Anda di halaman 1dari 8

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara
disunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Ermy Azziaty Rozali, Farid Mat Zain, Hakim Zainal,
Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Maheram Ahmad, Md Nor Abdullah, Napisah Karimah Ismail & Zamri Arifin
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
ISBN 978-983-9368-57-4 (2011), http://www.ukm.my/nun/prosiding%20atas%20talian.htm

Tokoh Ulama di Sarawak dan Peranannya terhadap Kelangsungan Islam


Zaman Pemerintahan Brooke
1

Noranizah Yusuf, 1,2Wan Kamal Mujani & 1,2Ezad Azraai Jamsari

Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam


2
Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB)
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor

Abstrak: Artikel ini bertujuan membincangkan tokoh-tokoh ulama di Sarawak pada zaman pemerintahan
keluarga Brooke dan peranan mereka dalam meneruskan kelangsungan Islam di Sarawak. Dalam tempoh masa
tersebut, Sarawak diperintah oleh Keluarga Brooke yang berasal dari Eropah. Memandangkan Sarawak
diperintah oleh non-muslim situasi ini sudah tentu memberikan kesan terhadap perkembangan agama Islam di
Sarawak. Hasil kajian mendapati bahawa penguasaan Keluarga Brooke ke atas Sarawak membawa paradigma
baru dalam kehidupan beragama masyarakat di Sarawak. Walaupun mereka dilaporkan tidak menyekat
perkembangan agama Islam tetapi polisi Brooke yang menggalakkan perkembangan agama Kristian kesannya
dapat kita lihat hingga ke hari ini. Agama tersebut telah menjadi anutan sebahagian besar penduduk di
Sarawak terutamanya golongan peribumi. Kerancakan gerakan Kristianisasi ini telah mencetuskan tindak
balas positif di kalangan tokoh agamawan tempatan yang terdiri daripada golongan ulama. Walaupun tidak
secara radikal, golongan ulama ini bangkit menangkis serangan ideologi dan fahaman yang jelas bertentangan
dengan Islam. Golongan ulama ini berperanan khususnya dalam pengekalan jati diri masyarakat Islam di
Sarawak dengan mempelbagaikan usaha seperti penubuhan institusi pendidikan Islam yang bersifat formal dan
sistematik, membina surau dan masjid serta institusi yang menjaga hal ehwal Islam. Dalam konteks
perkembangan Islam di Sarawak, inisiatif dan peranan yang telah dimainkan oleh tokoh-tokoh ulama ini tidak
dapat dinafikan khususnya dalam kebangkitan umat Islam di Sarawak.

PENGENALAN
Tokoh-tokoh ulama memainkan peranan yang cukup
signifikan dalam meneruskan kelangsungan Islam di
Sarawak terutamanya pada period penguasaan
Keluarga Brooke. Walaupun pemerintah Brooke
menunjukkan dasar toleransi dan keterbukaan
terhadap agama Islam namun perkembangan dan
penyebaran Islam di Sarawak agak terbatas kerana
berhadapan dengan ancaman Kristianisasi yang
dibawa oleh pihak pemerintah ketika itu. Situasi ini
memberikan impak yang cukup besar di kalangan
masyarakat Islam di Sarawak. Pendakwahan Islam
ke atas kaum bumiputera yang lain juga menjadi
semakin sukar untuk dilaksanakan kerana gerakan
Kristian mendapat sokongan pemerintah berbanding
agama Islam. Ini mungkin disebabkan pihak
pemerintah melihat Islam sebagai satu ancaman
kepada mereka tetapi dalam masa yang sama mereka
harus menunjukkan sikap tolak ansur kepada agama
Islam bagi mendapatkan sokongan penduduk
tempatan terutamanya masyarakat Melayu yang
sangat berpengaruh pada ketika itu. Keadaan ini
mendorong kepada kemunculan beberapa tokohtokoh ulama tempatan yang berusaha untuk
mempertahankan
akidah
umat
Islam dan
memastikan kelangsungan Islam di Sarawak. Tokoh-

tokoh ulama ini juga memainkan peranan penting


khususnya dalam mewujudkan beberapa institusiinstitusi pendidikan Islam formal serta penubuhan
institusi-institusi yang bertujuan menjaga hal ehwal
masyarakat Islam.
Sejarah Pemerintahan Keluarga Brooke di
Sarawak: Sejarah kedatangan keluarga Brooke ke
Sarawak bermula apabila Gabenor Singapura
meminta pertolongan James Brooke untuk
memberikan hadiah dan surat ucapan terima kasih
Gabenor Singapura kepada Pengiran Muda Hashim.
Pengiran Muda Hashim telah menghulurkan bantuan
kepada kelasi-kelasi kapal milik Inggeris yang
karam berhampiran dengan Sungai Sarawak
(Kuching). Kebetulan pada masa tersebut, James
Brooke yang berada di Singapura sedang melakukan
persiapan untuk belayar ke Pulau Borneo (Buyong,
1981: 13). Pada 27 Julai 1839, James Brooke
bertolak meninggalkan Singapura dan akhirnya
sampai di Kuching pada 15 Ogos 1839. James
Brooke melabuhkan kapalnya berhadapan dengan
rumah Pangiran Muda Hashim dan seterusnya
menyerahkan surat dan hadiah tersebut kepada
Pangiran Muda Hashim. Sejak pertemuan itu, James
Brooke dikatakan telah bersahabat baik dengan
Pengiran Muda Hashim (Buyong, 1981: 14-15).

