Anda di halaman 1dari 5

MODUL 1 Aktiviti 1 : Muslim Cemerlang Ummah Gemilang Masa : 1 jam Bahan : Kertas mahjong, marker pen dan gam.

Objektif : 1. Membuka pemikiran peserta ke arah perbincangan dan pemahaman. 2. Mengenal pasti kemampuan peserta di dalam melakarkan sesuatu yang diusulkan. Kaedah : 1. Fasi akan membacakan cerita yang diarahkan. 2. Semua peserta diminta membuat lakaran berdasarkan arahan fasi. Cerita : Man, hang mai sini nak tidoq ka nak baca buku ?. Aku memang setai nie, mula-mula tidoq, lepaih tu baru studi. Begitulah suasana Samad dan rakannya yang baru mula menumpukan study kerana exam yang sudah dekat, di sebuah pulau yang agak jauh dari rumah mereka. Pulau tersebut menjadi pilihan lantaran suasananya indah dan permai dengan pembangunan yang menggagumkan. Selesai mereka berceloteh, mereka meneruskan study mereka. Bedegum !!!! Begedum !!!! Peng !!! Peng !!!! Kedengaran bunyi letupan yang dahsyat di sana-sini. Woi, lari woi !. Selamatkan diri masing-masing. Masuk ke bilik rahsia dekat sini, cepat, jerit Man kepada kawan-kawannya. Mereka bergegas masuk ke dalam bilik rahsia tersebut dan bersembunyi beberapa ketika..Selamat..Panas..Sunyi. Keriok, kedengaran bilik bawah tanah dibuka oleh seseorang dan kesemua sahabat ini keluar dari situ sambil memerhatikan dunia yang sudah berubah menjadi padang jarak padang terkukur. Di sana-sini mayat bergelimpangan di bawah runtuhan bangunan. Samad, bot kita dah musnah la.Macam mana nak balik nie ???, pekik Murad. Apa..!!!!, kata mereka serentak. Tidak.TidakAku nak balik jugak..Mama nak balik., pekik Man. Woi, diam la budak, jerit Murad. Ish.Macam mana nak buat nie, kata si Samad.

Keadaan menjadi tidak terkawal setelah mengetahui mereka kehilangan kenderaan untuk pulang. Mahu tidak mahu, mereka perlu menyusun satu tindakan bagaimana hendak meneruskan hidup di pulau ini. Mereka terpaksa membangunkan kembali pulau tersebut dengan menggunakan duit dan bekalan yang mereka ada, iaitu RM 100,000 hasil simpanan bersama atau mereka mencipta sebuah bot lalu berangkat pulang ke rumah masing-masing meninggalkan mayat-mayat dan pulau tersebut tanpa ada sedikitpun rasa tanggungjawab.

Aktiviti 2 : Pembentangan Masa : 1 jam 30 minit. Objektif : 1. Menambahkan keyakinan peserta untuk berucap di khalayak ramai. 2. Memperlihatkan kemahiran berdebat. Kaedah : 1. Fasi meminta setiap kumpulan untuk membentangkan hasil ciptaan mereka. 2. Masa yang diperuntukkan untuk setiap kumpulan adalah 10 minit.

MODUL 2 Aktiviti : Strategi dan Perancang Masa : 2 jam Bahan : Duit kertas Objektif : 1. Menambahkan kemahiran peserta untuk mempertahankan hujahnya. 2. Menanamkan sifat tanggungjawab peserta untuk memelihara maruah kumpulannya. Kaedah : 1. 2. 3. 4. Masih menggunakan bahan Modul 1 (lakaran pembangunan pulau). Setiap kumpulan dipecahkan kepada 2 kumpulan kecil (A dan B). Kumpulan A: Strategi. Kumpulan B: Perancang.

5. Tugas strategi adalah untuk merangka soalan berdasarkan kelemahan lakaran pembangunan pulau kumpulan lain dan akan berhujah dengan kumpulan perancang dari kumpulan lain. 6. Manakala tugas perancang adalah sebagai pertahanan untuk mematahkan soalan dan hujuh daripada kumpulan strategi (kumpulan yang berbeza). 7. Setiap ahli akan dibekalkan dengan duit kertas sebagai maruah kumpulan. 8. Mana-mana kumpulan atau ahli samada dari kumpulan strategi maupun perancang yang tewas berhujah akan menyerahkan maruah kumpulannya. MODUL RIADHAH Aktiviti 1 : Pusingan Roda Masa : 30 minit Objektif : 1. Meningkatkan kefahaman peserta melalui kerjasama dalam kumpulan. 2. Meningkatkan keyakinan diri. Kaedah : 1. 2. 3. 4. 5. Fasi meminta ahli kumpulan berdiri dan membentuk satu bulatan. Dalam bulatan, peserta akan berpusing mengikut arah jam. Fasi meminta peserta dihadapan duduk di atas peha peserta dibelakangnya. Fasi kemudian mengarahkan peserta berjalan sambil duduk dalam bultan tadi. Untik lebih menarik, aktiviti ini boleh dijalankan dalam kumpulan yang besar atau diadakan pertandingan di antara kumpulan.

Aktiviti 2 : Berita Sensasi Masa : 30 minit. Bahan : Kertas yang ditulis dengan berita dimasukkan ke dalam sampul surat. Objektif : 1. Menyedarkan peserta bahawa penyakit mudah percaya kepada khabar angin adalah gejala yang perlu dihapuskan. 2. Maklumat yang disampaikan dari mulut ke mulut adalah tidak semestinya tepat. Kaedah : 1. Fasi menyediakan potongan karangan. 2. Asingkan peserta di antara satu sama lain. 3. Fasi berikan petikan karangan kepada peserta yang pertama.

4. Beri penerangan sehingga ia benar-benar faham dan mengingati apa yang ditunjukkan. 5. Panggil peserta yang kedua untuk menerima mesej yang ingin disampaikan. 6. Setelah semuanya menerima mesej, peserta yang terakhir diminta untuk menulis kembali mesej yang diterimanya. 7. Tanya kepada semua peserta mengapa mesej yang diterima berbeza-beza. Petikan : Dalam perjalanan saya ke bandar pagi semalam dalam hujan yang tidak berapa lebat saya nampak sebuah kereta Datsun putih datang dengan laju dari utara. Kereta itu membelok ke kiri di persimpangan jalan dan berlanggar dengan sebuah kereta Toyota merah yang hendak menuju ke selatan. Sebuah lori tidak sempat berhenti lalu melanggar kereta Datsun tadi. Pemandu lori dimasukkan ke hospital.` Falsafah : 1. Berita yang disampaikan dari mulut ke mulut tidak tepat / semestinya tepat. 2. Jangan mudah percaya dengan khabar angin kerana ianya sangat merbahaya. 3. Bila merasakan keraguan apabila mendengar yang disampaikan, hendaklah mencari sumber yang asal. 4. Jangan suka menyalahkan orang lain, lihat kelemahan diri sendiri dan cuba memperbaikinya. 5. Adalah lebih baik menyampaikan sesuatu maklumat itu secara bertulis. Sila JANGAN bercakap dengan sesiapa atau melihat kertas orang lain. Buat kerja dengan cepat tetapi berhati-hati. Anda hanya mempunyai masa 3 minit sahaja untuk menghabiskan ujian ringkas ini. Sila baca dengan teliti dan jawab dengan berhati-hati. 1. Sila letakkan ibu jari tangan kanan anda di hujung hidung. 2. Kemudian, angkat tangan kiri anda setinggi yang boleh sambil menyebut perkataan Subhanallah sebanyak 3 kali. 3. Letakkan tangan kanan anda di dada. 4. Urut perlahan-lahan dada anda sebanyak 5 kali sambil menyebut perkataan Alhamdulillah sebanyak 5 kali. 5. Pegang tapak kaki kiri anda dengan tangan kanan sambil merungut AduhLemahnya iman aku hari ini. 6. Kemudian, letakkan tapak tangan kiri anda di atas kepala sambil melafazkan kalimah Allahuakhbar sebanyak 2 kali. 7. Sila pegang bahu kanan kawan di sebelah kiri anda.

8. Berapakah hasil darab 2 dengan 8. 9. Sebutkan nama rasul kita yang terakhir. 10. Sebutkan Masya-Allah sebanyak 5 kali sambil menggeleng-gelengkan kepala ke kiri dan ke kanan. 11. Duduk dalam keadaan tahiyyat awal dan sila sebutkan Saya anak yang soleh. 12. Sebutkan rukun Islam yang ketiga dan rukun Iman yang keempat. 13. Bisikkan ke telinga kawan di sebelah kanan perkataan Aku kasih kepadamu sahabat. 14. Campurkan 44 dengan 56. 15. Sila bacakan ayat tersebut, Hari ini aku bertuah kerana dapat menunaikan sembahyang Maghrib berjemaah. 16. Sebenarnya, anda tidak perlu menjawab kesemua soalan. Anda hanya perlu berdiri tegak dan lafazkan kalimah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar sebanyak 3 kali sahaja. 17. Dimanakah terletaknya Bandar Diraja Kuala Kangsar.

Anda mungkin juga menyukai