Anda di halaman 1dari 3

FAEDAH MEMPELAJARI ILMU FONETIK

a)
b)
c)
d)

Fonetik ialah ilmu bahasa yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang
menunjukkan sebutannya. Fonetik mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang dituturkan oleh manusia.
Manakala Fonologi adalah satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa yang
bermakna itu digunakan secara sistematik untuk membentuk kata atau ujaran Menurut
Crystal(1980:268)
Fonologi adalah satu cabang ilmu linguistik yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa.
Oleh itu, banyak faedah yang diperolehi daripada pelajaran fonetik dan fonologi. Antaranya ialah:
Memberi pengetahuan tentang ilmu fonetik dan fonologi bahasa Melayu untuk diaplikasikan
secara praktik.
Mengetahui dan memahami tentang bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa.
Mengetahui dengan lebih jelas bagaimana bunyi-bunyi bahasa dihasilkan dan dituturkan serta
mengenali alat-alat artikulasi yang berperanan dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.
Apabila pengetahuan telah bertambah tentang ilmu fonetik dan fonologi tentunya membolehkan
seseorang pendidik mengenali pelbagai variasi bahasa yang dituturkan oleh murid, dan keadaan
ini membolehkan seorang pendidik membetulkan kesilapan dengan tepat dan berkesan serta
dapat membimbing murid supaya mahir membunyikan dan menyebut sesuatu dengan betul.
Fonologi berkaitan dengan pola bunyi bahasa dan bagaimana sesuatu bunyi dalam
sesuatu bahasa itu berfungsi. Dari aspek bunyi-bunyi bahasa, fonetik berkaitan dengan fonologi,
namun fonetik menekankan bagaimana bunyi-bunyi bahasa dikeluarkan secara fizikal.
Dalam pembelajaran bahasa kanak-kanak, penggunaan kaedah fonetik dapat membantu
kanak-kanak membunyikan suku kata dan menggabungkan bunyi-bunyi bahasa menjadi
perkataan. Aktiviti bermain dengan abjad, suku kata dan perkataan menggunakan kaedah fonetik
sangat sesuai dengan kanak-kanak yang baru mula belajar membaca. Kaedah fonetik
membolehkan kanak-kanak membina perkataan daripada bunyi-bunyi bahasa.

Perbezaan fonetik dan fonologi


Fonetik dan fonologi merupakan bidang yang saling melengkapi antara satu sama lain.
Walau bagaimanapun ada definisi yang diberikan sarjana untuk memisahkan bidang ini.
Secara umumnya seseorang perlu menguasai bidang fonetik sebelum memahami bidang
fonologi.
Bil.

Fonetik
1.

Fonologi

1. Fonetik ialah kajian tentang sifat- Fonologi ialah kajian tentang sistem
sifat semula jadi, produksi dan bunyi bahasa dan sifat-sifat semula
persepsi bunyi-bunyi bahasa jadi sistem tersebut secara umum.
yang dihasilkan.
Kajian dilakukan terhadap segala
yang berkaitan dengan sistem
bahasa seperti pasangan terkecil dan
fonotaktik.

1.

2. Kajian fonetik dapat dipecahkan Kajian fonologi adalah berkaitan


kepada tiga bahagian iaitu dengan hubungan antara butir-butir
fonetik akustik, fonetik atrikulasi, lekasikal dengan butir-butir lekasikal
dan fonetik auditori.
lain yang membentuk ayat.

1.

3. Bidang fonetik mengkaji unsur Bidang fonologi mengkaji pola-pola


setiap bunyi.
intonasi.

1.

4. Bidang fonetik menghasilkan Bidang fonologi menghasilkan sistem


transkripsi fonetik untuk semua ejaan sesuatu bahasa.
bunyi dari semua bahasa.

Apabila pengetahuan telah bertambah tentang ilmu fonetik dan fonologi tentunya
membolehkan seseorang pendidik mengenali pelbagai variasi bahasa yang dituturkan
oleh murid, dan keadaan ini membolehkan seorang pendidik membetulkan kesilapan
dengan tepat dan berkesan serta dapat membimbing murid supaya mahir membunyikan
dan menyebut sesuatu dengan betul.
Fonologi berkaitan dengan pola bunyi bahasa dan bagaimana sesuatu bunyi dalam
sesuatu bahasa itu berfungsi. Dari aspek bunyi-bunyi bahasa, fonetik berkaitan dengan
fonologi, namun fonetik menekankan bagaimana bunyi-bunyi bahasa dikeluarkan secara
fizikal.
Dalam pembelajaran bahasa kanak-kanak, penggunaan kaedah fonetik dapat membantu
kanak-kanak membunyikan suku kata dan menggabungkan bunyi-bunyi bahasa menjadi
perkataan. Aktiviti bermain dengan abjad, suku kata dan perkataan menggunakan
kaedah fonetik sangat sesuai dengan kanak-kanak yang baru mula belajar membaca.
Kaedah fonetik membolehkan kanak-kanak membina perkataan daripada bunyi-bunyi
bahasa.
Fonetik ialah kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan
tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi- bunyi itu
dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan.
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa
Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu
kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada
fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan,
didengar dan diinterpretasikan.
Sementara Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) pula menyatakan fonetik
ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang

digunakan sebagai alat komunikasi. Selain itu, fonetik juga boleh didefinisikan sebagai
mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia,
bukan bunyi bahasa, mahu pun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik
untuk setiap bunyi. (Dr. Lufti Abas, 1975).
Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) pula mentakrifkan bahawa fonetik ialah
bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh kita iaitu manusia dan
memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Abdullah Hassan (2005) pula
menjelaskan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji penyebutan bunyi manusia,
terutama bunyi yang digunakan dalam pertuturan.

Anda mungkin juga menyukai