Anda di halaman 1dari 16

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER : MEI 2013

HBSC 2103 :
CHEMISTRY

SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH )


DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG BAHASA MELAYU

MATRICULATION NO

731208125515001

IDENTITY CARD NO.

731208125515

TELEPHONE NO.

0138927731

E-MAIL

faudzi@oum.com.my

LEARNING CENTRE

OUM, TAWAU

HBSC2103 : CHEMISTRY

ISI KANDUNGAN
BIL

TAJUK

M/S

PENGENALAN

STUKTUR, IKATAN DAN SIFAT-SIFAT KIMIA

2.1 Stukrur Kimia

2.1.1 Jirim
2.2 Ikatan Kimia
2.2.1 Ikatan Ion
2.2.2 Ikatan Logam
2.2.3 Ikatan Kovalen
2.3 Sifat-Sifat Kimia
2.3.1 Bersifat Korosif
2.3.2 Bersifat Kausik
2.3.3 Bersifat Mudah Terbakar
2.3.4 Bersifat Mudah Meletup
2.3.5 Bersifat Racun
3

5
7
8
9
10
12
12
12
13
13
13

PENUTUP

14

BIBLIOGRAFI

15

HBSC2103 : CHEMISTRY

1.0

PENDAHULUAN

Dalam kehidupan seharian, kita sering menggunakan sumber-sumber asli untuk memenuhi
tuntutan keperluan seharian seperti minyak petrol dan getah tanpa memperdulikan bagaimana
sifat-sifat bahan tersebut. Persoalan-persoalan seperti bagaimana minyak boleh terbakar
sedangkan air tidak? Dan Bagaimana besi boleh berkarat sedangkan alumnium tidak? Tidak
pernah terlintas di fikiran kita sedangkan persoalan-persoalan inilah yang menjadi asas
kepada penerokaan bidang kimia.

Ilmu kimia adalah ilmu yang mempelajari mengenai komposisi dan sifat zarah bahan atau
jirim dari skala atom hingga molekul serta perubahan atau transformasi serta interaksi mereka
untuk membentuk bahan yang wujud setiap hari. Kimia juga merupakan bidang mempelajari
pemahaman sifat dan interaksi atom tunggal dengan tujuan untuk menerapkan pengetahuan
tersebut pada tingkat makroskopik. Menurut kimia modern, sifat fizik jirim umumnya
ditentukan oleh struktur pada tingkat atom yang pada gilirannya ditentukan oleh gaya antara
atom.

Kimia berhubungan dengan interaksi jirim antara dua zarah bahan atau antara jirim dengan
tenaga terutama dalam hubungannya dengan hukum pertama termodinamika. Kimia
tradisional melibatkan interaksi antara zarah bahan kimia dalam reaksi kimia yang mengubah
satu atau lebih zarah bahan menjadi satu atau lebih zarah bahan lain. Kadang-kala reaksi ini
digerakkan oleh pertimbangan entalpi seperti sewaktu dua zarah bahan berentalpi tinggi
seperti hidrogen dan oksigen elemental beraksi membentuk air, zarah bahan dengan entalpi
lebih rendah. Reaksi kimia dapat dimudahkan dengan suatu pemangkin yang umumnya
merupakan zarah bahan kimia lain yang terlibat dalam media reaksi tapi tidak dikonsumsi
(contohnya adalah asam sulfat yang memudahkan elektrolisis air) atau fenomena immaterial
(seperti radiasi elektromagnet dalam reaksi fotokimia). Kimia tradisional juga menangani
analisis jirim kimia baik di dalam maupun di luar suatu reaksi seperti dalam spektroskopi.

Manusia sebenarnya telah mengaplikasi proses kimia sebelum 500 BC untuk mengekstrak
logam seperti tembaga (copper) dan besi (iron) untuk membuat perhiasan. Mereka juga telah
mengetahui cara-cara untuk membuat seramik (ceramics) daripada tanah liat (clay). Walau
2

HBSC2103 : CHEMISTRY

bagaimanapun, mereka tidak dapat menjelaskan bagaimana proses kimia berlaku. 1700 tahun
seterusnya, sejarah kimia telah dikuasai oleh pseudo-sains dipanggil 'alchemy' (ahli sains
palsu). 'Alchemy' berasal dari perkataan Arab, 'al-kimiya' (seni yang bertukar-tukar atau
berubah-ubah).

