Anda di halaman 1dari 1

EPISTIMOLOGI ADAT PERPATIH

Epistimologi atau Teori Pengetahuan adalah suatu yang berhubungan dengan


hakikat dari ilmu pengetahuan, pengandaian-pengandaian, dasar-dasarnya
serta pertanggungjawaban atas pernyataan mengenai pengetahuan yang
dimiliki oleh setiap manusia.
Epistimologi bagi Adat Perpatih yang kumpulan kami bincangkan merujuk
kepada asal usul adat itu sendiri. Menurut sejarahnya, Adat Perpatih berasal
dari Pagar Ruyung Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia. Di namakan
Adat Perpatih sempena nama orang yang menyusun dan membuat peraturan
adat tersebut. Adat Perpatih di bawa ke Negeri Sembilan oleh orang-orang
Minangkabau yang merantau ke Tanah Melayu.
Menurut ceritanya, beratus tahun dahulu di Negeri Padang Luas, Pagar
Ruyung Minangkabau ada dua orang adik beradik yang seibu tetapi berlainan
bapa. Yang tua bernama Temenggong atau Datok Temenggong dan adiknya
bernama Perpatih atau Datok Perpatih. Apabila keduanya sudah dewasa
maka mereka pun merwarisi pemerintahan negeri Padang Luas.
Walaupun mereka adik beradik tetapi berbeza pendapat terutama dalam cara
pemerintahan. Kerana perbezaan pendapat itu menyebabkan selalu terjadi
perbalahan antara Datok Temenggong dengan adiknya Datok Perpatih. Untuk
mengelak terjadinya pergaduhan maka negeri Padang Luas terpaksa di
bahagi kepada dua pemerintahan. Datok Temengong memerintah di bahagian
pesisir pantai manakala Datok Perpatih berkuasa di bahagian daratan.
Dengan itu kawasan pemerintahan Datok Temenggong memakai adat yang
disusun oleh Datok Temenggong (Adat Temenggong) manakala kawasan
Datok Perpatih memakai adat yang di susun oleh Datok Perpatih (Adat
Perpatih).

Anda mungkin juga menyukai