Anda di halaman 1dari 9

Pengurusan Pedagogi Bestari

Konsep dan Perubahan

Lampiran F1-1
PENGENALAN
Sekolah Bestari merupakan salah satu komponen utama dalam projek
Koridor Raya Multimedia. Konsep sekolah ini bersandarkan kepada dua asas
penting iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan nilai-nilai murni dan kepakaran
teknologi maklumat (IT). Dua asas penting ini yang menekankan kepada pembinaan
dan pembangunan potensi secara menyeluruh dan bersepadu serta pembinaan
nilai, menjadikan Sekolah Bestari sesuatu yang bitara.
Sekolah Bestari memberi penekanan kepada pendekatan yang terbaik dan
berkesan bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, menggunakan
teknologi sebagai kaedah utama, dan disokong oleh manusia yang berketrampilan,
berkemahiran, polisi dan proses. Ia menggunakan maklumat untuk memilih dan
melaksanakan kaedah dan peralatan yang berkesan dan disertai dengan sokongan
keperluan organisasi dan pembangunan profesional berterusan.
Dengan kata lain, Sekolah Bestari Malaysia merupakan institusi
pengajaran dan pembelajaran yang telah direka semula secara menyeluruh dari
segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah dengan
tujuan menyediakan kanak-kanak untuk 'zaman maklumat'. Sekolah Bestari akan
berubah mengikut masa, dengan pembentukan staf yang profesional, sumbersumber pendidikan yang canggih dan keupayaan pentadbiran secara berterusan.
Ini membolehkan sekolah menyesuaikan diri dengan keadaan yang kian berubah,
disamping menyediakan pelajar untuk hidup dalam 'zaman maklumat'. Sekolah
Bestari ini memerlukan guru yang berkemahiran dan proses sokongan yang baik
untuk berfungsi secara berkesan.
Pelaksanaan Sekolah Bestari menggariskan beberapa matlamat yang bakal
memenuhi keperluan individu , masyarakat , dan stakeholders iaitu:

Melahirkan tenaga kerja yang celik komputer dan mahir teknologi dan
berdaya fikir
Pendemokrasian pendidikan
Meningkatkan penglibatan stakeholders
Pembangunan menyeluruh dengan mengambilkira keupayaan individu
Penekanan kepada aspek Intelek, Emosi, Rohani dan Jasmani.

1-1

Pengurusan Pedagogi Bestari

Konsep dan Perubahan

Lampiran F1-2
CIRI-CIRI SEKOLAH BESTARI
Budaya Pengajaran dan Pembelajaran Bestari
Sekolah Bestari
Budaya kaya ilmu
Berfikiran Kritis dan kreatif
Berpusatkan pelajar
Akses kendiri
Kadar kendiri
Terarah kendiri
Konteks global
Penggunaan kemudahan teknologi
dalam pengajaran dan pembelajaran

Sekolah Biasa
Pemerolehan Fakta
Berasaskan memori
Berpusatkan guru
Konteks setempat
Buku teks

Sistem Pengurusan
Sekolah Bestari
Pengurusan Berasaskan teknologi
maklumat secara sepadu bagi
melicinkan proses-proses kerja
Kolaborasi antara agensi pusat dan
sekolah
Kemudahan IT dapat membantu
pehak pengurusan membuat
keputusan secara pantas dengan
adanya kemudahan akses kepada
maklumat dan perhubungan dengan
pihak-pihak yang boleh membantu

Sekolah Biasa
Berasaskan cara kerja 'manual' dan
terpisah

1-2

Pengurusan Pedagogi Bestari

Konsep dan Perubahan

Sistem Pentaksiran
Sekolah Bestari
Pentaksiran lebih berbentuk tidak
formal dan berterusan dan berfungsi
sebagai pelengkap kepada proses
pengajaran dan pembelajaran
Fokus pentaksiran ialah untuk
mendapat maklumat berkaitan dengan
perkembangan pelajar untuk
memudahkan tindakan
Pelbagai alat pentaksiran dan bentuk
soalan berdasarkan tujuan
pentaksiran dan objektif
matapelajaran diutamakan
Tumpuan pentaksiran ialah perkara
atau elemen yang ingin dibentuk
dalam pelajar menerusi hasrat dan
kandungan kurikulum
Prestasi pelajar dilaporkan menerusi
kriteria yang menerangkan tahap
pencapaian pelajar.

