Anda di halaman 1dari 7

Struktur Organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia

Struktur Organisasi Sekolah Rendah

Bidang Tugas dan Tanggungjawab Guru

Guru di institusi pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah dapat diklasifikasikan kepada
beberapa kumpulan yang utama iaitu :
1. Pengetua
2. Guru Besar
3. Guru Kanan
4. Guru Mata Pelajaran
5. Guru Pendidikan Khas
6. Guru Kaunseling
7. Guru Komputer
Kerjasama yang erat di kalangan guru-guru akan dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang
dan berkualiti.

Guru Besar / Pengetua :


Penggerak utama dalam pengurusan dan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Memastikan pelaksanaan objektif kurikulum dan kokurikulum tercapai.
Menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) di
dalam dan di luar kelas.
Memberi latihan dan kursus dalaman kepada guru.
Mengambil tindakan susulan berdasarkan laporan Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, JPN
dan PPD.
Bertindak sebagai pengurus penilaian di peringkat sekolah untuk semua mata pelajaran.

Guru Penolong Kanan :


Menjalankan tugas yang diterima dari Guru Besar / Pengetua.
Melancarkan dan mempertingkatkan kualiti pendidikan guru-guru di bawah pentadbirannya.
Menjalankan tugas dalam pengurusan kurikulum.
Membantu tugas Guru Besar mengelola, menyelia dan menilai P & P.
Memastikan tugas ketua-ketua panitia berjalan dengan teratur dan lancar.
Menentukan dan menguruskan bahan sumber, buku latihan, buku kerja, dan buku rujukan.
Menganalisa dan mengkaji laporan yang berkaitan dengan pelaksanaan kurikulum.
Membuat perancangan dan pelarasan ujian penilaian dan peperiksaan.
Memantau aktiviti kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, PPD dan KPM.

Guru Sumber Mata Pelajaran :


Dipilih berdasarkan kepakaran yang dimiliki dalam mata pelajaran teras.
Bertindak sebagai agen perubahan positif tentang informasi KBSR dan KBSM dan berkongsi
maklumat tersebut dengan guru-guru di peringkat negeri dan daerah.

Guru yang dilantik akan diberi latihan khusus tentang perkara yang berkaitan dengan Falsafah
Pendidikan Negara (FPN), matlamat dan objektif KBSR dan KBSM, sukatan pelajaran dan
huraian sukatan pelajaran, strategi P &P, pembentukan dan penggunaan sumber dan bahan P &
P.
Menjalankan kursus orientasi KBSR atau KBSM khusus bagi sesuatu mata pelajaran.
Membantu Guru Besar / Pengetua mengendalikan kursus di peringkat sekolah.
Mengetahui kaedah P & P yang efektif dan terkini.
Menyampaikan inovasi atau perubahan yang perlu dilaksanakan dalam kurikulum.

Ketua Panitia Mata Pelajaran :


Diketuai oleh seorang guru kanan mata pelajaran yang dilantik oleh Guru Besar / Pengetua.
Penghubung di antara ahli panitia dan Guru Besar / Pengetua.
Mengkaji sukatan pelajaran untuk disusun sebagai aktiviti P & P.
Menyusun dan melaksanakan setiap perancangan.
Menyelaraskan perancangan program tahunan dan perkara yang berkaitan dengannya.
Mencadangkan keperluan bahan rujukan pendidikan yang diperlukan dalam perpustakaan
sekolah.
Mengadakan mesyuarat mata pelajaran panitia untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di
sekolah.
Bekerjasama dengan panitia mata pelajaran dari sekolah lain.

Guru Kelas :
Melaksanakan perkara yang berkaitan rutin harian seperti merekod kehadiran pelajar,
memastikan kelas sentiasa ceria dan sebagainya.
Mengambil tindakan ke atas pelajar yang terlibat dalam kes melanggar disiplin sekolah.

