Anda di halaman 1dari 1

Tujuan utama Kerajaan memperkenalkan laluan kenaikan pangkat sebagai guru

Cemerlang adalah untuk memberi peluang kepada guru-guru yang benar-benar


cemerlang dan menyerlah dalam mata pelajaran yang diajar ataupun di dalam
bidang pengkhususan tanpa perlu menukarkan ke jawatan pentadbiran. Dengan
cara ini, guru-guru yang bermotivasi tinggi, mahir, berpengalaman dan pakar dalam
sesuatu bidang tertentu dapat terus dikekalkan untuk mengajar di sekolah bagi
memperkasakan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
Pelaksanaan konsep Guru Cemerlang juga bertujuan untuk menjadikan guru-guru
yang dilantik sebagai role model yang akan menjadi sumber inspirasi dan motivasi
kepada guru lain untuk sama-sama bersaing meningkatkan lagi tahap pencapaian
kualiti P&P di sekolah masing-masing. Kewujudan Guru Cemerlang diharapkan
dapat menjadi pemangkin bagi sesebuah sekolah untuk meningkatkan prestasi
akademik yang lebih cemerlang dan gemilang.
PUNCA KUASA

Pada tahun 1993, Mesyuarat Jemaah Menteri telah pun meluluskan memorandum
bertajuk Sistem Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Pendidikan: Cadangan
Yang Cemerlang. Hasilnya, konsep Guru Cemerlang telah dijadikan sebagai satu
laluan kenaikan pangkat yang baru mulai tahun 1994.
KUOTA GURU CEMERLANG

Pada tahun 1994, kuota asal Guru Cemerlang yang telah diluluskan dibawah SSB
adalah sebanyak 1,000 bagi kenaikan pangkat dari Gred DG3 ke DG2 dan
sebanyak 1,600 jawatan bagi kenaikan pangkat dari Gred D6 Ke Gred DG5.
Pada tahun 2004, Kerajaan telah mewujudkan 12 kuota Guru Cemerlang Gred Khas
C. Pada tahun 2006, Kerajaan telah menambah kuota untuk gred sisipan Gred
DGA32,DGA34, DG44 dan Gred DG52 menjadikan jumlah kuota keseluruhan Guru
Cemerlang sebanyak 9,374.
Mulai tahun 2006, konsep Guru Cemerlang Gred Khas C yang pada awalnya
dikhaskan untuk guru-guru di sekolah turut diperluaskan ke peringkat institusiinstitusi lain seperti IPG dan KM.

Anda mungkin juga menyukai