Sekolah Biasa
Bentuk soalan
Tumpuan yang lebih diberi
pentaksiran sekolah
Prestasi pelajar dilaporkan menerusi
markah dan gred
Peperiksaan setara diberikan kepada
semua murid tanpa mengira
kebolehan.

1-3

Pengurusan Pedagogi Bestari

RUJUKAN RUMUSAN : LANGKAH 6

Konsep dan Perubahan

Lampiran F1-3

BAHAN 1:
Konsep Sekolah Bestari

Sekolah bestari adalah sekolah yang menggalakkan pelajar berdikari dalam


memperolehi pengetahuan. Pelajar disediakan peluang untuk belajar mengikut
kadar pembelajaran sendiri serta meneroka bidang ilmu baru yang diminati
dengan sendiri. Dengan ini, pelajar akan dapat memaksimumkan potensinya
ketahap cemerlang
Sekolah bestari menggunakan teknologi sebagai alat untuk meningkatkan
pengajaran dan pembelajaran
Sekolah bestari membina budaya ilmu dan membentuk pelajar untuk berdaya
fikir kritis, kreatif dan bersifat penyayang.

Matlamat Sekolah Bestari

Melahirkan tenaga kerja yang celik dan mahir teknologi dan berdaya fikir
Pendemokrasian pendidikan
Meningkatkan penglibatan 'stakeholders'
Pembangunan menyeluruh dengan mengambil kira keupayaan individu
Penekanan kepada aspek Intelek, Emosi. Rohani dan Jasmani.

Bahan Sumber

Menepati kurikulum
Menepati arahan
Kos berpatutan
Hiasan berpada
Ketepatan teknik

1-4

Pengurusan Pedagogi Bestari

Konsep dan Perubahan

Lampiran F1-4

Satu Model Dinamika Perubahan


Mereka yg. terlibat
bersama dlm.
perubahan itu tidak
kira kalau secara +if.,
-if. atau neutral.

Orang yang
terlibat

Visi yang
diingini

Implisit dlm. perubahan ialah


sesuatu itu dapat dijadikan
lebih baik
Terdapat jurang (gap) antara
apa yang sedia ada dan yang
diingini

Anda
Tiga elemen ini tidak ada makna
sehingga anda memutuskan utk.
melibatkan diri dan melakukan
sesuatu

Situasi
Semasa

1-18

Pengurusan Pedagogi Bestari

Nota Huraian Model Dinamika Perubahan

Konsep dan Perubahan

Lampiran F1-4

Kalau kita memahami perubahan dengan lebih mendalam, akan meningkatlah


kemungkinan usaha kita ke arah menangani perubahan atau untuk
mempengaruhinya
Tidak ada satu model perubahan yang unggul / terbaik yang dapat
menjelaskan dengan tepat semua aspek mengenainya
Sering berlaku pendapat yang bertindan-tindih atau bertentangan
mengenainya
Model dinamika perubahan ini (Model Bellman, 1992) adalah satu model
ringkas yang mengenal pasti 4 komponen yang penting dan yang saling
bertindak antara satu sama lain apabila perubahan berlaku (Model dari buku
`Getting things done when you are not in charge' oleh Geoffrey M. Bellman
(1992).
Komponen pertama ialah situasi atau keadaan sekarang dan perkara-perkara
yang tersirat dalam sesuatu perubahan ialah situasi atau keadaan iatu boleh
menjadi lebih baik.
Komponen yang kedua ialah apa atau situasi (visi) yang diharapkan. Ini
bererti akan wujud satu jurang di antara situasi sekarang dengan apa yang
diharapkan (visi) dan keadaan ini akan menimbulkan ketegangan di antara
situasi sekarang dengan apa yang diharapkan.
Komponen ketiga ialah semua orang lain yang terlibat, tidak kira yang
menyokong, yang neutral atau yang menolak visi atau situasi yang diharapkan
itu.
Komponen keempat ialah anda. Apabila ketiga-tiga komponen mula saling
bertindak untuk menggerakkan perubahan itu, tidak akan bermakna kalau
anda tidak turut terlibat sama.
Kedudukan anda aalah ditengah-tengah tiga komponen yang lain.

Anda perlu melihat diri anda sebagai yang utama (central) dalam menentukan
perubahan itu berlaku. Anda perlu melihat diri anda sebagai kunci untuk
perubahan itu berlaku.
Sebagai seorang pengurus perubahan itu patutlah anda memahami ketiga-tiga
komponen yang lain dengan mencari jawapan kepada soalan-soalan seperti
yang berikut;
Visi - apakah yang anda dikehendaki / visi anda?
- apakah yang dikehendaki oleh 'orang lain'?
- apakah kehendak anda serupa dengan kehendak 'orang lain' ?

