Anda di halaman 1dari 13

UNIT 2

FAKTOR PENYEBAB MURID MENGHADAPI


PEMULIHAN KHAS

HASIL PEMBELAJARAN:
Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat:
Membincangkan faktor-faktor penyebab murid menghadapi pemulihan khas.
Menghuraikan definisi murid pemulihan khas dalam konteks pendidikan di Malaysia.
Mengenalpasti ciri-ciri kanak pemulihan khas.

PENGENALAN
Bagi seorang guru, tugas untuk mengenalpasti punca-punca
seseorang murid itu lemah dalam pembelajaran adalah amat
penting. Program pemulihan khas merupakan satu kaedah untuk
mengenalpasti punca kesulitan pembelajaran yang dihadapi oleh
murid-murid supaya kaedah-kaedah pemulihan dapat dirancang
dan dilaksanakan bagi membantu murid tersebut menguasai
sesuatu kemahiran yang telah dipelajari terutama membaca,
menulis dan mengira.
Dari sudut pandangan pendidikan, penyebab kepada
sesuatu masalah kurang upaya jarang sekali ada kaitannya
dengan cara pemulihannya. Hal ini disebabkan guru
menggunakan kurikulum perkembangan, di mana pengajaran
bermula pada tahap yang mereka ada dan beransur maju ke
tahap yang lebih sukar langkah demi langkah mengikut
keupayaan kanak-kanak itu sendiri. Walau bagaimana pun
pengetahuan mengenai etiologi adalah penting kerana dapat
mengetahui lebih awal apakah masalah kesulitan pembelajaran
kanak-kanak itu sebenarnya sama ada kegagalan cara
pembelajaran atau kerana masalah lain yang berkaitan dengan
perubatan (medical). Jika berkaitan dengan perubatan ia perlu
dirujuk terus kepada pakar perubatan supaya dapat bantuan
yang sewajarnya bagi kanak-kanak itu lebih awal. Pengetahuan
mengenai etilogy juga dapat membantu dalam mendiagnosis
dan memulihkan serta mengetahui bila pengetahuan itu dapat
digunakan (Gaddes, 1985).

TAHUKAH ANDA?
Kanak-kanak
pemulihan
khas
tidak
tergolong
kepada
mereka
yang
mempunyai
masalah
kecacatan akal dan tidak
dikategorikan
sebagai
kanak-kanak
pendidikan
khas.

KBP3013 Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 25

ISI KANDUNGAN
Dalam unit ini, kita akan membincangkan beberapa aspek. Antara aspek yang akan dibincangkan ialah
menghuraikan definisi murid pemulihan khas dalam konteks pendidikan di Malaysia, membincangkan
faktor-faktor penyebab murid menghadapi pemulihan khas dan mengenalpasti ciri-ciri kanak pemulihan
khas.

SIAPA MURID PEMULIHAN KHAS

SIAPAKAH MURID PEMULIHAN KHAS DALAM KONTEKS PENDIDIKAN DI


MALAYSIA?

Murid pemulihan khas ialah kanak-kanak yang ketinggalan di darjahnya dalam peringkat
awal dan tidak dapat mengikuti perkembangan pembelajaran secara positif di sekolah.
Kanak-kanak ini juga tidak mempunyai persediaan dan keupayaan untuk mempelajari
kurikulum yang sama dalam tempoh yang sama pula. Ada di antara mereka juga
mempunyai kebolehan intelek yang terhad.

Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian


Pendidikan Malaysia. Dua masalah kanak-kanak
wajar di beri pendidikan pemulihan khas.

Masalah pembelajaran dengan sebab

Masalah yang menjadi penghalang kepada


pembelajaran yang lancar

KBP3013 Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 26

MASALAH PEMBELAJARAN DENGAN SEBAB

Bahan pengajaran dan teknik yang digunakan guru tidak


sesuai.

Kerap tidak hadir ke sekolah.

Cuai menjalankan aktiviti yang diarahkan.

Selalu berkhayal.

MASALAH YANG MENJADI PENGHALANG


KEPADA PEMBELAJARAN YANG LANCAR

Masalah peribadi.

Masalah psikologi.

Kurang kecerdasan, mudah lupa, lambat bertindak, masalah


kefahaman dan pengamatan.

Kurang kesediaan belajar.

KBP3013 Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 27

CIRI KANAK-KANAK PEMULIHAN KHAS

CIRI-CIRI KANAK-KANAK PEMULIHAN KHAS

Lemah dari segi:-

Daya fikir.
Daya
ingatan.
Proses
pengamatan
Lihat.
Dengar.
Psikomotor.
Bahasa.
Bertutur.