Orang Yunani ialah bangsa pertama yang cuba menjelaskan mengapa berlaku perubahan
kimia terjadi. Mereka telah mengemukakan suatu teori bahawa semua bahan terdiri daripada
empat unsur asas iaitu api, air, tanah dan udara kira-kira 2400 tahun dahulu kala.Keempatempat unsur asas ini dipercayai saling berkaitan dan mempunyai ciri-ciri tertentu seperti
sejuk, panas, kering, dan lembap. Teori ini dikemukakan kerana keempat-empat unsur itu
amat penting dalam kehidupan seharian mereka pada masa itu.

Ahli kimia di Mesir percaya mereka boleh menukar logam yang murah seperti plumbum
menjadi emas. Usaha mereka tidak berjaya, tetapi sepanjang usaha tersebut mereka mendapat
penemuan baru bahan-bahan lain seperti merkuri (mercury), antimoni (antimony),
sulfur (sulphur) dan fosforus (phosphorus). Di samping itu juga, mereka turut berjaya
memajukan beberapa teknik manipulasi kimia. Selain itu, mereka juga telah mmempelajari
cara-cara untuk menyediakan beberapa asid galian (mineral acids) seperti asid sulfurik
(sulphuric), asid hidroklorik (hidrochloric) dan asid nitrik (nitric).

Asas kimia moden bermula pada abad ke-16 dengan perkembangan ilmu metalurgi iaitu ilmu
pengekstrakan logam daripada bijihnya yang dilakukan oleh seorang berbangsa Jerman yang
bernama George Bauer serta penggunaan mineral dalam ilmu perubatan oleh seorang yang
berbangsa Switzerland iaitu bernama Paracelsus. Sungguhpun begitu, ilmu kimia moden
(modern chemistry) pula dipelopori seorang lelaki berbangsa Inggeris bernama Robert Boyle.
Pada tahun 1661, beliau menulis sebuah buku yang berjudul 'The Sceptical Chymist'
yang memperkenalkan konsep moden unsur-unsur kimia (chemical elements). Unsur
(element) adalah bahan yang tidak boleh dipecahkan (broken down) kepada bahan yang
lebih ringkas dengan menggunakan proses kimia. Hasil pengenalan unsur ini, penerokaan
dalam bidang kimia semakin giat dilakukan oleh ahli-ahli kimia yang lain dan membawa
kepada penemuan unsur-unsur baru di dalam abad yang berikutnya.
3

HBSC2103 : CHEMISTRY

Berdasarkan pengertian dan sejarah pengilmuan kimia di atas, maka penulisan seterusnya
akan mengupas lebih lanjut mengenai kimia dari sudut stuktur, ikatan dan sifat-sifat bahan
kimia. Gambarajah-gambarajah turut digunakan untuk menjelaskan perkata tersebut.

2.0

STUKTUR, IKATAN DAN SIFAT-SIFAT KIMIA

Ilmu kimia (chemistry) ialah sains yang berkenaan dengan komposisi bahan-bahan, bentuk
asas jirim dan interaksi antara mereka. Ilmu berkenaan kimia amat penting dalam kehidupan
seharian manusia sama ada kanak-kanak, golongan petani, golongan guru dan sebagainya. Ini
disebabkan bahan kimia seperti ubat, kertas, bekas minuman, kicap, cuka dan racun sentiasa
berada di persekitaran kehidupan kita. Sebahagian bahan kimia boleh mendatangkan
kemudaratan kepada manusia. Oleh sebab itu, pengetahuan terhadap kimia perlulah
diperoleh. Antara ilmu kimia tersebut adalah stuktur, ikatan dan sifat-sifat kimia.

2.1

Stuktur Kimia

Suktur kimia merupakan geometri molekul, struktur elektronik dan struktur kristal molekul.
Geometri molekul merujuk kepada susunan ruang atom dalam molekul dan ikatan kimia yang
memegang atom bersama-sama. Geometri molekul boleh terdiri daripada yang sangat mudah,
seperti dwiatom oksigen atau molekul nitrogen kepada yang sangat kompleks, seperti protein
atau molekul DNA. Geometri molekul diwakili menggunakan formula struktur.

