Anda di halaman 1dari 1

HADITH 40 ( IMAM AL-NAWAWI )

Hadith 1 : Niat Setiap Amal Bermula Dengan Niat.


Daripada Umar bin al-Khatthab (semoga Allah meredhainya), dia berkata,
Rasulullah (selawat dan salam ke atas baginda) bersabda: Sesungguhnya
amal itu tidak lain hanyalah dengan niat dan sesungguhnya bagi setiap
orang hanyalah apa yang dia niatkan. Maka barangsiapa yang berhijrah
kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya adalah kepada Allah dan
Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang berhijrah untuk dunia yang dia inginkan
atau kerana seorang wanita yang ingin dia nikahi, maka hijrahnya adalah
kepada apa yang dia berhijrah kerananya. (Bukhari & Muslim)
Syarahan Hadith :
1. Hadith ini shahih.
2. Ramai ahli hadith memulakan buku hadith mereka dengan
hadith ini.
Maksud Hadith :
1. Setiap amalan dinilai oleh Allah berdasarkan niat.
2. Niat dalam setiap amalan itu mesti disertai dengan ikhlas. Ikhlas
letaknya di hati bukan lisan.
3. Setiap amalan mesti diniatkan kerana Allah, kemudian
diharuskan untuk mencampurkan niat kepada selainnya.
- Pergi masjid dengan niat untuk mengabdikan diri kepada
Allah. Namun terkadang kita juga berniat ke masjid untuk
bertemu rakan.
4. Seandainya niat utama bukan kerana Allah maka pahala tidak
diterima sekalipun perbuatan tersebut merupakan suatu ibadah.
- Konsert amal.
- Berpuasa kerana ingin kurus.
5. Lawan Ikhlas ialah Riya (ingin dilihat bagus/sholeh)
Ia berlaku pada sebelum , semasa dan selepas
Dibolehkan mempamer suatu amalan baik atas dasar untuk
mengajar kebaikan atau keperluan.
Ingatlah, berhati-hati dalam memuji.
Bagaimana Hendak Mendapatkan Ikhlas :
1.
2.
3.
4.

Ingat Allah setiap kali terlintas nak lakuakn perkara apa pun
Perlu mujahadah dan kesungguhan. Syaitan akan mengganggu
Tidak Iklhas tiada ganjaran, andai Riyak berdosa besar
Banyakkan berdoa

HADITH TAMBAHAN :
Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan
memudahkan baginya jalan menuju Syurga. (Riwayat muslim)

Anda mungkin juga menyukai