Anda di halaman 1dari 9

PENGGUNAAN EQUAL ADDITIONS DALAM MENYELESAIKAN OPERASI TOLAK

DENGAN MENGUMPUL SEMULA


Oleh:
Ng Geok Chin & Puan Mas Norbany Bt Abu Samah
Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato Razali Ismail

ABSTRAK
Kefahaman konsep terhadap kemahiran asas tolak dengan mengumpul semula bukanlah suatu proses
yang boleh dipandang ringan bagi murid-murid sekolah rendah. Justeru, kajian ini dijalankan untuk
untuk mengenalpasti penggunaan Equal Additions dapat membantu murid 3 Gemilang dalam
menyelesaikan soalan operasi tolak dengan mengumpul semula. Seramai 4 orang murid perempuan
dan seorang murid lelaki Tahun 3 Gemilang SJKC Chung Ching Kuantan, dipilih sebagai sebagai
sampel untuk kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui analisis dokumen, pemerhatian dan
Ujian Diagnostik. Data-data kajian ini dikumpul melalui instrumen Ujian Pra dan Ujian Pasca, analisis
dokumen dan temubual. Kesilapan yang ketara dilakukan oleh murid adalah berkenaan konsep dan
kecuaian. Latihtubi yang dilaksanakan sebanyak tiga sesi dapat membantu murid menguasai konsep
dan meningkatkan pencapaian murid. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan min skor antara Ujian
Pra dan Ujian Pasca ialah sebanyak 46.6%. Hasil temubual mendapati minat serta keyakinan murid
meningkat melalui penggunaan Equal Additions dalam operasi tolak dengan mengumpul semula.
Kesimpulannya, penggunaan Equal Additions amat membantu dalam menyelesaikan masalah operasi
tolak dengan mengumpul semula.
(kata kunci : Equal Additions, operasi tolak dengan mengumpul semula)
PENGENALAN
Pengajaran dan pembelajaran Matematik boleh menjadi suatu perkara yang menyeronokan jika murid
dapat menguasai konsep dengan betul dan meneroka pemahaman baru melalui pelbagai kaedah.
Semenjak pengkaji di SJKC Chung Ching, Kuantan, pengkaji telah diberi tugas mengajar Matematik
murid tahun 1. Tetapi pada awal tahun ini sekolah memberi pengkaji mengajar murid tahun 3G. Ini
merupakan satu cabaran kepada pengkaji kerana 3G adalah kelas terakhir bagi tahun 3. Setelah sebulan
mengajar murid tahun 3G, pengkaji mendapati murid tidak dapat menjawab soalan dengan tepat.
Sewaktu menyemak buku kerja murid, terdapat segelintir murid tidak dapat menguasai kemahiran
menjawab soalan yang melibatkan operasi tolak dengan mengumpul semula. Walaupun murid telah
mempelajari kemahiran ini semasa tahun 2, tetapi apabila pengkaji melihat murid membuat latihan di
papan hitam, mereka mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan soalan tersebut. Terdapat juga
murid yang meninggalkan kosong dan berdiri lama di depan soalan tersebut tanpa menulis sebarang
jawapan. Pengkaji telah menggunakan pelbagai kaedah dan aktiviti untuk menarik minat murid dalam
mempelajari kemahiran menolak dengan mengumpul semula. Istilah seperti pinjam wang dan jiran
sebelah telah digunakan untuk menerangkan konsep mengumpul semula dalam penolakan tetapi
murid masih keliru dan terus menggeleng kepala kerana tidak boleh jawab soalan yang dikemukakan.
Kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh murid ialah apabila menolak nombor 4-digit dengan 3 atau 4digit yang melibatkan mengumpul semula sehingga 3 kali. Pengkaji juga mendapati murid-murid 3G

___________________________
1
Pelajar PGSR Matematik Pendidikan Rendah
2
Pensyarah Jabatan Matematik

608

menolak terus dari angka besar kepada angka kecik tanpa melihat kedudukan angka tersebut berada di
atas atau di bawah. Selain daripada itu, pengkaji juga mendapati bahawa murid memahami konsep
pinjam dari angka sebelah untuk menambah nilai angka atas dan seterusnya menolak angka di
bawahnya. Walaupun konsep ini betul tetapi yang menjadi masalah ialah murid tidak mengurangkan
nilai angka yang telah dipinjam sebelumnya. Jadi, jawapan yang diberi tentulah tidak betul. Di samping
itu, pengkaji mendapati murid suka mencari cara yang senang untuk menyelesaikan masalah. Mereka
menggunakan pengalaman lepas atau kemahiran yang telah dipelajari dan cuba mengaplikasikan dalam
situasi baru. Sebenarnya penolakan merupakan operasi songsang penambahan. Dalam operasi tambah,
mengumpul semula berlaku semasa hasil tambahan melebihi sepuluh. Murid 3G boleh menyelesaikan
operasi tambah dengan mengumpul semula dengan penuh keyakinan semasa pengkaji mengajar topik
tersebut. Menurut Reys (2004), murid-murid menggunakan pengiraan untuk menyelesaikan masalah
yang melibatkan penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian jauh sebelum mempelajarinya
di sekolah. Sepatutnya masalah ini tidak berlaku pada murid tahun 3 Gemilang. Menurut kajian dan
pemerhatian yang telah dibuat oleh Bruner dan pembantunya Kenney (1963), setiap konsep, prinsip
dan kemahiran matematik hendaklah dikaitkan dengan konsep, prinsip dan kemahiran matematik yang
lain. Dengan kata lain, kemahiran menolak haruslah saling berkait dengan kemahiran menambah
supaya konsep penolakan lebih jelas dan mudah difaham oleh murid.
METODOLOG

Tinjauan awal
Ujian Diagnostik

Analisis Data dan Refleksi


Menganalisis data yang
terkumpul
Mereflek dapatan kajian

Pelan Tindakan
Memilih kaedah EA
Ujian Pra
Sesi Perjumpaan dan latihtubi
Ujian Pasca dan temubual

Pelaksanaan Tindakan dan Mengumpul Bukti


Ujian Pra sebelum EA
Sesi Pejumpaan untuk latihtubi
Ujian Pasca
Selepas EA
Temubual
Rajah 1: Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988)
Pengkaji telah memilih Model Kemmis dan McTaggart (1988) yang mengandungi 4 langkah untuk
melaksanakan kajian ini. Langkah pertama ialah tinjauan awal iaitu mengenalpasti masalah semasa
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Data-data awal dikumpul melalui Ujian Diagnostik untuk
mengetahui tahap kemahiran murid-murid menolak dengan mengumpul semula. Pengkaji juga
mendapati murid tidak dapat menyelesaikan masalah tolak dengan mengumpul semula. Selepas
langkah pertama, pengkaji melaksanakan langkah kedua iaitu merancang tindakan yang harus
dijalankan untuk membantu murid-murid. Rancangan-rancangan tersebut ialah Ujian Pra,
memperkenalkan kaedah EA kepada murid, merancang sesi perjumpaan untuk latih tubi, mentadbirkan
Ujian Pasca dan menemubual murid tentang kaedah EA yang digunakan. Semua perancangan yang

608

dibuat direkod dan disusun dengan sistematik untuk rujukan pengkaji. Langkah ketiga ialah
melaksanakan tindakan yang telah dirancang. Transkrip Ujian Pra dianalisis dan pencapaian direkod.
Pengkaji mengambil masa 4 minggu iaitu 7 kali sesi perjumpaan untuk memperkenalkan kaedah EA
kepada murid. Setiap sesi perjumpaan mengambil masa 30 minit. Murid akan menggunakan kaedah EA
dan membuat latihtubi yang dibimbing oleh pengkaji. Setiap latih tubi mengandungi 6 item penolakan
dengan mengumpul semula. Semua transkrip item latihtubi dikumpul dan disimpan untuk membuat
perbandingan perkembangan. Analisis data dan refleksi berada di peringkat akhir iaitu langkah ke 4.
Pada peringkat ini, Ujian Pasca dijalankan untuk melihat keberkesanan kaedah EA dalam membantu
murid menyelesaiakan masalah menolak dengan mengumpul semula. Sesi perjumpaan dan temubual
dikumpulkan dan dianalisis dan dapatan kajian menunjukkan tindakan yang telah dijalankan ini. Rajah
1 menunjukkan 4 langkah yang diambil iaitu tinjauan awal, pelan tindakan, pelaksanaan tindakan dan
mengumpul data serta analisis data dan refleksi dalam melaksanakan kajian tindakan ini. Bagi
mencapai objektif kajian tindakan yang dijalankan, pengkaji telah menggunakan 4 instrumen untuk
mengumpul data iaitu Ujian Pra, Ujian Pasca , latihtubi serta temubual. Jadual 3 di bawah
menunjukkan cara mengumpul data iaitu meliputi 7 sesi yang bermula dengan Ujian Pra, penerangan
tentang kaedah penggunaan EA untuk menjawab item, 3 sesi latihtubi, Ujian Pasca dan temubual
individu.
Jadual 1: Instrumen Mengumpul Data
Sesi Perjumpaan
Sesi 1
Sesi 2
Sesi 3
Sesi 4
Sesi 5
Sesi 6
Sesi 7

