Anda di halaman 1dari 1

Yang Dihormati pengerusi majlis, yang berbahagia Puan Letchumy Guru Besar SJK(T) Kampung Jebong

Lama, yang dihormati guru-guru kanan, Yang diraikan abang Zakaria, yang dikasihi guru-guru dan rakanrakan pelajar sekalian.. Bersyukur kita dapat berkumpul dan berhimpun di pagi yang mulia ini sempena
majlis persaraan abang Zakaria pekerja sekolah sejak tahun 2011. Di kesempatan ini, saya ingin
mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua yang hadir.

Para hadirin sekalian,


Sempena majlis persaraan ini, saya wakil pelajar mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih atas segala sumbangan abang Zakaria sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Saya percaya
segala pengalaman suka duka dan pengetahuan yang diperolehi menjadi memori dan panduan dalam
menjalani hidup kita di masa hadapan. Segala sumbangan dan pengorbanan abang Zakaria di sekolah ini
akan sentiasa dikenang.
Syabas diucapkan kepada abang Zakaria atas komitmen yang begitu padu demi memastikan
keceriaan sekolah. Semoga semangat ini akan berterusan pada masa-masa hadapan. Di kesempatan ini,
saya ingin mengucapkan selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang abang ceburi. Saya juga berharap
agar hubungan silaturrahim abang dengan warga SJK(T) Kampung Jebong Lama akan terus terjalin erat.
Sesungguhnya jasa dan budi yang ditabur tidak dapat dibalas dan tentunya akan dikenang sampai bilabila.

tenang-tenang air di laut,


sampan kolek mudik ke tanjung,
hati terkena mulut menyebut,
budi yang baik rasa nak dijunjung.

patah dahan bunga kemboja,


pucuk paku subur di titi,
budi abang kami tak lupa,
sudah terpaku di dalam hati.

Akhir sekali, kami berharap abang sentiasa sihat sejahtera dan berbahagia di samping keluarga.
Terima Kasih Abang .

Sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai