Anda di halaman 1dari 20

PEMARKAHAN

PGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013


BML3113 SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN
KEBUDAYAAN MELAYU

KURSUS BML3113

DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. MATRIK

STANLEY YAMUD ABAI

D20012053513

PUSAT PEMBELAJARAN: EL-KOTA KINABALU


NAMA TUTOR E-LEARNING:
TARIKH SERAH:

PERKARA

MUKA SURAT
3

Pengenalan

Ciri-Ciri Sastera

Peneraju Dan Tokoh Sastera

Teori Kritikan Sastera

Perkembangan Bahasa Melayu Klasik

12

Tokoh Ulama Aceh dan sumbanganya

15

Kesimpulan
18

19

Bibliographi

1.0

PENGENALAN KESUSASTERAAN
Perkataan sastera berasal daripada bahasa sanskrit iaitu "castra". Susastera

yang bermaksud kata yang membawa maksud khusus dimana su bermaksud indah,
baik atau lebih berfaedah. Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan
melalui bahasa. Dari segi hurufiahnya, perkataan kesusasteraan bermaksud
"kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya." Pada erti kata yang
lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indahindah, sama ada ia tertulis atau tidak. Manakala menurut Zalila Sharif dan Jamilah
Hj, Ahmad (1993: 2), Kesusasteraan berkembang daripada dua suku kata iaitu sas
dan tra. Kata sas bermaksud mengarahkan, mengajar atau memberi petunjuk.
Manakala tra pula menunjukkan alat atau sarana
Kesusasteraan adalah suatu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui
bahasa. Perkataan kesusasteraan terbentuk daripada bahasa sanskrit susastera yang
bermaksud huruf atau buku yang indah. Menurut M.K Danziger dan W.S Johnson
(1983:2), mereka berpendapat bahawa

Kesusasteraan merupakan seni yang

menggunakan kata-kata tanpa memperhitungkan persoalan sama ada kata-kata itu


tertulis(tulisan) atau sekadar diucapkan (lisan).
Oleh itu, sastera boleh diertikan sebagai alat untuk mengajar atau panduan
untuk memberi arahan. Untuk mengatakan bahawa kusasteraan mempunyai tempat
yang istimewa dalam perkembangan kehidupan seorang kanak-kanak atau pelajar
adalah suatu pernyataan yang tidak menerangkan sesuatu dengan sewajarnya.
Sedangkan kesusasteraan itu jika dibaca beramai-ramai dengan suara yang kuat dalam
suatu suasana yang meriah dan kena pada masanya dapat menjadi suatu cara yang
membolehkan seorang pembaca itu mempelajari dunia mereka sendiri.
Kesusteraan dapat mengisi banyak keperluan dan menyebarkan berbagai-bagai
nilai yang mungkin tidak dapat ditanggap dengan serta-merta. Ia juga tidak sama
menarik dengan suatu permainan komputer atau program televisyen, tetapi
kesusteraan dapat memberikan suatu yang berbeza. Ciptaan kesusasteraan berbeza
dengan ciptaan-ciptaan seni yang lain. Ia menggunakan bahasa sebagai alat
penyampaian. Melalui bahasa, keindahan kesusteraan dapat dirasakan oleh setiap

pembacanya. Dengan bahasa juga mereka dapat menggarap isi dan tujuan sambil
menghayati segala pengalaman dan perasaan yang tercurah.
Sesebuah hasil kesusasteraan yang bermutu tidak mempamerkan bahan atau
menggunakan bahasa dan olahan yang indah sahaja tetapi seharusnya memiliki unsurunsur intelek, tersirat dengan emosi dan perasaan, penuh dengan ekspresi dan
imaginasi serta kaya dengan sifat-sifat kreatif.Dengan cara inilah kesusteraan dapat
memikat hati pembaca.
Kesusasteraan pada lahiriahnya wujud dalam masyarakat manusia melalui
bentuk tulisan dan juga wujud dalam bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian,
kedua-dua bentuk kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita. Misalnya,
kita akan mendengar muzik yang mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil
sastera. Dan kita sendiri pula akan menggunakan pelbagai peribahasa dan pepatah
yang indah-indah yang sebenarnya juga merupakan kesusasteraan
Sementara Stainer (1972) pula mengatakan sastera itu adalah bahasa tetapi
bahasa dalam penggunaan yang khusus. Keadaan ini adalah yang benar-benar beerti,
yang beerti itu pula bergantung hanya kepada penulis sastera menyampaikan ideanya.
Ballmer (1976) pula mendefinisikan komunikasi bahasa ; puisi ,drama ,teks bahasa
kolokial.

