Anda di halaman 1dari 3

SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

Apabila seseorang berhajat dan bercita-cita akan mengerjakan


sesutu perkara, sedangkan dia ragu-ragu sama ada elok diteruskan atau tidak
atau untuk memilih salah satu perkara disunatkan mengerjakan sembahyang
istikharah sebanyak dua rakaat.
Solat istikharah ini boleh dilakukan secara berasingan atau
dikerjakan pada waktu mengerjakan sembahyang sunat Rawatib atau
Tahiyatul Masjid. Boleh dilaksanakan pada waktu siang atau malam. Tetapi
sebahagian ulama mengatakan lebib baik dikerjakan pada waktu malam
sebelum melakukan sembahyang witir
Jawapan dari Allah biasanya didatangkan dengan rasa hati yang
kuat atau tidak untuk melakukan sesuatu perkara itu atau dengan mimpi
atau dengan dipermudahkan jalannya untuk melakukan sesuatu perkara atau
sebaliknya.Tetapi dengan syarat, sebelum melakukan sembahyang sunat
istikharah ini jangan ada kecenderungan kita sendiri mengikut
pertimbangan akal fikiran. Kita hendaklah mengosongkan akal dan hati
serta menyerahkan urusan ini sepenuhnya kepada Allah
Terdapat dua cara untuk melaksanakan solat istikharah ini:
A )Dua rakaat, satu salam
b) Dua belas rakaat enam salam

Rakaat kedua:Surah Al-Ikhlas.


4.Dalam sujud terakhir (iaitu sujud kedua pada rakaat kedua), bacalah
tasbih berikut:

Ertinya:Maha suci Engkau,tiada pengetahuan bagi kami melainkan apa


yang Engkau berikan pengetahuan kepada kami. Sesungguhnya Engkau
Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.
5. Apabila sudah selesai melakukan sembahyang ini, maka bacalah doanya
Doa yang ditunjukkan di sini ialah sepertimana yang diriwayatkan oleh
Jabir Ibn Abdullah r.a bahawa Rasulullah s.a.w mengajarkan mereka
sembahyang Istikharah sebagaimana baginda mengajarkan surah Al-Quran,
baginda bersabda dengan mengucapkan

Cara Melaksanakannya
1. Apabila hendak memulakan sembahyang, luruskan hati dan menyerah
segala urusan sepenuhnya kepada Allah.Rehatkan akal fikiran daripada
membuat pertimbangan peribadi
2. Setelah siap dengan berwuduk, berdiri tegak serta mengadap kiblat,
mulakan solat dengan mengangkat takbiratul ihram dengan lafaz dan niat:

Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah
Taala.
3. Lakukan dua rakaat sunat istikharah tersebut
Rakaat pertama:Surah Al-Kafirun

Ertinya:Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada Engkau terhadap


pilihan yang baik menurut ilmu Engkau dan aku memohonkan penetapan
dengan kekuasaanMu serta memohon anugerah Engkau yang besar.
Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, sedangkan aku tidak berkuasa. Engkau
Maha Tahu, sedangkan aku tidak mengetahui. Engkaulah Yang Maha
Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah! Jika Engkau mengetahui bahawa
perkara ini (sebutkan urusan kita) baik bagiku, di dalam agamaku, di dalam
kehidupanku dan akibat urusanku (atau sebagaimana sabdanya:pada waktu
dekat atau pada masa akan datang),maka takdirkanlah kepadaku dan
mudahkanlah ia bagiku, kemudian berkatilah aku dalam urusanku ini. Dan
sekiranya Engkau mMengetahui bahawa urusanku ini (sebutkan urusan
kita) tidak baik bagiku, di dalam agamaku, di dalam kehidupanku dan akhir
urusanku atau sebagaimana sabdanya:pada waktu dekat atau masa yang
akan datang ), maka hindarkanlah perkara itu daripadaku dan
selamatkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kepadaku sesuatu yang
lebih baik di mana sahaja ia berada, kemudian redhailah aku dengan hal itu.
6. Adapun doa untuk solat Istikharah memilih jodoh ialah seperti ini:

7. Ramai orang mengerjakan solat sunat Istikharah ini untuk selama tiga
malam berturut-turut atau lebih baik sehingga tujuh malam di samping
meletakkan sepenuh keyakinan kepada Allah, maka laksanakanlah dengan
yakin perkara yang dirasakan kuat di dalam hati. Ini berdasarkan sepotong
hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ibnu Sunni daripada Anas r.a
bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda.Apabila kamu bercita-cita untuk
mengerjakan sesuatu, maka hendaklah kamu minta pilihan (solat istikharah)
daripada Allah sebanyak tujuh kali. Selepas itu, lihatlah apa yang
digerakkan pada hati oleh Allah mendahulukannya, kerana sesungguhnya
kebaikkan itu ada pada apa yang didahulukan
Hikmah Solat sunat Istikharah
1. Ia menggantikan amalan jahiliyyah yang menetapkan pilihan dengan
burung-burung atau anak panah (mengundi nasib) sama ada dalam soal
perkahwinan, hendak berjalan jauh atau melakukan sesuatu
pekerjaan.Untuk orang yang beriman cara begini tidak baik, maka solat
Istikharah menandakan mereka kembali kepada Tuhan.
2. Ia dapat menghilangkan rasa resah dalam menentukan pilihan yang tepat.
Dengan mengosongkan hati dan fikiran serta menyerahkan segala urusan
kepada Allah, kita akan diberi pilihan yang terbaik untuk diri dan agama.
3. Kita tidak akan menyalahkan diri sendiri sekiranya berlaku sesuatu yang
tidak baik daripada pilihan kita itu. Kita yakin bahawa itulah kehendak
Allah yang mempunyai pelbagai hikmah, kalau tidak di dunia di akhirat
nanti

Ertinya: Ya Allah sesungguhnya Engkau Berkuasa sedangkan aku tidak


berkuasa. Engkau mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau
mengetahui segala yang ghaib. Jika Engkau mengetahui bahawa si
fulan/fulanah (sebutkan nama lelaki atau perempuan yang dimaksudkan
baik untukku, agamaku, duniaku dan akhiratku, maka berikanlah dia
untukku. Jika yang selainnya lebih baik daripadanya untukku, agamaku,
duniaku dan akhiratku, maka berilah yang lain itu untukku.

4. Ia menandakan keikhlasan seorang hamba terhadap Tuhannya. Dengan


melakukan sembahyang ini, dia meniadakan kehendak peribadinya dan
menyerahkan diri dan segala urusannya kepada Allah S.W.T

Anda mungkin juga menyukai