Anda di halaman 1dari 11

Penghargaan

Alhamudulilah dan setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi atas


limpah dan kurnia-Nya saya dapat melengkapkan kerja kursus bagi subjek Bahasa
Melayu Kontekstual dengan jayanya setelah hampir sebulan saya berusaha untuk
menyiapkannya. Pelaksanaan kerja kursus ini bukanlah satu tugasan yang mudah
kerana pelbagai kesulitan perlu saya hadapi bagi memastikan tugasan yang dihasilkan
adalah sesuatu yang berkualiti. Setiap pengalaman yang saya peroleh sepanjang
melaksanakan kerja kursus ini akan saya jadikan sebagai panduan dalam kehidupan.
Sekalung penghargaan saya tujukan kepada pensyarah yang berdedikasi lagi
berkaliber iaitu Puan Sarimah binti Haji Awang kerana telah memberi bimibingan,
pandangan serta maklumat yang sangat berguna kepada saya dalam usaha
melengkapkan kerja kursus ini. Bantuan yang dihulurkan oleh pensyarah telah
memudahkan saya untuk menyiapkan amanah ini dengan baik selain saya juga dapat
memastikan setiap isi yang dimuatkan dalam kerja kursus ini menepati kehendak
soalan dan membolehkan saya mendapat markah yang baik.
Seterusnya, jambangan terima kasih juga saya tujukan kepada bapa kesayangan
saya iaitu Y.M Raja Badaruddin bin Raja Yusof kerana telah membantu saya secara
spiritual dan dari segi ekonomi. Terima kasih kerana memberi kata-kata semangat dan
nasihat kepada saya di saat saya betul-betul memerlukannya. Kata-kata semangat
itulah yang membuatkan saya terus kuat berusaha untuk menyiapkan tugasan ini
dengan cemerlang.
Akhir sekali, saya turut ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan
sekelas terutamanya Nur Sofia Izzati binti Shafiai kerana membantu saya menyediakan
teks pengacaraan. Ucapan terima kasih dari hati yang ikhlas ini juga untuk semua pihak
yang telah membantu saya secara langsung ataupun tidak langsung. Semoga Allah
memberkati dan merahmati hidup kalian.

Pengenalan
Bahasa Melayu Kontekstual menurut Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud sistem
lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu
kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain, seperti
percakapan yang baik, tingkah laku yang baik dan sopan santun).
Bahasa Melayu merupakan bahasa ilmu yang mampu menjadi pengantara untuk
menyampaikan ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi. Bahasa ini juga
merupakan satu bahasa akademik yang lengkap dengan laras-laras bahasa yang luas
untuk membincangkan ilmu-ilmu baharu. Bahasa Melayu sememangnya berperanan
sebagai pendukung perkembangan ilmu dan sekali gus menjadi bahasa yang penting
dan utama dalam bidang keilmuan moden pada hari ini. Buktinya Dewan Bahasa dan
Pustaka telah mencipta istilah-istilah yang diperlukan dalam bidang akademik. Sebagai
contoh, dalam bidang Botani diwujudkan istilah pembiakan seks, aseks dan mikro. Bagi
bidang Sains pula, istilah-istilah seperti autoradiografi, radioisotope, neutron dan juga
proton telah dicipta. Istilah defendan dan plaintif pula telah digunakan dalam bidang
undang-undang.
Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu kerana bahasa ini mempunyai dua ciri,
iaitu keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa. Keintelektualan bahasa
dicapai melalui perkembangan perbendaharaan kata dan struktur tatabahasa.
Kesempurnaan

bahasa

pula

boleh

dicapai

melalui

kestabilan,

kelenturan,

kepelbagaian, keberkesanan dan keindahannya.


Konklusinya, subjek Bahasa Melayu Kontekstual ini dapat membantu pelajar untuk
lebih fokus kepada pengembangan kebahasaan dan ketrampilan berkomunikasi.Pelajar
juga

berpeluang

mengapplikasi

teori

komunikasi

secara

kontekstual

dengan

menggunakan aspek verbal dan non- verbal serta digarap dengan lingkungan
kesantunan bahasa yang baik.

