Anda di halaman 1dari 35

1

PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063


TAN HUI NEE
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI )
D20102044386

GROUP: EL-W 08
PENSYARAH: ENCIK Che Anuar bin Che Abdullah
TAJUK TUGASAN 2:
Huraikan lima (5) aspek ciri-ciri guru yang berkesan dalam
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan nilai-nilai Bitara.

NAMA:
TAN HUI NEE

NO. MATRIK:
D20102044386

2
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063
TAN HUI NEE
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI )
D20102044386

KERJA KURSUS PEMBANGUNAN SAHSIAH (KKD 2063)


TUGASAN 2 (20%) - Huraikan lima aspek cirri-ciri guru yang berkesan dalam
pengajaran berdasarkan nilai-nilai Bitara.
1.0 Pengenalan Nilai-nilai Bitara
Kemajuan dan kecemerlangan sesebuah organisasi amat bergantung kepada prestasi
pekerja-pekerja

yang

menganggotai

organisasi

tersebut.Kegemilangan

sesebuah

organisasi bukan terletak pada satu kompleks bangunan tetapi amat bergantung kepada
bakat kebolehan dan kemampuan manusia sebagai pekerja. Pembinaan modal insan di
sesebuah organisasi yang cemerlang atau sebaliknya.
Modal insan ini boleh diklasifikasikan dalam dua keadaan, pertama ialah wujud
dalam bentuk pemilikan oleh individu melalui kemahiran dan ilmu yang dikuasai. Ini
bermakna orang yang berpendidikan atau berkemahiran yang tinggi secara dasarnya
memiliki modal insan yang lebih besar atau lebih bernilai berbanding dengan orang yang
lebih rendah tahap pendidikan atau kemahirannya. Kedua, individu itu sendiri boleh
dilihat sebagai modal insan yan berguna untuk persekitarannya. Penjana modal insan
perlu menggabungkan dimensi kerohanian, akhlak, nilai, dan unsur jati diri yang sesuai
dnegan keperluan organisasi.
Faktor-faktor dalaman inilah yang menjadi asas kepada falsafah modal insan yang
disebut oleh YAB. Perdana Menteri insan akan memiliki modal atau menjadi aset kepada
organisasi adalah insan yang sedar akan amanah dan tanggungjawab, yang bekerja
bersungguh-sungguh dengan ikhlas, dan yang sentiasa menggunakan akal fikiran dan
kudrat yang ada padanya untuk memajukan dirinya, jabatannya dan juga organisasinya.
Bagi merealisasikan hasrat YAB. Perdana Menteri, Datuk Naib Canselor UPSI
dalam syarahan khas 2004-2005 Melestari Pendidikan Gemilang Ke Arah Penjana
Modal Insan, UPSI menyatakan bahawa pekerja yang cemerlang tidak boleh dipisahkan
dengan nilai-nilai yang baik dan murni seperti mana yang ditekankan dalam Dasar
Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran(1985), Tonggak 12, Pelan Integriti

3
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063
TAN HUI NEE
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI )
D20102044386

Nasional (PIN, 2004) di peringkat kebangsaan dan Sistem Pengurusan Akauntabiliti dan
Integriti (SPAI) di peringkat jabatan dan kementerian.
Pelaksanaan visi, misi, dan cabaran UPSI baru ini diterap melalui program nilai
bersama (shared-values) BITARA UPSI supaya menjadi budaya dan diamalkan semasa
menjalankan tugas harian di universiti (attitude, behaviour, practices).

Pada 23 April

2006, ahli-ahli pengurusan tertinggi universiti sebagai Kumpulan Leading telah


meluluskan enam nilai budaya kerja iaitu berintegriti, profesional, semangat berpasukan,
berorientasikan pelanggan, prihatin kebajikan anggota serta kreatif dan inovatif. Ini
merupakan salah satu usaha universiti dalam membina modal insan UPSI yang cemerlang
untuk mencapai misi dan visi universiti. Program BITARA UPSI diperkenalkan kepada
seluruh warga UPSI mulai Jun 2006. Dalam konteks ini, sebuah institutsi persekolahan
tidak akan maju sekiranya barisan gurunya tidak mempunyai kecekapan dan kemahiran
yang diperlukan. Guru mestilah menanamkan nilai-nilai yang tinggi di dalam diri mereka
supaya profesionalisme dan kredbiliti mereka sebagai warga akademik dapat dikekalkan
dan dimantapkan. Nilai-nilai tinggi ini juga mampu membantu menaikkan tahap kreativiti
dan inovasi guru dengan melahirkan idea baru sama ada dalam sistem, adat, kaedah, dan
sebagainya.
Bitara membawa maksud unik, unggul, tiada tolok bandingannya dari yang lain.
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menggariskan 6 nilai yang membentuk
personaliti Bitara yang mesti dimiliki oleh staf dan juga para pelajarnya. Enam nilai dan
24 penunjang atau diskriptor BITARA UPSI sebagai nilai bersama (shared-values)
universiti diperkenalkan untuk menjadi amalan di kalangan staf akademik dan staf bukan
akademik iaitu;
i.

Berintegriti

ii.

Profesional

iii.

Amanah, Telus, Akauntabiliti, dan Adil

Beretika, Iltizam, Cinta Ilmu, dan Kompenten

Semangat Berpasukan

4
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063
TAN HUI NEE
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI )
D20102044386

Muafakat, Fokus Matlamat, Hormat-Menghormati, dan


Bangga UPSI

iv.

Berorientasikan Pelanggan

v.

Responsif, Proaktif, Mesra, dan Berkualiti

Prihatin Kebajikan Anggota

Empati,

penghargaan,

Keselesaan

Persekitaran,

dan

Peluang Untuk Maju


vi.

Kreatif dan inovatif

Penambahbaikan Berterusan, Nilai Tambah, Rebut Peluang,


dan Berdaya Cipta

2.0 Aspek ciri-ciri guru yang berkesan berdasarkan nilai-nilai Bitara


Apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seseorang guru yang berkesan? Ketua
Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri
guru berkesan sebagaimana berikut:
1. Bersikap profesional
2. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori
3. Kaya ilmu
4. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja
5. Bermoral teguh
6. Sentiasa berusaha meningkatan kualiti hasil pengajaran
7. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa
8. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid
9. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa
10. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai
pendidik unggul pada setiap masa.
11. Memastikan situasi Guru mengajar murid belajar wujud di dalam kelas
12.

Berupaya melahirkan persekolahan berwatak supaya pelajar mempunyai


kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh

5
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063
TAN HUI NEE
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI )
D20102044386

13. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik


14. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri
(bermoral, berakhlak mulia, berketrampilan, pandai menyesuaikan diri dengan
situasi tertentu)
15. Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat
profesionnya
16. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah
bahagi
17. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah
Guru yang berkesan adalah guru yang berjaya melahirkan murid menjadi insan
yang seimbang baik dari segi emosi, rohani, jasmani, dan intelek. Guru yang berkesan
juga harus dapat menyepadukan ilmu duniawi dan ilmu akhirat agar dapat membentuk
dan mengembangkan anak didik menjadi insan yang bersepadu agar anak didik kita dapat
memahami peranan mereka terhadap diri, terhadap masyarakat dan seterusnya terhadap
negara.
Jadi bagaimana kita hendak melahirkan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dan seterusnya sekolah berwatak dan sekaligus pendidikan cemerlang? Untuk
menjadi guru yang berkesan kita perlu berubah. Kita perlu menganjak paradigma, kita
perlu melakukan lonjakan quantum dengan merobah dan meruntuh tembok penghalang
yang pertama dan utama iaitu Menolak Perubahan (Resist Change). Ken Blanchard,
pengarang buku The One Minute Manager menyatakan bahawa kita lumrahnya liat
dan sukar menerima perubahan. Beliau mengatakan bahawa setiap orang mempunyai
toleransi yang berbeza terhadap perubahan kendatipun kepada mereka yang memiliki
tahap toleransi yang tinggi akan ada satu titik di mana perubahan tidak berupaya
ditanggungi. Plato berkata, Kecemerlangan yang utama dan pertama ialah menakluki
diri. Garfield pula berkata, Di dunia ini benda-benda tidak berubah, kecuali ada orang
yang mengubahnya. Oleh itu, untuk mencapai status orang-orang yang paling berkesan
kita perlu memenangi peribadi dan memenangi publik.