363

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Pada 28 September 1839, James Brooke


bertolak meninggalkan Kuching dan meneruskan
pelayarannya hingga ke Sulawesi serta beberapa
tempat lain. Pada 18 Ogos 1840, James Brooke
datang semula ke Sarawak. Pada masa tersebut,
Sarawak berada dalam keadaan huru-hara akibat
sikap Pengiran Mahkota yang dikatakan menindas
penduduk tempatan. Kezaliman dan penindasan
yang dilakukan oleh Pengiran Mahkota telah
menimbulkan pemberontakan yang diketuai oleh
Datu-Datu Melayu tempatan termasuklah Pengiran
Usop. Situasi yang tidak terkawal ini menyebabkan
Pengiran Muda Hashim terpaksa meminta
pertolongan James Brooke untuk menamatkan
pemberontakan tersebut dengan ganjaran beliau akan
diberikan kuasa dan kedudukan di Sarawak.
Kenyataan ini terkandung dalam penulisan Robert
Payne (1991: 46):
By agreement in the year of th Prophet one thousand two hundred
and fifty-seven, at twelve oclock on the thirtieth day of the
month of Rejab, Prince Muda Hashim, son of the late Sultan
Mohammed, with pure heart ang high purpose, doth hereby
transfer to the well-born James Brooke power over the country of
Sarawak, together with all its dependencies, and present and
future revenues...he agrees to pay to the Sultan of Bruni one
thousand Spanish dollars. He furthers undertakes to respect the
laws and customs of the Malays of Sarawak, formely subject to
the Sultan of Brunei, Prince Muda Hashim and the Malay
governors.

Selepas berjaya meredakan pemberontakan


tersebut, James Brooke telah dilantik sebagai
Residen Sarawak pada bulan Febuari 1841 dengan
beberapa syarat tertentu.1 Namun James Brooke
dikatakan tidak berpuas hati dengan kedudukannya
di Sarawak lalu mengugut Pangiran Muda Hashim.
Melalui ugutan dan tekanan yang dibuat, maka pada
24 September 1841Sultan Brunei akhirnya terpaksa
menyerahkan Sarawak kepada James Brooke. James
Brooke secara rasminya dilantik sebagai Gabenor
Sarawak (Mohd. Zamro & Zuliza, 2003: 506). Pada
31 Julai 1842 pula, Sultan Omar Ali Saifuddin II
iaitu sultan yang memerintah Brunei ketika itu telah
melantik James Brooke sebagai Rajah Putih2 yang
pertama di Sarawak apabila James Brooke bersetuju
untuk membayar wang sejumlah 1,000 setiap tahun
kepada Sultan Brunei. Dengan penyerahan tersebut,
bermulalah era penjajahan Inggeris di Sarawak dan
James Brooke mempunyai kuasa mutlak ke atas
Sarawak yang kemudiannya diwarisi oleh kaum
keluarganya. Robert Payne (1960: 14) menyatakan:
In all history only one man succeeded in coming from the West
and making himself King over an Eastern race and founding a
dynasty which lasted for a hundred years. This man debonair
young Englishman called James Brooke, became the legend in his
lifetime.

Pada peringkat awal, James Brooke hanya


menguasai kawasan di sekitar Kuching sahaja,
namun kemudiannya beliau telah berusaha untuk
meluaskan tanah jajahannya. Pada tahun 1846,
James Brooke berjaya menguasai Kuala Samarahan

dan setelah itu pada tahun 1853, wilayah


kekuasaannya berkembang hingga ke kawasan
Sadong, Lingga, Skrang, Saribas dan Sri Aman.
Kemudiannya, pada tahun 1861, kawasan
pemerintahannya diperluaskan lagi dari Rajang
hingga ke Bintulu.
Perkembangan Islam Zaman Pemerintahan
Brooke di Sarawak: Sepanjang pemerintahan
Brooke, pergaulan dan cara hidup segelintir
masyarakat Melayu Islam mula diresapi oleh unsurunsur Barat. Hal ini membimbangkan sebahagian
masyarakat Islam yang lain. Sebagai contoh, sekitar
tahun 1920-an telah muncul persatuan-persatuan
yang bercorak hiburan seperti Kampung Tanjung
Kesenangan Club (1926), Sarawak Malay Tennis
Club (1929), Sinjan Music Club dan Surabaya Jolly
Minstrels (Zulkiple & Juanda, 2003: 643). Antara
yang dikritik hebat oleh orang-orang Melayu adalah
majlis joget yang berlarutan hingga ke larut malam,
seperti yang dicatatkan dalam Sarawak Gazette
bertarikh 2 Disember 1935:
..with those drum, the lady singers strike behind the curtains,
singing beautiful songs; in front, the youngsters will jump and
step dance in any direction they desire, and the chance of the two
dancers is simultaneousin conclusion, last in earnest that home
folks should take steps to limit these dancers, as they lead to
ruination, and whosoever craves for their continuation only
invites more practical troubles and nuisance.

Di samping itu, perubahan dalam cara


berpakaian di kalangan masyarakat Islam Sarawak
juga turut berlaku. Fenomena ini tercatat dalam
Sarawak Gazzette bertarikh 2 Disember 1935:
During the last few years the traditional dress of the Malay
appears largely to have given way to gaudy neckties, blazers and
bell bottom trousers. This seems a pity. Visitors from Malaya
where national dress is far more generally worn that it is here
cannot fail to be unfavourably impressed and ut seems
Government might take the lead by insisting on all Malay
custumes in the office (Sanib, t.th.: 185).

Kesedaran sebilangan orang Melayu tentang


peri pentingnya menghayati ajaran Islam
menyebabkan mereka mula menunjukkan perasaan
tidak berpuas hati terhadap pihak penjajah dan
budaya Barat yang mula menular di kalangan
masyarakat Islam itu. Ini dihangatkan lagi dengan
isu kedudukan orang Melayu yang seringkali
dikaitkan dengan masalah kemunduran terutama
dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Hal ini telah
mendorong
pemikir-pemikir
Melayu
untuk
menyuarakan
pendapat
mereka,
sekaligus
menyedarkan mereka tentang betapa pentingnya
kemajuan dalam kehidupan. Oleh yang demikian,
mereka telah menerbitkan akhbar yang bukan sahaja
berperanan sebagai penyampai berita, tetapi juga
sebagai wadah untuk menyebarkan pengetahuan
Islam. Akhbar tersebut ialah Fajar Sarawak3 iaitu
sebuah akhbar berbahasa Melayu yang buat pertama
kalinya diterbitkan pada 1 Febuari 1930 oleh
Sarawak Printing Company4 (Habids, 1995: 36).