1.0 Contoh-contoh Perkataan yang Menepati Pola Keselarasan Vokal

Pola keselarasan vokal bermaksud kesesuaian dua vokal yang membentuk dua
suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan di antara huruf vokal pada suku kata
praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Terdapat beberapa
prinsip mengenai pola keselarasan vokal antaranya ialah keselarasan vokal berlaku
antara dua huruf vokal yang terdapat pada kata dasar, kata dasar berakhir dengan
suku kata tertutup sahaja dan yang terakhir sekali adalah jika kata dasar
mengandungi lebih daripada dua suku kata, keselarasan vokal yang terlibat
hanyalah pada dua suku kata yang terakhir.

Contoh perkataan yang menepati pola keselarasan vokal berdasarkan artikel:

Bil

Suku kata praakhir

Suku kata akhir tertutup

Contoh perkataan

1.

kacak, dalam, bakat,


banyak, adalah, sangat,
rakan

2.

artis, lazim, majlis,


paling, cantik, manis,
lahir

3.

tahun, patut

4.

e (pepet)

sejak, tentang, gelap,


telah, dengan, sedap

5.

e (pepet)

6.

e (pepet)

Penuh

7.

e (taling)

8.

e (taling)

e (taling)

9.

e (taling)

10.

bintang, sembilan,
bidang, hitam

11.

Sikit

12.

13.

Sekolah

14.

e (taling)

15.

Corong

16.

17.

18.

Untuk

Contoh-contoh perkataan yang tidak menepati pola keselarasan vokal.

Bil

Suku kata praakhir

Suku kata akhir tertutup

Contoh perkataan

1.

warna, pada, masa,


nyata, gaya, kerana

2.

dari, kali, lagi

3.

baru, lagu, tahu, satu,


kalau

4.

e (pepet)

Serba

5.

e (pepet)

seni, segi, seperti

6.

e (pepet)

Justeru

7.

e (taling)

Beza

8.

e (taling)

e (taling)

9.

e (taling)

10.

Dia

11.

Ini

12.

Itu

13.

14.

e (taling)

15.

16.

punya, juga, pula, mula,


usia

17.

18.

dahulu

2.0 Contoh-contoh Pengejaan Kata Pinjaman

Perkataan dalam bahasa Melayu dieja mengikut pola keselarasan huruf vokal.
Namun terdapat kekecualian bagi perkataan yang dipinjam daripada bahasa asing.
Ejaan kata pinjaman daripada bahasa asing tidak tertakluk kepada pola keselarasan
vokal tersebut. Perkataan pinjaman ini tidak akan diubah ejaannya dan bunyinya
sekiranya tidak benar-benar perlu. Oleh itu, ejaan perkataan pinjaman seolah-olah
menyamai ejaan lama bahasa Melayu. Pola kekecualian diguna pakai pada katakata pinjaman daripada bahasa Nusantara dan bahasa Inggeris. Terdapat juga
beberapa peraturan khas yang lain dalam mengeja kata pinjaman ini antaranya
adalah

melakukan

penyesuaian

ke

atas

huruf-huruf

konsonan

tertentu,

menggugurkan satu daripada gabungan huruf konsonan yang sama dan


menyesuaikan huruf bagi gabungan dua huruf vokal.

Contoh pengejaan kata pinjaman berdasarkan artikel:-

Bil

Huruf

1.

Bahasa Inggeris

Bahasa Melayu

Catatan

actor

Aktor

Melakukan
penyesuaian ke atas
huruf-huruf

konsonan

tertentu

2.

category

Kategori

Melakukan
penyesuaian ke atas
huruf-huruf

konsonan

tertentu
3.

organisation

organisasi

Melakukan
penyesuaian ke atas

huruf-huruf

konsonan

tertentu

4.

radio

radio

Kata

pinjaman

yang

diserap

dan

sudah

dimantapkan

dalam

bahasa Melayu
5.

fashion

fesyen

Melakukan
penyesuaian ke atas
huruf-huruf

konsonan

tertentu
6.

ss

expression

ekspresi

Menggugurkan
daripada

satu

gabungan

huruf konsonan yang


sama

3.0 Contoh-contoh Kesilapan Umum Tatabahasa Melayu

Corder (1981) mendefinisikan kesilapan bahasa sebagai bentuk-bentuk peraturan


yang menyimpang atau menyalahi bentuk-bentuk pertuturan penutur jati. Ini
merangkumi semua aspek bahasa seperti tatabahasa, ejaan, sebutan, penggunaan
istilah atau perkataan yang kurang tepat. Terdapat beberapa sebab berlakunya
kesilapan tatabahasa. Anataranya ialah:a) Sikap individu yang memandang ringan terhadap bahasa Melayu.
b) Bahasa yang digunakan oleh ibu bapa di rumah akan memberikan kesan
kepada anak-anak. Jika di rumah, bahasa Melayu digunakan secara meluas

sudah pasti anak-anak tidak kekok menggunakan bahasa tersebut di luar


rumah.
c) Pengaruh bahasa lain turut memberikan kesan dalam penggunaan bahasa
Melayu.
d) Pengaruh media massa turut mengganggu penguasaan tatabahasa individu.