6
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063
TAN HUI NEE
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI )
D20102044386

2.1 Aspek Petunjuk Adil, Amanah, Telus dan Akauntabiliti berdasarkan nilai Bitara
Integriti
Integriti adalah suatu kualiti yang dimiliki secara konsisten bagi mendorong prinsip
moral tinggi atau tahap profesionalisme. Ia merupakan satu kesatuan yang tidak boleh
dipisahkan, yang sempurna dan tidak boleh dirosakkan. Sebagai seroang guru, personaliti
Bitara memainkan peranan yang penting untuk menjamin masa depan yang cemerlang sama
ada diri kita ataupun anaki murid kita. Dalam membentuk personaliti Bitara ini, nilai
integriti mempunyai empat petunjuk iaitu bersikap adil, amanah, akauntabiliti, dan telus.
Adil membawa maksud tidak berat sebelah atau tidak memihak kepada seseorang.
Sebagai seorang guru, kita sepatutnya memulakan dan menamatkan waktu pengajaran dan
pembelajaran kita tepat pada masanya dan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Sebagai
seorang guru yang berkesan guru tidak sepatutnya menggunakan masa yang sepatutnya
untuk mencuri tulang atau membuang masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yng tidak
berkaitan dengan hal akademik. Contohnya, guru tidak harus menandakan buku-buku dan
latihan murid dalam kelas sedangkan waktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Guru
haruslah menggunakan masa pengajaran dan pembelajaran dengan sepenuhnya untuk
mengajar, mendidik dan membimbing murid. Guru sepatutnya menghabiskan kesemua
sukatan pelajaran mengikut rancangan tahunan yang telah ditetapkan agar anak murid kita
dapat mempelajari apa yang mereka sepatutnya belajar.
Bersikap amanah tentunya adalah denga menyampaikan fakta yang benar dalam
pembelajaran. Guru juga menjalankan perundingan dengan murid-murid mengikut jadual
yang ditetapkan. Sebagai seorang guru yang berkesan, guru digalakkan supaya membuat
jadual waktu mengandungi masa konsultasi yang telah ditetapkan dan memaklumkan masa
tersebut kepada murid-murid. Dengan demikian guru dan murid dapat megaturkan sistem
perundingan denga lebih berkesan melalui perancangan yan gtelah ditetapkan. Sebagai
seorang guru yang berkesan, guru juga tidak menciplak harta intelek orang lain dan menjaga
serta menyayangi harta dan kemudahan sekolah dengan amanah. Sebagai seorang guru yang
berkesan, guru tidak seharusnya menyalahgunakan kedudukan demi kepentingan diri
sendiri. Sebagai contoh, guru diamanahkan sebagai bendahari sesuatu program. Guru
tersebut telah menyalahgunakan jawatannya sebagi seorang bendahari dengan menggunakan

7
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063
TAN HUI NEE
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI )
D20102044386

wang program tersebut untuk membelikan sesuatu yang tidak berkaitan dengan program
tetapi demi peribadinya sendiri. Kelakuan ini telah melanggar pentunjuk amanah atau etika
perguruan.
Petunjuk seterusnya untuk nilai integriti ialah bersikap telus. Ketelusan ialah suatu sikap
berterus terang, jujur dan ikhlas daripada diri sendiri terhadap seseornag atau sesuatu
perkara. Sebagai seorang guru yang berkesan, guru mestilah melaksanakan proses
pelaksanaan (kursus dan praktikum) secara adil dan telus mengikut skema dalam tempoh
yang ditetapkan. Konsep sikap telus ini sangat penting bagi seseorang manusia kerana
ketelusan mambawa sifat ikhlas dan jujur. Sebagai seorang guru yang berkesan, kita harus
bersedia mengakui bahawa sikap hidup kita mesti berubah, ilmu pengetahuan yang
bermanfaat perlu dicari, kemampuan mengimbang antara idealisme dan realiti kena ada,
ketangkasan untuk mengatur strategi dan kebijaksanaan untuk melakukan perlu dikuasai
supaya kejayaan kita bukan kerana wujudnya dasar-dasar yang memihak, tetapi
kecemerlangan kita ialah disebabkan ketelusan yang tinggi untuk bersaing dan juga
menghasilkan hasil kerja yang terbaik.
Sebagai seorang guru yang berkesan, kita juga harus mempamerkan sikap akauntabiliti
dengan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut instruksi yang
ditetapkan. Contohnya guru diarahkan menjalankan penyelidikan, ianya haruslah
disempurnakan mengikut masa yang telah ditetapkan. Segala arahan dan peraturan daripada
pihak sekolah haruslah dipatuhi dan kita sepatutnya bertanggungjawab ke atas kesalahan
yang dilakukan oleh diri sendiri dan tidak menyalahkan mana-mana pihak.
2.2 Aspek Petunjuk Beretika, Iltizam, Cinta Ilmu, dan Kompeten berdasarkan nilai Bitara
Profesional

Profesional merujuk kepada kemampuan dan kemahiran dalam profesion serta


melibatkan kemahiran dan kecekapan. Nilai ini membawa maksud melatih diri agar
mecapai tahap kompetensi yang dikehendaki. Sebagai seorang guru yang berkesan, kita
haruslah menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajari perkara baru dan
mengikut sesi pembelajaran dan pengajaran dengan sepenuhnya. Hasil tugasan perlu
meningkat secara berterusan. Sebagai seorang guru yang berkesan, kita sepatutnya

8
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063
TAN HUI NEE
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI )
D20102044386

melengkapkan diri kita dengan setiap tugasan. Kita juga harus mengajar dan melatih
rakan sejawat kita yang belum mahir. Kita harus sentiasa meningkatkan kemahiran kita
untuk memperkemaskan diri kita dalam mengahrungi dunia yang globalisasi kini.
Sekiranya hasil tugasan kita masih di bawah standard, hentikan dengan segera dan cuba
memperbaiki kesilapan dan kelemahan yang telah kita lakukan. Kita diajar supaya tidak
iri hati terhadap kelebihan orang lain. Tetapi, perasaan iri hati secara positif boleh
meningkatkan kemahiran dan kecekapan kita. Tiada apa yang mustahil pada masa kini,
semuanya dapat dicipta dengan berbekalkan usaha yang lebih dan semangat yang jitu.
Nilai profesional mempunyai empat petunjuk iaitu beretika, iltizam, cinta ilmu, dan
kompeten.
Berdasarkan konteks pentunjuk beretika, guru mestilah sentiasa mengutamakan
kepentingan organisasi iaitu sekolah kita. Maruah guru yang lain sebagai rakan sejawat
dan murid-murid juga mesti dijaga. Contohnya, tidak mengaibkan markah murid-murid
kepada umum dan tidak bercakap sumbang di belakang mereka.
Bersikap iltizam atau komited adalah menjalankan tugasan denga penuh bersemangat
dan berdedikasi. Sebagai seorang guru yang berkesan, kita haruslah merancang dan
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kita dengan terperinci dan teliti. Guru perlu
melaksanakan tugasan dan tangggungjawab dengan sepenuh hati tanpa mengira masa.
Misalnya, jika kita diarahkan menjalankan aktiviti pada hujung minggu sebagai seorang
guru yang beriltizam, kita usahlah menganggapkannya sebagai suatu beban yang berat
tetapi berfikir adalah sebahagian daripada tugas kita untuk menyampaikan ilmu kepada
anak murid kita. Oleh itu, jadikan diri kita sebagai contoh dan teladan kepada rakan
sejawat dan anak murid kita.
Guru pada zaman moden ini dikehendaki menjalankan penyelidikan dalam bidang
tugas mereka. Maka penyelidikan tersebutu haruslah dijalankan dengan sempurna di
samping menghadiri sekurang-kurangnya dua wacana ilmu setahun untuk menghasilkan
tugasan dalam pelbagai bentuk. Kaedah tugasan yang digunakan haruslah mengutamakan
sumber maklumat. Berdasarkan cara ini, kita akan dapat melaksanakan strategi yang
boleh membangunkan minda murid-murid dan diri sendiri. Pada era globalisasi ini, kita
sebagai guru adalah life-long learner ataupun pelajar sepanjang hayat. Sebagai seorang

9
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063
TAN HUI NEE
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI )
D20102044386

guru yang berkesan, kita perlu menerapkan amalan ini dalam setiap langkah pekerjaan
yang kita dilakukan. Kita perlu meningkatkan kualiti pencapaian kita dan menganggap
tempat kita mengajar sebagai tempat yang sempurna dalam mencari ilmu pengetahuan.
Mempunyai sikap kompeten adalah dengan menyiapkan tugasan yang berkualiti dan
efisyen serta mencapai tahap kecekapan dalam jangka masa yang ditetapkan. Contohnya
sebagai sorang guru yang berkesan, kita haruslah memastikan pengajaran yang
disampaikan kepada murid-murid dapat difahami denga nbaik dan diaplikasikan dalam
kehidupan seharian mereka. Kita juga digalakkan menyampaikan ilmu dan kemahiran
yang baharu kepada rakan sejawat dan murid-murid kita. Untuk memastikan pengajaran
dan pembelajaran kita adalah bersifat kontemporari dan sepanjang zaman, kita harus
meningkatkan dan memperkemas diri kita dengan ilmu dan kemahiran baharu yang
relevan dengan tajuk pembelajaran kita.
2.3 Aspek Petunjuk Responsif,

Proaktif, Mesra , Penghargaan dan Berkualiti

berdasarkan nilai Bitara Berorientasikan Pelanggan


Perkataan responsif memberikan gambaran tentang tindakan yang cepat dan segera. Guru
yang responsif adalah guru yang cepat mencari maklumat, segera bertindak dan tidak
menunggu arahan. Proaktif sangat penting dalam diri setiap individu sama ada individu
tersebut seorang pelajar, guru, staf sokongan, jurutera, pekerja teknikal dan sebagainya.
Individu yang proaktif akan sentiasa berjaga-jaga, menyediakan strategi atau perancangan
bagi menghindari sebarang halangan dalam setiap tindakan dan tugas yang dilakukan.
Contohnya sebagai seorang guru, kita telah merancang dan merangka keperluan murid
kita berdasarkan apa yang diperlukan dalam pasaran pekerjaan. Selain itu, sistem
maklumat yang sistematik dapat membantu kita dan anak murid kita dalam memberi
petunjuk

kepada mereka dalam merangka dan merancang kerjaya dan masa depan

mereka.
Responsif dan proaktif sangat penting dalam melakukan sesuatu tugas sama ada
tugas ketika sebagai sebagai pelajar di universiti, guru di sekolah atau pekerja dalam
sesebuah organisasi. Dalam menjalankan tanggungjawab kita tidak kira berada di
universiti mahupun sekolah, kita perlu sentiasa berjaga-jaga dalam menjalankan tugasan.

10
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063
TAN HUI NEE
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI )
D20102044386

Kita perlu memperbaiki kelemahan tugasan yan gkita lakukan. Kita tidak boleh berdiam
diri dan membiarkan kelemahan kita dalam sesuatu tugasan berterusan. Seperti yang
dikatakan oleh Garfiel, Di dunia ini benda-benda tidak berubah, kecuali ada orang yang
mengubahnya.
Semangat yang tinggi juga perlu ada sebagai seorang bakal guru dan modal insan
yang unggul. Semangat yang tinggi perlu ditunjukkan dalam proses pembelajaran,
mendidik anak bangsa dan memperkasakan bidang di negara kita. Semangat yang kuat
mampu memberi kekuatan kepada murid iaitu pelanggan utama kita dalam bidang
pendidikan. Semangat yang membara dapat membantu diri kita dalam menimba ilmu di
universiti seterusnya menyampaikan ilmu kepada anak bangsa dalam kerjaya sebagai
guru. Semangat yang tinggi perlu disusuli dengan tenaga yang mantap agar apa sahaja
yang kita lakukan akan berjalan dengan lancar.
kemesraan merupakan satu aspek penting untuk menjadi seorang guru. Guru
yang mesra akan mewujudkan persekitaran yang mesra dan menimbulkan suasana yang
gembira di sekolah. Sentiasa mengamalkan senyuman, mengangguk kepala apabila
berjumpa rakan sejawat, menyapa rakan-rakan dan murid apabila berjumpa dan perlu
mengamalkannya secara konsisten. Jika kita merupakan seorang yang mudah mesra,
murid dan rakan sejawat juga akan mesra dengan kita. Kita perlu sentiasa sentiasa
menunjukkan expresi positif seperti senyum, kontak mata yang baik, berjabat tangan
dengan rakan-rakan yang mempunyai jantina yang sama dan duduk dengan cara yang
menyandar ke hadapan.
Melakukan sesuatu kerja atau tugasan dengan berkualiti adalah petunjuk terakhir
dalam nilai Bitara berorientasikan pelanggan. Kerja yang berkualiti merupakan kerja
yang telah dilakukan dan memberi kepuasan kepada pelanggan kita dan menepati
kehendak pelanggan. Kerja atau tugasan tersebut dikatakan berkualiti apabila kita
menepati kriteria sesuatu kerja atau standard tertentu. Contohnya, ketika sesi pengajaran
dan pembelajaran, maklumat yang diberikan perlulah tepat, sumber yang dibekalkan
betul dan lengkap. Jangan sesekali memberikan maklumat yang tidak betul dan tidak
tepat kerana ia akan memberikan kesan buruk dan mendatangkan salah faham kepada
anak murid kita terhadap maklumat tersebut. Dengan adanya teknologi yang semakin

11
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063
TAN HUI NEE
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI )
D20102044386

canggih seperti komputer riba, kemudahan internet, telefon bimbit dan media massa yang
pelbagai, kita boleh memberi maklumat dalam bentuk pelbagai media.
Standard yang tepat perlu diambil kira dalam kualiti sesuatu kerja atau tugasan.
Jika dalam bidang pendidikan, standard ISO perlu diikuti agar selari dengan standard
yang disediakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang guru, kita perlu
mengikuti kehendak ISO dalam menyampaikan maklumat kepada anak murid kita.
Petunjuk-petunjuk yang ada dalam nilai berorientasikan pelanggan penting bagi
seseorang guru bagi memastikan keperluan dan kepuasan anak muridnya sebagai
pelanggan mereka dan seterusnya memastikan kita sebagai guru mempunyai personaliti
yang baik dan unggul.
2.4 Aspek Petunjuk Peluang untuk Maju, Empati, Penghargaan, dan Persekitaran
berdasarkan nilai Bitara Prihatin Kebajikan Anggota
Prihatin terhadap kebajikan anggota juga boleh dikatakan seperti mengambil berat
tentang rakan kita di persekitaran kita. Sebagai seorang guru pula, kita perlu mengambil
berat tentang hal rakan-rakan guru yang lain dan murid-murid kita.
Empati adalah perasaan murni yang perlu ada dalam diri kita sebagai seorang guru.
Jika rakan sejawat kita mempunyai masalah keluarga dan kita tahu bagaimana ingin
membantunya, kita boleh menjadi pendengar yang baik dengan mendengar luahan rakan
serta cuba merasai perasaan dan masalah yang dialami sudah memadai bagi rakan
tersebut. Rakan kita akan merasa lega kerana masalahnya didengari. Cara ini boleh
membantu kita bagi menunjukkan empati kita terhadap rakan yang sedang dalam
kesusahan dan tertekan dengan masalah mereka. Selain itu, jika rakan kita mengalami
musibah, kita boleh bertanya khabar dan melawatnya untuk mengetahui keadaannya.
Rakan kita akan merasakan diri mereka diambil berat dan mungkin rakan tersebut akan
rasa lebih bersemangat untuk cepat sembuh.
Penghargaan juga merupakan aspek yang penting dalam nilai Bitara prihatin
kebajikan anggota. Penghargaan sangat penting bagi individu. Apabila rakan kita
mendapat sesuatu anugerah seperti mendapat anugerah dekan, kita boleh menunjukkan
penghargaan kepada mereka denga nmengucapkan tahniah kepad amereka. Ucapan

12
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063
TAN HUI NEE
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI )
D20102044386

tersebut sangat bermakna kepada rakan tersebut dan rakan kita akan berasa dirinya
dihargai. Sebagai seorang guru, kita perlu mengamalkan penghargaan kepada rakan-rakan
sejawat kita. Budaya mengucapkan terima kasih, mengucapkan tahniah dan
memperingati tarikh-tarikh penting rakan sejawat perlu kita amalkan. Ini disebabkan
amalan tersebut akan menunjukkan kita mengambil berat kepad aorang di persekitaran
kita. Pada anak murid kita pula, kita boleh menunjukkan penghargaan dengan
mengucapkan tahniah jika mereka mendapat markah yang tinggi, mengucapkan terima
kasih jika murid telah membantu kita, dan sering senyum kepada mereka jika ternampak
murid kita. Penghargaan kepada murid juga penting bagi mewujudkan rasa ambil berat
kita kepada murid.
Keselesaan terhadap persekitaran sangat penting kerana suasana persekitaran yang
selesa boleh memberi motivasi kepada kita melakukan sesuatu tugasan atu pekerjaan.
Kita haruslah kerap menyertai aktiviti yang diadakan oleh rakan-rakan kita seperti
berlatih di padang, berjumpa dengan rakan-rakan setiap petang dan sebagainya. Kita akan
berasa lebih rapat, mesra dan tidak janggal dengan rakan-rakan kita lagi. Sebaliknya jika
kita pendiam, suka lakukan kerja bersendirian, tidak suka melibatkan diri dengan aktiviti
rakan-rakan dan sering mengelak mengahardiri apa-apa majlis bersama rakan-rakan.
Sikap sebegini akan menyebabkan hubungan kita dengan rakan-rakan kita semakin jauh
dan tidak rapat dan secara tidak langsung akan mewujudkan suasana yang tidak selesa
sama ada kita berada di sekolah atau universiti. Kalau kita hanya berdiam diri di rumah
dan menunggu peluang datang kepada kita, ia amat sukar untuk mendapatkan peluang
untuk memajukan diri dan ia tidak mendatangkan sebarang kebaikan. Kita perlu berusaha
untuk memajukan diri contohnya melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti bersama rakanrakan kita, mencari maklumat yang boleh membantu meningkatkan potensi diri seperti
mengikuti seminar, program motivasi dan sebaginya bagi menambahkan lagi semangat
dan mengembangkan potensi diri kita. Contohnya Persatuan Guru-guru Sekolah Rendah
Cina di zon saya akan mengadakan pelbagai jenis pertandingan seperti pertandingan
menyanyi dan pertandingan bowling untuk guru, bagi tujuan mengeratkan lagi hubungan
antara guru-guru sekolah cina. Saya akan menyertai pertandingan tersebut setiap tahun,
kita dapat bersemuka dengan guru-guru dari pelbagai buah sekolah di setiap zon dan kita

