Anda di halaman 1dari 2

PERIBAHASA DAN MAKSUDNYA

Jauh bau bunga, dekat bau tahi


Sanak saudara jikalau berjauhan selalu dirindui tetapi apabila berdekatan, sering pula berkelahi

Enggang sama enggang, pipit sama pipit


berkawan biarlah yang sama taraf dan kedudukan

Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang


Tentang orang yang sangat miskin dan rezekinya hanya cukup untuk sehari sahaja

Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul


Betapa susah kita melihat kesusahan orang lain, lebih susah lagi orang yang menanggung kesusahan
itu

Kalah jadi abu, menang jadi arang


Kalah atau menang dalam sesuatu pertengkaran tak akan menguntungkan kepada pihak mana pun
juga.

Biar putih tulang, jangan putih mata


Lebih baik mati daripada tidak dapat apa yang diidam

Berani kerana benar, takut kerana salah


Bertindak kerana berada di pihak yang benar.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan


Jika ada azam, apa-apa yang dihajati dapat dicapai

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung


Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami.

Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis


Selalu berhati-hati supaya tidak tertipu atau kehabisan harta

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa


Percakapan yang kasar kerap kali mencelakakan diri sendiri.

Masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri


Nasihat atau pelajaran yang tidak dimasukkan ke dalam ingatan. (Bandingkan dengan: Longgar
sendat, lapang bertukul).

Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat


Diam orang yang berilmu itu berfikir atau banyak pengetahuan manakala diam orang yang bodoh
tidak berguna

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali


Jika hendak membuat pekerjaan yang baik, janganlah berlebih-lebihan sehingga tidak pada
tempatnya, dan pekerjaan yang jahat hendaklah dihindarkan sama sekali.

Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam


Tiap-tiap orang mempunyai pendapat (kemahuan) sendiri-sendiri; makin banyak orang makin
banyak pula pendapat dan kemahuannya. (Biasa juga: Ramai beragam, rimbun menyelara).

Anda mungkin juga menyukai