Anda di halaman 1dari 2

NURUL HIDAYAH BINTI ABU BAKAR (P66986)

SARJANA SAINS SOSIAL (PSIKOLOGI KAUNSELING)

Tugasan 2
Anda dikehendaki menerangkan secara panjang lebar mengenai isu-isu kerjaya di
Malaysia yang telah dibincangkan bersama instruktor di dalam kelas. Setiap orang
mempunyai isu-isu yang unik berdasarkan pengalaman masing-masing. Sila kupaskan isuisu tersebut berdasarkan pengalaman anda sepanjang anda hidup.

Seiring dengan kepesatan pembangunan dan perkembangan teknologi Negara, terdapat pelbagai
isu kerjaya yang juga dilihat wujud di Malaysia. Kewujudan isu-isu kerjaya ini juga turut
berkembang dan semakin meruncing dari hari ke sehari. Antara isu-isu kerjaya yang sering
menjadi perbualan dan perbincangan ramai ialah, isu burnout, diskriminasi, tekanan, beban tugas
yang berlebihan, bekas banduan, transgender serta isu berkaitan orang kurang upaya seperti
kemudahan, pelaung pekerjaan dan tangga gaji.
Isu yang akan saya kupas bagi tugasan pada kali ini adalah berkenaan dengan ketagihan
seksual dalam kalangan pekerja. Ketagihan seksual merujuk kepada keinginan seksual yang tidak
normal, berlaku apabila ingatan dan perbuatan untuk melakukan aktivit seksual yang tidak
terkawal. Ia juga merujuk kepada permasalahan yang timbul akibat daripada ketidakmampuan
seseorang untuk mengawal rangsangan-rangsangan seksnya. Individu yang memiliki masalah ini,
akan mudah terangsang dengan keadaan persekitaran yang boleh mencetuskan keinginan
seksnya. Kadangkala rangsangan yang agak kecil juga mampu menjadi terlalu sensitif bagi
dirinya disebabkan ketidakupayaan diri menahannya. Perilaku ini seterusnya akan membawa
individu berkenaan mencari jalan bagi memuaskan nafsunya; dan cara paling mudah ialah
dengan melakukan mastubarsi atau onani. Ada juga sesetengah kes, seseorang yang ketagihan
seks akan dengan lebih kerap melakukan hubungan seks dengan pelacur, menjalinkan hubungan
dengan pelbagai wanita secara serentak, malah ada juga yang sanggup memujuk dan barangkali
menggoda mana-mana sahaja sasarannya bagi memenuhi keinginan seksnya. Disamping itu juga,
individu ini juga dilihat memiliki kecenderungan yang tinggi untuk mengunjungi laman-laman
web lucah, menghantar mesej-mesej dan membuat panggilan berbaur (obscene phone call)
kepada mana-mana individu secara rawak. Matlamat utama kepada perlakuan-perlakuan sebegitu
adalah mudah, iaitu untuk mendapatkan kepuasan seksual yang tak tertahan.
Penulis melihat isu ini merupakan suatu isu yang amat penting untuk dibincangkan
bersama kerana ianya berupaya untuk membawa kepada permasalahan yang lebih besar
seandainya ia tidak dicegah sejak dari awal. Mungkin tanpa disedari, penagih seksual sebenarnya
memiliki potensi untuk menjadi pesalah seksual sekiranya mereka tidak mengatasi ketagihan
mereka itu. Barangkali sampai ke satu tahap, mereka berupaya menjadi ancaman kepada
masyarakat di sekitarnya.

Kesimpulannya, masalah ketagihan seksual ini seandainya hanya dipandang enteng berupaya
menjadi virus senyap yang mampu menular dan merebak tanpa kita sedar. Maka seharusnya

NURUL HIDAYAH BINTI ABU BAKAR (P66986)


SARJANA SAINS SOSIAL (PSIKOLOGI KAUNSELING)

masyarakat sekeliling harus peka dengan persekitaran dan berusaha mewujudkan satu keadaan
persekitaran yang sihat dan selesa. Ibu bapa harus peka terhadap perkembangan anak-anak
mereka. Pastikan anak-anak tidak terjebak dengan pornografi yang cukup mudah diakses di
internet. Bagi kaum muda pula, mantapkan iman di dada. Jangan biarkan kekosongan. Ingatlah,
tiap-tiap ketagihan harus bermula dengan satu hentian yang mungkin cukup sukar. Andai berjaya
hentian itu, maka berjayalah usaha untuk menghilangkan ketagihan itu.
Rujukan
http://drzubaidi.com/blog/penerangan-umum-mengenai-ketagihan-seksual/
15/12/2014 1:20am

Anda mungkin juga menyukai