13
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063
TAN HUI NEE
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI )
D20102044386

akan membincangkan kaedah-kaedah pengajaran yang berkesan yang dapat kita


aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kita.
2.5 Aspek Petunjuk Berdaya Cipta, Penambahbaikan Berterusan, Rebut Peluang
dan Nilai Tambah berdasarkan nilai Bitara Kreatif dan Inovatif.
Adakah anda pernah terfikir untuk menjadi individu yang kreatif? Kreatif tidak
semestinya mencipta barang yang kreatif tetapi memikirkan sesuatu idea yang bernas
juga adalah sesuatu yang dikatakan kreatif. Kreatif membawa maksud kebolehan
seseorang individu untuk mengembangkan sesuatu idea baru daripada sumber yang asli
serta kebolehan untuk mencipta serta menghasilkan sesuatu idea sama ada dalam sesuatu
kaedah, sistem, adat, dan lain-lain lagi. Kreatif dibahagikan kepada beberapa petunjuk
iaitu berdaya cipta, penambahbaikan berterusan, rebut peluang dan tambah nilai.
Sebagai seorang guru, kita perlu mempunyai daya cipta yang kreatif dan inovatif
agar kita dapat sentiasa mengakseskan ilmu baharu. Kita perlu sentiasa meneroka ilmu
dari semasa ke semasa. Jangan kita terlalu selesa dengan ilmu yang diajar di kelas sahaja
dan kita perlu mencari pelbagai ilmu untuk menambah ilmu yang dipelajari di kelas.
Sebagai seorang guru, kita perlu sentiasa bijak dan kreatif untuk meneroka dan mencari
ilmu tambahan bagi menyampaikan maklumat yang betul, terkini, dan mantap kepada
murid-murdi kita di kelas. Kita juga boleh mengambil bahagian dalam pertandingan,
peraduan dan sebagainya bagi merangsang kreativiti kita dan daya rekacipta dalam
pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan. Kita juga digalakkan untuk mencari
peluang untuk membuat penyelidikan dan menerbitkan hasil penyelidikan atau penemuan
baru kita bagi membantu pihak sekolah atau universiti untuk memperbaharui penemuan
yang sedia ada. Selain itu, penemuan atau hasil cipta kita perlu didaftar hak cipta bagi
mengiktirafnya sebagai reka cipta kita yang asli bagi menglakkan berlakunya peniruan
atau plagiarism.
Sudah semestinya kita akan merasa jemu dan bosan apabila kita melakukan sesuatu
kerja yang sama sahaja setiap hari. Oleh itu, kita perlu melakukan penambahbaikan
secara berterusan. Sebagai seorang guru, penambahbaikan berterusan merangkumi cara
mengajar, pendekatan baharu untuk mengajar, campuran pelbagai teknik pengajaran,

14
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063
TAN HUI NEE
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI )
D20102044386

latihan dan kerja secara berkumpulan. Kita perlu sentiasa memperbaiki teknik dan kaedah
mengajar kita agar anak murid kita tidak berasa jemu atau bosan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Selain itu, penambahbaikan secara berterusan
juga boleh dilihat dari segi penyelidikan di mana penyelidikan sentiasa memperbaharui
penemuan yang sedia ada. Jika kita selalu mengemaskini dan membuat penambahbaikan,
kita akan mengetahui perkembangan sesuatu bidang khususnya bidang penyelidikan dari
semasa ke semasa.
Dalam bidang pendidikan, kita sentiasa merebut peluang yang ada bukanlah
bermakna kita tamak untuk mendapatkan sesuatu tetapi peluang yang ada sudah
semestinya untuk diambil, bukannya dibiarkan sahaja. Sebagai seorang guru yang
berkesan, kita perlu bijak merebut peluang yang ada terutamanya apabila berkaitan
dengan cara mendapat dan menyebarkan ilmu. Sebagai contoh, jika terdapat iklan
mengenai seminar yang berkaitan dengan bidang pendidikan untuk kita, kita perlku
merebut peluang yang ada untuk menimba ilmu baharu. Peluang tidak selalu datang dan
kejayaan tidak akan datang bergolek, kita perlu bijak merebutnya.
Di sekolah, seringkali terdapat banyak tawaran hebat untuk kita menunjukkan
kreativiti kita. Ambillah peluang yang ada sebagai meningkatkan kreativiti kita sebagai
seorang guru. Sebagai contoh, jika terdapat tawaran untuk kita berkursus di luar daerah,
jangan kita anggapkan tawaran tersebut sebagai beban tugas kita sebaliknya kita harus
anggaplah peluang tersebut sebagai cara kita meluaskan jaringan kita denga pihak guru di
sekolah lain atau menambahkan kenalan dengan jabatan lain. Peluang tidak akan datang
jika kita hanya berada di sekolah dan mengajar.
Nilai tambah dalam petunjuk Bitara kreatif dan inovatif bermaksud kita
menggunakan kemudahan media dan teknologi seperti kemudahan internet tanpa wayar,
kemudahan sistem portal pelajar di universiti, kemudahan teledon dalam proses
pembelajaran di universiti sebaik mungkin. Di sekolah, kita sebagai guru yang berkesan
haruslah menyebarkan ilmu baharu hasil pembacaan kita kepada anak murid kita dan juga
rakan sejawat kita. Pendekatan thinking outside the box juga perlu kita kerap gunakan.
Pendekatan ini menerangkan kita sebagai guru tidak terikat dengan kepercayaan dan

15
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063
TAN HUI NEE
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI )
D20102044386

pengetahuan yang dimiliki. Kita perlu mempunyai kemampuan untuk melihat masalah
dari segi perspektif baru bebas daripada segala tanggapan preconceptions yang kita
sedia miliki.
Nilai Bitara kreatif dan inovatif seumpama ini secara eksplisit dapat meluaskan
persepsi dan paradigma kita dalam sesuatu penyelesaian masalah. Persepsi yang sempit
da nparadigma yang tertutup menyukarkan kita mancari suatu cara penyelesaian yang
kreatif. Permainan yang dapat mendalamkan ufuk pemikiran kita dalam menerbitkan
idea, pendekatan dan metodologi baharu bagi menyelesaikan masalah. Lazimnya, kita
diajar menyelasaikan masalah berdasarkan rules of thumb, dan fix functional, selain
pengalaman lalu. Ketiga-tiga pendekatan ini sangat konservatif dan tidak membenarkan
seseorang berfikir di luar kotak atau thinking outside the box. Akibatnya, paradigma
kita hanya terdorong mencari hanya satu jawapan yang pasti dan tepat. Sedangkan dalam
dunia realiti ini sesuatu masalah itu boleh diselesaikan dengan banyak cara dan
pendekatan.

RUMUSAN
Sebagai seorang guru yang berkesan, kita haruslah sentiasa meluaskan cara kita berfikir
tidak hanya kepada persekitaran kita tetapi juga membandingkan dengan persekitaran di
luar seperti di luar negara. Untuk menjadi seorang guru yang berkesan, kita harus
mempunyai sahsiah dan personaliti yang tinggi.
If they arent learning...then you arent teaching.~ Anon. Guru yang berkesan pasti
akan merealisasikan pendidikan yang cemerlang. Kita perlu inginkan kemajuan,
peningkatan, kecemerlangan, dan kegemilangan seterusnya apa yang kita namakan
sebagai kejayaan. Kejayaan pula berlaku dalam banyak bentuk sama ada kejayaan
peribadi, kejayaan organisasi ataupun kejayaan kelompok dan komuniti. Sikap adalah
kekunci kepada segalanya. Sikap dapat disamakan dengan kehendak. Sesiapa jua boleh

16
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063
TAN HUI NEE
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI )
D20102044386

memiliki pengetahuan dan kemahiran yang tertentu bagi melaksanakan perkara-perkara


besar lagi hebat, tetapi jika tanpa kehendak yang mendorong dan menggerakkan tingkah
laku dan perbuatan maka hasil akhirnya adalah potensi yang tidak dapat direalisasikan.
Didapati juga individu-individu yang kurang pengetahuan dan kemahiran tetapi mereka
memiliki sikap, kehendak, dan dorongan yang cukup kuat dapat mengatasi sebarang
halangan yang mereka hadapi dengan jayanya.
Kejayaan dan kecemerlangan sekolah terletak pada keberkesanan seluruh sistem,
nilai, kepercayaan, iklim, semangat, dan budaya yang diamalkan dan dipamerkan setiap
waktu oleh setiap orang murid, guru, kakitangan bukan guru, dan juga pentadbir dan
pengurus kurikulum sesebuah sekolah itu. Pihak yang besar kesan dan pengaruhnya
terhadap kemajuan dan kecemerlangan ini ialah guru-guru sendiri. Oleh itu, untuk
menjadi seorang guru yang berkesan kita haruslah merealisasikan atau mempamerkan
nilai-nilai Bitara yang digariskan oleh pihak UPSI. Dengan adanya nilai Bitara dapat
membantu kita menjaga dan mengekalkan personaliti yang bersahsiah tinggi dari semasa
ke semasa.

Bibliografi
1. Ketelusan - Asas Pembinaan Pekerti http://sepaku.net/nur-addin/5994-ketelusanasas-pembinaan-pekerti.html#ixzz1MZW4PNgr
2. Hussein Mahmood (1993) Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah.
3. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur(1999) Program Peningkatan
Kurikulum dan Kemajuan Pendidikan (Edisi Kedua)
4. Noor Shah Saad (2007). Program Pembinaan Insan Dalaman Universiti
Pendidikan Sultan Idris (BITARA) : Konsep, Pelaksaaan dan Persepsi Amalan

17
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063
TAN HUI NEE
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI )
D20102044386

Staf Akademik, Persidangan Kecemerlangan Modal Insan Dalam Sektor Awam 57 November 2007, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
5. Muhammad Rais Abd. Karim (2006). Melestari Pendidikan Gemilang ke Arah
Penjanaan Modal Insan, Tanjong Malim: Pencetakan Universiti Pendidikan Sultan
Idris.
6. Ahmad Shukri Abd. Hamid (2006,3 Mac). Modal Insan Pelengkap Pembangunan.
Berita Harian, muka surat 13.