Kurang dari segi:-

Keyakinan
diri.
Perbendahar
aan kata.
Daya

Kesukaran
dalam:-

Mengawal
emosi.
Memahami
dan
menerima
konsep.

cipta/kreatif
Pengalaman.

Mengeja.
Menulis.
Matematik.

Terganggu
kesihatan.
Ponteng
sekolah.
Bermasalah
tingkah

Mendiskrimin
asi/membeza
kan/menyisih
kan.
Menakul/
memahami
perkaitan/

Membaca.

Sering kali:-

merumus.

laku.
Menyendiri.
Ego yang
tinggi.

KBP3013 Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 28

FAKTOR-FAKTOR MURID MENGHADAPI PEMULIHAN KHAS


Seperti yang dipelajari pada unit satu mengenai definisi kanak-kanak pemulihan khas, dapat kita
nyatakan bahawa kanak-kanak ini mengalami masalah pembelajaran melibatakan pembacaan,
pengiraan dan penulisan. Lantaran itu, wajarlah kita mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan
kanak-kanak ini menghadapi masalah pemulihan khas. Secara umumnya terdapat empat faktor yang
akan dijelaskan emperikal dalam unit ini antaranya ialah:

Disfungsi otak yang berkaitan dengan saraf.

Genetik.

FAKTOR
Persekitaran dan kurang zat makanan.

Biokimia.

1. Disfungsi otak yang berkaitan dengan saraf


Pandangan tokoh barat mengenai faktor disfungsi otak yang berkaitan dengan saraf:
Gallagher (1986) terdapat hubung kait antara tingkah laku dengan sistem saraf pusat
(central nervous system).
Alfred Strauss (1947), dalam bukunya bertajuk Psychopathology and Education of the Brain
Child , mengaitkan hubungan antara kecederaan otak dengan bahasa, hiperaktif dan
kecelaruan persepsi.
Gaddes (1985), menyatakan 15% kanak-kanak yang kurang pencapaian akademik
mengalami ketidakfungsan sistem saraf pusat.
Masalah pendengaran.
Maklumat yang disampaikan secara lisan tidak dapat diterima dengan jelas.
Pengajaran dan pembelajaran tidak dapat diikuti dengan baik.

KBP3013 Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 29

Masalah pengamatan/ penglihatan.


Kecelaruan untuk membezakan sesuatu huruf seperti b-d, p-q dan sebagainya.
Menjejaskan kebolehan mereka dalam mengeja dan memabaca.
Masalah fizikal.
Motor kasar akan menjejaskan pergerakan seperti menulis, berjalan, berlari, gerakan
membaling atau menendang bola. Pergerakan-pergerakan ini juga melibatkan beberapa
kemahiran lain seperti seperti koordiansi tangan atau kaki dengan mata.
Motor halus berkaitan dengan kemahiran menggunakan anggota badan khususnya jari
jemari tangan dan kaki untuk membuat gerakan. Contoh gerakan ini adalah seperti
memegang, menggenggam dan menggunakan jari jemari mereka. Kesukaran membuat
pergerakan motor halus menyebabkan mereka tidak dapat memegang pensel dengan cara
yang betul dan menyukarkan untuk menulis.
Masalah deria rasa.
Tidak dapat membezakan rasa seperti rasa manis (gula), pahit (cuka) dan lain-lain lagi.
Sukar untuk membezakan bentuk sesuatu benda seperti bentuk bola yang bulat dan bentuk
kotak yang bersegi empat di samping bentuk permukaan seperti licin dan kasar.
Masalah emosi dan tingkah laku/ kecelaruan jiwa (psikologikal).
Mempamerkan sifat terlampau pendiam serta pemalu, mudah tersinggung anti sosial dan
bermasalah tingkah laku.
Pendiam/pemalu/mudah tersinggung mereka sukar dan kurang berinteraksi dengan
guru serta rakan sebaya hal ini disebabkan kurang keyakinan diri dan rendah diri.
Anti sosial menjadi bahan ejakan rakan-rakan.
Tingkah laku kurang tumpuan, sifat terlalu bergantung.

2. Genetik
Faktor genetik ini dapat dilihat daripada dua hasil kajian yang telah dijalankan.
Kajian di Sweden hasilnya mendapati masalah ketidakupayaan membaca dan menulis
dalam kalangan keluarga dan saudara mara yang didiagnos disleksia adalah pengaruh
genetik.
Kajian oleh Institute of Behavioral Genetics University Colorado hasilnya 125 orang
kanak-kanak, ibu bapa dan saudara mara yang bermasalah dalam bacaan. Didapati kanakkanak ini mencapai skor yang rendah dalam ujian diagnostik yang telah dijalankan.
Pengkaji mendapati data yang dikumpul menjelaskan bahawa terdapat perkaitan keturunan
dengan ketidak upayaan membaca.

