Anda di halaman 1dari 3

TEKA TEKI

1. Seekor katak terperangkap di dalam lubang perigi sedalam 30 kaki.


Siang hari, katak itu akan memanjat 3 kaki ke atas,
namun, malam pula katak itu tidur dan tergelincir 2 kaki ke bawah.
Maka, hari pertama katak itu naik 1 kaki,
hari kedua naik 2 kaki,
Berapa hari kemudiankah katak itu dapat keluar dari perigi?
Jawapan
Ianya mengambil masa 28 hari sahaja (bukan 30 hari)
kerana pada hari ke-28,
katak itu melompat 3 kaki selepas berada 27 kaki di atas
dan akhirnya sampai ke atas 30 kaki.
2. Di sebuah pasaraya, anda terdengar perbualan seorang pelanggan
dengan seorang jurujual.
"Satu berharga 50sen, sepuluh berharga rm1, kalau seratus berharga
rm1.50"
Di luar logik matematik anda,
apakah barangan yang mungkin sedang diperkatakan?
Pelanggan itu membeli nombor untuk ditampal di depan rumah.
Satu yang dimaksudkan adalah angka '1' bernilai 50sen.
Sepuluh yang dimaksudkan adalah angka '1' dan '0' berjumlah RM1.
Seratus yang dimaksudkan adalah angka '1' dan dua '0' berjumlah RM1.50

3. Soalan
Sembilan bola pool berada di hadapan anda.
Semua bola itu mempunyai berat yang sama kecuali sebiji yang
mempunyai berat sedikit lebih dari yang lain.
Berapa kali paling minimum anda perlu timbang guna dacing untuk
memdapati mana satu bola pool yang lebih berat itu?
Jawapan dan Penyelesaian
Hanya dua kali.
Bahagikan 9 bola ke tiga kumpulan dgn 3 biji setiap kumpulan.
Ambil dua kumpulan tersebut dan timbang di dacing.

Ada dua kemungkinan,


sama ada dacing tersebut menunjukkan beza atau
kedua-duanya sama berat.
1) Jika sama berat,
maka bola berat terdapat di kumpulan yang tidak di ambil.
Ambil 2 biji bola dari kumpulan tiga biji itu dan timbang di dacing dengan
sebiji sebelah.
Jika berbeza berat, maka bola yang lebih berat adalah bolanya.
Jika sama berat, maka bola ketiga yg ditinggalkan itulah bolanya.
2) Jika berat berbeza,
maka kumpulan yang lebih berat mempunyai bola yang lebih berat.
Ambil dua biji dari kumpulan tiga biji itu dan timbang semula di dacing
dengan sebiji sebelah.
Jika berbeza berat, maka bola yang lebih berat adalah bolanya.
Jika sama berat, maka bola ketiga yg ditinggalkan itulah bolanya.

Soalan 43: Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian 270
darjah kekiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang?
Jawapan: Kebawah! Ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan rumput.

Soalan 25:Jika sebatang pokok dipotong akan


menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang
semakin dipotong semakin menjadi tinggi?

Jawapan:Seluar panjang. Bila dipotong ianya


akan semakin tinggi.

Soalan 21: Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia


nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko.
Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah
pokok getah separuh dan pokok koko separuh,
Soalannya pokok apa tumbuh dulu?

Jawapan: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam


separuh je. Hehehe!!

Belayar perahu dari Berandan,


Menuju arah Selat Melaka;
Lebar kepala dari badan,
Apakah itu cubalah teka?
Jawapan: anak mancis / batang mancis

Burung nuri burung dara,


Terbang ke sisi taman kayangan;
Cubalah cari wahai saudara,
Makin diisi makin ringan.
Jawapan: belon
Hari-hari ke rumah Cik Hitam,
Melihat orang memotong tebu;
Apa binatang darahnya hitam;
Janggut delapan tulangnya satu?
Jawapan: sotong
Ambil betik potongkan pisau,
Buah masak pokoknya rendah;
Kecil-kecil berbaju hijau,
Sudah besar berbaju merah.
Jawapan: cili
Kalau tuan bawa keladi,
Bawa juga si pucuk rebung;
Kalau tuan bijak bestari,
Apa dia tanduk di hidung?
Jawapan: badak / gajah

Anda mungkin juga menyukai