Anda di halaman 1dari 2

3.

Teknik Merangsang Minda Ke Arah


Kecemerlangan
1.

2.

Kuasai diri dan wujudkan kesedaran untuk berjaya


Terlebih dahulu anda perlu mengenalpasti apakah
perkara negatif dalam diri anda yang perlu diubah
Tumpukan konsentrasi anda bahawa perkara itu
perlu diubah dan digantikan dengan perkara
positif supaya dapat memenuhi matlamat semasa
Ingatkan diri bahawa hanya anda sahaja yang
dapat mengubahnya.
Jangan menggantungkan harapan pada orang
lain untuk mengubahnya
Yakin, insyaAllah anda dapat mengubahnya
apabila anda bertekad dengan bersungguhsungguh untuk mengubahnya.
Gugat pertalian semasa yang dapat menghalang
kejayaan
Lakukan perkara positif dan luar biasa bagi
menggugat
pertalian
semasa
misalnya
membuang amalan, kebiasaan atau perkara yang
menjadi penghalang seperti sifat-sifat negatif atau
amalan-amalan yang tidak menguntungkan diri
seperti tidak yakin dengan kemampuan diri,
seringkali membuat tanggapan negatif, selesa
dengan keadaan yang ada dan takut mencuba
perkara baru, malas befikir, suka bertangguh,
sambil lewa, cepat puas hati dan sebagainya.
Anda dapat gugat dengan pelbagai cara seperti
berikrar pada diri sendiri (dapat dijelmakan dalam
bentuk tulisan), selalu mengingatkan diri (self
talk), meminta orang lain membuat teguran atau
peringatan dan sebagainya.
Apabila tidak cukup gugat, anda tidak dapat
bertahan lama dan mudah kembali ke perangai
atau amalan lama.

Bentukkan pertalian baru yang berpengaruh


sehingga menjadi sebati dengan diri anda. Ia dapat
dilakukan seperti berikut:
Bayangkan situasi pada masa lalu di mana anda
berada dalam keadaan bersemangat dan
berkeyakinan tinggi. Misalnya selepas anda
menerima keputusan PMR dan anda memulakan
persekolahan di Tingkatan 4, anda berazam dan
penuh bersemangat untuk belajar dan berusaha
bersungguh-sungguh sehingga memperolehi
keputusan yang cemerlang dalam SPM. Pada
masa itu anda begitu bermotivasi seperti
bersungguh-sungguh belajar, konsentrasi anda di
dalam kelas pada tahap 100 peratus, belajar
dalam keadaan yang seronok dan sebagainya.
Lakukan perkara yang unik atau janggal. Misalnya
menepuk peha kanan dengan tangan kiri
menggunakan dua jari sahaja ataupun menarik
telinga kiri dengan tangan kanan menggunakan
jari telunjuk dan jari hantu sahaja melalui
belakang kepala anda. Pastikan aktiviti yang
dilakukan tidaklah sampai menyakitkan anda.
Lakukan 2 langkah awal tadi berulangkali
sehingga sebati. Akhirnya anda akan dapat
mencapai situasi di mana anda kembali
bersemangat seperti dahulu. Apabila anda dapat
melakukan tindakan langkah kedua (misalnya
menarik telinga kanan dengan tangan kiri
menggunakan jari telunjuk dan jari hantu sahaja
melalui belakang kepala anda) dengan selesa
bermakna anda sudahpun bersedia melakukan
perubahan.

4.

Bentuk komitmen diri yang tinggi dan latih supaya


anda percaya pada orang lain. Anda sentiasa
percaya bahawa orang lain sentiasa bersedia
membantu anda, bantuan mereka memang
diperlukan, sumbangan mereka tetap berguna
walaupun dalam kadar yang kecil dan sebagainya.

5.