364

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Fajar Sarawak dilancarkan untuk memberi


kesedaran di kalangan masyarakat Islam supaya
memberi perhatian terhadap kedudukan politik dan
ekonomi mereka di samping memupuk semangat
perpaduan di kalangan orang Melayu itu sendiri.
Para penulis dalam akhbar itu berpendapat bahawa
perkara asas yang perlu dilaksanakan ialah
berpegang teguh terhadap ajaran Islam kerana
dengan cara ini barulah orang-orang Melayu dapat
mengubah sikap mereka untuk mencapai kemajuan
(Md. Amin 2003: 440). Selain itu, akhbar ini juga
menjadi saluran dalam membicarakan hal-hal yang
berkaitan dengan Islam. Antara rencana-rencana
yang telah dimuatkan dalam akhbar ini ialah
Hikmat dan Rahsia Puasa, Dari Hal Agama Islam
dan Kewajipan Kita Selaku Manusia (Suffian,
2003: 560). Dalam masa yang sama, perdebatan
mengenai peranan agama dalam kehidupan harian
masyarakat Islam serta langkah-langkah pemulihan
atau pembaharuan turut diutarakan. Misalnya,
terdapat tulisan mengenai beberapa orang Datu yang
telah mempelopori
gerakan
tertentu
bagi
mengurangkan belanja mengurus mayat dan biaya
kenduri perkahwianan (Md. Amin 2003: 440).
Sehubungan dengan itu, Fajar Sarawak juga
menyiarkan berita-berita semasa yang berlaku di
negara-negara Islam yang lain seperti di
Afghanistan, Iran, Turki dan negara-negara di Timur
Tengah. Walau bagaimanapun, peristiwa-peristiwa
semasa dari Tanah Melayu, Singapura, jajahan
Hindia Timur Belanda termasuk Brunei atau Borneo
Utara kelihatan agak kurang dipaparkan walaupun
kedudukan geografinya tidak jauh dari Sarawak
(Thomas, 1984: xvii). Fajar Sarawak didapati lebih
mengutamakan berita-berita tentang keadaan semasa
yang berlaku di negara-negara Islam yang terkenal
seperti Mesir dan Turki yang banyak mempengaruhi
pemikiran tokoh-tokoh nasionalisme di Tanah
Melayu. Hasil daripada idea dan pemikiran yang
dimuatkan dalam akhbar ini terutamanya dari sudut
pendidikan telah mencetuskan penubuhan beberapa
buah sekolah seperti Sekolah Merpati Jepang,
Sekolah Encik Buyong dan Sekolah Permaisuri
sekitar tahun 1930 hingga 1931 (Sabihah 1990: 56).
Bertitik-tolak daripada idea-idea dalam Fajar
Sarawak inilah, orang Islam khususnya masyarakat
Melayu mula menunjukkan perubahan yang positif
dengan penubuhan Persatuan Melayu Sarawak
(PMS) pada tahun 1939. Walaupun perjuangan PMS
lebih tertumpu kepada meningkatkan taraf hidup
masyarakat Melayu, namun aspek memelihara,
menjaga dan meluaskan syiar Islam tidak
diketepikan kerana ia juga adalah salah satu daripada
objektif penubuhan PMS (Suffian, 2003: 560).
Antara usaha yang telah dilaksanakan oleh PMS
ialah menubuhkan sebuah sekolah agama di Masjid
India. Ahli-ahli PMS juga telah cuba untuk
mendapatkan sokongan orang Melayu agar sekolah
tersebut dapat didirikan bagi memberi peluang
kepada anak-anak Melayu mendapat pendidikan

Islam sebagaimana yang diperolehi kanak-kanak


Muslim India.
Berdasarkan keterangan di atas, tidak dinafikan
bahawa pemerintah-pemerintah Brooke juga
memberikan ruang terhadap pengembangan agama
Islam di Sarawak. Sebagai contohnya, James Brooke
telah
menunjukkan
sikap
toleransi
dan
keterbukaannya terhadap agama Islam di Sarawak.
Walau bagaimanapun, kehadiran James Brooke
sedikit sebanyak telah membawa kepada dasar baru
dalam hubungan etnik di Sarawak. James Brooke
dilaporkan telah cuba memisahkan hubungan di
antara kaum Melayu terutamanya golongan Sharif
dan penduduk peribumi kerana beliau beranggapan
bahawa hubungan tersebut akan memberi ancaman
kepada kedudukannya di Sarawak (Hashim, 1983:
40). Penyisihan golongan Sharif ini sedikit sebanyak
telah memberi kesan terhadap dakwah Islam di
Sarawak. Hal ini menyebabkan longgarnya
komitmen masyarakat Islam Sarawak terhadap
ajaran Islam dan apatah lagi dengan situasi mereka
yang baru sahaja mengalami zaman peralihan
daripada anutan aninisme kepada Islam (Md. Amin
2003: 439). Begitu juga dengan pengganti James
Brooke iaitu Charles Brooke dan Vyner Brooke.
Mereka dilaporkan mengambil pendekatan yang
sama dengan James Brooke dan menunjukkan sifat
toleransi terhadap agama Islam.
Tokoh Ulama dan Peranannya terhadap
Kelangsungan Islam di Sarawak. Dalam
memastikan survival agama Islam di Sarawak,
tokoh-tokoh ulama telah memainkan peranan
mereka supaya sinar agama Islam tidak terus lenyap
dari bumi Sarawak. Menyentuh tentang sumbangan
dan peranan tokoh-tokoh ulama yang lahir di bumi
Sarawak amat besar dalam perkembangan dan
kesedaran intelektual Islam. Bukti yang jelas yang
dapat dilihat ialah zaman pemerintahan Crown
Colony di Sarawak. Ulama-ulama begitu progresif
dan
prihatin
dalam
memelihara
dan
mempertahankan akidah umat Islam supaya tidak
dicemari oleh anasir-anasir luar yang boleh
merosakkan dan memesongkan akidah masyarakat
Islam.
Mereka
bertanggungjawab
dalam
membimbing masyarakat kepada kehidupan Islam
yang sebenarnya dengan menggabungkan di antara
kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
Dengan merujuk kepada kedatangan Islam
yang mewajibkan penganut-penganutnya belajar
membaca maka adalah tidak mustahil telah wujud
satu bentuk pendidikan iaitu sekurang-kurangnya
kebolehan membaca al-Quran dan membaca tulisan
Jawi di kalangan orang Islam di Sarawak. Hal ini
jelas apabila kita merujuk kepada tulisan Low
tentang pendidikan yang dialami oleh kanak-kanak
yang berumur dalam lingkungan lima hingga
Sembilan tahun (Low 1848: 138)
The sons only are educated in mere establishments, which are
generally kept by priest: their course of instruction comprises the