KBP3013 Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 30

3. Persekitaran dan kurang zat makanan


Terbahagi kepada 3 faktor iaitu keluarga, masyarakat dan sekolah.
KELUARGA
Penceraian dan pergaduhan ibu bapa tekanan kepada kanak-kanak, mereka
diabaikan dan kurang perhatian.
Kemiskinan sukar menyediakan makanan yang berkhasiat dan seimbang,
ketidakmampuan menyediakan keperluan lengkapan sekolah.
Tahap pendidikan Ibu bapa pendidikan yang rendah menyebabkan ibu bapa tidak
pandai menulis dan mengira. Mereka bekerja hanya menggunakan kemahiran yang
ada, menyebabkan mereka tidak dapat membantu anak-anak dalam pelajaran, hal ini
menyukarkan anak-anak untuk mendapat bantuan ibu bapa.
MASYARAKAT
Masyarakat sering memandang rendah golongan yang tidak berakademik.
Kemiskinan yang dialami oleh keluarga yang berpendapatan rendah disisihkan oleh
masyarakat.
Pergaulan dengan golongan miskin kurang berlaku kerana ramai beranggapan
golongan miskin adalah orang low class.
Kesannya kanak-kanak miskin disisihkan dan mereka menganggap kanak-kanak ini
kurang cerdik.
SEKOLAH
Kemudahan yang tidak lengkap di sekolah contohnya kerusi, meja, dan lain-lain.
Keselamatan di sekolah yang tidak tenteram, sering berlaku pergaduhan, ponteng
sekolah dan sebagainya.
Budaya pilih kasih guru terhadap murid, menyebabkan murid tidak berminat untuk hadir
ke sekolah.

4. Biokimia
Ketidakseimbangan biokimia sama seperti phenylketonuria yang terdapat dalam kalangan
kanak-kanak masalah rencatan akal (mentally retarded).
Berpunca dari pemakanan yang diterima semasa bayi dalam kandungan atau selepas lahir
yang mengandungi bahan-bahan tambahan makanan tiruan yang memudaratkan.

KBP3013 Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 31

RUMUSAN
Secara umumnya dalam unit dua ini, beberapa sub tajuk telah diterangkan secara padat dan jelas.
Pelajar juga dapat mengetahui siapakah murid pemulihan khas dalam konteks pendidikan di Malaysia.
Terdapat juga empat faktor murid menghadapi pemulihan khas. Antaranya ialah:

Disfungsi otak yang berkaitan dengan saraf.


Genetik.
Persekitaran dan kurang zat makanan.
Biokimia.

Turut dibincangkan juga, ciri-ciri bagaimana untuk mengenalpasti murid pemulihan khas.
Dengan huraian yang dijelaskan diharap pelajar dapat berfikir secara holistik.

RUJUKAN
Bahagian Perancangan & penyelidikan Dasar Pendidikan , 2002, Laporan Kajian Pelaksanaan
Program Pemulihan Khas di Sekolah Rendah, Kuala Lumpur: Kementerian Pendiikan
Malaysia.
Chua, Tee Tee dan Koh Boon.(1992), Pendidikan Khas dan Pemulihan, Bacaan Asas, Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jabatan Pendidikan Khas,(1999). Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah
Penguasaan 3 M), Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lerner,J.(2003). Learning disabilities: Theories, diagnosis and teaching strategies. 6 th edition.
Boston:Houghton Mifflin Company.
Robiah, K.H., (1988). Guru Pemulihan Khas-Fungsi dan Masalah- Satu Kajian. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Bond,G.,Tinker,M. Wason,B., & Wasaon, J.,(1989). Reading difficulties their diagnosis and correction.
Englewood Cliff: Prentice Hall.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1982). Buku Panduan Khas: Program Pemulihan. Kuala Lumpur:
Pusat Perkembangan Kurikulum.

KBP3013 Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 32

1. Nyatakan dua masalah kanak-kanak wajar diberi pemulihan khas menurut Bahagian
Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia? Serta beri pandangan anda.

KBP3013 Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 33

KBP3013 Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 34

PANDANGAN

KBP3013 Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 35

2 . Jelaskan faktor-faktor penyebab murid menghadapi pemulihan khas?

KBP3013 Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 36

Anda mungkin juga menyukai