M.K Danziger dan W.s Johnson pula mendefinisi sebagai suatu seni lisan,

iaitu kesusasteraan secara tradisi tergolong ke dalam golongan sastera, tidak ke dalam
golongan sastera, tidak ke dalam kajian sains atau pengetahuan teknik dan medianya
ialah perkataan dan bukan tanda-tanda visual seperti lukisan dan seni muzik.

1.1

CIRI-CIRI SASTERA

Tidak dapat dinafikan perbincangan tentang ciri-ciri kesusasteraan cukup


sinonim dengan genre-genre kesusasteraan yang telah dibincangkan sebelum ini iaitu
kesusasteraan lisan dan tulisan. Selain itu, ciri-ciri kesusasteraan bererti dengan
pembahagian kesusasteraan mengikut zaman seperti kesusasteraan Melayu klasik
bermula dari zaman purba sehingga zaman Islam. Manakala kesusasteraan Melayu
moden bertitik tolak dari zaman Abdullah Munsyi sehingga zaman kemerdekaan.

1.1.2

Ciri-ciri Sastera Rakyat

Penyebaran dan pewarisnya dilakukan secara lisan walaupun ada sesetengah


bahan kesusasteraan rakyat telah diterbitkan dalam bentuk tulisan, namun asal bahan
tersebut tersebar dikalangan masyarakat menerusi lisan dan masih mengekalkan ciri
kelisanannya. Ada juga hasil yang masih lagi tersebar secara lisan hingga kini
walaupun sebahagian ceritanya telah dibukukan.
Untuk mendapat bentuk yang mantap, kesusasteraan rakyat mesti hidup
dalam masyarakatnya tidak kurang daripada dua generasi.Wujud dalam pelbagai
versi. Oleh sebab disebarkan secara lisan, unsur tokok-tambah tidak dapat dielakkan ,
sehinggakan apa-apa yang dituturkan itu sudah menjadi satu versi yang tersendiri.
Perbezaan versi ini hanya berlaku pada bahagian luarannya sahaja, namun inti patinya
tetap kekal.
Penciptanya tidak diketahui penyebaran kesusasteraan rakyat boleh dilakukan
oleh sesiapa sahaja. Tidak ada halangan dan had untuk dituturkan. Penutur
kesusasteraan juga bebas melakukan penambahan dan pengurangan atau melakukan
penyesuaian jika mereka mahu. Kewujudan karya yang sentiasa berubah itu
menyebabkan sudaj tidak diketahui siapa penciptanya yang sebenar.
Oleh sebab kesusasteraan rakyat wujud dan berkembang melalui media lisan,
penutur biasanya tidak berkesempatan menapis apa-apa yang dituturkan ketika
berhadapan dengan pendengar atau khalayak. Oleh itu, sifatnya cukup sederhana dan
seadanya,terlalu spontan dan kadangkala kelihatan kasar.

Kesusasteraan rakyat juga wujud dalam bentuk tradisi tekal. Misalnya, cerita
Lipur Lara mempunyai struktur plot yang sudah tetap seperti plot sebelum
mengembara, semasa mengembara, sesudah mengembaradan pengakhiran yang
mengembirakan. Demikian juga cerita Sang Kancil, biasanya mengandungi empat
motifeme dalam struktur plot ceritanya. Cerita mitos pula merupakan cerita tentang
asal usul kepercayaan sesuatu masyarakat. Dengan itu, klasifikasi kesusasteraan
rakyat adalah berdasarkan formula dan pola yang tertentu.
Kesusasteraan rakyat juga bersifat pralogis, iaitu mempunyai logika yang
tersendiri yang mungkin tidak sesuai dengan logika umum. Oleh itu, pandangan dan
tanggapan masyarakat lain tidak penting kepada pertumbuhan dan perkembangan
kesusasteraan rakyat sesuatu masyarakat.
Hasil-hasil karya sastera sejarah ini mempunyai tujuan dan ciri-cirinya yang
tertentu. Karya sastera sejarah yang menepati ciri-ciri yang berikut merupakan hasil
karya yang berjaya dan sampai kepada siapa yang ditujukan.

Karya sastera sejarah

ini memerlukan usaha pengkarya bagi meninggikan kedudukan raja-raja dengan


menghiasi watak-watak mereka dengan unsur-unsur keghaiban dan kekuasaan.
Sampaikan hal-hal moral dan tatasusila
Ciri seterusnya adalah pengarang juga mesti menyampaikan kepada
khalayak tentang hal-hal berkenaan dengan moral dan tatasusila. Cenderung kepada
sifat-sifat kesusasteraan rakyat.Selain itu, pengarang karya sastera sejarah biasanya
perlu lebih cenderung kepada sifat-sifat kesusasteraan rakyat dengan mementingkan
soal-soal mitos dan dynastic myth lebih dari sejarah dalam pengertian terkini.