Tindakan Yang Dilaksanakan


Ujian pra
Penerangan tentang kaedah penggunaan EA untuk menjawab soalan
Latihtubi 1
Latihtubi 2
Latihtubi 3
Ujian pasca
Temubual individu

DAPATAN KAJIAN
Jadual 2: Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pasca
Bil

Nama

1
2
3
4
5

Murid 1
Murid 2
Murid 3
Murid 4
Murid 5

Min Markah (%)

Markah

Ujian Pra
33
33
50
17
33

Ujian Pasca
83
83
83
67
83

33.2

79.8

Berdasarkan Jadual 2, pengkaji mendapati terdapat banyak peningkatan dalam keputusan markah
murid. Murid 1 dan Murid 2 telah mendapat markah sebanyak 33% bagi Ujian Pra manakala bagi Ujian
Pasca Murid 1 dan Murid 2 telah mendapat 83%. Murid 3 mendapat 50% dalam Ujian Pra dan
memperolehi 83% dalam Ujian Pasca. Murid 4 pula menunjukkan markah Ujian Pra sebanyak 17% dan
Ujian Pasca sebanyak 67%. Murid 5 mendapat markah sebanyak 33% dalam Ujian Pra dan mendapat
markah 83% dalam ujian Pasca.

608

Rajah 2: Graf Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca


Keputusan pencapaian murid dalam Ujian Pra dan murid Ujian Pasca ini jelas menggambarkan
peningkatan yang ketara daripada segi markah keseluruhannya. Berdasarkan Rajah 10, markah Murid 1
, Murid 2 dan Murid 5 meningkat sebanyak sebanyak 50% iaitu daripada 33% kepada 83%.
Peningkatan ini membolehkan mereka mendapat Gred A dalam Ujian Pasca. Bagi Murid 3 pula
meningkat daripada 33% kepada 83% iaitu daripada Gred C kepada Gred A. Murid 4 mempunyai
peningkatan sebanyak 50% iaitu daripada 17% kepada 67%. Ini bermakna Murid 4 adalah daripada
memperoleh Gred E pada Ujian Pra dan mendapat Gred B semasa Ujian Pasca. Ini menunjukkan
peningkatan markah adalah baik dan memberangsangkan setelah murid diajar dengan menggunkan EA
dalam menyelesaikan soalan operasi tolak dengan mengumpul semula. Perbandingan berdasarkan skor
markah kedua-dua ujian yang dilakukan secara keseluruhannya murid-murid menunjukkan peningkatan
sebanyak 50%. Tambahan lagi, perbandingan daripada segi pemerolehan gred untuk Ujian Pra dan
Ujian Pasca juga dapat dilihat. Rata-rata murid mendapt Gred D dan E semasa Ujian Pra dan
meningkat kepada Gred A dan Gred B semasa Ujian Pasca. Berdasarkan peningkatan pencapaian ini,
murid yang diajar dengan menggunakan kaedah EA sudah boleh menguasai kemahiran menolak
dengan mengumpul semula tanpa melakukan banyak kesilapan.