TAJUK TUGASAN 3 :
1( a ) Huraikan satu isu yang melanggar etika profesion
perguruan.

18
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063
TAN HUI NEE
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI )
D20102044386

1.0

Pengenalan
Guru dianggap sebagai satu profesion yang paling murni. Ia juga dikatakan satu

profesion yang paling unik. Namun berbeza daripada profesion yang lain seperti doktor,
peguam dan arkitek, guru tidak mempunyai satu badan khas yang mengawal
profesionalisme pengamal-pengamalnya selain daripada Unit Tatatertib Jabatan Negeri.
Di Malaysia, adakalanya guru yang dianggap melanggar etika perguruan tidak akan
diambil tindakan pecat atau lesen mengajar guru berkenaan ditarik balik.
Etika Profesional adalah nilai-nilai atau tingkah laku murni yang harus dihayati
oleh individu mengikut profesional masing-masing. Ia menjelaskan tindakan-tindakan
betul yang perlu diikuti dan tindakan-tindakan salah yang perlu dihindari. Tujuan etika
diadakan adalah untuk mengekalkan integrity moral seseorang profesional itu.
Etika membawa maksud tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau
profesion terhadap masyarakat. Seseorang anggota perkhidmatan awam berkewajipan
memahami tanggungjawab terhadap peranan dan perilaku seseorang pekerja dalam
kerajaan. ( Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam-INTAN, 1991 )
Menurut Shukri Ahmad dan Razali Mat Zin (2001) dalam buku yang berjudul Adab dan
Etika Kerja dalam Organisasi, menyatakan bahawa etika merupakan prinsip moral atau
nilai akhlak atau tingkah laku yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu
kumpulan. Prinsip moral dan kesedaran akhlak ini tidak boleh dicapai oleh seseorang
tanpa menjalin penghubungan sosial dengan orang lain.
Terdapat banyak lagi definisi dan kaitan-kaitan yang dibuat kepada
etika.Sebagai contohnya etika didefinasikan sebagai sains moral dan prisip-prisip moral,
etika adalah falsafah tingkah laku manusia dilihat dari aspek Lahiriah dan Batiniah, etika
adalah disiplin dan peraturan yang menentukan semua perbuatan itu baik atau jahat, etika
biasanya dikaitkan dengan nilai moral dan estetika.
Etika Kerja Keguruan hendaklah diamalkan oleh semua guru dengan diterajui
oleh pihak pemimpin. Semua pihak hendaklah bertekad dan berusaha untuk
mempertingkatan kualiti peribadi dan perfesional keguruan. Adalah amat penting setiap
personal di KPM tanpa mengira jawatan yang disidang memahami serta menghayatnya
setiap masa sebagai budaya kerja harian .

19
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063
TAN HUI NEE
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI )
D20102044386

Sebagai seorang guru yang berprofesion, mereka terikat dengan Tatasusila Profesion
Perguruan Malaysia. Mereka memulakan perkhidmatan dengan ikrar seperti dibawah:
Kami guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke
arah pembentukan kewarganegaraan yang berilmu, yang taat setia, yang
bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju
ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya
kepada demoklasi, kebebasan perseorangan dan pronsip-prinsip Rukun Negara. Dengan
melalui pendidikan, guru dapat membantu muridnya memahami kebudayaan mereka,
memperolehi pengetahuan yang terkumpul sejak zaman berzaman den menyediakan
mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Menyedari betapa besarnya
tanggungjawab membimbing anak murid untuk mencapai kemajuan sepernuh-penuhnya,
maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan
kami menyerpurnakan profesion kami ke tahap kesusilaan yang setinggi-tingginya
Isu yang melanggar etika profesion perguruan yang dipilih adalah tidak
berintegriti dalam perkhimatan. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamad( 1991)
dinyatakan bahawa integriti dalam perkhidmatan awam adalah sesuatu yang sering
dihubungkan dengan nilai amanah, jujur,kebolehpercayaan dan juga sentiasa memelihara
kepentingan awam tanpa mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri. Takrif
integriti menurut buku Pelan Integriti Nasional pada muka surat 18 dinyatakan bahawa
integriti bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa yang diberi untuk kepentingan
umum. Tidak menyalahgunakannya untuk kepentingan diri sendiri. Memberi keutamaan
kepada kepentingan awam apabila berlaku sesuatu konflik.
Walaupun kajian mengenai golongan atau kerjaya mana yang paling dipercaya
oleh rakyat

Malaysia (Who Do Malaysian Trust Most) yang pertama di Malaysia

meliputi sebanyak 2704responden pada tahun 2005 memaparkan daripada 15 jenis


pekerjaan , guru menduduki tenpat kedua selepas doktor, tidak bermakna guru terlepas
daripada masalah atau isu tidak berintegriti. Berasaskan masalah-masalah yang dihadapi
inilah, maka satu Pelan Integriti National ( PIN) telah dilancarkan pada 23 April 2004.
Pelan Induk ini bersifat holistic bagi memantapkan lagi integrity di kalangan penjawat

20
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063
TAN HUI NEE
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI )
D20102044386

awam termasuk guru. PIN juga bermatlamat untuk menjadikan integriti sebagai satu
budaya kerja masyarakat Malaysia. Secara khususnya pula, PIN akan mengisi cabaran
keempat dalam wawasan membina masyarakat bermoral dan beretika.
Dewasa ini tidak berintegriti di kalangan penjawat awam banyak dilihat dalam
konteks rasuah. Seseorang guru juga tidak terkecuali daripada nilai buruk ini, terutama
apabila guru tersebut memegang sesuatu jawatan yang tinggi dalam aspek pengurusan
seperti menjadi guru besar, pegawai Pejabat Pendidikan Daerah,Pejabat Pendidikan
Negeri dan sebagainya. Kuasa yang ada pada mereka seperti menentukan pembelian,
pemerolehan dan pembangunan membuka ruang kepada pelakuan rasuah. Pelakuan
rasuah boleh berlaku dalam berbagai segi seperti penyalahgunaan kuasa, pelibatan wang
ringgit, perkhimatan seks dan sebagainya. Daripada sekecil-kecil rasuah yang berbentuk
imbuhan daripada pembekal buku kerja dengan komisen yang dipersetujui sehinggalah
kepada yang besar seperti sogokan bagi mendapatkan tender-tender besar dalam
pembangunan ataupun sesuatu perkhidmatan dalam dunia pendidikan.
Ekoran daripada kemelut rasuah yang berleluasa, TEKAD 2008 telah mengantur
langkah-langkah

untuk

mengurangkan

gejala

rasuah,

salahguna

kuasa

dan

penyelewengan secara lebih berkesan. Pengurusan kepada integriti perkhimatan awam


mencakupi guru juga perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh kerana masyarakat
mempunyai ekspektasi tinggi terhadap kecekapan, keberkesanan dan produktiviti
pelaksanana kerja anggota perkhimatan awam termasuklah guru tadi.
Isu rasuah penyelewengan dan salah guna kuasa akan menjejaskan segala bentuk
pelaksanaan kerja dalam semua aspek. Ranai bersetuju untuk menggunakan istilah najis
bagi rasuah bersamaan dengan istilah yang sama digunakan kepada dadah. Seseorang
guru yang terlibat dengan najis ini sudah tentu akan mengganggu segala tugas-tugas
rasmi ataupun tidak rasmi yang lain. Secara asasnya, pendapatan berasaskan rasuah itu
sendiri sudah pasti akan membentuk nilai diri yang tidak baik kepada individu itu. Beliau
sudah pasti menjadi seorang insan yang tidak takut kepada Allah sebagai maha pencipta.
Lantaran tiada nilai ketakwaan tidak mustahil dia akan melakukan lebih banyak lagi
perkara-perkara yang melanggar nilai atau etika perguruan.