365

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011


reading and writing of their own languages, the reading of the
Koran (al-Quran) in Arabic, and the repetitions of various form of
prayer by the Mohametan (Islam) religion

Secara ringkasnya, aliran pendidikan Islam


yang berlaku di Sarawak agak berbeza sedikit
dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.
Walaupun tidak mempunyai institusi-institusi
pengajian pondok, namun Sarawak mempunyai
barisan ulama yang secara langsung mempunyai
jaringan perhubungan dengan pengajian di Mekah.
Sebagai contohnya, Datuk Hakim Keramat
merupakan seorang ulama yang telah merintis
jalinan intelektual di antara ulama Sarawak dengan
ulama Mekah (Ismail & Farah: 524). Dalam meneliti
perbincangan mengenai peranan ulama-ulama di
Sarawak, kita tidak boleh melihat peranan mereka
secara berasingan dan terpisah antara satu sama
lain.masing-masing mempunyai peranan dan
keistimewaan mereka yang tersendiri dalam proses
perkembangan Islam di Sarawak.
Datuk Hakim Haji Abdul Rahman: Nama sebenar
beliau ialah Abang Haji Abdul Rahman bin Abang
Haji Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Datuk
Hakim Keramat. Beliau dilahirkan di Kuching pada
tahun 1829M. Datuk Hakim Haji Abdul Rahaman
mempunyai dua orang isteri iaitu Dayang Fatimah
dan Datin Hajjah Mariam dan telah dikurniakan 19
orang anak yang kebanyakannya menjadi tokoh
agama yang terkenal di Sarawak. Antaranya ialah
Datuk Hakim Azhari, Datuk Hakim Haji Ashaari,
Syeikh Syibli, Datuk Imam Haji Suhaili dan ramai
lagi. Datuk Hakim Keramat telah menerima galakan
untuk mendalami agama Islam daripada seorang
Arab yang berasal dari Madinah iaitu Syeikh alMakawi (Muhammad 1988: 51). Beliau telah
berangkat ke Mekah bersama ayahnya, Haji Ibrahim
ketika berumur 12 tahun. Di Mekah beliau
mempelajari ilmu-ilmu agama antaranya fiqh, nahu,
hadith, tauhid dan sebagainya. Setelah Sarawak
dijajah oleh Brooke beliau telah pulang ke Sarawak
pada tahun 1850M kerana khuatir dan bimbang
sekiranya ada percubaan orang Inggeris untuk
mengubah akidah dan pegangan umat Islam.
Ketika berhadapan dengan Brooke, beliau
mengambil sikap berdiplomasi kerana beliau yakin
bahawa perjuangan secara kekerasan tidak akan
membawa apa-apa kebaikan dan kesudahan yang
baik bagi penduduk di Sarawak. Apa yang penting
baginya ialah mempertahankan dan menjaga benteng
akidah dan pegangan agama umat Islam Sarawak
dari dirosakkan oleh orang putih yang jelas misinya
untuk mengkristiankan penduduk di Sarawak. Oleh
itu beliau telah mengatur strategi perjuangannya
dengan bergiat dalam bidang ilmu pengetahuan demi
memperkukuhkan akidah dan kefahaman agama
Islam di kalangan penduduk di Sarawak. Oleh itu,
beliau telah mengatur strategi perjuangannya dengan
bergiat dalam bidang ilmu pengetahuan demi
memperkukuhkan akidah dan kefahaman agama

Islam di kalangan penduduk Sarawak (Wan Saghir


2009). Pada tahun 1870 beliau telah dilantik sebagai
Tuan Hakim yang berperanan sebagai ketua agama
orang Islam. Pada tahun 1886 pula beliau dilantik
sebagai Datuk Hakim. Beliau juga mendirikan
sebuah surau di Kampung Bandarsah yang terletak
di hadapan rumahnya bagi menjalankan aktivitiaktiviti
pendakwahan
dan
tugas-tugas
kehakimannya.
Beliau dan anak-anak didiknya telah
berperanan menjaga kesucian agama Islam daripada
campurtangan penjajah. Dengan diketuai oleh para
ulama ini, masyarakat Islam Sarawak berjaya
memininumkan campurtangan penjajah dalam
urusan gama bahkan apabila penjajah cuba untuk
menjalankan dakyah Kristian di kalangan orang
Melayu, para ulama ini berusahan untuk
memberikan tentangan secara diplomasi sehingga
akhirnya penjajah terpaksa bersetuju untuk tidak
mendakyah orang Melayu di Sarawak. Berkat
keikhlasan dan perjuangan mereka, Rajah Putih
terpaksa akur untuk menghormati kedudukan agama
Islam sebagai agama penduduk Melayu di Sarawak
(Wan Saghir 2009; Ismail & Farah 2003: 526).
Di samping itu, tradisi mencintai ilmu-ilmu
agama terus dipupuk oleh Beliau. Beliau telah
menghantar anak-anaknya seperti Syeikh Haji
Shibli, Datuk Imam Haji Suhaili, Datuk Haji Ashaari
dan lain-lain ke Mekah (Muhammad 1988: 56-57).
Penghantaran anak-anak beliau ke Mekah
merupakan saham beliau yang sangat bernilai dalam
proses kesinambungan perkembangan agama Islam
di Sarawak. Beliau sebenarnya boleh dianggap
sebagai ulama perintis Sarawak yang terkemuka
yang telah membuka satu lembaran baru dalam
proses pembinaan intelektual yang awal di Sarawak.
Beliau meletakkan batu asas yang kukuh di dalam
proses pembinaan dan perkembangan Islam di
Sarawak pada masa akan datang.
Beliau meninggal dunia pada 9 ramadhan
1309H/1890M. jasad beliau disemadikan di
perkarangan Masjid Bahagian Kuching. Pemergian
beliau merupakan kehilangan besar masyarakat
Islam di Sarawak. Perihal kepergian beliau
diceritakan dalam The Sarawak Gazzette yang
menyatakan:
His loss will be felt and lamented by all classes as he was just a
man without bigotary and kind to allit will be hard to find
another to take his place, as so many brought up as
he
had
been educated in the midst of Arab exclusiveness show a
narrowness of spirit and frequently hostility to European
influence.