1.1.3

Ciri-ciri Sastera Moden

Berdasarkan Hashim Awang (et. al), 1985, Mendekati Kesusasteraan Melayu.


Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, terdapat enam ciri utama bagi
kesusasteraan Melayu natijah daripada keistimewaan dan keunikan sifat masyarakat
Melayu itu sendiri.
Merujuk pada bentuk sastera lama dan moden sebelum Perang Dunia II, ciri
didaktik atau unsur pengajaran amat ketara. Justeru, kesusasteraan mempunyai
kegunaan dalam kehidupan bersama untuk membimbing sesuatu masyarakat.
Pada era penjajahan Jepun, ciri propaganda diaplikasi bagi mengagungagungkan kehebatan ketenteraan Jepun. Hal ini bertitik tolak dalam kesusasteraan
lama Melayu yang mengagungkan taraf dan jurai keturunan raja-raja Melayu.
Selain itu, ciri yang ketiga ialah kewujudan kesusasteraan yang bercirikan
aliran tertentu iaitu seni untuk masyarakat. Aliran ini telah dipelopori oleh
pengarang-pengarang daripada Angkatan Sasterawan 50 atau ASAS 50.
Sehubungan itu, kesusasteraan ini menjadi milik bersama masyarakat secara tidak
langsung juga menterjemahkan segala pemikiran, perasaan, nilai dan falsafah hidup
masyarakatnya. Hal tersebut mungkin dilahirkan secara terus terang atau secara
tersirat
Lanjutannya, pada era prakemerdekaan dan tahun 60-an telah muncul
kesusasteraan bersifat protes terhadap golongan-golongan tertentu dalam masyarakat.
Nada protes tersebut disasarkan terhadap golongan yang tidak bertanggungjawab
terhadap tugas yang diamanahkan seperti untuk memimpin dan memajukan rakyat.
Pengarang akan memperindahkan karyanya sehingga hasilan mereka lebih
berupa hasil seni daripada sejarah.

Pengarang tidak mementingkan kronologi. Iaitu

tiada tarikh yang tepat dan kejadian-kejadian yang berlaku sering dicampuradukan
sehingga peristiwa itu hilang unsur-unsur sejarahnya.
Ciri terakhir sastera sejarah adalah sebahagian besar hasil sastera ini
membawa gelaran Hikayat. Namun begitu, tidaklah bermakna bahawa semua karya
yang membawa gelaran hikayat itu boleh digolong sebagai sastera sejarah. Ceritacerita seperti Hikayat Terung Pipit, Hikayat Malim Dewa, dan Hikayat Awang Sulung
7

Merah Muda tidak merupakan hasil sastera sejarah kerana kandungan ceritanya bukan
mengenai hal-hal yang pernah berlaku

1.2

PENERAJU DAN TOKOH SASTERA

Kelaziman dalam penulisan sastera Melayu lama, nama pengarang sesuatu karya
sastera tidak dicatat. Sebaliknya, karya-karya kesusasteraan moden dimuatkan namanama pengarangnya. Tokoh-tokoh kesusasteraan Melayu terkenal disebabkan
sumbangan mereka dalam penghasilan karya-karya. Berdasarkan Yahaya Ismail,
1981, Sejarah Sastra Melayu Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd,
kesusasteraan moden dipelopori oleh Abdullah Munshi serta Sayyid Sheikh Al-Hadi
seterusnya berkembang ke era sastera tahun 30-an, zaman Jepun dan ASAS 50.
Perkembangan kesusasteraan Melayu disusuli era sastera tahun 60-an dan hingga
sekarang.

1.3

TEORI TEORI DAN KRITIKAN SASTERA


Secara mudah teori sastera dapat difahami sebagai gagasan idea tentang

sesuatu fenomena kesusasteraan. Teori sastera wujud sebagai landasan atau gagasan
untuk memahami fenomena kesusasteraan. Contohnya teori Peniruan Plato. Teori
sastera yang digunakan dalam amalan kritikan dinamakan sebagai teori kritikan
sastera, kerana teori ini bukan sahaja menerangkan prinsip-prinsip tentang sesuatu
fenomena kesusasteraan, tetapi juga digunakan atau diaplikasikan dalam kerja
mengkritik teks. Menurut Kerlinger, teori bermaksud himpunan sesuatu konsep,
definisi dan saranan yang berkaitan antara satu sama lain. Ia memberi gambaran
teratur tentang sesuatu fenomena dengan menyatakan hubungan antara angkubah
untuk menerangkan dan meramalkan fenomena tersebut. (HBML4203: 98)
Teori kesusasteraan muncul daripada pemerhatian yang umum terhadap
fenomena sastera tanpa menekankan persoalan-persoalan kebudayaan atau sejarah
pada peringkat awalnya. Ahli-ahli kesusasteraan berminat mengkaji karya sastera
secara menyeluruh dan cuba merangka pendekatan dan prinsip kajian kesusasteraan,

