Anda di halaman 1dari 10

Usul al-fiqh

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. 12:23am

Lompat ke: pandu arah, gelintar 29/9/2009

Sebahagian siri

Usul al-fiqh
Fiqh
 Al-Quran dan Sunnah
 Taqlid (ajukan)
 Ijtihad (tafsiran)
 Kelayakan untuk menjadi mujtahid
 Mazhab (aliran fikiran)
 Minhaj (kaedah)
 Qiyas (pertimbangan analogi)
 Urf (adat masyarakat)
 Ijma (sepersetujuan)
 Bidaah (inovasi)
 Madrasah (sekolah/seminari)
 Ijazah (pemberian kuasa)
 Istihlal
 Istihsan

 Risalah
Hukum dalam Islam
 Halal — hukum

 Wajib/Fardu — kewajiban
 Mustahab — diutamakan
 Mubah — berkecuali
 Makruh — tidak disukai, dikeji
 Haram — dilarang

 Batil — tidak sah, tidak betul

 Fasiq — rosak ahklak


Gelaran cendekiawan
 Marja — ...
 Ulama
 Khalifah
 Hakim
 Mufti
 Qadi
 Faqih
 Muhaddith
 Mullah
 Imam
 Hafiz & Hafizah
 Qari & Qariah
 Mawlawi
 Syeikh
 Syeikh Sufisme
 Syeikh Punjabi
 Ayatollah
 Mujaddid
 Maulana
 Sultan
 Ustaz & Ustazah
 Khatat
 Bilal
 Mudim& Bidan

Kotak ini: papar • bincang • sunting

Ilmu Usul al-Fiqh (Bahasa Arab: ‫ )أصول الفقه‬merupakan merupakan salah satu cabang
ilmu yang berperanan penting dalam menyelesaikan masalah yang timbul, di mana
masalah ini tidak dijumpai sebarang nas-nas dari al-Quran atau as-Sunnah

Pengertian Ilmu Usul al-Fiqh


Perkataan Usul al-Fiqh berasal dari dua perkataan bahasa Arab, iaitu Usul dan al-Fiqh.
Dari segi bahasa, Usul bererti asas, sumber, kaedah atau dalil, manakala al-Fiqh
membawa maksud memahami sesuatu perkara. Dari segi syarak pula, al-Fiqh bererti
pengetahuan tentang hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf
yang difahami melalui dalil-dalil tafsili.

Hasil daripada gabungan Usul dengan al-Fiqh, maka terbentuklah satu istilah yang
tersendiri iaitu Usul al-Fiqh. Ilmu Usul al-Fiqh membawa definisi ilmu tentang kaedah-
kaedah mengistinbat hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan
mukallaf dari dalil-dalil tafsili.

Sejarah Perkembangan Ilmu Usul al-Fiqh


Zaman Rasulullah S.A.W.

Pada zaman Rasulullah S.A.W., hukum-hukum diambil dari wahyu (al-Quran) dan
penjelasan oleh baginda (as-Sunnah). Segala masalah yang timbul akan dirujuk kepada
Rasulullah S.A.W. dan baginda akan menjawab secara terus berdasarkan ayat al-Quran
yang diturunkan atau penjelasan baginda sendiri. Namun, terdapat sebahagian Sahabat
yang tidak dapat merujuk kepada Nabi lantaran berada di tempat yang jauh daripada
baginda, misalnya Muaz bin Jabal yang diutuskan ke Yaman. Baginda membenarkan
Muaz berijtihad dalam perkara yang tidak ditemui ketentuan di dalam al-Quran dan as-
Sunnah.

Zaman Sahabat

Setelah kewafatan Rasulullah S.A.W., sebarang masalah yang timbul dirujuk kepada para
Sahabat. Mereka mampu mengistinbat hukum terus dari al-Quran dan as-Sunnah kerana:

1. penguasaan bahasa Arab yang baik;


2. mempunyai pengetahuan mengenai sabab an-nuzul sesuatu ayat atau sabab
wurud al-hadis;
3. mereka merupakan para Perawi Hadis.

