Anda di halaman 1dari 2

Gaya hidup sihat

Keupayaan berfungsi secara maksima dari segi jasmani, emosi , rohani, sosial dan intelektual banyak
bergantung kepada tahap kesihatan individu. Bagi memastikan tahap kesihatan yang baik dapat
dicapai dan terus dikekalkan disepanjang kehidupan, setiap individu perlu mengamalkan cara
kehidupan yang sihat, yang juga dikenali sebagai GAYA HIDUP SIHAT.
Mengamalkan gaya hidup sihat adalah usaha untuk meningkatkan tahap kualiti kesihatan dan
seterusnya menghindari tabiat yang memudaratkan kesihatan sama ada kesihatan terhadap diri
sendiri, keluarga dan juga persekitaran.
Amalan gaya hidup sihat telah menjadi agenda utama negara. Oleh itu, pada tahun 1996, kerajaan
Malaysia telah melancarkan kempen Gaya Hidup Sihat yang bermatlamat untuk mempertingkatkan
pengetahuan dan amalan gaya hidup sihat dikalangan rakyat Malaysia (Unit Perancangan Ekonomi
Negara, 1999). Pada kempen ini, kerajaan memfokus kepada empat aktiviti utama iaitu
melaksanakan (1) Kempen pencegahan diabetes; (2) Kempen penggalakan pemakanan sihat; (3)
Kempen penggalakan senaman dan kecergasan; dan (4) Kempen Program sihat tanpa Aids untuk
Remaja (PROSTAR). Kini , amalan gaya hidup sihat memfokus kepada empat komponen utama iaitu
(1) peningkatan pengetahuan dan amalan pemakanan; (2) peningkatan pengetahuan dan amalan
menangani stres; (3) peningkatan pengetahuan dan amalan anti-merokok; dan (4) peningkatan
pengetahuan dan amalan sukan dan rekreasi.
Laman web ini bertujuan untuk memberi maklumat berkaitan dengan amalan yang boleh
dilaksanakan bagi memenuhi aspirasi gaya hidup sihat melalui:
(1) peningkatan pengetahuan dan amalan pemakanan
Berikut adalah maklumat dari Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia, Kementerian Kesihatan
Malaysia bagi mengamalkan kaedah pemakanan yang sihat. Dokumen yang sama juga boleh
diperolehi di
http://www.mysihat.gov.my/V2/Promosi/images/stories/Modul_Program_Kesihatan_2011/Modul_
Makan_Secara_Sihat.pdf
Amalan pemakanan yang sihat juga dilaksanakan bagi mencegah obesiti dikalangan ibu tunggal.
Obesiti adalah satu keadaan apabila individu mempunyai berat badan yang terlalu berlebihan.
Situasi obesiti boleh mengundang pelbagai jenis penyakit terutamanya penyakit berkaitan dengan
kurang aktiviti fizikal dan pergerakan.
Dokumen yang sama juga boleh diperolehi di
http://www.mysihat.gov.my/V2/Promosi/images/stories/Modul_Program_Kesihatan_2011/Modul_
Pencegahan_Obesiti.pdf
(2) peningkatan pengetahuan dan amalan menangani stres;
Stres atau juga dikenali sebagai tekanan perasaan adalah rangsangan yang memerlukan fikiran,
emosi dan fizikal setiap individu bertindakbalas terhadap situasi yang dihadapi. Stres diperlukan bagi
setiap individu bergerak kehadapan dan mencapai matlamat dalam hidup. Walau bagaimanapun,
stress berlebihan boleh mengundang bahaya dalam hidup ibu tunggal. Ibu tunggal digalakkan untuk

menyesuaikan diri dengan setiap stress yang dihadapi (eustres) dan mengelakkan diri dari tidak
menyesuaikan diri dengan stress yang dihadapi (distress).
Stres berlebihan dan teruk juga boleh membawa individu hingga hilang pertimbangan dan
mengalami masalah mental. Setiap ibu tunggal perlu menjalani hidup sihat supaya situasi ini tidak
berlaku.
(3) peningkatan pengetahuan dan amalan anti-merokok;
Selain membazirkan wang, merokok merupakan aktiviti yang memudaratkan. Selain dari
menghindari diri dari terlibat dengan gejala merokok, ibu tunggal juga perlu memastikan bahawa
keluarga dan tanggungan juga tidak terlibat dengan gejalan merokok. Tabiat merokok merugikan
dan apabila individu telah terjerumus dengan gejala ini, ia sukar ditinggalkan.
(4) peningkatan pengetahuan dan amalan sukan dan rekreasi.
Berikut adalah cadangan aktiviti pergerakan fizikal yang mudah dilaksanakan dengan penggunaan
alatan yang sangat minimum. Aktiviti pergerakan fizikal ini merupakan antara aktiviti yang
menyokong kepada amalan gaya hidup sihat.

SENAMAN BERJALAN KAKI


Perbandingan langkah sehari dengan amalan gaya hidup sihat
Langkah Sehari
Kurang 5 000
5 000 hingga 7 499
7 500 hingga9 999
10 000 hingga 11 999
12 000 ke atas

Amalan Gaya Hidup Sihat


Sedentari (tidak aktif)
Kurang Aktif
Sederhana Aktif
Aktif
Sangat Aktif

Sumber: Maklumat dari Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru

Kebaikan berjalan 10 ribu langkah ( Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru):


1. Cara senaman semulajadi yang mudah, murah, senang dan selamat.
2. Berjalan dengan langkah 10 000 sama seperti :
~ Berenang selama 90 minit
~ Berbasikal selama 70 minit
~ Berjalan 10 blok
~ Bermain bola sepak selama 90 minit
3. Membantu mengawal dan mencegah osteoporosis.
4. Mengurangkan risiko penyakit kronik.
5. Mengurangkan risiko kanser kolon, payudara dan prostat.
6. Mengurangkan masalah perut buncit.
7. Menurunkan paras kolesterol dalam darah.
8. Sesuai untuk semua golongan umur dan individu.
9. Boleh dilakukan di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa.

Anda mungkin juga menyukai