Guru Penyelaras Kokurikulum :


Mengadakan mesyuarat apabila menerima arahan daripada pihak pentadbiran. Beliau akan
mempengerusikan mesyuarat itu. Guru-guru yang terlibat termasuklah semua guru penasihat
persatuan dan kelab. Biasanya mesyuarat ini dijalankan pada awal tahun bagi mengatur jadual
perjumpaan.
Antara agenda yang dibincangkan termasuk menentukan beberapa aktiviti yang akan
dilaksanakan, membentangkan program aktiviti tahunan, jadual latihan dan beberapa hal yang
berkaitan.
Selain itu, perancangan aktiviti dilihat daripada semua aspek termasuk perbelanjaan dan bajet
setiap aktiviti yang akan dilaksanakan. Hanya aktiviti yang sesuai sahaja yang akan
dipertimbangkan.
Pengerusi memastikan setiap aktiviti yang dirancang berjalan lancar.
Pada penghujung tahun, pengerusi dan guru-guru yang terlibat berkumpul bagi
membentangkan laporan aktiviti yang sudah dijalankan dan membincangkan penambahbaikan
aktiviti bagi masa akan datang.
Laporan yang diterima akan difailkan dan diserahkan kepada guru penolong kanan serta
dihantar kepada penerbit majalah tahunan sekolah untuk dibukukan dan diterbitkan.

Memastikan Buku Rekod Kurikulum sentiasa dikemaskini oleh guru-guru persatuan dan kelab.
Setiap minggu buku rekod ini perlu disahkan oleh pihak pengetua.
Setiap akhir tahun semua rekod prestasi pelajar direkodkan dan dimasukkan dalam sijil berhenti
sekolah. Sijil-sijil berkaitan bidang ini juga dikeluarkan bagi pelajar-pelajar yang sudah berjaya
dalam bidang masing-masing.
Guru penyelaras akan memastikan mana-mana tempat seperti dewan sekolah, kantin dan
tempat tertentu akan digunakan oleh persatuan atau pun kelab ini tidak bertindih antara satu
sama lain. Jadual tempat perjumpaan aktiviti mingguan akan dikeluarkan.
Guru penyelaras akan menyelaras dan menyusun aktiviti lawatan sambil belajar atau pun
rombongan yang dianjurkan oleh pihak sekolah supaya berjalan lancar.

Guru Setiausaha Sukan


Guru setiausaha sukan sekolah biasanya dilantik dari guru yang aktif dalam bidang sukan.
Tugasnya dikatakan penting dalam menjayakan aktiviti sukan di sekolah.
Menjadi penggerak dan mengasah bakat pelajar supaya aktif dalam sukan hingga ke peringkat
yang lebih tinggi.
Bertanggungjawab dan melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan seperti menyediakan jadual
program sukan sekolah.
Mengadakan mesyuarat dengan guru rumah sukan bagi menyelaraskan segala aktiviti latihan
mingguan.
Bertanggungjawab dalam semua hal yang berkaitan termasuk pengurusan, perancangan,
kewangan, penglibatan dan kehadiran pelajar.
Mengatur dan menentukan jenis sukan dan permainan antara pasukan di peringkat sekolah
iaitu antara rumah-rumah sukan.
Membuat anggaran perbelanjaan sukan tahunan termasuk peralatan, persiapan padang,
makan, minum dan sebagainya.
Memastikan padang, gelanggang serta kawasan perlawanan dan latihan selamat digunakan.
Menguruskan peralatan sukan, pakaian dan menempah peralatan yang diperlukan.
Membahagikan pelajar-pelajar mengikut rumah sukan yang sudah ditentukan.
Menyimpan rekod daftar pelajar yang sudah diterima daripada guru rumah sukan.
Merangka jadual guru-guru yang terlibat dalam latihan mingguan di sekolah.
Menyimpan stok sukan dan memastikan peralatan sukan sentiasa dalam keadaan baik dan
selamat digunakan.
Bertanggungjawab dalam urusan pengangkutan termasuk keselamatan pelajar yang mengambil
bahagian dalam perlawanan di luar sekolah.
Memastikan kesihatan pelajar yang mengambil bahagian berada dalam keadaan baik.
Surat-surat kepada ibu bapa dan penjaga pelajar diuruskan dengan teratur dan sistematik.
Menyediakan sijil dan surat akuan kepada pelajar bagi urusan rekod dan sijil berhenti sekolah.
Bertanggungjawab dalam menaikkan prestasi sukan di peringkat sekolah.

Anda mungkin juga menyukai