Hal ini menjadikan para Sahabat mempunyai kepakaran yang cukup untuk
mengistinbatkan hukum-hukum. Mereka menetapkan hukum dengan merujuk kepada al-
Quran dan as-Sunnah. Sekiranya mereka tidak menemui sebarang ketetapan hukum
tentang sesuatu masalah, mereka akan berijtihad dengan menggunakan kaedah qias.
inilah cara yang dilakukan oleh para mujtahid dalam kalangan para Sahabat seperti
Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Saidina Umar bin al-Khattab, Saidina Uthman bin Affan
dan Saidina Ali bin Abu Talib. Sekiranya mereka mencapai kata sepakat dalam sesuatu
hukum maka berlakulah ijma'.

Zaman Tabi'in

Pada zaman ini, cara ulama' mengambil hukum tidak jauh berbeza dengan zaman Sahabat
kerana jarak masa mereka dengan kewafatana Rasulullah S.A.W. tidak terlalu jauh. Yang
membezakannya ialah sekiranya sesuatu hukum tidak terdapat dalam al-Quran, as-
Sunnah dan al-Ijma', mereka akan merujuk kepada pandangan para Sahabat sebeum
berijtihad. Oleh sebab itu idea untuk menyusun ilmu Usul al-Fiqh belum lagi muncul
ketika itu. Inilah cara yang digunakan oleh para mujtahid dalam kalangan tabi'in seperti
Sa'id bin al-Musayyib, 'Urwah bin az-Zubair, al-Qadi Syarih dan Ibrahim an-Nakha'i.

Zaman Kemunculan Ilmu Usul al-Fiqh

Pada akhir Kurun Kedua Hijrah, keadaan umat Islam semakin berubah. Bilangan umat
Islam bertambah ramai sehingga menyebabkan berlakunya percampuran antara orang
Arab dan bukan Arab. Kesannya, penguasaan bahasa Arab dalam kalangan orang-orang
Arab sendiri menjadi lemah. Ketika itu timbul banyak masalah baru yang tiada ketentuan
hukumnya dalam al-Quran dan as-Sunnah secara jelas. Hal ini menyebabkan para ulama'
mula menyusun kaedah-kaedah tertentu yang dinamakana ilmu Usul al-Fiqh untuk
dijadikan landasan kepada ijtihad mereka.
Pengasas Ilmu Usul al-Fiqh
Ilmu Usul al-Fiqh disusun sebagai satu ilmu yang tersendiri di dalam sebuah kitab
berjudul ar-Risalah karangan al-Imam Muhammad bin Idris as-Syafie. Kitab ini
membincangkan tentang al-Quran dan as-Sunnah dari segi kehujahan serta kedudukan
kedua-duanya sebagai sumber penentuan hukum.

Skop Perbahasan Ilmu Usul al-Fiqh


Antara skop perbahasan dalam ilmu Usul al-Fiqh ialah:

1. Dalil-dalil syarak: merangkumi dalil-dalil yang disepakati dan dalil-dalil yang


tidak disepakati.
2. Dilalah (‫)داللة‬: merangkumi kaedah-kaedah istinbat hukum dari nas-nas al-Quran
dan as-Sunnah.
3. Ta'arudh dan Tarjih (‫)تعارض وترجيح‬: perbahasan tantang percanggahan antara
dalil-dalil serta Jalan jalan penyelesaiannya.
4. Ijtihad dan Mujtahid: merangkumi persoalan taqlid dan muqallid.
5. Hukum-hukum Kulli: merangkumi hukum-hukum taklifi dan hukum wad'ie.

Cara Penulisan Ilmu Usul al-Fiqh


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Selepas al-Imam as-Syafi'e, terdapat ramai ulama' yang menulis ilmu Usul al-Fiqh. Cara
penulisan ini terbahagi kepada tiga, iaitu Tariqah al-Mutakallimin (Z‫)طريقة المتكلمين‬,
Tariqah al-Ahnaf (‫)طريقة األحناف‬, dan Tariqah al-Muta'akhirin (‫)طريقة المتأخرين‬.