meneliti secara halus ciri-ciri yang terdapat dalam segala ilmu samada tentang Sains,
Sains Kemasyarakatan atau Sains Kemasyarakatan.
Menurut Ali Hj Ahmad (1994:14) adalah berkaitan dengan pengajian tentang
prinsip-prinsip kesusasteraan, pengkelasannya atau dengan kata lain, pandangan
bahawa kesusasteraan itu mempunyai susunan dan untuk memahami susunannya, ia
memerlukan peraturan-peraturan yang digubal setelah melihat ciri-ciri yang umum,
yang khusus dan tersendiri.Ringkasnya teori melihat fenomena sastera dan unsurunsur berkaitan seperti sifat dan tujuan penghasilan sastera, hubungan antara karya
dengan unsur luar seperti biografi penulis dan psikologinya serta yang ketiga melihat
aspek-aspek strukturnya. Apa yang jelas teori membuat generalisasi yang ilmiah
dengan bukti dan hujahan yang kukuh.

Teori sastera terbahagi kepada dua iaitu Teori Klasik Kesusasteraan dan Teori Moden
Kesusasteraan.Rujuk rajah 3. Rajah 3 5.1 Teori Klasik Kesusasteraan

TEORI SASTERA

TEORI KLASIK
KESUSASTERAAN

TEORI MODEN
KESUSASTERAAN

1.3.1 Teori Klasik Kesusasteraan


Secara dasarnya ditemui empat teori klasik kesusasteraan dalam pengajian
kesusasteraan. Empat teori utama dalam teori klasik kesusasteraan boleh dilihat
melalui rajah 4 di bawah

Teori Peniruan (Plato)


Teori

terawal

dikemukakan

oleh

Plato

melalui

bukunya

yang

berjudulRepublic. Plato menyatakan bahawa karya sastera sebagai suatu peniruan


yakni proses yang melalupenapisan dua kali daripada bentuk ideal atau hakikat. Teori
ini dianggap sebagai teori kesusasteraan tertua yang berusaha untuk menghuraikan
karya kreatif. Plato melihat apa yang terhasil melalui proses peniruan terhadap benda
yang benar akan menghasilkan sesuatu yang palsu

10

Teori Mimesis
Namun pandangan Plato ditentang oleh anak muridnya iaitu Aristotle. Kepada
Aristotle dalam bukunyaPoetic, beliau melihat representasi adalah bentuk mimesis
yang membawa maksud penyalinan semula ke arah yang lebih positif. Aristotle
mempunyai perspektif yang lebih ke hadapan daripada Plato, kerana beliau melihat
representasi yang ditiru semula perlu bermoral ke arah nilai baik yang boleh
mengangkat sesuatu karya. Contohnya kesan katharsis daripada peniruan itu boleh
meninggalkan rasa puas audiens, rasa kekaguman dan insaf akan kebesaran Ilahi.
Teori Moral
Teori ini diutarakan oleh Horace melalui bukunya yang berjudulPoetica,
menjelaskan bahawa karya sastera sewajarnya meninggalkan kesan pengajaran dan
pendidikan. Tanggapan teori moralialah, teks kesusasteraan bukan sahaja sebagai satu
hasil seni tetapi yang lebih besarnya ialah bagaimana sastera itu melalui isi dan
matlamatnya boleh menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang baik dan
sempurna.
Kesusasteraan daripada sudut ini dilihat sebagai unsur yang bersifat
didaktivisme. Yakni, yang mempunyai idealogi ke arah menyampaikan pengajaran,
didikan dan pembentukan akhlak yang baik. Horace menitikberatkan unsur didaktif
sebagai keperluan yang perlu ada dalam karya di samping untuk tujuan hiburan.
Melakukan kritikan berasaskan teori moral bermakna pengkritik berusaha mengkaji
dan menganalisis isi teks serta menilai sesuatu teks kesusasteraan dengan memberi
penekanan kepada nilai-nilai moral dan kesannya didaktivismenya kepada
masyarakat.
Dalam hal ini tentunya teks-teks kesusasteraan yang baik dan sarat dengan
persoalan perilaku masyarakat sangat sesuai dikaji menggunakan pendekatan ini.
Fokus pengkritik tentunya berusaha menimba dan menggali nilai-nilai murni, mesej
dan pengajaran yang mengandungi unsur pendidikan. Pengkritik juga akan
menghubung isi teks dengan realiti di luar teks untuk mengukuhkan signifikasi moral
yang dikritik.

