Anda di halaman 1dari 1

RUJ.

KAMI (OUR REF)

RUJ.TUAN (YOUR REF)

ENCIK ZAINAL BIN BAHARI,


Pegawai Tadbir,
Universiti Advanced Education
Melalui dan salinan:
PROF. DR ABDUL JALIL BORHAM,
Dekan,
Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan
Assalamualaikum w.b.t,
Tuan,
PERMOHONAN WANG PENDAHULUAN BAGI PROGRAM GIGVAGANZA ECER
PT3 SPM 2014
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas:
2.
Pihak Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan ingin memohon wang pendahuluan
bagi program ini yang akan dijalankan pada 20 Oktober 2014. Wang pendahuluan ini adalah
bertujuan untuk membuat pembelian barang bagi aktiviti program. Ini adalah bertujuan untuk
menjamin kelancaran proses penyediaan bahan sebelum aktiviti berlangsung.
3.
Bersama-sama ini dilampirkan perincian dan jumlah wang yang diperlukan. Diharapkan
pihak Tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Sekiranya pihak Tuan mempunyai
sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan perkara ini, sila hubungi saya di talian 095495912. Kerjasama dan perhatian yang diberikan pihak Tuan dalam perkara ini amatlah
dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Yang benar,
Siti Ainun Jariyah bt Hassan,
Guru Bahasa,
Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan

Anda mungkin juga menyukai