Anda di halaman 1dari 1

2.

0 Konsep Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi


Amalan gaya hidup sihat memang banyak kepentingannya kepada manusia. Dengan
mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Oleh
itu, setiap orang hendaklah melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu,
sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Tindakan ini ibarat menyediakan payung sebelum
hujan, iaitu seseorang itu akan dapat mengekalkan kecergasan dan seterusnya badan akan
menjadi sihat melalui aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi. Amalan ini seterusnya
akan melahirkan rakyat yang sihat dan produktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk
meningkatkan produktiviti negara.
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi adalah berasaskan aktiviti darat, aktiviti air,
aktiviti dalaman, dan campuran aktiviti tersebut. Konsep sukan rekreasi adalah bersifat
sosialisasi. Sosialisasi ini berkaitan dengan perawakan seseorang. Konsep ini memberikan
peluang kepada murid-murid untuk bergaul antara rakan-rakan. Ini membantu mereka
mengeratkan hubungan dengan orang lain. Selain itu ia juga memberikan peluang kepada
para pelajar untuk mewujukan interaksi antara masyarakat iaitu memahami antara satu
sama lain melalui aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi.
Konsep sosialisasi ini juga membolehkan murid-murid mempelajari nilai-nilai murni
seperti kerjasama, bertolak-ansur, bertoleransi dan lain-lain lagi. Dengan ini seseorang
murid itu dapat mengaplikasikan nilai-nilai murni yang telah dipelajari itu dalam kehidupan
harian kita. Konsep sukan rekreasi ini juga mempunyai fungsi di mana ia membantu dalam
pembentukan personaliti, pembangunan insan, pembangunan negara, pengamalan gaya
hidup sihat, kepimpinan, kecerdasan, sosialisasi, pendidikan sepanjang hayat dan dinamik
kumpulan.

Anda mungkin juga menyukai