Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal

Minggu pratikum
Tarikh
Tajuk Jurnal

: 11
:Kesebelas
: 05.03.2013(Jumaat)
: Pengambilan cuti yang maksimum (sambungan minggu 10)

Masalah/Peristiwa:

Saya telah mendapati beberapa orang murid di kelas saya menghadapi masalah dalam
mengambil cuti yang maksimum.Hal ini menjadi,satu permasalahan yang amat besar
bagi saya kerana ini menyebabkan murid tersebut tertinggal daripada murid murid
yang lain.Mereka tidak dapat mengikuti poengajaran saya pada hari yang berikutnya
kerana telah mengambil cuti.Apabila Guru besar cuba untuk mengambil tindakan,ibu
bapa gagal untuk menegemukakan sebab yang munasabah.
Analisis Masalah:

Saya terpaksa menyiasat punca-punca masalah ini.Antaranya adalah:


-

Murid di kelas saya mempunyai masalah pengangkutan kerana ramai yang


berasal daripada keluarga yang miskin dan sederhana
Ibu bapa tidak mampu menghantar anak mereka dengan tepat masa kerana
masing-masing sibuk denagn kerja mereka

Tindakan Susulan:

Sebagai tindakan susulan untuk memantau kehadiran murid ke sekolah,langkah


langkah yang telah diambil oleh saya selama seminggu ini memang efektif dari segi
perubahan.Saya mendapati murid yang selalu mengambil cuti ini,menghadapi beberapa
masalah kekeluargaan.Oleh itu,saya mengambil inisiatif untuk memberi ganjaran dan
pujian kepada murid tersebut setiap kali saya memasuki kelasnya.Saya telah meminta
murid kelas saya yang lain untuk memberikan tepukan pada murid berkaitan pada
setiap pagi apabila dia memasuki kelas.perkara ini dapat mengubah perspektif dan
tingkah laku murid tersebut supaya dirinya dihargai oleh kawan-kawan dan gurunya.
Saya sebagai guru kelas juga sentiasa mendengar masalahnya supaya dia berasa
tidak beban dengan masalahnya malah,dia berasa lebih gembira untuk hadir ke sekolah
setiap hari.Sebagai pendidik,saya berasa bangga dengan langkah yang diambil oleh
saya untuk mengubah sikap murid dengan cara yang mudah supaya masa depan murid
kelas saya akan lebih cerah.

Disemak oleh Guru Pembimbing:

Disemak oleh Pensyarah Penyelia:

_______________________________

______________________________

(Nama:
Tarikh:

(Nama:
Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai