengajaran saya tidak tercapai.
Ada kalanya, disebabkan masalah pengurusan masa yang kurang baik ini, ada
langkah yang tidak dapat dijalankan kerana masa tidak mencukupi. Terdapat aktiviti
yang telah dirancangkan dalam pengajaran dan pembelajaran tidak dapat
dilaksanakan kerana kekangan masa yang tidak mencukupi. Hal ini menimbulkan
masalah bagi saya kerana sukar untuk mencapai objektif yang ditetapkan,
khususnya objektif yang terakhir dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran
pada hari-hari tertentu. Ada kalanya, saya terpaksa memotong langkah yang terakhir
atau menyingkatkan fasa penstrukturan semula idea dalam rancangan pengajaran
harian untuk menjalankan langkah yang terakhir dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Kelas pada hari Isnin tamat agak lambat, iaitu tidak mencukupi lebih
kurang 5 minit. Keadaan ini menyebabkan saya terpaksa memendekkan masa untuk
refleksi. Masalah yang sama berlaku sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran di
Kelas 2B. Sesi pengajaran tidak ditamatkan mengikut langkah yang telah dirancang
dalam rancangan pengajaran harian.

Masalah pengurusan masa ini juga berlaku sewaktu saya menjalankan sesi
eksperimen bersama murid-murid Tahun 5 pada hari Jumaat. Fasa refleksi tidak
dapat dihabiskan dengan baik kerana masa yang lama terpaksa diperuntukkan pada
fasa pencetusan idea. Kebetulan eksperimen yang dijalankan pada hari tersebut
berlaku sedikit masalah iaitu gangguan dari segi fungsi radas yang digunakan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS IPOH
2. Analisis
Masalah pengurusan masa yang tidak mencukupi ini timbul kerana adakalanya
saya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik komputer dan
Makmal Sains. Jadi murid-murid mengambil masa lebih kurang 5 hingga 7 minit
untuk mereka bergerak, berkumpul dan masuk ke dalam bilik-bilik khas ini. Saya
juga terpaksa meminta wakil murid untuk memanggil beberapa murid lain yang
lambat hadir ke makmal atau bilik komputer tersebut.

Selain itu, masalah pengurusan masa juga timbul dalam menjalankan aktiviti
secara berkumpulan. Murid-murid akan meminta masa tambahan selama 3 hingga 5
minit bagi menjalankan aktiviti perbincangan selain menulis hasil perbincangan.
Tambahan pula , pada hari Jumaat lepas saya telah mengadakan eksperimen
berkaitan pendidihan. Jadi, masa yang lama diperuntukkan untuk mereka jalankan
aktiviti ini. Murid-murid juga akan meminta masa tambahan bagi aktiviti menulis
pelaporan eksperimen.

Selain itu, oleh kerana susun atur meja dan kerusi dalam makmal dan bilik
komputer berbeza dengan struktur di dalam kelas biasa, jadi murid-murid yang
berada di barisan belakang tidak begitu mengambil bahagian dan kurang
memberikan tumpuan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ada yang tidak
mendengar arahan guru dan bertanya beberapa kali tentang arahan yang diberikan.
Ada juga beberapa orang murid yang berada di belakang bermain-main dengan
peralatan

sains

sehingga

guru

terpaksa

mengambil

sedikit

masa

untuk

menenangkan mereka dan mendisiplinkan mereka.

Pada masa yang sama, minggu lepas murid-murid Tahun 2B terpaksa bertukar
kelas kerana kelas yang mereka biasa gunakan dinaiki air. Jadi, kelas yang
diberikan ialah kelas J-QAF. Susun atur meja di bilik ini menyebabkan murid-murid
kurang memberi tumpuan kepada pengajaran saya. Murid-murid yang berada di
barisan belakang tidak begitu mengambil bahagian dan kurang memberikan
tumpuan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS IPOH
3. Cadangan Tindakan Susulan
a) Saya perlu membaca buku-buku yang berkaitan dengan pengurusan masa
yang baik dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat
menguruskan masa dengan lebih sempurna.
b) Saya akan meminta kerjasama guru yang mengajar di kelas tersebut sebelum
waktu saya mengajar agar dapat mengarahkan murid supaya segera
bergerak ke makmal atau makmal komputer dan tidak berlengah dalam bilik
darjah tersebut.
c) Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu-waktu tertentu
terutama pada hari-hari yang terlibat dengan perhimpunan sekolah supaya
proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dengan masa
yang telah dirancangkan.
d) Saya akan pergi menjemput murid-murid di kelas mereka dan membawa
mereka ke bilik komputer jika PnP pada hari tersebut dijalankan di bilik
komputer.
e) Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak
melebihi masa yang telah ditetapkan, Saya akan sentiasa mengingatkan
pelajar tentang masa yang ada dan meminta wakil bagi setiap kumpulan
membuat

laporan

dalam

masa

yang

telah

ditetapkan.

Sekiranya

perbincangan menyentuh topik yang sama, saya akan memilih beberapa hasil
perbincangan yang terbaik sahaja untuk dibentangkan.
f) Saya juga tidak akan menjalankan aktiviti menulis terlalu banyak seperti
menetapkan aktiviti menulis yang tertentu sahaja. Untuk aktiviti menjawab
soalan, saya akan menukarkan aktiviti tersebut kepada menjawab soalan
secara lisan mahupun soalan objektif.
g) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing
dan pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru
pelatih.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS IPOH
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Tempoh masa untuk melakukan tindakan susulan bermula daripada 15 April
2013 sehingga 18 April 2013 iaitu selama satu minggu. Saya akan cuba mengatasi
masalah ini dalam tempoh seminggu. Pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi
memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah
ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu sesi pengajaran dan
pembelajaran yang telah dirancangkan tidak dapat berjalan dengan lancar dan
objektif tidak akan tercapai.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :.....................................

Tandatangan :..............................................

Nama

:...................................

Nama

:..............................................

Tarikh

:....................................

Tarikh

:...........................................

Anda mungkin juga menyukai