Jadual 3: Kekerapan Kesilapan Yang Dilakukan Oleh Murid


Bil
1
2
3
4

Jenis Kesilapan
Kecuaian
Konsep
Pengiraan
Algoritma
JUMLAH

Kekerapan
14
11
4
1
30

Peratus (%)
46.67
36.67
13.33
3.33
100

608

Rajah 3: Graf Kesilapan Yang Dilakukan Oleh Murid


Merujuk kepada Jadual 3 dan Rajah 3, kesilapan kecuaian ialah sebanyak 14 kekerapan (46.67%) yang
didapati dalam kajian ini. Peratusan ini adalah peratusan yang tertinggi dalam peratusan kesilapan yang
dilakukan oleh murid ketika menyelesaikan soalan operasi tolak dengan mengumpul semula. Kesilapan
yang kedua ialah kesilapan konsep mempunyai peratusan kedua tertinggi dalam peratusan kesilapan
keseluruhan iaiatu sebanyak 36.67% bersamaan dengan 11 kesilapan konsep menolak dengan
mengumpul semula yang dilakukan oleh murid. Kesilapan pengiraan ialah kesilapan ketiga yang
dilakukan oleh murid iaitu sebanyak 4 kekerapan bersama dengan 13.33%. Kesilapan ini seharusnya
tidak patut berlaku pada murid Tahun 3 kerana mereka telah mempunyai pengalaman sebanyak 3 tahun
melakukan operasi tolak dalam lingkungan 20. Berdasarkan Jadual 2 dan Rajah 3, hanya terdapat
seorang sahaja murid yang melakukan kesilapan algoritma semasa menyelesaikan soalan operasi tolak
dengan mengumpul semula yang terkandung di dalam Ujian Pra. Ini menunjukkan sebanyak 3.33%
kesilapan algoritma yang dilakukan oleh murid daripada keseluruhan kesilapan.

PERBINCANGAN DAN CADANGAN


Kajian ini menggunakan kaedah Equal Addition (EA) sebagai satu teknik untuk membantu murid
menyelesaikan soalan operasi tolak dengan mengumpul semula. Setelah analisis dibuat, didapati
bahawa hasil kejian menunjukkan kaedah EA memberi kesan yang positif kepada pencapaian murid.
Hasil daripada analisis dan interpretasi ke atas transkrip jawapan dalam Ujian Pra, pengkaji mendapati
bahawa pencapaian murid terhadap operasi tolak dengan mengumpul semula adalah rendah. Ini dapat
dilihat melaui skor yang diperolehi oleh murid dalam Ujian Pra yang telah dilaksanakan. Hanya
seorang murid sahaja yang mendapat skor setinggi 50% dan murid-murid yang lain mendapat skor 33%
dan 17%. Berdasarkan markah penentuan gred bagi Ujian Pra, sebanyak 20% murid mendapat gred C
manakala 80% murid mendapat gred D dan gred E. Ini menunjukkan bahawa 80% murid gagal dalam
Ujian Pra. Pengkaji telah mengenalpasti empat jenis kesilapan yang dilakukan oleh murid semasa
menyelesaikan soalan operasi tolak dengan mengumpul semula. Kesilapan-kesilapan tersebut adalah
kesilapan kecuaian, kesilapan konsep, kesilapan pengiraan dan juga kesilapan algoritma. Kesilapan
kecuaian mempunyai peratus yang tertinggi iaitu sebanyak 46.67% bersamaan dengan 14 kekerapan.
Kesilapan konsep mempunyai kekerapan 11 bersamaan dengan 36.67%. Kekerapan kesilapan
pengiraan ialah sebanyak ialah sebanyak 4 iaitu bersamaan dengan 13.33% manakala kesilapan
algoritma adalah 1 kali kekerapan iaitu 3.33% . Kesilapan algoritma mempunyai peratus yang terendah
yang dilakukan oleh murid.

