Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS IPOH
JURNAL

Bilangan Jurnal
Minggu Praktikum

: Ke- _______
: ___________

Tarikh Peristiwa / Kejadian :_______________ HINGGA ___________


Tajuk Jurnal

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :.........................................Tandatangan :..............................................


Nama

:..................................... Nama

:..............................................

Tarikh

:.......................................Tarikh

:..............................................

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS IPOH
JURNAL

Bilangan Jurnal

: Ke- 4

Minggu Praktikum

: 22 APRIL HINGGA 26 APRIL 2013 (Minggu 4)

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 22 APRIL HINGGA 26 APRIL 2013


Tajuk Jurnal
: MURID TIDAK MEMBAWA BUKU LATIHAN SEMASA
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)

1. Masalah /Peristiwa:
Pada minggu keempat yang lalu, saya mendapati ada beberapa orang murid yang
mempunyai tabiat tidak membawa buku latihan semasa sesi P&P saya. Setiap kali
hendak melakukan aktiviti menulis, murid yang sama tidak akan membawa buku
latihan ke sekolah. Apabila disoal mengenai sebab, murid itu hanya menjawab lupa
membawa buku latihan ke sekolah.
Ada juga murid-murid lain yang tidak sengaja meninggalkan buku latihan di
rumah. Jadi alasan mereka boleh diterima. Akan tetapi, masalah tidak membawa
buku latihan ke sekolah ini tidak boleh dipandang remeh oleh guru. Hal ini kerena,
jika masalah ini diam bil mudah oleh guru, murid-murid yang lain juga akan terikut
dengan sikap murid-murid yang tidak bertanggungjawab ini.
2. Analisis
Setelah dianalisis, saya dapati bahawa murid-murid yang kerap lupa membawa
buku latihan ini sebenarnya tidak menyiapkan latihan kerja rumah yang diberikan.
Oleh kerana selalu tidak membawa buku latihan kesekolah, buku latihan murid
tersebut langsung tidak lengkap. Semua latihan yang saya berikan tidak disiapkan.
Saya ada meminta murid-murid berkenaan untuk membuat latihan di kertas yang
lain dan menampalkan latihan tersebut kedalam buku latihan tersebut. Akan tetapi,
murid-murid tersebut tidak berbuat demikian menyebabkan buku latihan mereka
tidak lengkap seperti murid-murid yang lain.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS IPOH
Ada juga murid-murid yang tidak membawa buku latihan kerana mereka tidak
tahu di mana buku latihan mereka berada. Dalam erti kata lain, buku latihan mereka
telah hilang. Sementara yang lain, ada juga yang tidak sengaja meninggalkan buku
latihan mereka di rumah. Ada beberapa orang murid yang mendengar kata dengan
membuatl atihan yang diberikan dalam kertas lain dan menampalkannya ke dalam
buku latihan asal. Akan tetapi, akibat terlalu membiarkan murid itu tanpa kawalan,
murid tersebut langsung tidak mengambil kisah mengenai buku latihannya.

3. Cadangan Tindakan Susulan


a) Meminta semua murid untuk menghantar buku latihan setiap kali selepas
proses PdP.
b) Menyediakan senarai nama dan menyemak nama murid yang tidak
menghantar buku latihan setiap kali diminta.
c) Membuat pertandingan iaitu murid yang menghantar buku terbanyak akan
diberikan hadiah dan murid yang tidak menghantar buku lebih dari tiga kali
tidak akan diberikan apa-apa ganjaran.
d) Menyemak hasil kerja murid setiap kali selepas sesuatu latihan diberikan.
e) Guru memberikan peneguhan negatif kepada murid yang tidak menghantar
buku latihan dengan menambahkan kerja rumah mereka.
f) Selain itu, saya juga akan memberitahu murid-murid bahawa saya akan
memberikan ganjaran kepada murid-murid yang tidak nakal, aktif dalam
aktiviti pembelajaran serta menjawab soalan dengan betul.
g) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing
dan pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru
pelatih.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS IPOH
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu .Kawalan
kelas yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan
pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah
tentu sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancangkan tidak dapat
berjalan dengan lancar.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :.....................................

Tandatangan :..............................................

Nama

:...................................

Nama

:..............................................

Tarikh

:....................................

Tarikh

:...........................................

Anda mungkin juga menyukai