Anda di halaman 1dari 7

MAJLIS KONVOKESYEN PRASEKOLAH 2013

PRASEKOLAH TUNAS DURRANI IPG KAMPUS KOTA BHARU.


Mengumumkan perarakan masuk Tn. Hj. Hashim bin Deraman, Pengarah IPG
Kampus Kota Bharu, barisan pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan serta para
penerima Sijil Tamat Prasekolah Tunas Durrani bagi sesi 2013.
Seterusnya Nyanyian Lagu Negaraku dan Selamat Sultan. Hadirin diminta berdiri.
-

Nyanyian Lagu Negaraku dan Selamat Sultan-

Hadirin hadirat dipersilakan duduk.


Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara

1. Yang berusaha, Tn Hj Hashim bin Deraman


Pengarah IPG Kampus Kota Bharu
2. Yang berusaha, Pn. Hanisah bt Zakaria
Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan
3. Yang dihormati - Pn. Kasnimi binti Seman@Othman, Penyelaras Prasekolah
Tunas Durrani
- Ketua Unit Prasekolah
-Barisan Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan
- Guru Prasekolah Tunas Durrani
-Barisan Urusetia Konvokesyen Prasekolah Tunas Durrani
- Para ibu bapa sesi putra putri Prasekolah Tunas Durrani sesi
2013
Hadirin yang dimuliakan,
Bersyukur ke hadrat Illahi, atas perkenan limpah dan inayah-Nya dapat jua kita
berhimpun di Majlis Konvokesyen Prasekolah Tunas Durrani sesi 2013.

Selamat datang diucapkan kepada para jemputan yang hadir terutama sekali para
ibu bapa di atas kesudian bagi meluangkan masa ke majlis ini.
Sesungguhnya, keprihatinan tuan-tuan dan puan-puan semua hadir ke majlis ini,
membuktikan kecaknaan dan tautan kasih, kerjasama erat antara kita guru-guru,

ibu bapa dan anak-anak khususnya, dalam menjana kecemerlangan masa depan
anak-anak.

2. Bacaan Doa
Bagi memberkatikan lagi majlis pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya
menjemput saudara Muhammad Rafie bin Mahmud Husni untuk mengetuai
bacaan doa.Dipersilakan
-

BACAAN DOA-

Amin amin ya rabbilalaminSyukran Jazilan diucapkan kepada saudara


Muhammad Rafie bin Mahmud Husni atas bacaan doa sebentar tadi.

3. Bacan Ayat Suci Al-Quran oleh murid Prasekolah Tunas Durrani/ wakil guru
pelatih prasekolah

Hadirin hadirat yang dimuliakan,


Aturcara pada pagi ini diteruskan lagi dengan mempersilakan Al-Fadhil Ustaz
bagi mengalunkan ayat suci alquran.
Walyatafadholmasykura
-

BACAAN AL-QURAN-

Terima kasih diucapkan kepada saudara


suci al-Quran itu sebentar tadi.

atas alunan ayat

4. Ucapan Aluan Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan


Seterusnya, majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha Pn. Hanisah bt
Zakaria , Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan
-

UCAPAN

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yg Berusaha Pn. Hanisah bt


Zakaria atas ucapan aluan itu tadi.
5. Ucapan Perasmian Pengarah IPG Kampus Kota Bharu

Seterusnya dipersilakan Yang Berusaha Tn. Hj. Hashim bin Deraman untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis Konvokesyen Prasekolah
Tunas Durrani sesi 2013. Dengan segala hormatnya dipersilakan..
-

UCAPAN PERASMIAN

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn. Hj.Hashim bin Deraman.
Dengan ucapan perasmian itu tadi, maka rasmilah sudah Majlis Konvokesyen
Prasekolah Tunas Durrani Sesi 2013.

6. Penjelasan Tema Budaya Kelantan


Panjang ranting dari dahan,
Pokok senduduk tertunduk mati,
Budaya Kelantan menjadi pilihan,
Menghidupkan lagi majlis ini.
Hadirin yang dimuliakan,
Majlis konvokesyen pada kali ini bertemakan budaya Kelantan. Untuk
pengetahuan hadirin, Nama "Kelantan" dikatakan pencemaran daripada perkataan
"gelam hutam", iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga
yang mengatakan bahawa namanya datang daripada perkataan "kilatan" atau
"kolam tanah". Selain itu Negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah
Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan
Kembang dan Serambi Mekah.
Tema yang dipilih pada kali ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada
masyarakat umum seterusnya kanak-kanak tentang budaya yang terdapat di
Kelantan supaya ianya tidak luput ditelan zaman. Sebagai contoh, kesemua
persembahan yang akan diadakan pada hari ini semuanya adalah berkonsepkan
budaya Kelantan iaitu persembahan dikir barat dan pergerakan kreatif yang
berkisarkan cara hidup masyarakat nelayan di Kelantan. Mari kita saksikan
tayangan gambar budaya dan cara hidup masyarakat Kelantan.

7. Persembahan Pergerakan Kreatif


Warga dewan yang disayangi,
Seterusnya, kita saksikan pula persembahan pergerakan kreatif yang
dipersembahkan oleh murid-murid Prasekolah Tunas Durrani. Untuk pengetahuan
hadirin sekalian, persembahan pergerakan kreatif ini telah dikelolakan oleh guru
prasekolah Tunas Durrani sendiri.

