Anda di halaman 1dari 1

Latar Belakang Masalah

Dalam usaha untuk menjadi negara mahir pada tahun 2020, Negara kita memerlukan tenaga
mahir yang ramai dan berkualiti tinggi bagi menyaingi negara maju yang lain. Pekerja mahir
haruslah berkualiti dalam meningkatkan produktiviti industri dan membangunkan ekonomi
Negara (MITI ,2005). Dalam usaha untuk melahirkan ramai pekerja mahir yang kompeten
kerajaan telah melakukan pelbagai langkah untuk mengatasinya. Antaranya menubuhkan
pusat pembelajaran kemahiran seperti CIAST, ILP, ADTEC dan Kolej Vokasional. Tetapi
adakah cukup bagi institusi ini memberikan pelajarnya ilmu yang cukup dan kompeten dalam
semua aspek. Menurut (Md Zain, Suja, Ahmad Basri & Basri, 2007) sesebuah universiti
haruslah melahirkan siswazah yang cemerlang dalam ilmu pengetahuan teknikal dan
mempunyai ciri-ciri kemahiran insaniah yang diperlukan Negara.
Kemahiran insaniah menjadi nilai tambah kepada bakal pekerja mahir dimana majikan di
industri sangatlah mementingkan aspek ini. Dalam mencapai tenaga yang kompeten pada
tahap global aspek kemahiran insaniah amatlah penting (Adnan, 2004). Menurut (Ahmad
Anuar & Esa, 2010) penekanan terhadap aspek kemahiran insaniah untuk melahirkan modal
insan kelas pertama yang kompeten dan mampu menggalas semua cabaran dan pengharapan
yang diberi harus ditingkatkan dalam kalangan pelajar. Dalam hal ini, pekerja dapat bekerja
dimana sahaja dan senang untuk menyesuaikan diri tanpa perlu mengambil masa yang lama
untuk berinteraksi dengan keadaan sekitar.
Dengan adanya kemahiran yang mengcukupi, sesorang pekerja itu sangatlah diperlukan di
industri tetapi aspek itu tidak cukup untuk memuaskan majikan di industri. Menurut kajian
Hasil kajian Ramlee (2002), majikan industri pembuatan mengatakan bawaha lulusan
teknikal di Negara ini mempunyai kemahiran yang lebih mengcukupi tetapi kurang
berpuashati terhadap kemahiran bukan teknikal iaitu kemahiran insaniah. Industri melihat
kualiti pekerja mahir dalam dua aspek iaitu aspek teknikal dan bukan teknikal. Kekurangan
pada aspek teknikal disifatkan kurangnya sentuhan terhadap aspek ini semasa di pusat
pengajian dimana pelajar kurang didedahkan kepada kemahiran insaniah. Pengajar di pusat
kemahiran hanya menekankan aspek kemahiran. Menurut (Azila, Rohana & Amirmuddin, 2008).
Kurangnya interaksi antara sistem PTV dengan industri, kurangnya tenaga pengajar yang
berpengalaman dalam industri, kekurangan dasar dalam menyokong PTV dan kurikulum
yang kurang sentuhan orang yang pakar dalam bidangnya.

Anda mungkin juga menyukai