21
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063
TAN HUI NEE
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI )
D20102044386

Mathama Gandhi iaitu seorang tokoh dan bekas Menteri Perdana India pernah
menyatakan ungkapan The world has enough for everyones needs, but never enough for
even one mans greed. Berkisar tentang soal rasuah ini, perlulah juga rasanya
diperincikan dengan detil perihal rasuah itu sendiri. Terdapat bentuk-bentuk tingkah laku
rasuah yang merujuk kepada peringkat-peringkat. Peringkat tersebut adalah peringkat
pra, peringkat permulaan, peringkat pertengahan dan peringkat kritikal. Perbincangan
akan diteruskan berdasarkan peringkat-peringkat berkenaan.
Pada peringkat pra, klient atau pelanggan akan memberi sumbangan yang
didakwa sebagai sumbangan ikhlas. Kebiasaannya sumbangan ini dianggap sebagai satu
konsep untuk menabur bidi, tanda ucapan terima kasih, tanda ingatan dalam nilai
persahabatan dan berunsur puji pujian kepada yang telah berjasa. Peringkat seterusnya
ialah peringkat permulaan. Pada peringkat ini pemberi atau klient akan membelanja
makan minum, member baucher, menghadiahkan cenderamata dan sebagainya di atas
konsep keterhutangan atau termakan budi. Pada peringkat ini rasuah telah mencapai satu
tahap peringkat yang telah menjadi amalan dan budaya. Peringkat seterusnya pula ialah
peringkat pertengahan. Pada peringkat ini, rasuah atau suapan dibuat secara bayaran
tunai. Rasuah atau suapan telah mencapai satu aras iaitu perlakuan ini terlaksana atas
konsep keterbiasaan. Dakam erti kata lain satu perlakuan meneruskan keterlanjuran
sehingga menjadi suatu amalan. Manakala peringkat terakhir pula dikenali sebagai
Peringkat Kritikal. Pada peringkat ini telah wujud elemen demand. Dalam peringkat ini
rasuah atau suapan telah berlaku secara agak terbuka atas konseo terpaksa. Pelaku telah
ditanam dalam dirinya konsep penghalalan kepada hal-hal atau perkara yang haram.
Terbenam dalam minda dan menjadi pegangan terhadap corruption mindset
Terdapat juga berbagai-bagai persepsi di kalangan pembeli rasuah. Mereka
mempunyai satu tanggapan yang seakan-akan telah sebakti dalam diri mereka. Mereka
sangat yakin bahawa semua manusia suka dirai dan dihargai. Pembeli rasuah juga
berpendapat bahawa amalan rasuah adalah perkara biasa yang telah menjadi tradisi di
sesebuah jabatan kerajaan dan swasta. Mereka juga akan sentiasa memastikan pihak
tertentu sedia bekerjasama dahulu sebelum menghulurkan umpan atau suapan.
Kenyakinan bahawa manusia mudah tunduk kepada wang amat tebal dalam diri mereka.

22
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063
TAN HUI NEE
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI )
D20102044386

Sikap tidak putus asa juga seolah-olah satu amalan mulia pula tetapi sikap ini berlaku
dalam konteks rasuah iaitu sekali penerima menolak, pembeli rasuah akan mencuba lagi.
Pendekatan juga dilakukan dalam konteks berbaik-baik pada hari ini, hari esok mungkin
mengena. Pembeli rasuah juga memegang konsep hutang budi dibalas budi. Konsep ini
kelihatan suci pada kaedahnya tetapi tidak benar pada batilnya seperti pandangan ilmuan
sesuatu kaedah tidak akan menghalalkan cara. Secara amnya, segala persepsi pemberi
rasuah ini merujuk kepada nilai moral yang rendah dan dalam masa yang sama mereka
mudah terpengaruh dengan gejala rasuah ini.
Perbincangan juga akan melihat pandangan terhadap rasuah daripada persepsi
penerimaan rasuah. Oleh kerana rasuah yang diterima sama ada daripada mata wang atau
harta benda itu mendatangkan kegembiraan, maka penerima rasuah akan mudah
menghalalkan tingkah lakunya. Berdasarkan amalan rasuah dalam organisasinya,
penerima rasuah juga akan rasa tersisih jika tidak mengikut norma yang biasa itu.
Penerima rasuah juga akan beranggapan apa yang saya dapat setelah penat bekerja?
mereka juga akan menganggap peluang hanya boleh datang sekali dan dengan mudah
akan mendakwa pihak atasan juga buat apatah lagi pihak bawahan sepertinya. Penerima
rasuah juga sering menganggap rasuah itu bukan nijis tetapi satu keistimewaan sering
dianggap keraian itu adalah merupakan fitrah dalam perundingan.
Dalam konteks kerjaya guru pula akan ada sesetengah yang beranggapan bahawa
agensi kerajaan lain lebih teruk mengamalkan rasuah dan sedikit rasuah dalam bidang
keguruan tentu tidak menjejaskan apa-apa. Para pentadbir dalam dunia perguruan juga
segelintirnya beranggapan sesiapa yang ada kuasa boleh mendatangkan kekayaan. Secara
berjenaka mereka akan berkata imam yang kuat pun belum tentu dapat menggelak
rasuah. Terdapat juga

ungkapan-ungkapan berbaur ejekan dan sindiran seperti

seseorang itu tidak akan bersalah melakukan rasuah selagi belum tertangkap.
Di antara pelanggaran integriti dalam kes lain di kalangan guru, sering juga
didapati guru menggunakan kemudahan pejabat atau sekolah untuk kepentingan peribadi,
makan dan minum melebihan waktu yang ditetapkan, ponteng selepas panch in ,
membuat kerja sendiri, memakai pakaian tidak sesuai, datang lambat dan balik awal dan
berbagai-bagai lagi kesalahan.

23
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063
TAN HUI NEE
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI )
D20102044386

1( b ) Huraikan kesan isu tersebut kepada pembangunan sahsiah


guru.
1.0 Penganalan
Terdapat banyak kesan buruk kepada pembangunan sahsiah guru terlibat dalam
kancah amalan rasuah. Kesan buruk ini boleh berlaku pada diri sendiri, keluarga,
hubungan sosial, kerjaya, organisasi dan juga masyarakat. Perbincangan seterusnya akan
dilaksanakan berdasarkan perkara-perkara berikut yang diagihkan kepada sub-sub topik.
2.0

Kesan Buruk Kepada Diri Sendiri


Kesan buruk kepada diri sendiri adalah dalam bentuk keabadian diri. Orang

sekeliling atau masyarakat umum juga akan memandangan negatif kepada pelaku rasuah.
Bahkan pelaku rasuah sering dipandang hina dan dipandang rendah. Dalam konteks
perguruan pula, pesalah rasuah yang merupakan seorang guru mempunyai kesan impak
negatif yang lebih tinggi berbanding seseorang dari kerjaya lain. Apabila seorng guru
yang sememangnya insan yang disanjungi dan dihargai terlibat dengan amalan rasuah,
maka prestasinya seolah-olah menjunam setinggi awan ke bumi. Guru yang selama ini
menjadi role model kepada murid akan juga menjadi contoh dalam aspek yang negatif
pula iaitu pengamal rasuah.
Seseorang pelaku rasuah juga sama ada sedang menunggu hukuman atau telah
pun dihukum akan hilang keyakinan diri untuk terus hidup dalam masyarakat. Mereka
seolah-olah telah sampai ke penghujung hidup dan telah menemui jalan buntu. Tidak
hairanlah apabila kita selalu didapatkan dengan berita-berita kisah orang bunuh diri
lantaran tidak sanggup menanggung malu atau kerugian besar. Label yang diberikan oleh
anggota masyarkat kepada pelaku rasuah juga akan menambahparahkan lagi keadaan
tersebut.

24
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063
TAN HUI NEE
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI )
D20102044386

3.0

Kesan Buruk Kepada Keluarga


Manakala dari aspek keluarga pula, bagi pengamal rasuah keluarga mereka akan

dipandang hina dan dipandang rendah oleh ahli masyarakat. Manakala dalam konteks
agama dan kepercayaan pula seperti dalam konteks persepsi Islam, kehidupan pengamal
rasuah tidak berkat. Ketidakberkatan secara tidak langsung akan melibatkan keluarganya
kerana mungkin beliaulah satu-satunya sumber pendapatan keluarga. Segala bentuk harta
benda milik keluarga akan sentiasa dipersoalkan walaupun bukan semuanya terlibat
denagn amalan rasuah. Dalam masa yang sama juga, amalan rasuah si pelaku akan
meninggalkan kesan yang tidak baik kepada pasangannya sama ada suami atau isteri dan
juga zuriatnya seperti anak, cucu, cicik dan sebagainya. Secara langsung dan tidak
langsung amalan buruk seperti rasuah ini akan terus diperkatakan melewati keturunan
kepada anak, cucu, cicik, cuit dan tidak keterlaluan adakalanya sehingga tujuh keturunan.
Keadaan ini juga bertepatan deng

an adat manusia jahil yang sememangnya suka

mengumpat keji dan mengatakan mengenai keburukkan orang lain seolah-olah kunci
pintu taubat mereka yang memegangnya .

4.0

Kesan Buruk Kepada Kerjaya


Selain daripada melibatkan diri manusia itu sendiri, amalan rasuah juga memberi

kesan dari aspek kerjaya. Seseorang pengamal rasuah yang tertangkap sudah pasti
menjejaskan kerjayanya. Mengikut undang-undang, seseorang penjawat awam seperti
guru akan dipecatkan daripada jawatannya apabila didapati bersalah atas tuduhan
mengamalkan rasuah. Sekiranya tidak sampai kepada tahap pemecatan jawatan kesan
buruk juga terhasil dalam rekod perkhimatan seseorang yang terlibat dalam amalan
rasuah.
Dari satu sudut lain pula, amalan rasuah yang dilakukan akan memberi imej buruk
kepada sesuatu kerjaya atau bidang pekerjaan. Keadaan ini bertepatan dengan peribahasa
yang berbunyi kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Terdapat satu lagi peribahasa
yang juga membawa maksud yang sama iaitu seekor kerbau yang membawa lempur,
habis terpalik semua kerbau yang lain. Maksudnya, apabila hanya mungkin seorang atau
segelintir yang melakukan rasuah tetapi yang mendapat nama buruk adalah keseluruhan

25
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063
TAN HUI NEE
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI )
D20102044386

bidang kerjaya itu. Apatah lagi jika berlakunya adalah seorang guru. Akan terkeluarlah
kata-kata ejekan seperti guru pun rasuah, bagaimana acuan begitulah nanti kuihnya.
5.0

Kesan Buruk Kepada Hubungan Sosial


Pelaku rasuah juga akan menghadapi masalah dalam konteks sosial. Rakan-rakan

sudah tentu akan semakin menjauh diri kerana tidak mahu terpalit sama dengan najis
rasuah

tersebut.