Persembahan Pergerakan Kreatif yang bakal dipersembahkan adalah


berkonsepkan Kehidupan Seorang Nelayan yang perlu berdepan dengan pelbagai
rintangan untuk mencari rezeki. Konsep ini amat bersesuaian dengan tema majlis
kita pada hari ini.
*
Dipersilakan
-

PERSEMBAHAN Pergerakan Kreatif

Terima kasih kepada murid-murid Prasekolah Tunas Durrani atas persembahan


pergerakan kreatif yang sungguh bertenaga sebentar tadi. Di harapkan agar bakat
kanak-kanak ini dapat diperkembangkan bila menginjak kealam sekolah rendah
nanti.

8. Tayangan Video.
Hadirin yang dirahmati, sementara menunggu persiapan murid-murid untuk
persembahan seterusnya, mari kita bersama-sama menonton tayangan video Imbasan
Aktiviti dan Warna Warni Kanak-Kanak Prasekolah Tunas Durrani yang telah
disediakan, Ayuh kita saksikan.

9. Persembahan Dikir Barat

Bagi Meneruskan aturcara pada pagi ini, kita disajikan pula dengan persembahan
dikir barat oleh muri-murid Prasekolah Tunas Durrani yang akan mendendangkan
lagu berjudul Untukmu Ibu. Persembahan Dikir Barat ini melibatkan kesemua
murid prasekolah Tunas Durrani seramai 15 orang. Majlis mempersilakan
-

PERSEMBAHAN Dikir Barat

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid Prasekolah Tunas Durrani atas


persembahan dikir barat yang hebat itu tadi.
10. Penyampaian Sijil dan hadiah Murid Prasekolah SKKT
Tamatlah sudah Prasekolah
Tahun Satu menggamit megah
Acara dinantikan satu anugerah
Penyampaian sijil dan juga hadiah

Hadirin hadirat yang dimuliakan, sampailah kita ke acara yang dinantikan.


Penyampaian sijil dan hadiah kepada murid-murid prasekolah sesi 2013.
Dengan itu, majlis menjemput Tn.Hj Hashim bin Deraman dan diiringi oleh Pn.
Hanisah bt Zakaria, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan untuk menyampaikan sijil dan
penghargaan kepada penerima-penerima sijil. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
Dijemput adik

PENYAMPAIAN SIJIL

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Hashim
bin Deraman atas penyampaian sijil itu tadi.

11. Penyampaian Cenderahati


Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati sebagai tanda
kenang-kenangan. Dijemput Pn. Hanisah bt Zakaria, Ketua Jabatan Ilmu
Pendidikan untuk menyampaikan cenderahati kepada Tn. Hj. Hashim bin
Deraman, Pengarah IPG Kampus Kota Bharu. Dipersilakan
Majlis mengucapkan terima kasih atas penyampaian cenderahati itu tadi dan
dijemput untuk mengambil tempat semula.
12. Tautan kasih
Warga dewan yang dimuliakan,
Majlis diteruskan lagi dengan tautan kasih antara ibu bapa dan murid-murid.
Untuk pengetahuan hadirin sekalian, objektif pengisian ini dilaksanakan adalah
untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan ibu bapa kepada murid-murid
prasekolah terhadap pencapaian mereka di Prasekolah Tunas Durrani. Oleh yang
demikian, samada ibu atau bapa kanak-kanak diminta hadir ke pentas untuk
menyampaikan penghargaan kepada murid-murid prasekolah.
Anak ikan di dalam balang,
Tidak banyak berenang sendiri;
Sakit melahirkan bukan kepalang,
Melihat anak wajah berseri.

Anak rubah dipanggang api,


Dimakan oleh orang Iban;
Penat lelah tolak ke tepi,
Demi anak rela berkorban.

Sekarang, dipersilakan ibu atau bapa kepada adik.


*rujuk senarai nama
13. Penutup
Indah pekerti indah budi
Bersulam adat Melayu jati
Majlis Konvokesyen Prasekolah berakhir di sini
Dipanjangkan umur bertaut hati bersua kembali

Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian.


Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi maka berakhir sudah
Majlis Konvokesyen Prasekolah Tunas Durrani Sesi 2011.

Majlis ingin mengambil kesempatan merakamkan jutaan terima kasih kepada


semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
Sekalung tahniah jua kepada semua graduan prasekolah yang tamat prasekolah
dengan jayanya.
Ampun maaf dipinta atas segala kesilapan dan keterlanjuran kata. Sesungguhnya,
yang baik itu dari Allah, manakala segala kekurangan adalah dari kelemahan kami
jua..Semoga dipertemukan lagi di tahun hadapan.
Dengan ini saya sudahi majlis dengan lafaz yang mulia..
Wabillahitaufik
Majlis bersurai
14. Sesi Bergambar
Dijemput para VIP dan murid-murid prasekolah Tunas Durrani untuk mengambil
tempat bagi sesi bergambar.
15. Jamuan
Dijemput para hadirin untuk menjamu selera yang telah disediakan di belakang
dewan.

Selamat menjamu selera. Semoga hadirin berpuas hati dengan jamuan yang
disediakan.

Anda mungkin juga menyukai