Penggunaan kata singkatan dalam artikel.


Bil

Contoh Kesalahan

Pembetulan

Catatan

1.

nak

hendak

Nak merupakan singkatan


bagi perkataan hendak.
Perkataan nak tidak
mempunyai bentuk kata
tunggal manakala hendak
merupakan kata tunggal dua
suku kata.

2.

dah

sudah

Dah merupakan singkatan


bagi perkataan sudah.
Perkataan dah tidak
mempunyai bentuk kata
tunggal manakala sudah
merupakan kata tunggal dua
suku kata.

Penggunaan bahasa asing dalam artikel


Bil

Contoh Kesalahan

Pembetulan

1.

So, itulah serba sedikit tentang Adam

Jadi, itulah serba sedikit tentang

Lambert yang you all patut tahu.

Adam Lambert yang awak semua

patut tahu.
2.

3.

Pilihan fesyennya itu adalah

Pilihan fesyennya itu adalah

bergantung kepada mood dan

bergantung kepada emosi dan

ekspresi dirinya pada sesuatu masa

ekspresi dirinya pada sesuatu masa

dan juga untuk menjiwai lagu dalam

dan juga untuk menjiwai lagu dalam

persembahan.

persembahan.

Bercakap mengenai prom night, kalau

Bercakap mengenai prom night,

you all nak tahu Adam Lambert nie

kalau awak semua nak tahu Adam

nyata berbeza daripada Cody

Lambert ini nyata berbeza daripada


Cody.

4.

Menurut Adam, Lauren adalah

Menurut Adam Lauren adalah

seorang gurlz (girl) yang paling cantik

seorang gadis yang paling cantik di

di sekolahnya dahulu.

sekolahnya dahulu.

Kesalahan penggunaan bentuk jamak.


Bil

Contoh Kesalahan

1.

Sebenarnya,

banyak

Pembetulan
lagi

lagu- Sebenarnya, banyak lagi lagu yang

lagunya yang sedap didengar seperti sedap didengar seperti For Your
For Your Entertainment

dan lain- Entertainment dan lain-lain.

lain.

Kesalahan ejaan dalam artikel.


Bil

Contoh Kesalahan

Pembetulan

1.

Bercakap mengenai prom night, kalau Bercakap

mengenai

prom

night,

you all nak tahu Adam Lambert nie kalau awak semua nak tahu Adam

nyata berbeza darpada Cody.

Lambert ini nyata berbeza daripada


Cody.

2.

Baru-baru nie dia telah menghadiri Baru-baru ini dia telah menghadiri
satu

prom

gurlz(girl)

night

telah

dan

seorang satu prom night dan seorang gadis

menemaninya

ke telah

majlis tersebut.

menemaninya

ke

majlis

tersebut.

4.0 Contoh-contoh Perkataan yang Tidak Mempunyai Kesantunan Berbahasa

Menurut Amat Juhari Moain (1992), kesantunan bahasa adalah kesopanan dan
kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui
lisan atau tulisan. Bahasa yang digunakan dengan penuh adab tertib, sopan santun
dan mengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi. Pada umumnya, bahasa yang
sopan mempunyai kosa kata yang halus untuk menyampaikan sesuatu mesej atau
perasaan .Kesantunan berbahasa ini merupakan cara terbaik untuk memperlihat
budi bahasa seseorang serta tingkah laku bertatasusila. Matlamat kesantunan
berbahasa adalah untuk membolehkan semua pihak yang terlibat dalam komunikasi
berasa selesa antara satu sama lain selain dapat mengelakkan salah satu pihak
berasa tersinggung, dimalukan atau terpinggir.

Bil

Contoh Kesalahan

Pembetulan

1.

nak

Hendak

2.

dah

Sudah

3.

darpada

Daripada

4.

nie

Ini

4.0 Laporan Komprehensif

Anda mungkin juga menyukai