11

Teori Pragmatik
Teori ini diasaskan oleh Quintilian. Menerangkan karya memberikan kesan
katharsis iaitu rasa puas dalam kalangan pembaca dan penonton (drama/teater).

1.4 PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU KLASIK


Sejarah dalam bidang bahasa telah wujud sejak 680 Masihi lagi, dari zaman
tersebut telah dijumpai beberapa piagam yang yang tertera di dalam bahasa Melayu
kuno. Pada tahun 686 Masihi telah di dapati sebuah puagam seperti di Kota Kapur,
Bangka Barat dan dua buah lagi di dapati dari tahun 683 dan 684 di kedukan bukit
dan talang tuwo yang di tulis dalam Bahasa Melayu Kuno. Terdapat penggunaan
bahasa Sanskrit di dalamnya, di samping piagam-piagam yang menggunakan bahasa
jawa kuno.
Pengertian bahasa Melayu Klasik menurut Ismail Hamid (1987:68) Tulisan
bahasa Melayu Kuno yang tercatat pada batu-batu bersurat yang tersebut pada masa
lampau menerangkan kepada kita bahawa bahasa Melayu dewasa itu adalah
merupakan satu lanjutan sejarah daripada bahasa Melayu Kuno. Menurut Asmah Hj
Omar pula bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan bahasa
Melayu Klasik
Bahasa Melayu klasik ini mula berkembang sejak abad ke-13 dan-14, dan
pada zaman ini telah dijumpai beberapa prasasti dalam bahasa Melayu yang di tulis
menggunakan huruf india tetapi bahasanya sudah terdapat pengaruh arab. Pada zaman
bahasa Melayu kuno dua jenis tulisan yang digunakan iaitu tulisan rencong danh
tulisan Pallava dan nagiri, Bahasa Melayu pada zaman seterusnya menggunakan
tulisan baru iaitu tulisan Jawi, iaitu dengan meminjam dan menyesuaikan abjad
bahasa arab.
Bahsa Melayu klasik dapat disimpulkan sebagai bahasa yang digunakan dalam
kesusasteraan, pemerintahan, dan undang-undang agama, sejarah perdagangan dan
perhubungan di antaramasyarakat, perkara ini dapat di buktikan dengan adanya karya
seperti Hikaya Raja-Raja Pasai, Misa Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat negeri
Johor dan lain-lain karya yang dihasilkan dalam tulisan jawi
12

1.5 TOKOH ULAMA ACEH DAN SUMBANGANYA DALAM KESUSTERAAN


MELAYU KLASIK

Syeikh Hamzah al-Fansuri dilahirkan di Barus atau Fansur pada pertengahan abad ke16 hingga awal abad ke-17, tetapi tarikh lahir secara tepat belum dapat ditentukan.
Fansur merupakan sebuah kampung yang terletak di antara Kota Singkel dengan
Gosong Telaga(Aceh Selatan). Semasa zaman Kerajaan Aceh Darussalam, Kampung
Fansur itu terkenal sebagai pusat pendidikan Islam di bahagian Aceh Selatan.
Perbezaan pendapat menyatakan bahawa beliau dilahirkan di Syahrun Nawi atau
Ayuthia di Siam dan berhijrah serta menetap di Barus.
Ayah Syeikh Hamzah al-Fansuri bernama Syeikh Ismail Aceh pernah menjadi
gabenor di Kota Sri Banoi. Beliau menggantikan Gabenor Wan Ismail yang berasal
dari Patani, yang telah melepaskan jawatan kerana usianya yang lanjut. Syeikh Ismail
Aceh meninggal dunia dalam pertempuran melawan orang Yuwun (Annam) di
Phanrang.
Ibubapa Hamzah telah meninggal dunia ketika beliau masih kecil. Suasana
dan keadaan ini mendorong beliau hidup terpencil dan berdagang atau mengembara
dari sebuah negeri

ke sebuah negeri. Sewaktu mengembara dan berdagang itu,

pelbagai sumber menyebut bahawa Syeikh Hamzah al-Fansuri telah belajar berbagaibagai ilmu dalam masa yang lama. Selain menimba ilmu di Aceh, beliau juga telah
mengembara ke pelbagai tempat, di antaranya ke Banten (Jawa Barat).Sumber lain
juga menyatakan bahawa beliau pernah mengembara keseluruh tanah Jawa,
Semenanjung Tanah Melayu, India, Parsi dan Arab. Dikatakan bahawa Syeikh
Hamzah al-Fansuri sangat mahir dalam ilmu-ilmu fikah, tasawuf, falsafah, mantiq,
ilmu kalam, sejarah, sastera dan lain-lain. Dalam bidang bahasa pula, beliau
menguasai dengan kemas seluruh sektor ilmu Arabiyah dan fasih dalam pengucapan
bahasa tersebut. Beliau juga berkebolehan dalam pelbagai bahasa lain seperti bahasa
Urdu, Parsi, Melayu dan Jawa. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa ibundanya.
Bahasa Melayu yang digunakannya itu sudah memperlihatkan bentuk seperti yang
digunakan sekarang.