1-19

Pengurusan Pedagogi Bestari

Konsep dan Perubahan

Lampiran F1-4

Keadaan sekarang - apakah sebenarnya 'situasi sekarang'


- apakah pandangan 'orang lain' tentang situasi
sekarang'
- apakah persamaan dan perbezaan di antara kedua- dua pandangan
di atas
- apakah pandangan anda tentang situasi sekarang
Orang lain
siapakah mereka yang terlibat?
apakah 'pelaburan' mereka menjadi halangan atau
sokongan untuk perubahan itu?
apakah pendapat mereka tentang kuasa yang ada pada mereka
untuk membawa perubahan atau
menghalangnya?
apakah 'bakat dan sumber' yang ada pada diri
mereka?
Anda
-

- mengapa anda menghendaki perubahan itu?


apakah 'bakat dan sumber' yang ada pada diri anda?
Cara manakah kehendak anda sepadan dengan
kehendak orang
lain itu

Mengikut Peter Sange (5th Discipline) jurang perbezaan di antara keadaan


sekarang dan visi itu yang menentukan desakan untuk perubahan itu berlaku.
Lebih besar jurang itu, lebih desakan untuk perubahan itu berlaku.

Sekarang sesuailah kita menyiasat kalau wujudnya jurang perbezaan antara


apa yang diharapkan oleh Sekolah Bestari dan situasi di sekolah sekarang.

1-20

Pengurusan Pedagogi Bestari

Konsep dan Perubahan

Lampiran F1-5

PANDUAN ULASAN AKTIVITI MEMBUAT ANALOGI


SITUASI
Penyusunan guli dari awal sehingga
membentuk segitiga sama telah
melibatkan satu urutan langkah,
aktiviti, perbincangan, masa, dsb.
Reaksi dan perlakuan individu dalam
kumpulan semasa membina segitiga
sama berbeza-beza.
Untuk mengekalkan bentuk segitiga
sama setiap guli patut berada pada
tempat yang tertentu, kalau mana-mana
satu diusik/diganggu bentuk segitiga
sama tidak dapat dikekalkan.
Ada kemungkinan tidak semua ahli
bersetuju tentang cara atau keperluan
untuk melakukan tugas yang diberi itu.
Ada kumpulan yang telah menghadapi
masalah membentuk segitiga sama
kerana:
permukaan terlalu licin
permukaan tidak rata
ada gegaran
Ada kumpulan yang terpaksa menukar
cara/strategi membina segitiga sama
separuh jalan.
Semua kumpulan berjaya membina segi
tiga sama tetapi mungkin dengan cara
yang berlainan.
Semua ahli kumpulan bekerja secara
kolaboratif dan koperatif.
Ada kumpulan yang terus untuk mula
menyusun guli, dan ada juga yang
berbincang dan merancang sebelum
memulakannya

IDEA TENTANG PERUBAHAN


Perubahan adalah suatu proses...

Reaksi individu terhadap perubahan


dipengaruhi oleh sistem
kepercayaannya (belief system), sikap
dan nilai individu.
Setiap individu adalah sangat penting
untuk merealisasikan sesuatu
perubahan.
Setiap individu mempunyai peranan
dalam menangani perubahan.
Dalam sesuatu usaha perubahan kita
patut menerima hakikat akan adanya
rintangan.
Faktor / kuasa luar boleh
mempengaruhi perubahan.

Perubahan tidak semestinya berlaku


seperti dirancang.
Tidak ada satu model unggul untuk
membawa satu perubahan.
Semua ahli berkongsi visi yang sama.
Kejayaan mungkin berlaku secara
perlakuan strategik dalam menangani
perubahan ataupun secara operational
(day to day)

1-21

Pengurusan Pedagogi Bestari

Konsep dan Perubahan

Idea-Idea Utama tentang Perubahan

Lampiran F-6

Adalah satu Proses


Bertujuan membawa
Kebaikan visi
Tiada satu model unggul

Tetap berlaku

Reaksi melibatkan sistem kepercayaan, sikap, nilai indiv

Idea-Idea
Utama tentang Perubahan
Perlu

Tidak semesti berlaku seperti dirancang

Mungkin menimbulkan masalah baru

ditangani oleh setiap individu

Perlu mengambil kira keprihatinan

Kuasa / faktor-faktor luar ada pengaruh


Menerima hakikat akan ada rintangan
1-22

Anda mungkin juga menyukai