Pemergian Datuk Hakim Keramat merupakan


satu kehilangan yang besar dan sukar untuk dicari
ganti. Namun begitu, semasa hayat beliau, Datuk
Hakim Keramat secara langsung berjaya membentuk
satu barisan ulama Sarawak yang mewarisi tradisi
keintelektual islam di bumi kenyalang dan mereka
yang mewarisi tradisi keintelektualan Islam di bumi
Kenyalang dan mereka inilah yang menjawat

366

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

jawatan yang penting dalam bidang pentadbiran


agama pada zaman Brooke. Datuk Hakim Keramat
juga dapat disifatkan sebagai pejuang agama, bangsa
dan tanah air dari cengkaman penjajah.
Syeikh Uthman Abdul Wahhab: Nama sebenar
beliau ialah Syeikh Uthman bin Abdul Wahab bin
Ahmad bin Petinggi Amir bin Dato Akbar bin Dato
Qaim bin Petinggi Betung bin Bandar Tanduk bin
Petinggi Kuntum bin Patih Malang bin Patih
Mengadi bin Merpati Jepung (Wan Mohd. Shaghir
2003: 678; Sabri 1992: 149). Datuk dan neneknya
dikatakan berasal dari golongan bangsawan di Jawa.
Beliau dilahirkan di Kampung Sinjan, Sarawak pada
15 Jun 1864M/11 Muharram 1281H, dan dilahirkan
dalam keadaan yatim kerana ayahnya meninggal
dunia sewaktu beliau masih berada dalam
kandungan ibunya. Ibunya pula telah meninggal
setelah tiga hari beliau dilahirkan (Wan Mohd.
Shaghir 2003: 679; Sabri 1993: 152).
Mengikut ceritanya, sebelum dilahirkan Syeikh
Uthman sudah ada tanda-tanda untuk menjadi
seorang yang alim. Ini berdasarkan kepada mimpi
ibunya di mana ketika ibunya sedang sarat
mengandung dia telah bermimpi minum air sungai
Sarawak sehingga kering. Setelah diceritakan
kepada Datuk Hakim Haji Abdul Rahman beliau
memberi firasat bahawa anak yang dikandungnya
akan menjadi anak yang soleh dan ternyata firasat
yang diberikan adalah benar (Sabri 1992: 152).
Selepas kematian ibunya, beliau telah
dibesarkan oleh bapa angkatnya iaitu Datuk Hakim
Keramat dan beliau telah disusui oleh Fatimah, isteri
Datuk Hakim Keramat (Sabri 1992: 151). Syeikh
Uthman juga mendapat pendidikan awal daripada
bapa angkatnya itu. Sejak kecil, beliau diasuh dan
dididik sehingga menjadi seorang yang berakhlak
tinggi. Beliau juga diajar membaca al-Quran
mengikut kaedah bacaan yang betul dan beliau telah
menghafaz al-Quran sejak berumur 14 tahun lagi.
Pada usia 16 tahun, beliau telah mengikuti bapa
saudaranya, Tuan Haji Zaman bermusafir dan
berniaga selama lebih kurang 2 tahun. Oleh kerana
minatnya yang terlalu mendalam untuk mempelajari
ilmu-ilmu agama maka beliau telah kembali semula
kepangkuan bapa angkatnya, Datuk Hakim Haji
Abdul Rahman dan meneruskan pengajiannya dalam
bidang agama (Sabri 1992: 153).
Memandangkan kebolehan Syeikh Uthman
yang luar biasa itu, timbullah minat Datuk Hakim
Haji Abdul Rahman untuk menghantar beliau belajar
di Mekah bersama-sama dengan anaknya iaitu Haji
Ashaari dan Haji Azhari. Tawaran tersebut diterima
oleh Syeikh Uthman dengan hati yang terbuka dan
pada tahun 1299M mereka bertiga berangkat ke
Mekah Pada masa tersebut, Syeikh Uthman berusia
18 tahun (Sabri 1992: 153).
Syeikh Uthman terus belajar dengan gigih di
Mekah selama lebih kurang 15 tahun dan beliau
telah berguru dengan beberapa orang alim ulama

Mekah. Antara guru-guru beliau ialah Syeikh


Muhammad Said Babshail, Tuan Sayyid Ahmad
Zaini Dahlan (mufti Mekah), Tuan Sayyid Abu
Bakar Syatha, Tuan Sayyid Ali bin Zahir al-Witri alMudghi, Sayyid Umar as-Syami, Tuan Syeikh Amir
Ridzwan, Tuan Syeikh Mahmud al-Minangkabawi,
Tuan Syeikh Ali Balkhibur, Tuan Syeikh Ali alMaliki, Tuan Syeikh Umar al-Bajwid, Tuan Syeikh
Said al-Yamani, Tuan Syeikh Salleh Bafdzal,Tuan
Syeikh Muhammad Saad Babsail (ketua ulama bagi
seluruh kota Mekah) dan ramai lagi (Wan Mohd.
Shaghir 2003: 679-680).
Syeikh Uthman dilaporkan sebagai seorang
tokoh ulama yang mahir berbahasa Arab. Beliau
mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang
pengajian bahasa Arab seperti ilmu nahu dan sarf,
balaghah, handasah, falak, faraid, fiqh, tafsir, hadith
dan sebagainya. Namun penglibatan dan sumbangan
beliau dalam bentuk pengajaran dan pendidikan
kepada masyarakat di Sarawak tidaklah sebanyak
tokoh-tokoh ulama yang lain. Ini kerana beliau
banyak menghabiskan masanya untuk mengajar
ilmu-ilmu agama di Masjidil Haram, Mekah. Walau
bagaimanapun, sumbangan beliau dalam mendidik
dan mengajar ilmu-ilmu agama kepada muridmuridnya yang datang dari Indonesia, Pattani, Tanah
Melayu, Sarawak dan sebagainya tidak dapat
dinafikan kerana bertitik-tolak dari pendidikan
tersebutlah telah memberikan impak yang besar
terhadap kelangsungan Islam di negeri masingmasing. Di antara murid-muridnya yang terkenal
sebagai ulama besar iaitu beliau Abdul Karim
Amarullah dari Indonesia, Datuk Hakim Imam
Abang Haji Mursidi, Datuk Imam Abang Haji
Nawawi dari Sarawak dan ramai lagi.
Datuk Hakim Imam Abang Haji Mursidi
merupakan salah seorang murid Syeikh Uthman
yang telah meneruskan usaha dalam penyebaran dan
perkembangan agama Islam di Sarawak. Walaupun
penglibatan Syeikh Uthman dalam bentuk
pengajaran ilmu-ilmu agama kepada orang-orang
Islam di Sarawak amat terhad, tetapi usaha beliau
dalam mendidik anak-anak muridnya telah
meletakkan beliau sebagai salah seorang daripada
barisan tokoh ulama Sarawak yang terkemuka
sungguhpun beliau tidak menetap di Sarawak. Pada
zaman pemerintahan Brooke, Datuk Hakim Imam
Abang Haji Murshidi telah dilantik sebagai Hakim
Mahkamah Syariah Sarawak dan menjadi guru
agama di Masjid India, Kuching. Atas permintaan
Syeikh Uthman juga beliau telah mendirikan sebuah
sekolah agama berhampiran dengan masjid
berkenaan (sabri 1992: 155).
Antara keistimewaan yang dimiliki oleh Syeikh
Uthman ialah beliau sentiasa mengajar ilmu dan
adab sehingga beliau mengangap bahawa ilmu
adalah lebih mahal dari emas dan perak. Oleh yang
demikian, beliau sentiasa memuliakan mereka yang
sedang belajar walaupun kanak-kanak dan
memandang tinggi kepada mereka yang bertaraf

367

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

ulama terutamanya para anbiya dan auliya. Setiap


tahun, beliau akan pergi ke Madinah untuk
menziarahi makan Rasulullah (Sabri 1992: 152).
Dalam bidang penulisan, Syeikh Uthman telah
menghasilkan beberapa buah buku seperti Hasyiyah
di Minhaj dan Tarjumah al-Misbah (Sabri 1992:
156).
Akhirnya, setelah kepulangan Syeikh Uthman
dari menziarahi kaum keluarga dan sanak
saudaranya di Sarawak pada tahun 1338H/1920M,
setahun selepas itu beliau meninggal dunia. Jenazah
Syeikh Uthman disembahyangkan oleh beribu-ribu
orang yang diimamkan oleh gurunya Tuan Syeikh
Said al-Yamani dan jenazahnya dikebumikan di
Mekah (Sabri 1992: 149).
Datuk Hakim Imam Abang Haji Murshidi: Nama
sebenar beliau ialah Datuk Hakim Imam Abang Haji
Murshidi bin Abang Haji Nuruddin bin Datuk
Bandar Bolhassan. Nama ibunya ialah Dayang
Aisyah binti Abang Pata bin Temenggong Marsal.
Beliau dilahirkan pada tahun 1294H/1877M di
tengah-tengah bandar Kuching, iaitu berdekatan
dengan Masjid India, Jalan Gambir, Kuching. Beliau
merupakan anak keenam daripada lapan orang adik
beradik (Idris 2003: 298). Oleh kerana beliau
dilahirkan berhampiran dengan kawasan peribadatan
Islam, maka tidak diragukan bahawa Datuk Hakim
Imam Abang Haji Murshidi sejak kecil lagi telah
didedahkan dengan tatacara hidup yang Islamik.
Seperti tokoh-tokoh ulama Sarawak yang lain,
Datuk Hakim Imam Abang Haji Murshidi juga telah
berhijrah ke Mekah untuk menimba ilmu agama.
Beliau dikatakan telah berguru dengan Syeikh
Uthman yang mengajar di Masjidil Haram Mekah.
Beliau juga sempat mengikuti pelajaran yang
diberikan oleh guru kepada gurunya, Syeikh Uthman
seperti Syeikh Uthman al-Fatani, Sayid Bakri Syatha
dan ramai lagi. Beliau belajar daripada ulama-ulama
tersebut dipercayai di bawah dua orang ketua
telaah, iaitu Syeikh Uthman dan Tok Kenali
Kelantan (Idris 2003: 299). Tidak seperti gurunya
Syeikh Uthman yang menetap di Mekah, beliau
dikatakan telah pulang ke Sarawak setelah
mempelajari banyak ilmu agama.
Sekembalinya dari tanah suci Mekah, Datuk
Hakim Imam Abang Haji Murshidi telah banyak
melibatkan diri dalam pengajaran ilmu-ilmu agama
di Masjid India di Jalan Gambir, Kuching. Masjid
ini telah menjadi pusat dakwah dan pusat pendidikan
Islam yang penting di Kuching pada zaman
pemerintahan Brooke. Minat dan kecenderungan
beliau dalam bidang pendidikan agama telah
memberi inspirasi kepada beliau untuk memulakan
satu bentuk pengajian Islam yang lebih formal dan
tersusun di Sarawak melalui penubuhan Madrasah
al-Musrhidiyyah di Kuching pada awal abad ke-20.
Sebelum ini, bentuk pendidikan Islam di Sarawak
adalah secara tidak formal di mana kelas-kelas
agama diadakan di rumah guru-guru agama, masjid-

masjid dan surau-surau sahaja (Ismail 1988: 44).


Sekolah ini telah mendapat sambutan yang baik
daripada masyarakat Islam di Kuching sebagaimana
yang dilaporkan dalam Sarawak Gazzette August
1939:
Banyak dan ramai orang-orang belajar ilmu syariat alMuhammadiyah, penuh dan tumpah setiap waktu orang hadir
sembahyang berjamaah mendirikan fardu kifayah istimewa pada
hari Jumaat.

