Anda di halaman 1dari 1

Faktor2 HIV di asia

1.HUBUNGAN SEKS BEBAS


Golongan yang kurang berakhlak mengamalkan pergaulan seks bebas iaitu
melakukan hubungan seks dengan ramai orang tanpa memikirkan kesudahannya.
Selain itu, mereka juga melakukan hubungan seks dengan orang yang tidak
mempunyai ikatan perkahwinan yang sah. Misalnya, kegiatan pelacuran dan
homoseksual telahpun menjadi gejala sosial yang tidak bermoral. Akibat daripada
amalan-amalan tersebut, penyakit AIDS dapat merebak secara meluas kerana virus
HIV akan dijangkiti melalui hubungan seks yang tidak terkawal. Jika seseorang
pembawa HIV, maka sesiapa yang melakukan hubungan seks dengannya akan
terdedah kepada bahaya HIV dan kadar jangkitan terhadap penyakit tersebut
adalah tinggi.

2. PERKONGSIAN JARUM SUNTIKAN


penyakit HIV boleh merebak melalui perkongsian jarum suntikan yang sudah
dicemar oleh darah pembawa HIV. Kejadian tersebut berlaku terutama dalam
kalangan penagih dadah yang kekurangan wang untuk membeli jarum suntikan
baru daripada pembekal dadah. Oleh hal yang demikian, mereka terpaksa
berkongsi jarum dengan penagih dadah yang lain. Jadi, mereka mudah terdedah
kepada risiko dijangkiti HIV. Darah yang mengandungi HIV akan dipindahkan ke
tubuh orang lain melalui perkongsian jarum suntikan.

3. KURANG PENGETAHUAN/KESEDARAN
kekurangan pengetahuan tentang penyakit AIDS juga menyumbang kepada
peningkatan bilangan pesakit AIDS. Rakyat seharusnya dibekalkan informasi
tentang penyakit AIDS supaya menjadi tanggungjawab mereka untuk melakukan
pemeriksaan darah secepat mungkin. Tindakan ini adalah untuk mengetahui sama
ada mereka ialah pembawa HIV yang berkemungkinan besar akan menyebarkan
virus tersebut melalui hubungan seks rambang, pemindahan darah, ataupun
melalui penyusuan ibu kepada anak.

Anda mungkin juga menyukai