Struktur elektronik pula menerangkan kedudukan orbit molekul. Menurut Rocke, Alan J.
(1981), teori struktur kimia mula-mula dibangunkan oleh Aleksandr Butlerov yang
menyatakan bahawa bahan kimia tidak kelompok rawak atom dan kumpulan berfungsi tetapi
struktur dengan perintah yang jelas dibentuk mengikut yang valensi daripada pembentukan
atom. Lain-lain penyumbang penting ialah Archibald Scott Couper dan Friedrich Ogos
Kekule.

HBSC2103 : CHEMISTRY

2.1.1 Jirim

Menurut Norbani dan Choong (2013), jirim (matter) adalah apa jua benda (samada hidup atau
bukan hidup) yang memenuhi ruang (occupies space) dan mempunyai jisim (mass). Dalam
erti kata lain, jirim adalah apa jua benda yang mempunyai isipadu (volume) dan jisim.
Contoh jirim adalah buku, pen, kerusi, air, udara dan tumbuh-tumbuhan. Contoh bukan
jirim (non-matter) adalah seperti elektrik dan cahaya. Teori zarah menyatakan jirim terdiri
zarah diskret yang sangat kecil. Kajian sifat zarah dalam jirim adalah seperti berikut:
i.

Susunan zarah dalam pepejal.

ii.

Susunan zarah dalam cecair.

iii.

Susunan zarah dalam gas.

HBSC2103 : CHEMISTRY

Zarah asas yang membentuk jirim adalah atom, molekul atau ion. Kewujudan zarah adalah
disokong oleh beberapa pemerhatian (observation). Antara contohnya adalah seperti berikut:
i.

Apabila setitik dakwat biru jatuh ke dalam air didalam sebuah bikar, warna biru
dakwat tersebut merebak ke seluruh air. Ini menunjukkan bahawa dakwat terdiri
daripada zarah dalam gerakan (particles in motion).

ii.

Apabila paip gas di makmal dibuka, bau gas dapat dikesan dengan serta-merta. Ini
menunjukkan bahawa gas juga adalah terdiri daripada zarah dalam gerakan.

Unsur (element) adalah bahan yang tidak boleh dijadikan apa-apa jua yang lebih mudah
atau diringkaskan lagi melalui sesuatu tindak balas kimia. Zarah dalam beberapa unsur
(element) terdiri daripada atom. Sebagai contoh, logam seperti emas, tembaga, besi, zink,
kesemuanya terdiri daripada atom.

Sebatian (compound) adalah bahan yang boleh dibuat kepada sesuatu yang lebih kecil
melalui tindak balas kimia. Sebatian (compounds) mengandungi lebih dari satu unsur. Unsurunsur dalam suatu sebatian itu tidak hanya bercampur-campur antara satu sama lain, ianya
juga beserta dengan daya yang kuat yang dipanggil ikatan kimia (chemical bond). Sebatian
tidak mempunyai sifat-sifat yang sama seperti unsur-unsur yang terkandung di
dalamnya. Suatu sebatian adalah dibentuk oleh tindak balas kimia dan mempunyai sifat yang
berbeza daripada unsur-unsur yang terkandung didalamnya.

Zarah dalam sebatian boleh terdiri daripada molekul atau ion. Molekul terdiri daripada dua
atau lebih atom-atom yang dipegang bersama (held together) oleh suatu ikatan kimia.
Molekul juga adalah zarah yang tidak bercas. Molekul boleh terdiri daripada atom dari unsur
yang sama, contohnya molekul oksigen (O2), molekul nitrogen (N2), molekul hidrogen (H2)
dan molekul sulfur (S8). Molekul boleh juga terdiri daripada atom dari dua atau lebih unsur
yang tidak sama, contohnya molekul air (H2O) yang terdiri daripada dua atom hidrogen dan
satu atom oksigen, dan karbon dioksida (CO2) yang terdiri daripada satu atom karbon dan dua
atom oksigen.

HBSC2103 : CHEMISTRY

Sesetengah molekul boleh menjadi terlalu besar, contohnya kuinin (quinine) yang merupakan
dadah yang digunakan bagi merawat pesakit malaria, mempunyai formula C20H24N2O2.
Walau bagaimanapun, beberapa sebatian terdiri daripada atom atau kumpulan atom yang
membawa cas positif atau negatif. Zarah bercas (charged particle) tersebut dipanggil ion.
Sebagai contoh, garam, NaCl, terdiri daripada ion natrium (Na+) dan ion klorida (Cl-). Karat
pada paku besi terdiri daripada ion ferum (III) (Fe3+) dan ion oksida (O2-). Ion-ion
yang bercas positif dipanggil kation (cation). Sebagai contoh, ion natrium (Na+) dan
ion ferum (III) (Fe3+) adalah kation. Ion-ion yang bercas negatif dipanggil anion. Sebagai
contoh, ion klorida (Cl-) dan ion oksida (O2-) adalah anion.