Di samping itu, Datuk Hakim Imam Abang


Haji Murshidi juga dikatakan telah memberi
perhatian terhadap pendidikan Islam bagi kaum
wanita. Beliau bersama-sama dengan dua orang
sahabatnya Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah dan
Abang Haji Bolhassan telah berusaha menubuhkan
sebuah sekolah khas bagi kaum wanita mempelajari
ilmu-ilmu agama seperti pengajian al-Quran, fiqh,
tauhid, hadith dan sebagainya (Idris 2003: 301).
Sekolah tersebut dikenali sebagai Sekolah Kajang.
Ini menunjukkan bahawa kaum wanita telah
mendapat peluang untuk mempelajari ilmu-ilmu
agama walaupun tidak sehebat kaum lelaki.
Seperti Datuk Hakim Keramat, Datuk Hakim
Imam Abang Haji Murshidi juga banyak memainkan
peranan penting dalam pentadbiran Brooke
terutamanya dalam hal ehwal yang berkaitan dengan
umat Islam di Sarawak. Sebelum berkhidmat dengan
kerajaan, beliau penah berkhidmat sebagai pendaftar
perkahwinan Islam di samping mengajar ilmu agama
kepada masyarakat Melayu. Atas perkhidmatan ini,
beliau dinaikkan pangkat sebagai Datuk Hakim pada
23 Februari 1925 dan sebagai ahli Majlis Tertinggi
dan Council Negeri. Pada tahun 1932 pula, beliau
dilantik pula sebagai Datu Imam (Ismail 1988: 44).
Datuk Hakim Imam Abang Haji Murshidi juga
telah mengasaskan Majlis Syuyukh Islam yang
kemudiannya dikenali sebagai Majlis Islam
Sarawak. Pada peringkat awal penubuhan majlis
tersebut, beliau telah menjemput beberapa orang
alim untuk berbincang mengenai hal-hal yang
berkiatan dengan agama Islam dan kebajikan umat
Islam di Sarawak. Antara orang-orang yang
dijemput oleh beliau ialah Mufti Abang Haji
Nawari, Tuan Haji Badaruddin, Abang Haji Julaihi
dan Tuan Haji Salleh. Penubuhan majlis ini
merupakan usaha yang penting ke arah
perkembangan agama Islam di Sarawak dalam
bentuk yang lebih tersusun dan sistematik. Datuk
Hakim Imam Haji Murshidi meninggal dunia ketika
berusia 62 tahun pada 16 Julai 1939 (Idris 1988:
114).
Ulama-ulama Lain di Sarawak: Selain daripada
tokoh ulama di atas, terdapat juga beberapa tokoh
ulama yang lain seperti Datuk Hakim Haji Ashaari,
5
Datuk Hakim Abang Haji Moasli bin Haji Abdul
Rahman, Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, Haji
Shibli Haji Abdul Rahman, Datuk Imam Abang Haji
Suhaili, Datuk Hakam Abang Haji Mohiden, Abang

368

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Haji Bahauddin, Abang Haji Hipni, Datuk Imam


Abang Amin, Tuan Haji Suut Abdul Wahab, Tuan
Haji Daud Abdul Ghani dan ramai lagi (Ismail 1988:
44-45). Tokoh-tokoh ini telah meneruskan
kesinambungan perjuangan ulama-ulama terdahulu
dalam menyebarkan dan mengembangkan Islam di
Sarawak. Situasi ini menunjukkan bahawa golongan
ulama telah banyak memainkan peranan dan
tanggungjawab yang cukup penting dalam mendidik
masyarakat dan menentukan hala tuju dan masa
depan umat Islam di Sarawak.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, ketidakstabilan dan huru
hara yang berlaku di Sarawak telah membawa
kepada campurtangan Brooke di bumi kenyalang
tersebut. Kedudukan Brooke semakin kukuh
ditambah dengan kelemahan pihak pemerintah
Brunei sehingga menyebabkan Sarawak dikuasai
secara mutlak oleh Brooke. Walaupun pemerintahan
Brooke melaksanakan dasar tolerasi terhadap
masyarakat Islam namun penguasaan Brooke telah
memberikan kesan yang sangat mendalam kepada
sistem hidup masyarakat di Sarawak. Umat Islam
khususnya tidak terlepas daripada kesan tersebut.
Pemikiran dan cara hidup mereka telah dipengaruhi
oleh budaya dan pengaruh Barat yang jelas
bertentangan dengan ajaran Islam. Situasi inilah
yang telah mendorong kemunculan beberapa orang
tokoh ulama tempatan Sarawak dalam usaha untuk
mengekang pengaruh Barat dan dasar Kristianisasi
yang dilaksanakan oleh penjajah. Sumbangan tokohtokoh ulama ini sememangnya tidak dapat
dipertikaikan
dalam
usaha
mengekalkan
kelangsungan agama Islam di bumi Sarawak dan
pengekalan jati diri umat Islam di Sarawak.
NOTA HUJUNG
1

Antara syarat tersebut ialah James Brooke


diminta untuk membayar ufti tahunan sebanyak
$2,500 setahun kepada Baginda Sultan dan
waris-warisnya. James Brooke juga diminta
supaya tidak mencampuri agama dan segala adat
istiadat penduduk tempatan dan negeri Sarawak
tidak boleh dipindah milik kepada sesiapa pun
tanpa kebenaran Baginda Sultan.
Istilah Rajah digunakan bagi membezakan rajaraja berkulit putih (orang Eropah) dengan rajaraja Melayu yang ada di alam Melayu ini.
Penerbitan akhbar ini adalah hasil usaha
Muhammad Rakawi Yusuf. Beliau banyak
menyumbangkan idea yang cukup bernas dalam
akhbar ini. Selain bergiat dalam penulisan Fajar
Sarawak, beliau juga telah menghasilkan
beberapa karya yang lain seperti Hikayat
Sarawak dan novel Melati Sarawak yang
diterbitkan pada tahun 1932. Dalam novel Melati

Sarawak, beliau memaparkan masalah gejala


sosial yang menimpa masyarakat Islam. Beliau
juga mengkritik institusi bergendang yang pada
pandangannya merosakkan moral anak muda.
Dalam novel ini juga ditampilkan isu-isu yang
berkaitan dengan pendidikan di kalangan
masyarakat Islam (Rujukan). Di samping itu,
buku Hikayat Sarawak juga menjurus kepada isu
dan persoalan yang sama. Dalam buku tersebut
dimuatkan beberapa puisi-puisi yang berunsur
keagamaan dan kritikan terhadap golongan anak
muda yang suka meniru cara berpakaian dan
kelakuan orang Barat.
Sarawak Printing Company adalah sebuah
syarikat kepunyaan Haji Abdul Rahman, seorang
peniaga berketurunan Minangkabau. Selain
memiliki syarikat percetakan tersebut, beliau
juga mempunyai sebuah kedai buku Melayu
yang terkenal di Kuching yang menjual bukubuku, akhbar-akhbar dan majalah-majalah
terbitan luar negeri. Lihat Thomas, P.L., Fajar
Sarawak, Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd., 1984, hlm. xv.
RUJUKAN