Berbalik kepada konteks dunia keguruan,seseorang guru yang terlibat dengan rasuah
akan menimbulkan kesan keterhakisan nilai kebolehkepercayaan. Dalam erti kata yang
lebih mudah, murid, ibu bapa dan masyarakat akan mula hilang keyakinan dan
kepercayaan kepada kredibiliti sesorang guru itu. Apabila keadaan ini berlaku secara
tidak langsung akan turut memburukkan elemen-elemen lain dalam pendidikan seperti
sesi pengajaran dan pembelajaran. Akibat kelunturan tahap kenyakinan murid terhadap
guru, sudah tentu segala ilmu dan juga kemahiran-kemahiran serta didikan yang guru
cuba sampaikan kepada murid akan terjejas.
Terdapat juga kesan yang berada pada tahap yang membimbangkan dan
menakutkan. Senario ini telah pun berkembang dengan pesat di negara-negara
membangun termasuklah Negara kita Malaysia. Telah banyak dipaparkan di akhbar keskes bunuh diri yang diakibatkan oleh gejala rasuah. Keadaan ini berlaku retetan daripada
rasa malu yang amat sangat ataupun rasa tertekan yang amat tinggi di kalangan pelaku
rasuah. Apabila tertangkap pelaku rasuah seolah-olah merasa kehilangan segala-galanya
kerana dia sedar akan hukuman yang perlu dilaluinya yang juga merupakan hukuman
yang berat seperti buang kerja. Pembekuan aset dan hukuman penjara. Hukumanhukuman yang menghantui fikiran ini juga mambawa kepada kehilangan kewarasan
untuk berfikir dan menimbangkan baik buruk tindakan susulan berikutnya. Dalam
keadaan ini, pelaku rasuah sudah tidak mempunyai harga diri lagi sehingga sanggup
melakukan apa sahaja termasuk membunuh diri. Tindakan ini diambil dengan anggapan
bahawa segalanya akan selesai. Namun pada hakikatnya itu bukannya cara penyelesaian
malah menjadi satu lagi masalah baru yang lebih besar. Maka bertambah-tambah lagi
kesan buruk retetan daripada asalnya hanyalah amalan najis rasuah.

26
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063
TAN HUI NEE
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI )
D20102044386

6.0

Kesan Buruk Kepada Masyarakat dan Negara


Apabila guru pun boleh terlibat dalam amalan rasuah, secara mudahnya boleh

diandaikan bahawa agensi-agensi kerajaan yang lain tentu akan juga terlibat. Ini
bermaksud bahawa Negara kita dipenuhi oleh pengamal-pengamal rasuah terutama dalam
agensi kerajaan. Agensi kerajaan lebih bersifat member perkhidmatan dan menjaga
kebajikan masyarakat. Marilah sama-sama kita bayangkan apakah kesan dan akibat
apabila sesuatu Negara penuh dengan amalan rasuah kepada kebajikan masyarakatnya.
Sudah pasti masyarakat akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan sesuatu
perkhidmatan. Terpaksa melakukan suapan seperti menghjulur duit di bawah meja bagi
mendapatkan sesuatu perkhidmatan.
Amalan rasuah juga menimbulkan kesan ketidakadilan dalam masyarakat. Siapa
yang menyogok lebih banyak akan dapat sesuatu perkhidmatan atau tender-tender bagi
sesuatu projek. Ekoran daripada terpakse member sogokan atau suapan, bujet untuk
perbelanjaan sesuatu projek telah tersasar dan akibatnya berlakulah pemotongan kos
kepada harga dan mutu barangan atau perkhidmatan. Sudah pasti kesannya akan diterima
terus oleh masyarakat melalui aspek gunaan sesuatu barangan, bangunan atau
perkhidmatan. Walaupun kita melihat kesan ini lebih ke arah agensi-agensi yang banyak
terlibat dengan projek kerajaan, namun kesan yang sama juga boleh dilihat apabila guru
yang terlibat dengan rasuah. Sebagai contoh paling hampir, apabila seseorang pentadbir
dalam institusi pendidikan menerima rasuah daripada pembekal buku kerja, maka buku
itu mungkin dipilih tidak berasaskan nilai kesesuaian atau atas dasar kebaikan kepada
murid. Jadi kesannya tertimpalah kepada murid yang sememang merupakan satu
kumpulan ahli masyarakat. Kemungkinan juga pembekal buku mengenakan harga yang
sedikit mahal atau tanpa diskaun. Hal ini pula akan menimbulkan ketidakadilan pula
kepada ibubapa atau penjaga. Jika suapan atau rasuah tidak diberikan sudah tentu
keuntungan dapat dikecapi secara sama rata di kalangan ibubapa atau penjaga kerana
diskaun yang diberikan dapat dinikmati secara sama rata.

1( C ) Kaitkan isu tersebut dengan satu (1) teori pembangunan

27
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063
TAN HUI NEE
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI )
D20102044386

sahsiah.
1.0

Pengenalan
Isu yang dipilih akan dikaitkan dengan Teori Hierarki Keperluan tingkah laku

manusia.( Hierarhy of Need Theory) yang dikemukakan oleh Abraham Maslow. Teori
Maslow ini menghuraikan lima keperluan asas manusia yang seterusnya akan
mempengaruhi tingkah laku manusia. Keperluan-keperluan asas tersebut adalah
keperluan fisilogi, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan
penghargaan kendiri dan keperluan kesempurnaan kendiri. Isu rasuah yang dibincangkan
merujuk terus kepada lima keperluan yang disarankan oleh Abraham Maslow.
Seterusnya perbincangan akan menjelaskan

terlebih dahulu tentang ciri-ciri

keperluan mengikut Maslow. Keperluan yang diletakkan paling hujung dalam senarai
merukan keperluan yang paling perlu diberikan keutamaan, manakala keperluan yang
disebutkan paling awal adalah keperluan yang paling lemah. Penjelasan kepada ciri-ciri
bagi keperluan asas tersebut dan kaitannya dengan isu yang dibincangkan akan dibuat
berdasarkan sub-sub topik berikut.
2.0

Keperluan fisiologi
Keperluan fisiologi adalah keperluan peringkat pertama yang perlu dipenuhi.

Merupakan keperluan asas bagi setiap individu seperti keperluan untuk makan, keperluan
untuk minum, keperluan untuk tidur, keperluan untuk pakaian, keperluan untuk seks dan
sebagainya. Keperluan fisiologi ini bersifat biological dan merupakan keperluan asas
yang sangat penting serta sekiranya tidak dipenuhi maka keperluan-keperluan lain akan
menjadi tidak penting.
Merujuk kepada kaitannya dengan isu rasuah, apabila permintaan terhadap
keperluan fisiologi melebihi daripada yang sepatutnya maka keadaan ini cenderung untuk
melahirkan rasuah. Setiap orang perlu ada pakaian, makan minum, rehat dan sebagainya.
Secara asas cukuplah sekadar berpatutan dan sederhanaan. Namun apabila seseorang itu
sentiasa menurut hawa nafsunya yang sentiasa menginginkan keperluan fisiologi yang

28
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063
TAN HUI NEE
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI )
D20102044386

melebihan seperti makan makanan yang sedap dan mahal, tidur di tempat mewah seperti
di hotel 7 bintang, minum minuman yang mahal dan sebagainya. Lantaran itulah
kecenderungan untuk melakukan rasuah sangat tinggi. Lebih-lebih lagi jika pendapatan
seseorang itu tidak dapat menampung serakah hawa nafsunya.
3.0

Keperluan keselamatan
Menurut

Maslow, keperluan

keselamatan

merupakan

keperluan

kepada

kestabilan, pergantungan, perlindungan bebas daripada rasa takut dan bimbang. Bagi
Maslow, keperluan ini sangat penting pada peringkat kanak-kanak dan golongan dewasa
yang mengalami masalah kejiwaan. Bagi kanak-kanak, mereka akan menunjukkan
ketakutan kepada orang yang tidak dikenali dan memaparkan rasa gelisah apabila
ketiadaan ibunya bersama. Bagi menyesuaikan diri seperti pada tahun pertama, kanakkanak memerlukan rutin harian, kestabilan dan persekitaran yang aman. Manakala bagi
golongan dewasa pula, keperluan ini dapat dipenuhi dengan mewujudkan undang-undang
di dalam masyarakat. Keadaan ini akan membantu orang dewasa bagi memenuhi
keperluan mendapat ketenteraman, kedamaian, bebas dari perasaan resah , gelisah dan
sebagainya yang boleh mengancam nyawa dan fizikal serta emosi. Bagi orang dewasa,
kegagalan

bagi

memenuhi

keperluan

ini

akan

menimbulkan

keadaan

yang

membahayakan manusia.
Dalam konteks kaitan dengan amalam rasuah, kecenderungan seseoarang itu
untuk mendapatkan wang yang lebih bagi memastikan keperluan keselamtannya terjamin
maka terjebaklah dia dengan gejala rasuah. Semakin banyak wang yang dimiliki semakin
banyak peluang untuk memenuhi keperluan keselamatan. Semua orang akan rasa selamat
jika mempunyai wang yang banyak. Mereka rasa wang yang mereka ada itu dapat
membeli segala keperluan keselamatan yang seterusnay akan menjamin agar mereka
mendapat ketenteraman, kedamaian, bebas dari perasaan resah dan sebagainya.
4.0

