Anda di halaman 1dari 3

Greek Classic/ Yunani Klasik – 800 B.C ke 100 A.

D
1. Bangunan 2. Arca 3. Dewa-dewa 4. Keserupaan

1. Sepanjang 700 tahun, antara 500 B.C ke 100 A.D timbul budaya di Semenanjung
Yunani yang tinggi yang berpusat di Kota Athens. Kegemilangan ini
dilambangkan oleh bermulanya Sukan Olimpik yang pertama pada tahun 776
B.C. Dalam sukan inilah, maka tubuh manusia itu mulai dihargai sebagai satu
bentuk yang wajar diabadikan di dalam seni khususnya seni arca. Maka, dalam
seni arca dan juga seni bina beberapa konsep Yunani Klasik terjelma.
2. Konsep-konsep tersebut :
i. Konsep bahawa manusia itu adalah seorang individu yang amat dihargai.
Manusia itu adalah sumber untuk membina masyarakat yang kuat dan
berani dalam peperangan, rajin dan tekun dalam keamanan. Dia
mempunyai fikiran yang boleh menentukan nasib untungnya dan
mempunyai jasad yang boleh mengusahakan segala rencana yang
dirancangkan. Oleh yang demikian, intelek dan badan itulah yang menjadi
sumber kecantikan dalam seni.
ii. Bahawa adanya kesempurnaan atau perfection dalam segala bentuk
penciptaan akal agar badan, bakat serta cita-cita boleh diperbaiki,
diperhalusi, dipertajamkan sehingga menjadi sempurna. Manusia itu lahir
serba tidak sempurna dan dia bertanggungjawab untuk mencapai
kesempurnaan melalui latihan, ulangan dan pembetulan. Kesilapan adalah
dianggap sebagai pengajaran yang amat berguna. Sebab kesilapan itu
membuat manusia sedar dan insaf.
iii. Memanusiakan dewa dan mendewakan manusia. Imej para dewa
menyerupai manusia itu adalah disebabkan oleh kepercayaan bahawa
manusia dan dewa itu sama rata, senasib, dan seperjuangan. Perasaan
cinta, berahi, marah, bengis, dendam dan kasihan dirasai oleh dewa dan
manusia. Dewa boleh menentukan nasib dan manusia pula boleh
menentukan nasib dewa. Saling bantu membant, musnah memusnah.
Bezanya, manusia itu mati tetapi dewa kekal selama-lamanya.
iv. Adanya The Golden Means (Jalan Tengah) ini adalah satu cara untuk
mengelak dari berlakunya tindakan atau pemikiran yang ekstrem atau
berlebih-lebihan dalam segala tindak-tanduk. Manusia itu bersikap
sederhana. Sebab keterlaluan itu membawa kepada padah kepada badan
dan otaknya. Yakni kedua-duanya yang menjadi milik asasi yang pertama.
Tiada masalah yang boleh dibereskan jika sikap manusia itu sederhana.
Mempertimbangkan pro dan kontra, mengambil jalan yang selamat yang
dipanggil jalan tengah itu.
v. Mengamalkan prinsip demokrasi yakni wakil rakyat dipilih melalui undi
untuk menjadi Senator atau Ahli Undangan di Dewan Senat. Yamg boleh
mengundi hanyalah warga Athems; yakni oreang-orang yang
bebas,bukannya banduan, abdi atau orang asing. Dalam Senat, rang
undang-undang yang mencapai kata sepakat. Oleh yang demikian,
hanyalah undang-undang yang mencapai kata sepakat yang diluluskan
termasuklah mendirikan bangunan dan mengarcakan dewa-dewa yang
dikira berguna pada masa itu.
Antara lukisan terlibat :
1. The Parthemon, 432 B.C.
2. The Barberini Faun (detail) Roman copy of a Greek original of C.220 B.C.
Marble, over lifesize. Glyphetothek, Munich.
3. Dying Gaul, Roman copy 230-220 B.C. Bronze original. Pergamum. Marble
lifesize Capitoline Museum, Rome.
4. The Realm of Beauty: Head of Alexander The Great by Lysippus. 330 B.C.
Instanbul Museum.
5. Discus Thrower (Discabolos)-Myron. 450 B.C. Munich Glyptotholl.

Istilah baru keserupaan disebut Realisme- cara berdiri (kaki kanan menampung)

6. Praxiteles, Hermes. 330 B.C – 320 B.C. Museum Olimpia.


7. Aphrodite of The Cnidians. 330 B.C. – Praxiteles. Vatican Museum.
8. Agesander, Athenodorus and Polydorus of Rhodes. The Laocoon Group
height 7. Veticans Museum, Rome.

Anda mungkin juga menyukai