Anwar Fakhri Omar, Ezad Azraai Jamsari & Jaffary


Awang (pnyt.). 2003. Islam di Sarawak dan
Sabah. Bangi: Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Buyong Adil. 1981. Sejarah Sarawak. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Habids
Buhigiba
Md
Bustamam.
1995.
Perkembangan Islam di Sarawak 1941-1991.
Latihan Ilmiah. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Hashim Fauzi Yaacob. 1983. Kedudukan Melayu
Sarawak Zaman Crown Colony 1946-1963.
Latihan Ilmiah. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Idris Zakaria. 1988. Datuk Hakim Imam Haji
Morshidi (1877-1939M). Dlm. Panel Penyelidik
Fakulti Pengajian Islam (pnyt.). Islam dan
peranan ulama-ulama Sarawak, hlm.77-119.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Idris Zakaria. 2003. Pendidikan Islam di Sarawak:
Peranan Dato Hakim Imam Haji Morshidi. Dlm.
Farid Mat Zain & Izziah Suryani Mat resad @
Arshad (pnyt.). Prosiding Nadwah Ulama
Nusantara II: Sumbangan Ulama dan Tokoh
Agama Borneo, hlm. 294-304. 14-15 Julai 2003.
Holiday Inn, Kuching.
Ismail Abd. Rahman & Farah Salwani. 2003.
Peranan Ulama Sarawak dalam Perkembangan
pendidikan Islam di Sarawak. Dlm. Farid Mat
Zain & Izziah Suryani Mat resad @ Arshad
(pnyt.). Prosiding Nadwah Ulama usantara II:

369

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Sumbangan Ulama dan Tokoh Agama Borneo,


hlm. 523-534. 14-15 Julai 2003. Holiday Inn,
Kuching.
Low, H. 1848. Sarawak: Its Inhabitants and
Production Being Notes during a Residence in
that Country with H.H the Rajah Brooke.
London: Frank Cass and Company Limited.
Md. Amin Abdul Rahman. 2003. Sejarah dan
perkembangan Islam di Sarawak sebelum
merdeka. Dlm. Farid Mad Zain & Izziah Suryani
Mat Resad @ Arshad (pnyt.). 2003. Prosiding
Nadwah Ulama Nusantara II Sumbangan Ulama
dan Tokoh Agama Borneo, hlm. 434-447. 14-15
Julai 2003. Holiday Inn, Kuching.
Mohd. Zamro Muda & Zuliza Mohd. Kusrin. 2003.
Kemasukan dan pemakaian undang-undang
Inggeris di Sabah dan Sarawak: Kesannya
terhadap undang-undang Islam dan adat. Dlm.
Farid Mad Zain & Izziah Suryani Mat Resad @
Arshad (pnyt.). 2003. Prosiding Nadwah Ulama
Nusantara II Sumbangan Ulama dan Tokoh
Agama Borneo, hlm. 504-522. 14-15 Julai 2003.
Holiday Inn, Kuching.
Muda @ Ismail Abd. Rahman. 1988. Peranan ulama
dalam konteks perkembangan agama Islam di
Sarawak. Dlm. Panel Penyelidik Fakulti
Pengajian Islam (pnyt.). Islam dan peranan
ulama-ulama Sarawak, hlm. 28-50. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muhammad Md. Daud. 1988. Dato Hakim Haji
Abdul Rahman. Dlm. Panel Penyelidik Fakulti
Pengajian Islam (pnyt.). Islam dan peranan
ulama-ulama Sarawak, hlm.51-58. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Payne, Robert. 1960. The White Rajahs of Sarawak.
London: Robert Hale Ltd.
Payne, Robert. 1991. The White Rajahs of Sarawak.
Singapore: Oxford University Press.
Sabihah Osman. 1990. Perkembangan pelajaran
bumiputera Sarawak 1841-1941. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sabri Abdul Rahman. 1992. Syekh Othman


Sarawak, 1863-1921: Tokoh ulama bumi
Kenyalang. Dlm. Ismail Mat (pnyt.). Ulama
Silam Dalam Kenangan, hlm. 149-158. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sanib Said. t.th. Islam di Sarawak: Sejarah ringkas
1476-1941. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah
Malaysia.
Sarawak Gazette, 2 Dicember 1935.
Sarawak Gazette, 1 August 1939.
Suffian Mansor. 2003. Cabaran perkembangan Islam
di Sarawak zaman pemerintahan keluarga
Brooke: Satu kajian umum. Dlm. Farid Mad Zain
& Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad (pnyt.).
2003. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara II
Sumbangan Ulama dan Tokoh Agama Borneo,
hlm. 556-564. 14-15 Julai 2003. Holiday Inn,
Kuching.
Thomas, P.L. 1984. Fajar Sarawak. Petaling Jaya:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Wan Mohd. Shaghir Abdullah. 2003. Syeikh
Utsman bin Abdul Wahhab as-Sarawaqi
Ulama besar Nusantara guru di Masjid alHaram Makkah. Dlm. Farid Mad Zain & Izziah
Suryani Mat Resad @ Arshad (pnyt.). 2003.
Prosiding Nadwah Ulama Nusantara II
Sumbangan Ulama dan Tokoh Agama Borneo,
hlm. 678-693. 14-15 Julai 2003. Holiday Inn,
Kuching.
Wan Mohd. Shaghir Andullah. 2009. Blog Taman
UlamaNusantara.
http://tamanulama.blogspot.
com/2008/03/datuk-hakim-keramat-ulamasarawak.html [13 februari 2009].
Zulkiple Ghani & Juanda Jaya. 2003. Peranan tokoh
agama dalam mengorganisasikan dakwah di
Sarawak sebelum merdeka. Dlm. Farid Mad Zain
& Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad (pnyt.).
2003. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara II
Sumbangan Ulama dan Tokoh Agama Borneo,
hlm. 634-654. 14-15 Julai 2003. Holiday Inn,
Kuching.

370

Anda mungkin juga menyukai