[sunting] Tariqah al-Mutakallimin


Cara penulisan Tariqah al-Mutakallimin juga dikenali sebagai Tariqah Syafi'iyyah ( ‫طريقة‬
‫ )شافعية‬kerana cara ini dipelopori oleh ulama' Mazhab Syafi'e. Di dalam cara ini, mereka
membuat kaedah-kaedah Usul al-Fiqh dan mengukuhkannya dengan dalil-dalil naqli dan
'aqli. Kemudian, kaedah-kaedah ini dibuat dasar dalam menyelesaikan masalah fiqh yang
timbul. Namun, mereka tidak memasukkan masalah fiqh dalam penulisan mereka,
sebaliknya dibiarkan berasingan dalamk kitab-kitab fiqh.

Antara kitab yang ditulis menurut cara ini ialah:


1. Al-Burhan (‫ )البرهان‬oleh al-Imam al-Haramain 'Abd al-Malik bin 'Abdullah al-
Juwaini.
2. Al-Mu'tamad (Z‫ )المعتمد‬oleh Abu al-Husain Muhammad bin 'Ali al-Basri.
3. Al-Mahsul (‫ )المحصول‬oleh Fakhr ad-Din Muhammad bin 'Umar bin al-Husain ar-
Razi.
4. Al-Ihkam fi Usul al-Ahkam (‫ )اإلحكام في أصول األحكام‬oleh Saifuddin al-Amidi.

[sunting] Tariqah al-Ahnaf


Cara penulisan Tariqah al-Ahnaf turut dikenali sebagai Tariqah al-Fuqaha' (‫)طريقة الفقهاء‬.
Menurut cara ini, kaedah-kaedah Usul al-Fiqh dibuat berdasarkan hukum-hukum yang
telah diputuskan oleh Imam-Imam mazhab mereka. Kaedah-kaedah tersebut akan
dipastikan selaras dengan apa yang telah diputuskan dan sekiranya tidak, kaedah-kaedah
tersebut akan diubah suai oleh mereka. Disebabkan itu, didapati banyak masalah fiqh
yang dimasukkan dalam kitab-kitab yang ditulis mengikut cara ini.

Antara kitab yang ditulis menurut cara ini ialah:

1. Al-Usul (‫ )األصول‬oleh Abu Bakr Ahmad bin 'Ali atau dikenali sebagai al-Jassas.
2. Al-Usul (‫ )األصول‬oleh Abu Zaid 'Abdullah bin 'Umar ad-Dabusi.
3. Al-Usul (‫ )األصول‬oleh Fakhr al-Islam 'Ali bin Muhammad al-Bazdawi.
4. Kasyf al-Asrar (‫ )كشف األسرار‬oleh 'Abd al-'Aziz bin Ahmad al-Bukhari.

[sunting] Tariqah al-Muta'akhirin


Cara penulisan Tariqah al-Muta'akhirin menggabungkan cara penulisan Tariqah al-
Mutakallimin dan Tariqah al-Ahnaf. Cara ini kemudiannya diikuti oleh ulama' dari
berbagai-bagai mazhab seperti Mazhab Maliki, Mazhab Syafi'e dan Mazhab Hanbali.

Antara kitab yang ditulis mengikut cara ini ialah:

1. Badi' an-Nazam (‫ )بديع النظام‬oleh Muzaffar ad-Din Ahmad bin 'Ali as-Sa'ati al-
Hanafi.
2. At-Tanqih (‫ )التنقيح‬dan syarhnya at-Taudih (‫ )التوضيح‬oleh Sadr as-Syari'ah
'Abdullah bin Mas'ud al-Mahbubi al-Hanafi.
3. Jam' al-Jawami' (‫ )جمع الجوامع‬oleh al-Imam Taj ad-Din 'Abd al-Wahhab bin 'Ali
as-Subki as-Syafi'e

Ijmak
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

(Dilencongkan dari Ijma)