Tukar perlakuan bagi mengubah perasaan. Ini dapat


dicapai dengan melakukan gerakan tertentu yang
dapat memulih ataupun menaikkan semangat anda.
Misalnya : menggenggam penumbuk ke udara

sambil menjerit sebanyak tiga kali eyah.eyah


eyah atau yes.yesyes.
6.

Manusia mudah lupa. Apabila menyedari ataupun


disedarkan oleh orang lain bahawa anda menyusut
kembali ke tahap asal iaitu semangat belajar
semakin berkurangan dan kembali mengamalkan
sifat-sifat negatif, maka anda perlu bertindak segera.
Gunakan teknik merangsang minda dan lakukan
semula kaedah yang sudah digunakan.

7.

Minda anda dapat dirangsang dengan menghayati


kata-kata hikmat.
Orang yang cemerlang mempamerkan hasil tetapi
orang yang gagal sentiasa mengemukakan
alasan
Sedar ataupun tanpa sedar, kitalah yang meminta
setiap apa yang berlaku pada diri kita.
Ramai manusia yang gagal dalam hidup kerana
mereka membesar-besarkan perkara yang kecil
dan memperkecil-kecilkan perkara yang besar.
Apabila semua orang ingin berjaya, maka
mencipta kejayaan itu lebih mudah daripada
mencipta kegagalan.

MELANGKAH DAN TERUS MELANGKAH


SELAGI MAMPU MELANGKAH

Strategi Membentuk Sikap Positif

Bersangka baik
Asas pembentukan sikap positif adalah sangka
baik. Sikap terbentuk akibat kebiasaan.
Selalulah mempunyai sangka baik pada diri
sendiri. Allah menjadikan anda lengkap
dengan pelbagai keperluan asas untuk
berjaya. Anda dikurniakan akal, ingatan, tubuh
badan yang sihat dan anggota badan yang
lengkap, pancaindera yang cukup dan kalbu
yang mahu berjaya. Jangan menghalang diri
anda daripada mencapai kejayaan.

Fikir untuk membuat atau bertindak


Sentiasalah berfikir anda boleh. Sentiasalah
berfikir bahawa anda perlu memulakan dulu
barulah perkara itu boleh selesai.
Sentiasalah berfikir anda perlu bertindak
dahulu barulah pekerjaan itu sempurna dan
jangan tunggu perkara jadi sempurna
barulah anda mahu bermula. Fikirlah untuk
membuat jangan berfikir untuk melihat
orang lain membuat dahulu barulah anda
membuatnya

Merangsang Minda Ke
Arah Kecemerlangan
&

Strategi
Membentuk
Sikap Positif

Yakin pada kebolehan sendiri


Jangan banyak alasan
Orang yang bersikap negatif sering berfikir
bahawa dirinya tidak semampu orang yang
sudah berjaya ataupun tidak memiliki
kebolehan sebagaimana orang lain. Mereka
itu sentiasa mencari alasan kenapa orang
lain boleh berjaya dan kenapa dirinya tidak
boleh berjaya. Mereka ini banyak kerenah
dalam hal menuju kemajuan dan kejayaan

Sekiranya anda sendiri tidak yakin pada


kebolehan anda, janganlah harapkan orang
lain dapat yakin pada kepada anda. Itulah
antara petua asas yang dipegang oleh insan
yang benar-benar mahu berjaya. Keyakinan
pada diri sendiri dapat dibentuk dengan
persediaan yang cukup dan yakin pada janji
Allah. Sesungguhnya siapa yang rajin
berusaha pasti akan berjaya, walau dalam
bidang apa sekalipun. Sentiasalah menghisab
dan menilai diri anda bagi meningkatkan
keyakinan diri

(Malek Muhamat Said)

SM Teknik Seri Iskandar, Bota. Perak

tatacara dan susunatur oleh:


Unit Kaunseling
SMK Datuk Bendahara,
Jalan Pegawai, 77000 Jasin. Melaka.

Anda mungkin juga menyukai