Anda di halaman 1dari 25

PROGRAM TAZKIRAH JUMAAT

JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR


09 Mei 2014
Bacaan ayat-ayat suci al-Quran
Surah Hud : 91-93

KAUM MADYAN
Tinggal di timur Gunung Sinai. Dekat dengan
Pesisir Laut Merah..
Terkenal dengan sikap tidak jujur dalam
timbangan, ukuran, sukatan dan tidak
mengenal Tuhan.
Menyembah berhala bernama al-Aykah, yaitu
sebidang tanah gurun yang ditumbuhi
pepohonan atau pepohonan yang lebat.

KAUM MADYAN
Enggan taat kepada ajaran Nabi Syuaib
sedangkan sudah terang balasan azab yang
diterima dari kaum Nuh, Hud, Shaleh,
dan Lut yang paling dekat dengan Madyan
yang telah dibinasakan Allah karena enggan
mengikuti ajaran nabi.
Akhirnya Allah menghancurkan kaum Madyan
dengan bencana melalui doa Syuaib.

Biografi Nabi Syuaib AS


(Sekitar 1600 SM - 1500 SM)
Nabi Syuaib ( ; )adalah salah satu dari 4 nabi
bangsa Arab. Tiga nabi lainnya adalah Hud
AS, Saleh AS, dan Muhammad SAW.
Ia seorang nabi yang mendapat gelaran pemidato
kerana kecekapan dan kefasihannya dalam
berdakwah.
Merupakan cicit Nabi Ibrahim AS. Dia diutus
sebagai nabi untuk KAUM MADYAN untuk
memperingatkan mereka kerana kecurangankecurangan mereka.
Allah menghancurkan kaum tersebut selepas
keingkaran mereka untuk patuh kepada
perintahNya.

MAKAM NABI SYUAIB DI JORDAN


Makam Syuaib
terpelihara dengan
baik di Jordan

Terletak 2 km dari
barat
kota Mahis dalam
kawasan yang
disebut Wadi Syuaib.

DAKWAH NABI SYUAIB AS

Nabi Syuaib MENERIMA EJEKAN masyarakat yang tidak mahu


menerima ajarannya kerana enggan meninggalkan sembahan
yang diwariskan dari nenek moyang kepada mereka.

Namun, Syuaib tetap sabar dan lapang dada menerima


cabaran tersebut. Ia TIDAK PERNAH MEMBALAS EJEKAN
mereka dan tetap berdakwah. Bahkan, dakwahnya semakin
menggugat hati dan diterima akal.

Dalam berdakwah, ia memberitahu bahwa dia sebenarnya


SEDARAH DENGAN MEREKA, supaya kaumnya mahu
mendengar dan menuju kebenaran (tetapi tidak diendahkan).

Nabi Syuaib juga mempunyai pengikut serta mendapat ejekan


kasar dari kaum lain. Ada yang menganggapnya sebagai
PENYIHIR (MAGICIAN).

BALASAN ALLAH SWT


Kaum Madyan pada awalnya diberi seksa Allah melalui
UDARA PANAS yang membakar kulit dan merasa
dahaga. Pohon dan bangunan tidak cukup untuk tempat
berteduh mereka.
Allah memberikan GUMPALAN AWAN GELAP untuk kaum
Madyan. Mereka pun menghampiri awan itu untuk
berteduh sehingga mereka berdesak-desakan dibawah
awan itu. Hingga semua penduduk terkumpul, Allah
MENURUNKAN PETIR DENGAN DENTUMAN YANG KUAT
di atas mereka. Saat itu juga Allah menimpakan gempa
bumi bagi mereka, menghancurkan kota dan kaum
Madyan.

Terjemahan surah al-Qamar 54:31 Sesungguhnya Kami hantarkan


kepada mereka satu pekikan (yang dahsyat), lalu menjadilah mereka
(hancur) seperti ranting-ranting dan daun-daun yang pecah hancur,
yang dikumpulkan oleh pemilik kandang binatang ternak.

91. Mereka berkata: "wahai Syuaib! kami tidak mengerti


kebanyakan dari apa yang engkau katakan itu,
dan sesungguhnya kami melihat engkau orang yang
lemah dalam kalangan kami; dan kalau tidaklah
kerana kaum keluargamu,
tentulah kami telah melemparmu (dengan batu
hingga mati). dan engkau pula bukanlah orang
yang dipandang mulia dalam kalangan kami!"

92. Nabi Syuaib berkata: "Wahai kaumku!


(Mengapa kamu bersikap demikian)? Patutkah kaum
keluargaku kamu pandang lebih mulia dari pada Allah

serta kamu pula jadikan perintahNya sebagai sesuatu


yang dibuang dan dilupakan di belakang kamu?
Sesungguhnya Tuhanku amat meliputi pengetahuannya
akan apa Yang kamu lakukan.

93. " dan wahai kaumku, buatlah sedaya upaya kamu


(untuk menentang agama Allah yang aku sampaikan itu),
sesungguhnya aku juga tetap berusaha dengan
bersungguh-sungguh (untuk mengembangkannya). kamu
akan ketahui siapakah yang akan didatangi azab yang
menghinakannya, dan siapa pula yang berdusta.
dan tunggulah, sesungguhnya aku juga turut menunggu
bersama-sama kamu".

ILMU SAINS
& KISAH NABI SYUAIB

SAINS & KISAH NABI SYUAIB


1) ILMU ULTRA SOUND (ULTRA BUNYI)
- Sains membuktikan bahawa betapa kerasnya
sesuatu suara/bunyi dentuman sehingga boleh
membinasakan manusia dan bangunan.
Contoh:
1) Pecah cermin / bangunan
Concord aircraft supersonic.
2) Ultrasonic Repeller pest

SAINS & KISAH NABI SYUAIB


2) ILMU METROLOGI
Ilmu Penyeragaman timbangan, ukuran, kalibrasi & akurasi.
Istilah Metrologi dicetuskan pada 20 Mei 1875 oleh wakil 17
negara setelah menandatangani perjanjian Konvensyen
Meter di Paris. Tujuannya, untuk menyeragamkan ukuran
dan timbangan.
Di Malaysia, tugas berkaitan penguatkuasaan undangundang perdagangan di bawah kuasa KPDNKK Akta
Timbang dan Sukat 1972

DAKWAH NABI SYUAIB AS

Sampaikan risalah tauhid


mengesakan Allah SWT sbg
Tuhan. Tinggalkan sembahan
yang diwarisi nenek moyang.

Jangan menipu sukatan,


timbangan & ukuran dalam
urusan.

Jangan memusuhi nabi! tengok


azab kaum Nuh, Hud, Salih
dan Lut.

Jangan berbuat kerosakan dan


bencana di atas muka bumi.

Renung2kan
Dan Selamat Beramal

Anda mungkin juga menyukai