608

Penggunaan kaedah EA dalam kajian ini amat membantu murid-murid dalam menyelesaikan operasi
tolak dengan mengumpul semula. Murid dapat menguasai kemahiran menolak dengan mengumpul
semula dan jawapan yang diperolehi juga adalah betul. Penggunaan kaedah EA juga dapat mengubah
persepsi negatif murid-murid terhadap matapelajaran Matematik. Murid-murid sering membuat
tanggapan bahawa Matematik adalah membosankan dan susah (Noraini Idris, 2008). Melalui kaedah
EA, persepsi murid-murid ini dapat diubah kerana aplikasi kaedah EA membawa keyakinan kepada
murid. Berdasarkan pelaksanaan Ujian Pra dan Ujian Pasca, markah yang diperolehi melalui kedua-dua
instrumen tersebut boleh dibandingkan untuk melihat sejauh mana keberkesanan kaedah Equal
Addition (EA) dalam meningkatkan tahap kefahaman dan pencapaian murid terhadap operasi tolak
dengan mengumpul semula. Peningkatan min skor murid iaitu sebanyak 46.6% antara Ujian Pra dan
Ujian Pasca telah menunjukkan bahawa penggunaan kaedah Equal Addition (EA) semasa sesi
pengajaran telah membantu murid untuk menguasai kemahiran penolakan dengan mengumpul semula.
Semua murid yang menjadi sampel kajian ini telah menunjukkan peningkatan yang
memberangsangkan dalan Ujian Pasca berbanding Ujian Pra. Pencapaian empat orang murid telah
meningkat sebanyak 50% dalam Ujian Pasca berbanding dengan Ujian Pra. Melalui analisis pencapaian
berdasarkan gred pula, didapati 80% murid berjaya memperoleh gred A dalam Ujian Pasca berbanding
keputusan Ujian Pra yang menunjukkan 80% murid gagal dalam ujian ini. Peningkatan skor dalam
Ujian Pasca juga membawa kejayaan kepada murid. Kejayaan di sini bermaksud murid dapat
mempertingkatkan tahap pencapaian dalam topik operasi tolak dan mengatasi kesilapan-kesilapan yang
dilakukan. Dapatan ini juga menyokong kajian Samsudin Husin (2000) yang menyatakan bahawa guru
yang menggunakan strategi, kaedah dan teknik yang betul dalam proses pengajaran dapat menarik
minat murid untuk belajar serta menguasai sesuatu topik.
Cadangan kajian seterusnya ialah kaedah ini perlu dilaksanakan di sekolah rendah yang lain supaya
manafaat yang diperolehi dapat memberi faedah kepada murid-murid lain. Ini kerana di setiap sekolah
rendah, pasti terdapat murid yang sukar untuk memahami konsep meminjam semasa menyelesaikan
operasi tolak dengan mengumpul semula. Maka, dengan penggunaan kaedah ini di sekolah diharap
dapat membantu murid-murid yang lemah dalam Matematik.

608

RUJUKAN
Abd.Razak Salleh, Mohd. Khairuddi Yahya, Rabiyah Fakir Mohd. (2004). Mathematics
Year Three Sekolah Jenis Kebangsaan, Activity Book. Selangor. Aras Mega (M)
Sdn. Bhd.
Alternate Subtraction Algorithns.
www.sonoma.edu/users/w/wilsonst/courses/math_300/groupwork/altsub/aust.
Html (12 Februari 2012)
Author Voza, Luann. (2011). Teaching Children Mathematics. Journal Articles.
Awang, A. (1986). Teori-Teori Pembelajaran. Petaling Jaya: Siri Pendidikan Fajar
Bakti.
Chua, Y, P. (2006). Buku 1: Kaedah Penyelidikan, Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.
F.B. Knight, G.M. Ruch & 0.S.Lutes. How shall substraction be taught. Journal of
Education /Research (Volume XI, March 1925, Number 3)
Flores, M.M. (2009). Teaching Substraction With Regrouping to Students Experiencing
Difficulty in Mathematics 176.
Greg P. Sefanich, Teri Rokusek (1992) An Analysis of Computational Errors in the Use
of Division Algorithms by Grade Students. Pearson Learning Group MCP Mathematics (22
Oktober 2012)
Kemmis, S. & Mc Taggart, R. (1998). The action research planner. Geelong, Victoria,
Australia: Deakin University Press
Larry A. C.(1984). Childrens Errors In Subtraction; An Investigation Into Causes and
Remediation. ERIC Database.
Mc Niff, J. (2003) You and your action research report. London: Routledege Falmer.
Meningkatkan kemahiran mengumpul semula dalam operasi penolakan dengan
menggunakan teknik cekap pinjam. www.scribed.com/doc/60691531/ (10
Februari 2012)

608

608

608

Anda mungkin juga menyukai