Keperluan kasih sayang

29
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063
TAN HUI NEE
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI )
D20102044386

Menurut Maslow keperluan kasih sayang merupakan keperluan setelah terlaksana


keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan. Sebagai contohnya, bagi kanak-kanak
mereka telah berasa selamat dalam persekitarannya akan mula mengalih perhatiannya
kepada orang lain. Dalam bentuk memerlukan kasih saying daripada ibu bapa atau ahli
keluarganya. Sementara pada peringkat remaja pula, keperluan kasih sayang perlu
dipenuhi untuk mendapatkan penerimaan daripada sahabat atau rakan.
Berkaitan dengan isu yang diperbincangkan, pada zaman sekarang semua
perlukan wang termasuklah kasih sayang. Dunia kini serba materialistik sehingga kasih
sayang pun boleh diberi. Seseorang yang berlakukan rasuah sememangnya mempunyai
tanggapan yang salah tentang kehidupan sehinggalah sanggup melakukan gejala rasuah.
Pelaku rasuah ini lebih- lebih lagi akan bersetujui dengan pandangan Maslow yang
menyatakan hubungan seks adalah sebagai pernyataan rasa kasih sayang. Ekoran itu,
penglibatannya dengan ekonomi berasaskan rasuah akan sentiasa meningkat dari sehari
ke sehari demi mendapatkan wang yang banyak dengan cara mudah.
Di dalam keperluan kasih sayang ini mencakupi juga keperluan untuk merasai diri
dihargai. Keadaan ini sukar untuk dicapai terutama dalam masyarakat yang sering
berubah seperti perubahan tempat tinggal, tempat kerja, tempat belajar dan sebagainya.
Kesukaran akibat perubahan-perubahan ini, menyebabkan seseorang itu terpaksa
memenuhi keperluan kasih sayang dengan berbagai-bagai cara. Sebagai contoh yang
spesifik seseorang itu akan menganggotai sesuatu persatuan atau kelab kerana melalui
cara itu dia dapat mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti atau acara yang
diwakilinya.
Bagi Maslow, keperluan kasih saying ini juga termasuk keperluan memenuhi
keinginan seks. Maslow juga berpendapat keperluan untuk memenuhi keperluan seks
juga adalah satu cara untuk menyatakan kasih sayang. Apabila keperluan ini tidak dapat
dipenuhi, manusia akan menjadi gelisah, kecewa dan tidak tenteram sehingga
menyebabkan berlaku gangguan emosi. Pandangan Maslow ini lebih bersifat pandangan
peribadi dan tidak semestinya kita mesti terima bulat-bulat. Jika diteliti dari sudut agama
dan kepercayaan maka pandangan Maslow ini kita boleh diketepikan kerana tidak selari
dengan nilai-nilai ketimbulan .

30
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063
TAN HUI NEE
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI )
D20102044386

5.0

Keperluan penghargaan kendiri


Keperluan ini adalah keperluan untuk mendapatkan pengikhtirafan diri sendiri,

penghormatan daripada orang lain, rasa dikenali dan mendapat kejayaan sosial. Bagi
keperluan penghargaan kendiri itu pula terbahagi kepada dua jenis iaitu penghargaan
terhadap diri sendiri dan penghargaan yang diberikan oleh orang lain. Dalam konteks
perguruan, pelaksanaan sambutan hari guru adalah salah satu contoh penghargaan yang
diberikan kepada guru. Dalam masa yang sama juga, murid-murid akan turut serta
menunjukkan penghargaan mereka terhadap guru.
Keperluan penghargaan kendiri yang dapat dipenuhi dengan baik akan
membuatkan seseorang itu memiliki keyakinan diri dan lebih berdikari seterusnya akan
menyebakan seseorang itu lebih produktif. Manakala keperluan mendapatkan
penghargaan daripada orang lain akan berdarutan kepada keperluan untuk mendapatkan
kemasyhuran, pengikhtirafan,penghormatan, pengangungan dan sebagainya. Sebaliknya
jika keperluan ini tidak dapat dicapai, akan timbul pula masalah-masalah. Sebagai
contohnya tidak bermotivasi, tidak redha sentiasa mengharap pertolongan orang lain.
Rasa rendah diri, rasa takut, tidak bermaya,takut dikritik orang dan suka melihat
kelemahan diri sendiri.
Dari sudut perkaiatannya dengan amalan rasuah, apabila seseorang itu
mempunyai wang dan harta yang banyak, dia akan mudah memenuhi keperluan
penghargaan diri yang merupakan keperluan yang kedua tertinggi dalan hieraki Maslow.
Orang yang mempunyai wang yang banyak akan cuba pula mendapat kuasa. Kekuasaan
yang dimiliki akan membawa kepada pemeolehan penghargaan daripada orng lain pula.
Dalam masa yang sama wang yang banyak sehingga lebih-lebihan sehingga
mendatangkan kemasyhuran dan penganggungan yang melampau. Untuk mendapatkan
wang yang banyak dengan cara yang mudah itulah ramai yang terlibat dengan rasuah.
6.0

Keperluan kesempurnaan kendiri


Menurut Maslow, keperluan ini berada pada tingkat paling atas dalam hieraki.

Dalam mencapai keperluan kesempurnaan kendiri, setipap orang mempunyai cara yang

31
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063
TAN HUI NEE
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI )
D20102044386

berbeza untuk memenuhinya. Keperluan ini dinyatakan merangkumi dua elemen iaitu
kebolehan menggunakan sepenuhnya potensi yang dimiliki dan bakat serta kebolehan.
Digariskan ciri-ciri manusia yang mencapai kesempurnaan. Ciri-ciri tersebut adalah
mempunyai persepsi yang jelas tentang realiti penerimaan terhadap diri sendiri, orang
lain dan persekitaran serta suka mempermudahkan, berdedikasi terhadap sesuatu sebab
menikmati pengalaman hidup, minat untuk bersosial, toleransi, kreativiti dan menolak
terhadap tekanan sosial.
Berkaitan dengan isu yang dibincangkan, saya melihat ciri-ciri yang mencapai
kesempurnaan dalam era moden ini sering dikaitkan dengan nilai material dan
kebendaan. Dalam erti kata yang lebih mudah, seseorang yang kaya raya itu akan dilihat
lebih sempurna berbanding orang lain. Maka di sinilah gejala rasuah memainkan
peranannya meresap kesanubari insan-insan yang tidak beriman.

7.0

Kesimpulan
Secara rumusannya, dapatlah disimpulkan bahawa kecenderungan manusia untuk

melakukan amalan rasuah adalah bagi memenuhi keperluan-keperluan dalam hidupnya


yang lebih bersifat memenuhi kehendak dan bukan lagi hanya untuk memenuhi
keperluan. Ini bertepatan dengan teori humanlistik Maslow yang memberi penekanan
bahawa setiap manusia dilahirkan dengan keperluan-keperluan tertentu yang
membolehkan seseorang itu terus membesar dan mencapai kesempurnaan.

32
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063
TAN HUI NEE
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI )
D20102044386

BIBLIOGRAFI
Allen,

B.P.(2000).

Personality

theories:

development,

growth

and

diversity( 3rd Ed.).USA:Allyn & Bacon.


Burger, J.M. (2001). Personality and integrative approach theories:Basic
assumptions, research and applications( 4th Ed.) new Jersey:Prentice Hall, Inc.
Gillman , S (2005). Innovation: Thinking noutside The Box. Dimuat turun
daripada http://ezinearticles.com/?Innovation:-Thinking-Outside-The
Box&id=74268 pada 10 Februari 2011.
Human Metrics (1998). Jung Typology Test. Dimuat turun daripada
http://www.humanmetrics.com/cgi-win/JTypes2.asp pada 10 Februari 2011.
Nilai Bitara UPSI. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dimuat turun
daripada http://www.upsi.edu.my/index.php/ms/halaman/upsi-sepintas-lalu/nilaibitara.html pada 10 Febuari 2011.
Oregon Small School Initiative ( 2010 ). Tuckmans Team Developmental
Model. Dimuat turun daripada http://www.esmallschools.org/ pada 10 Februari
2011

33
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063
TAN HUI NEE
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI )
D20102044386

Universiti Pendidikan Sultan Idris ( 2011 0. Visi, Misi dan Matlamat. Dimuat
turun daripada http://www.upsi.edu.my/ pada 10 Februari 2011

34
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063
TAN HUI NEE
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI )
D20102044386

35
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD 2063
TAN HUI NEE
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (UPSI )
D20102044386

Anda mungkin juga menyukai