13

Hamzah Fansuri ialah seorang ulama dan pujangga besar Melayu. Beliau
merupakan penyair Melayu pertama yang mengubah syair-syair bersifat agama.
Hamzah Fansuri adalah seorang yang sangat terkemuka dikalangan orang-orang
Melayu oleh kerana syair-syair dan puisi-puisinya yang menakjubkan. Syair-syair
Hamzah Fansuri yang diketahui tidak kurang 32 untaian. Syair-syairnya dianggap
sebagai syair Melayu pertama yang ditulis dalam bahasa Melayu, iaitu sajak empat
baris dengan pola bunyi akhir a a a a pada setiap barisnya. Ciri-ciri sajaknya yang
menonjol di antaranya menjadi puisi Melayu klasik. Pertama, pemakaian penanda
kepengarangan. Kedua, banyak petikan ayat Al-quran, hadis, pepatah, dan kata-kata
Arab. Itu menunjukkan cepatnya proses Islamisasi dalam penggunaan

bahasa,

kebudayaan dan sastera Melayu abad ke-16. Ketiga, dalam setiap bait terakhir
syairnya selalu mencantumkan takhallus (nama diri), iaitu nama julukan yang
biasanya didasarkan pada nama tempat kelahiran penyair atau tempat ia dibesarkan.
Keempat, terdapat pula tamsil dan citraan-citraan simbolik yang biasa digunakan oleh
penyair-penyair Arab dan Persia dalam melukiskan pengalaman dan gagasannya.
Kelima, kerana paduan yang seimbang antara diksi (pilihan kata), rima dan unsurunsur puitik lainnya.
Pengaruh Hamzah Fansuri cepat tersebar di seluruh tempat di Malaysia
terutama melalui pengajaran-pengajaran yang beliau berikan selama perantauan ke
berbagai tempat dan melalui karya-karyanya yang tersebar di seluruh Asia Tenggara.
Hamzah Fansuri bukan sahaja seorang ulama tasawuf dan sasterawan terkemuka
tetapi juga seorang perintis dan pelopor pembaharuan. Sumbangannya sangat besar
bagi perkembangan kebudayaan Islam di Nusantara, khususnya dalam bidang
kerohanian, keilmuan, falsafah, bahasa, dan sastera.
Dalam bidang keilmuan, Hamzah Fansuri telah mempelopori penulisan risalah
tasawuf atau keagamaan yang bercorak mistik dan bersifat ilmiah. Sebelum karyakarya Hamzah Fansuri muncul, masyarakat Melayu mempelajari masalah-masalah
agama, tasawuf, dan sastera melalui kitab-kitab yang ditulis dalam bahasa Arab dan
Parsi. Dalam bidang sastera, Hamzah Fansuri mempelopori pula penulisan puisi-puisi
Islam bercorak kesufian, mistik,metafizik dan pembicaraan terhadap hubungan insan
dengan penciptanya dan manusia seluruhnya. Kedalaman kandungan puisi-puisinya
sukar ditandingi oleh penyair lain yang sezaman atau selepasnya. Mereka menerapkan
bentuk puisi moden dalm karya-karya mereka, namun mereka tidak terlepas daripada
14