Lompat ke: pandu arah, gelintar

Sebahagian dari siri berkaitan

Islam
Rukun Iman

Allah · Kitab · Malaikat · Nabi


Hari Akhirat · Qada dan Qadar
Rukun Islam

Syahadah · Solat · Puasa


Zakat · Haji
Kota Suci

Makkah · Madinah
Baitulmuqaddis
Hari Raya

Aidilfitri · Aidiladha

Hukum

Quran · Sunnah · Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam


Khulafa al-Rasyidin
Khalifah · Khilafah

Tokoh Islam

Nabi Muhammad s.a.w


Ahlul Bait · Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah


Hanafi · Syafie
Maliki · Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik · Haiwan · Seni


Takwim · Kanak-kanak
Demografi · Perayaan
Masjid · Dakwah · Falsafah
Sains · Wanita · Politik

Lihat juga

Kritikan · Islamofobia
Glosari

Portal Islam
 p • b • s 

Ijma' atau Ijmak ( ‫ ) إجماع‬dari segi makna bahasa adalah azam atau tekad.

Manakala dari segi istilah syara’ pula, Ijmak adalah kesepakatan yakni kesepakatan para
ulama dalam menetapkan suatu hukum dalam agama Islam berasaskan Al-Quran dan
Hadis tentang suatu perkara yang terjadi pada suatu masa setelah zaman Rasululullah
S.A.W.

Isi kandungan
[sorok]
 1 Kesepakatan Para Ulama
 2 Dalil Al-Quran
 3 Rukun-Rukun Ijmak
 4 Jenis-Jenis Ijmak
 5 Perkara Berlakunya Ijmak
 6 Contoh-Contoh Ijmak
 7 Lihat juga
 8 Nota kaki

 9 Rujukan

Kesepakatan Para Ulama


Ijmak tidak akan berlaku melainkan setelah adanya kesepakatan ulama yang berijtihad
(mujtahidin) pada sesuatu zaman tanpa kecuali seorang pun dari kalangan mereka. Ini
bermakna, jika seorang sahaja yang membangkang maka tidak dianggap ijmak. Para
mujtahidin biasanya berselisih pendapat dalam sesuatu hukum, tetapi dalam sesuatu
hukum tertentu, tidak seorang pun di kalangan mereka yang berbeza pendapat, maka
terjadilah ijmak.

Dalam kitab Mirah al-Usul disebut “mestilah mendapat persetujuan seluruh para
mujtahidin”. Ertinya jika seorang sahaja yang membangkang maka tidak dianggap ijma’.
Bayangkan, para mujtahidin biasanya berkhilaf dalam sesuatu hukum syar`i tetapi dalam
hukum berkenaan tidak seorang pun di kalangan mereka yang berkhilaf mengenainya.

Dalil Al-Quran
Salah satu dalil daripada Al-Quran mengenai ijmak sebagai sumber hukum yang
bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah
“ kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang
berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah
(berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu
mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya
jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian
adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. ” (Surah an-
Nisa ayat 59)[1] ”
Rukun-Rukun Ijmak
Rukun-rukun ijmak menurut pendapat ulama’ usul fiqh adalah seperti berikut:-