2.2

Ikatan Kimia

Gaya yang mengikat atom-atom dalam molekul atau gabungan ion dalam setiap sebatian
disebut ikatan kimia. Menurut Martin S. Silberberg (2000), konsep ini pertama kali
dikemukakan pada tahun 1916 oleh Gilbert Newton Lewis (1875-1946) dari Amerika dan
Albrecht Kossel (1853-1927) dari Jerman . Konsep tersebut adalah:

i.

Kenyataan bahawa gas-gas Adi (He, Ne, Ar, Kr, Xe, dan Rn) sukar membentuk
sebatian merupakan bukti bahawa gas-gas Adi memiliki susunan elektron yang
stabil.

ii.

Setiap atom mempunyai kecenderungan untuk memiliki susunan elektron yang


stabil seperti gas Adi. Caranya dengan melepaskan elektron atau menangkap
elektron.

iii.

Susunan elektron yang stabil hanya dapat dicapai dengan cara berikatan dengan
atom lain iaitu dengan cara melepaskan elektron, menangkap elektron, maupun
pemakaian elektron secara bersama-sama.

HBSC2103 : CHEMISTRY

Berdasarkan kepada konsep tersebut dapatlah dikatakan bahawa ikatan kimia merupakan
daya tarikan yang menyatukan dua atau lebih atom. Ikatan kimia antara atom akan
membentuk sama ada molekul atau ion lalu membentuk sebatian kimia. Jenis ikatan kimia
yang dibentuk bergantung kepada perbezaan keelektronegatifan (E) antara atom-atom yang
membentuk ikatan kimia itu. Secara amnya, seandainya perbezaan keelektronegatifan adalah
sangat besar, ikatan kimia yang terbentuk dinamakan ikatan ion. Jika perbezaan
keelektronegatifan adalah sangat kecil, dua kemungkinan ikatan kimia yang akan terbentuk;
iaitu ikatan logam atau ikatan kovalen. Sekiranya perbezaan keelektronegatifan adalah
sederhana maka ciri-ciri ikatan ion, ikatan logam dan ikatan kovalen akan ditunjukkan.

Ikatan-ikatan ini berbeza dari segi kekuatan. Interaksi lemah antara atom dan molekul boleh
terhasil dari kekutuban teraruh (seperti daya London) antara awan-awan elektron. Biasanya
ikatan kovalen dan ion dianggap kuat, manakala ikatan hidrogen dan van der Waals dianggap
lebih lemah.

2.2.1 Ikatan Ion

Ikatan ion terbentuk antara dua atom yang mana perbezaan keelektronegatifan adalah sangat
besar. Misalnya, garam NaCl (Na=1.0,Cl=3.0; E=2.0). Menurut James E. Brady (1990),
Ikatan ion adalah ikatan yang terjadi akibat perpindahan elektron dari satu atom ke atom lain
Ikatan ion terbentuk antara atom yang melepaskan elektron (logam) dengan atom yang
menangkap elektron (bukan logam).

Ikatan Ion
8

HBSC2103 : CHEMISTRY

Sebatian yang terbentuk hasil daripada ikatan ion dinamakan sebatian ion. Sebatian ion,
secara amnya, mempunyai ciri-ciri fizik seperti larut dalam pelarut berkutub tetapi tidak larut
dalam pelarut organik, takat lebur dan takat didih yang tinggi, membentuk kristal, dan
mengonduksikan elektrik dalam keadaan leburan atau larutan akueus.

2.2.2 Ikatan Logam

Ikatan logam terbentuk antara dua atom yang mempunyai keelektronegatifan yang kecil dan
perbezaan keelektronegatifan yang sangat kecil. Misalnya logam Na (Na=1.0; E=0). Ikatan
logam adalah ikatan kimia yang terbentuk akibat penggunaan bersama elektron-elektron
valensi antar atom-atom logam. Sebatian yang terbentuk hasil dari ikatan logam
dinamakan logam (jika semua atom adalah sama). Misalnya logam tembaga, atom tembaga
dikelilingi 12 atom tembaga yang berikatan atau aloi jika terdapat atom-atom yang tidak
sama Contohnya atom logam Be dan Cu membentuk baja.