pengaruh sastera Islam yang diasaskan oleh Hamzah Fansuri. Dalam bidang
kesusasteraan pula, beliau ialah orang pertama yang memperkenalkan syair dan puisi
empat baris dengan skema sajak akhir a a a a seperti sebelumnya. Dilihat dari
strukturnya, syair yang diperkenalkan oleh Hamzah Fansuri seolah-olah merupakan
perpaduan antara sajak Parsi dengan pantun Melayu.
Hamzah Fansuri juga telah berhasil meletakkan dasar-dasar puitika dan
estetika Melayu. Pengaruh itu masih dapat diamati sehingga sekarang, seperti dalam
karya penyair Pujangga Baru, sasterawan angkatan 70-an dan sebagainya. Bidang
kebahasaan, Hamzah Fansuri telah memberikan beberapa sumbangan. Pertama,
sebagai penulis pertama kitab keilmuan dalam bahasa Melayu, beliau berhasil
mengangkat bahasa Melayu menjadi bahasa intelektual dan ekspresi keilmuan yang
hebat. Oleh sebab itu, kedudukan bahasa Melayu di bidang penyebaran ilmu dan
persuratan menjadi sangat penting dan mengungguli bahasa-bahasa Nusantara yang
lain pada waktu itu. Pada sekitar abad ke-17, bahasa Melayu menjadi bahasa
pengantar kepada pelbagai lembaga pendidikan Islam, bahkan digunakan pula oleh
Pemerintah Hindia Belanda sebagai bahasa pentadbiran dan bahasa pengantar di
sekolah-sekolah pemerintah. Itulah yang telah memberikan peluang besar terhadap
bahasa Melayu bukan sahaja untuk berkembang maju tetapi juga untuk dipilih dan
ditetapkan menjadi bahasa persatuan dan kebangsaan.
Sumbangan dan pemikiran selanjutnya mengenai kebahasaan dapat dibaca
dalam syair-syair dan risalah-risalah tasawuf Hamzah Fansuri, sangat besar jasanya
dalam proses Islamisasi bahasa Melayu. Islamisasi bahasa sama saja dengan
Islamisasi pemikiran dan kebudayaan. Syair-syairnya bukan sahaja memperkaya
perbendaharaan kata bahasa Melayu tetapi juga mengintegrasikan konsep-konsep
Islam dalam berbagai bidang kehidupan dalam sistem bahasa. Karya-karya sufisme
dalam bentuk syair telah mengubah perspektif dan fungsi sastera ini. Beliau telah
memperkenalkan satu dimensi baru untuk memahami kehidupan dan keindahan.
Melalui hasil karangannya, dijelaskan mengapa orang harus mencari Tuhan dan juga
sebagai garis petunjuk untuk mencari Tuhan. Syair-syair Hamzah sarat dengan
estetika, ilmu dan falsafah diolah berdasarkan pengaruh pantun menampakkan
bahawa Hamzah menguasai puisi Parsi bersifat tasawuf dan memupuk rasa cinta akan
Allah. Hamzahlah penyajak Melayu pertama yang menggunakan syair dalam tulisan
agama.
15

Hamzah telah memperkenalkan suatu dimensi baru untuk memahami


kehidupan dan keindahan. Karya-karyanya memacarkan kesatuan estetika, kepaduan,
keutuhan dan kesejagatan yang membentuk perubahan dan pembangunan dalam
sastera Melayu. Sesungguhnya, Hamzah melalui pengalaman peribadi dan dirinya
sebagai fokus telah menukar konsep sastera, kepengarangan dan konsep diri. Paling
penting beliau telah mengungkapkan perubahan dari segi persepsi kehidupan dunia
Melayu. Hamzah memberi sumbangan yang sangat besar kepada kesusasteraan
Melayu dan Nusantara. Hasilan karyanya mengandungi benih-benih inovasi yang
kemudiannya di warisi oleh pengarang Melayu seperti Abdullah Munshi, Raja Ali
Haji dan Salleh Perang. Hamzah berjaya memadukan semua unsur-unsur inovasi
tersebut dengan indah dan berkesan. Oleh itu, pembaharuan yang di bawa oleh
Hamzah dianggap menjangkau zaman dan generasinya sehingga unsur pembaharuan
dan nilai moden berjaya ditonjolkan.

Antara karya-karya yang telah dihasilkan oleh Hamzah Fansuri adalah,


i.

Asrar al-Arifin (Rahsia Orang yang Bijaksana

ii.

Sharab al-Asyikin (Minuman Segala Orang yang Berahi

iii.

Zinat al-Muwahidin (Perhiasan Sekalian Orang yang Mengesakan.

iv.

Syair Si Burung Pingai

v.

Syair Si Burung Pungguk

vi.

Syair Sidang Fakir

vii.

Syair Dagang

viii.

Syair Perahu

Ulama kedua adalah, Syed Syeikh Al-Hadi Syed Syeikh bin Syed Ahmad Al-Hadi
telah dihantar keRiau ketika berusia empat belas tahun untuk mengaji agama dan
bahasa Arab dengan seorang pengarang dan juga agamawan iaituRaja Ali Haji. Pada
penghujung abad ke-19 Syed Sheikh telah pergi ke Mekah dan juga Beirut serta
Kaherah untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang agama.

