Anda di halaman 1dari 3

SYARAT-SYARAT KETAT BAGI BERPOLIGAMI

Sebagaimana yang dimaklumi Puan Hadijah A. Samah dalam surat beliau yang disiarkan
dalam ruang Forum Berita Harian pada 8 Ogos 2009 berjudul “Perlu penjelasan syarat
poligami” bahawa seseorang lelaki yang hendak berpoligami perlu memenuhi beberapa
syarat ketat sebelum mendapat kelulusan untuk berpoligami..

Setiap permohonan poligami yang dikemukakan akan disiasat terlebih dahulu oleh Kadi.
Segala keterangan yang diberikan oleh pihak-pihak berkenaan akan didengar dan
dicatitkan. Keterangan dan bukti yang diambil termasuk perkerjaan dan kedudukan
kewangan terkini pemohon, tanggungjawab pemohon terhadap isteri dan anak-anak dan
pendirian isteri pemohon terhadap permohonan itu. Keputusan akan dibuat oleh Kadi
setelah menimbangkan segala keterangan dan bukti yang ada. Seseorang yang tidak
berpuas hati terhadap keputusan Kadi, boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga
Rayuan yang dibentuk oleh Presiden, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).

Puan Hadijah juga menimbulkan kemungkinan seseorang berpoligami dengan pernikahan


itu dilakukan oleh seseorang yang kononnya Kadi. Hanya Kadi yang dilantik dibawah
Akta Pentadbiran Hukum Islam, Singapura (AMLA) dibenarkan melakukan dan
mendaftarkan pernikahan dikalangan orang-orang Islam di Singapura. Adalah satu
kesalahan jika seseorang yang tidak dilantik sebagai Kadi kononnya melakukan
pernikahan dan jika didapati bersalah dia boleh didenda atau dipenjara atau kedua-
duanya. Sesiapa yang mengesaki perbuatan sedemikian hendaklah segera melaporkannya
kepada pihak Polis.

Syed Ahmad Bin Syed Mohamed


Pendaftar
Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam
STRINGENT CONSIDERATIONS FOR POLYGAMOUS MARRIAGES

Ms Hadijah A Samah in her letter “Need Clarifications on Conditions for Polygamy"


dated 8 Aug 2009 correctly notes that a man would have to fulfil stringent requirements
before being granted permission to take a second wife.

On receiving such an application, a Kadi will first hold an inquiry to hear and record the
evidence given by all of the parties related to the application. The necessary evidence
gathered may include the employment and current financial state of the applicant, his
responsibilities towards his spouse and children, and his wife's position with regard to the
application. The Kadi will then decide on the application after considering all the
evidence before him. Anybody who feels aggrieved by the Kadi’s decision may appeal
to an Appeal Board constituted by the President of the Majlis Ugama Islam Singapura
(MUIS).

Ms Hadijah also raised the possibility of a man taking on a second wife with the marriage
being solemnized by a person pretending to be a Kadi. Only a Kadi appointed under
Singapore's Administration of Muslim Law Act, is allowed to solemnize and register
marriages between Muslims in Singapore. Anyone else who purports to solemnize a
marriage shall be guilty of an offence and shall be liable on conviction to a fine or
imprisonment or to both. Anyone who suspects such impersonation should notify the
Police immediately.

Syed Ahmad Bin Syed Mohamed


Registrar
Registry of Muslim Marriages
Perlu penjelasan syarat poligami

Setahu saya, syarat poligami di sini ketat dan pihak penguasa Islam amat prihatin
mengenainya. Setiap kaum Adam yang berhasrat berpoligami harus memenuhi syarat-
syarat tertentu sebelum dibenarkan.

Saya mengagak antara syaratnya ialah mesti mendapatkan izin isteri dan mesti
mempunyai gaji minimum, yang menunjukkan mereka mampu beristeri dua.

Apakah tindakan pihak penguasa Islam di sini, seperti Pejabat Pendaftar


Pernikahan Orang Islam (ROMM) dan Mahkamah Syariah, jika seseorang itu
berpoligami tanpa izin isteri dan dinikahkan kadi yang tidak bertauliah dan secara sulit di
Singapura?

Apakah jalan bagi isteri pertama jika beliau enggan dimadukan? Bolehkah beliau
minta diceraikan?

Saya benar-benar berharap pihak penguasa Islam di sini dapat memberikan


penjelasan terperinci agar kaum Adam lebih memahami tentang poligami, syarat dan
kesannya.

Ini juga penting bagi para isteri agar mereka mengetahui hak mereka sebagai isteri
dalam perkara ini dan tidak diperlakukan sewenang-wenangnya.

Hadijah A. Samah

Anda mungkin juga menyukai