Logam

Aloi

Logam memiliki sedikit elektron valensi dan memiliki elektronegativitas yang rendah. Semua
jenis logam cenderung melepaskan elektron paling luarnya sehingga membentuk ion-ion
positif atau atom-atom positif (kation logam). Kulit paling luar unsur logam relatif longgar
atau terdapat banyak tempat kosong sehingga elektron terdelokalisasi iaitu elektron
9

HBSC2103 : CHEMISTRY

valensi tidak tetap kedudukannya pada suatu atom tetapi sentiasa berpindah-pindah dari satu
atom ke atom lainnya. Elektron valensi logam bergerak dengan sangat cepat mengitari intinya
dan berbaur dengan elektron valensi yang lain dalam ikatan logam tersebut sehingga
menyerupai awan atau lautan yang membaluti ion-ion positif di dalamnya. Elektron
bebas dalam orbit ini bertindak sebagai perekat. Kation logam yang berdekatan satu sama lain
saling tarik-menarik dengan adanya elektron bebas sebagai pelekatnya.

Sebatian yang terbentuk hasil daripada ikatan logam dinamakan logam (sekiranya semua
atom adalah sama) atau aloi (sekiranya terdapat atom-atom asing). Logam atau aloi, secara
amnya mempunyai ciri-ciri fizik seperti tidak larut dalam sebarang pelarut (kecuali logam
atau aloi itu bertindak balas dengan pelarut itu sendiri), takat lebur dan takat didih yang
tinggi, membentuk kristal (logam sahaja) dan mengonduksikan elektrik dalam keadaan
pepejal.

2.2.3 Ikatan Kovalen

Ikatan kovalen terbentuk antara dua atom yang mempunyai keelektronegatifan yang besar
dan perbezaan keelektronegatifan yang sangat kecil. Misalnya gas Cl2 (Cl=3.0; E=0).
Menurut James E. Brady (1990), ikatan kovalen adalah ikatan yang terjadi akibat pemakaian

10

HBSC2103 : CHEMISTRY

pasangan elektron secara bersama-sama oleh dua atom. Ikatan kovalen terbentuk di antara
dua atom yang sama-sama ingin menangkap elektron (sesama atom bukan logam).

Ikatan Kovalen Bukan Kutub

Sebatian kovalen terbentuk hasil daripada ikatan kovalen. Sebatian kovalen, secara amnya,
mempunyai ciri-ciri fizik seperti larut dalam pelarut organik tetapi tidak larut dalam pelarut
berkutub, takat lebur dan takat didih yang rendah, tidak membentuk kristal, dan tidak
mengonduksikan elektrik sama ada dalam keadaan pepejal, cecair, ataupun larutan akueus.

Sungguhpun begitu, banyak kes yang mana sebatian kovalen tidak memenuhi ciri-ciri di atas.
Contohnya: alkohol sangat larut dalam pelarut berkutub, berlian mempunyai takat lebur dan
takat didih yang sangat tinggi (lebih tinggi daripada beberapa logam dan sebatian ion), silika
membentuk pelbagai kristal, dan grafit mengalirkan elektrik dalam keadaan pepejal.
Pembentukan ikatan kovalen adalah sangat kompleks dan memerlukan pengetahuan mekanik
kuantum.

11

HBSC2103 : CHEMISTRY

2.3

Sifat-Sifat Kimia

Sifat kimia adalah sifat yang berkaitan dengan perubahan kimia yang dapat dialami oleh
suatu jisim, seperti mudah terbakar, boleh berkarat, mudah bertindak balas, beracun dan
bersifat asam atau masin.

Sifat jisim dapat pula digolongkan ke dalam sifat ekstensif dan sifat intensif. Sifat ekstensif
adalah sifat yang bergantung pada jumlah (jisim, isipadu dan entalpi) manakala sifat intensif
adalah sifat yang tidak bergantung pada jumlah (warna, rasa, bau, jenis dan kelihatan). Sifat
fizikal berupa sifat ekstensif atau sifat intensif tetapi sifat kimia semuanya tergolong sifat
intensif.