1. Harus ada beberapa orang mujtahid dikala terjadinya peristiwa dan para mujtahid
itulah yang melakukan kesepakatan (menetapkan hukum peristiwa itu)
Seandainya tidak ada beberapa orang mujtahid di waktu terjadinya suatu peristiwa
tentulah tidak akan terjadi ijmak, kerana ijmak itu harus dilakukan oleh beberapa
orang.
2. Yang melakukan kesepakatan itu hendaklah seluruh mujtahid yang ada dalam
dunia Islam. Jika kesepakatan itu hanya dilakukan oleh para mujtahid yang ada
pada suatu tempat sahaja, maka kesepakatan yang demikian belum dapat
dikatakan suatu ijmak.
3. Kesepakatan itu harus dinyatakan secara tegas oleh setiap mujtahid bahawa ia
sependapat dengan mujtahid-mujtahid yang lain tentang hukum (syara') dari suatu
peristiwa yang terjadi pada masa itu. Jangan sekali-kali tersirat dalam kesepakatan
itu unsur-unsur paksaan, atau para mujtahid yang diharapkan kepada suatu
keadaan, sehingga ia harus menerima suatu keputusan.
4. Kesepakatan itu dapat dilakukan dengan berbagai cara, seperti dengan pernyataan
lisan, dengan perbuatan atau dengan suatu sikap yang menyatakan bahawa ia
setuju atas suatu keputusan hukum yang telah disetujui oleh para mujtahid yang
lain. Tentu saja keputusan yang terbaik ialah keputusan sebagai hasil suatu
musyawarah yang dilakukan para mujtahid.
5. Kesepakatan itu hendaklah merupakan kesepakatan yang bulat dari seluruh
mujtahid. Seandainya terjadi suatu kesepakatan oleh sebahagian besar mujtahid
yang ada, maka keputusan yang demikian belum pasti ke taraf ijmak. Ijmak yang
demikian belum dapat dijadikan sebagai hujjah syariah.

Jenis-Jenis Ijmak
Dalam beberapa kitab usul fiqh terdapat beberapa jenis ijmak yang dihubungkan dengan
masa terjadi, tempat terjadi atau orang yang melaksanakannya. Ijmak-ijmak itu adalah:

1. Ijmak Sahabat - iaitu ijmak yang dilakukan oleh para sahabat Rasulullah.
2. Ijmak Khulafaurrasyidin - iaitu ijmak yang dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar,
Khalifah Umar, Khalifah Utsman dan Khalifah Ali bin Abi Thalib. Tentu saja hal
ini hanya dapat dilakukan pada masa keempat orang itu hidup, iaitu pada masa
Khalifah Abu Bakar. Setelah Abu Bakar meninggal dunia ijmak tersebut tidak
dapat dilakukan lagi.
3. Ijmak Shaikhan - iaitu ijmak yang dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar dan
Khalifah Umar bin Khattab.
4. Ijmak ahli Madinah - iaitu ijmak yang dilakukan oleh ulama-ulama Madinah.
Ijmak ahli Madinah merupakan salah satu sumber hukum Islam menurut Mazhab
Maliki, tetapi Mazhab Syafie tidak mengakuinya sebagai salah satu sumber
hukum Islam.
5. Ijmak ulama Kufah - iaitu ijma' yang dilakukan oleh ulama-ulama Kufah.
Mazhab Hanafi menjadikan ijmak ulama Kufah sebagai salah satu sumber hukum
Islam.

Perkara Berlakunya Ijmak


Ijmak ini berlaku atas ijtihad-ijtihad yang sepakat atas semua peristiwa atau kejadian
yang tidak ada dasarnya secara jelas dalam Al-Quran dan Hadis, peristiwa atau kejadian
yang berhubungan dengan ibadat yang tidak langsung ditujukan kepada Allah S.W.T
seperti sistem pendidikan, pemerintahan, politik, ekonomi, ketenteraan, kemasyarakatan
atau semua hal-hal yang berhubungan dengan urusan duniawi tetapi tidak ada hukumnya
dengan jelas dalam Al-Quran dan Hadis.

Contoh-Contoh Ijmak
 Ijmak Sahabat tentang pemerintahan. Wajib hukumnya mengangkat seorang
imam atau khalifah untuk menggantikan Rasulullah dalam mengurusi urusan
Daulah Islamiyah yang menyangkut urusan agama dan dunia yang disepakati oleh
para Sahabat di Saqifah Bani Sa’idah.

Lihat juga
 Syariat Islam
 Al-Quran
 Hadis
 Qiyas
 Ijtihad

Nota kaki
1. ↑ http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?
nType=1&nSeg=0&l=mal&nSora=4&nAya=59&t=mal

Rujukan
 http://mufti.perak.gov.my/kemusykilan/istinbat.PDF

Anda mungkin juga menyukai