16

Syed Sheikh Al-Hadi merupakan anak murid kepada reformis terkenal di


Kaherah iaitu Sheikh Muhammad Abduh. Sekembalinya dari Mesir, Syed Sheikh AlHadi telah mendirikan Madrasah Al- Iqbal pada tahun 1907 di Singapura. Dua tahun
kemudiannya dia menjadi pendakwa di mahkamah Syariah Johor Baharu sehingga
1915. Dia meninggalkan kerjaya tersebut kerana minatnya dalam bidang perguruan,
kewartawanan dan penulisan. Dia nampak hanya melalui penulisan dia boleh
mengembangkan fikrahnya dan menaikkan semangat Islam di kalangan orang
Melayu.
Dia kemudiannya mendirikan dua buah lagisekolah iaitu Madrasah Al-Hadi
(1915) di Melaka dan Madrasah Al-Mashur (1926) di Pulau Pinang dan beliau
menjadi Mudir kepada dua buah madrasah tersebut.Rakan seperjuangannya yang turut
mempunyai aspirasi yang sama adalah Sheikh Mohd Tahir Jalaluddin Al-Azhari,
Sheikh Mohammd bin Salim Al-Kalali dan Haji Abbas bin Mohd. Tahar bergabung
tenang untuk mengembangkan fikrah Islam dengan menerbitkan majalah AlImam(1906).
Di Pulau Pinang di samping menulis, Syed Sheikh menerbitkan majalah AlIkhwan (1927) dan akhbar Saudara (1928). Peranan yang dimainkan oleh Syed Sheikh
Al-Hadi dalam dunia kesusasteraan Melayu bukan hanya setakat melahirkan Hikayat
Faridah Hanum bahkan dia turut mencernakan pemikiran dan menyedarkan bangsa
Melayu kepada isu ekonomi dan pejuangan anak watan. Sebagai reformis dia
mengketengahkan fahaman Islam yang diwar-warkan oleh Sheikh Muhammad
Abduh.

Karya Hikayat Setia Asyik Kepada Maksyuknya atau terkenal sebagai Hikayat
i.Faridah Hanum (1925-1926)
ii. Siri CeritaRokamlbul (karya adaptasi)
iii. Tafsir Juz Amma (1927)
iv. Taman Cinta Berahi (1928)
v. Tafsir Al-Fatihah (1928)
17

vi. Hikayat Cermin Kehidupan (1929)


vii. Hikayat Puteri Nurul Ain (1929)
vix. Kitab Agama Islam Dan Akal (1931)
.
1.6 KESIMPULAN
Dalam usaha menghidupkan kembali minat masyarakat kepada kesusasteraan,
sokongan daripada semua pihak sangat diperlukan agar usaha ini lebihberhasil.Dalam
hal ini, kepakaran dalam bidang teknologi juga diperlukan.Bersesuaian dengan
eraTeknologi maklumat (IT), pengajian kesusasteraan perlu dilengkapkan dengan
kursusTeknologi khususnya teknologi komputer memandangkan graduanGraduan
yangMemperoleh pekerjaan yang baik terdiri daripada mereka yang mempunyai
kemahiran IT Dan komunikasi.
Secara kesimpulannya, suatu falsafah, perancangan, kaedah atau pendekatan
yang betapa unggul puntidak akan memberikan hasil sekiranya tiada siapa pun
memperdulikan kedudukan sastera di tanah air kita sendiri. Dalam pada itu,
Kementerian Pelajaran Malaysia memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya
selain daripada kerjasama pihak sekolah dan masyarakat dan tokoh-tokoh serta
karyawan sastera tanah air bagi memperkayasakan perkembangan kesusteraan
melayu semasa..

18

BIBLIOGRAPHI

Abdul Aziz Abd Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan
Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Ali Ahmad, Karya-Karya Sastera Bercorak Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka., 1987.
Ahmad Kamal Abdullah, Mohd Thani Ahmad, Sofian Hussain, Suhaimi Hj.
Muhamad (Penyelenggara).1988. Glosari Istilah Kesusasteraan,Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ali Ahmad. 1997, Pengantar Kesusasteraan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
A. Hasjmy, 1976. Rubai Hamzah Fansuri, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Ahmad Kamal Abdullah, 1988. Unsur-Unsur Islam Dalam Puisi Melayu Moden,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Annas Haji Ahmad, 1988. Sastera Melayu Lama dan Baru (Edisi Baru), Petaling
Jaya: Masa Enterprise
Hamzah Hamdani, Zeti Aktar Jaffar, 2007. Shahnon Ahmad dalam Esei dan Kritikan,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Hussein, 1974. Sastera dan Masyarakat. Kuala Lumpur: Pustaka Zakry Abadi.

Mohd Fadhil Ismail, 1995. Kajian Ekstrinsik & Intrinsik Debu Merah STPM, Kajang:
Makruf Publisher & Distributors Sdn. Bhd.

Ooi Eng Lye, 2005. Novel Terpilih Shahnon Ahmad Satu Kajian Pendekatan Gender,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

19

20

Anda mungkin juga menyukai