2.3.1 Bersifat Korosif

Sifat korosif merupakan sifat bahan kimia yang dapat merosak kulit apabila jisim lain
bersentuhan dengannya. Bahan kimia korosif boleh merosak logam dan jubin. Oleh sebab itu
bahan ini perlu disimpan di dalam botol plastik ataupun kaca. Bahan-bahan kimia yang
bersifat korosif adalah seperti asid sulfat, asid klorida dan asid cuka.

2.3.2 Bersifat Kaustik

Sifat kaustik merupakan sifat bahan kimia yang boleh meosakkan kulit dan menimbulkan
iritasi. Sifat kaustik ini ada pada sebatian cecair seperti natrium hidroksida, kalsium
hidroksida, dan amonium hidroksida. Sungguhpun begitu, sifat kautik bahan ini boleh
dinormalkan melalui campuran bahan kimia yang lain.

12

HBSC2103 : CHEMISTRY

2.3.4 Bersifat Mudah Terbakar

Bahan kimia yang bersifat mudah terbakar menyebakan nyalaan api yang lebih besar kerna
bahan ini mudah terbakar apabila bertindakbalas dengan dengan bahan kimia lain. Bahan
kimia ini sangat peka terhadap suhu tinggi atau panas. Oleh sebab itu bahan ini selalunya di
tempat tempat yang relatif sejuk dan tertutup rapat. Contoh-contoh bahan kimia mudah
terbakal adalah seperti kerosin, petrol, spirit dan alkohol.

2.3.5. Bersifat Mudah Meletup

Bahan kimia yang mudah meletup amat sensitif dengan sentuhan dan bertindak balas dengan
jirim lain terutama ketukan dan punca api.. Bahan kimia yang mudah meletup

harus

ditangani lebih sistematik dan disusun rapi rupa agar tidak membahayakan manusia. Contoh
bahan kimia yang mudah meledak adalah natrium, kalium, magnesiumb, bahan bakar api,
amonium nitrat dan karbait,

2.3.6 Bersifat Racun

Sifat racun adalah sifat bahan kimia apabila masuk ke jaringan tubuh dapat meousak
sel darah merah dan sistem saraf. Oleh sebab itu, bahan kimia yang bersifat racun dapat
menimbulkan kematian dan kelumpuhan. Contoh contoh bahan kimia beracun ini adalah
seperti gas, raksa, insektisida, herbisida, asidianida dan asid sulfida

13

HBSC2103 : CHEMISTRY

3.0

PENUTUP

Berdasarkan kenyataan di atas, ilmu kimia merupakan ilmu yang berkaitan dengan objekobjek di sekeliling kita kerana bahan kimia itu terdapat dalam diri kita, tumbuh-tumbuhan,
bahan makanan, alat permainan dan sebagainya.

Peradaban manusia lalu, menghasilkan banyak peninggalan sejarah peadaban manusia yang
mahir memanipulasi sumber alam untuk memenuhi keperluan hidup tanpa menyedari
penciptaan mereka itu sebenarnya adalah satu bidang ilmu yang ulung iaitu ilmu kimia.

Dengan pengetahuan jirim, atom, sebatian, unsur, ikatan kimia dan sifat-sifat kimia kita dapat
menyediakan berbagai keperluan hidup sama ada pengamalan ilmu kimia itu membawa
kebaikan atau keburukan kerana sejarah lampau menyaksikan bagaimana jutaan manusia mati
akibat pengguguran bom atom di Nagasaki dan Hiroshima pada tahun 1945. Bom yang
digunakan ini adalah hasil sebatian=sebatian bahan kimia berbahaya.

Kesimpulannya, ilmu kimia mengajar kita bagaimana memanipulasi isi alam untuk
kelangsungan hidup . Tanpa pengetahuan tentang ilmu kimia mana mungkin kita mampu
membina badan kapal terbang dan mana mungkin ubat-ubatan dapat dihasilkan tanpa
memudaratkan penggunanya.
2641 patah perkataan

14

HBSC2103 : CHEMISTRY

BIBLIOGRAFI

James E. Brady (1990). General Chemistry. Wiley.

Martin S. Silberberg (2000). Chemistry. The Molecular Nature of Matter and Change.
New York: McGraw-Hill Companies.
Norbani dan Choong (2013). Kimia SPM. Shah Alam : SAP Publication.
Robert Boyle (1661). Chemitry. Englang : J. Cadwell.
Rocke, Alan J. (1981). "Kekul, Butlerov, and the Historiography of the Theory of Chemical
Structure". British Journal for the History of Science14: 2757.

15

Anda mungkin juga menyukai