Anda di halaman 1dari 4

PERANAN DAN FUNGSI ORGANISASI

Nama laman : http://www.autism.org.uk/about-autism.aspx


Penubuhan adalah atas kesedaran untuk membela nasib komuniti autisme dan memberi
sokongan kepada ibu bapa dan penjaga dalam mendidik dan membesarkan anak-anak
autisme. Uniknya ialah persatuan ini dikendalikan sepenuhnya oleh ibu bapa yang
mempunyai anak autisme.

OBJEKTIF

1. Berkongsi maklumat dan memberi pendedahan tentang autisme kepada semua golongan
masyarakat di malaysia khususnya buat komuniti muslim.
2. Memperjuangkan hak-hak anak autisme muslim dan bukan muslim di malaysia.
3. Memperkasa pengetahuan ibu bapa/penjaga muslim yang mempunyai anak-anak autisme
melalui pendidikan formal dan separa formal melalui seminar, bengkel dan sebagainya.
4. Memberi bantuan sumber, sokongan moral dan menjadi entiti yang memberi khidmat
nasihat kepada ibu bapa/penjaga yang mempunyai anak autisme, individu autisme serta
mana-mana organisasi yang mempunyai kaitan dengan ibu bapa/penjaga atau individu
autisme.
5. Menjalinkan kolaborasi pintar dengan institusi penyelidikan, badan kerajaan atau manamana organisasi yang berminat untuk bersama membangunkan aspek pendidikan, perubatan
dan kebajikan anak autisme.
6. Mengadakan aktiviti-aktiviti untuk menjana, menerima dan mengumpul sumber bagi
mencapai matlamat persatuan.

NORSYUHADA HAZMA

Page 1

AKTIVITI:

Persatuan ini amat mementingkan nilai kekeluargaan dan hubungan baik dikalangan ahli.
Sikap prihatin dikalangan ahli menjadi ramuan penting dalam usaha dan kerjasama untuk
membela golongan Autisme. Hubungan kekeluargaan terbukti berkesan dalam memberikan
sokongan moral kepada ibubapa bagi menghadapi cabaran mendidik dan membesarkan anak
autisme.

Bagi memastikan nilai ini sentiasa subur dan berkembang, pelbagai aktiviti diadakan secara
tidak rasmi sama ada berjadual atau tidak berjadual. Antara aktiviti yang diadakan:

1. Kelas ibubapa
Menghadiri kelas ibubapa anjuran persatuan ini sendiri. Aktiviti bulanan ini selain dapat
menimba ilmu, dapat mengenali sesama ahli dengan lebih rapat.

NORSYUHADA HAZMA

Page 2

2. Ziarah dan perjumpaan


Merupakan lawatan ke rumah ahli keluarga Autisme sebagai salah satu cara memberi
sokongan moral terutamanya ketika ahli menghadapi musibah atau masalah.

4. Riadah
Agak sedikit peluang untuk golongan atau anak-anak autisme mengikuti program riadah
bersama masyarakat. Ini kerana tingkah-laku mereka yang agak sukar difahamioleh
masyarakat umum. Oleh itu persatuan ini menyedia program sebegini bagi memberi peluang
kepada mereka beriadah dan mengenali dengan lebih rapat ciri autism dan bagaimana cara
untuk mendekati golongan autism.

NORSYUHADA HAZMA

Page 3

PENUTUP

http://www.autism.org.uk/about-autism.aspx
Kesimpulannya persatuan ini ini merupakan satu organisasi yang terbaik untuk dirujuk,
Banyak informasi yang diperolehi dari laman sesawang ini dari awal iaitu bagaimana
mendiagnostik sehingga jalan penyelesaian membantu golongan autisme. Semoga dengan
perkomngsian laman sesawang ini ia sedikit sebanyak membantu peserta kursus KBK 6014
mencari input yang relevan dengan kursus ini.

NORSYUHADA HAZMA

Page 4

Anda mungkin juga menyukai