Anda di halaman 1dari 1

Istilah-istilah Dalam Ulum Al Hadith

on: 09 February, 2010, 11:23:26 AM


1. al- Hadis ialah pekara yang disandarkan kepada Nabi sama ada perkataan, perbuatan, mengaku Nabi
(seperti diam Nabi) atau sifat Nabi.
2. al- Khabar, dan hadis sama makna. Ini mengikut pendapat yang sahih.
Pendapat yang lain menyatakan perbezaan antara keduanya, maka al- Hadis pekara yang datang dari Nabi,
manakala al-khabar pekara yang datang dari orang lain.
3. al-Asar maknanya adalah sama dengan hadis mengikut pendapat yang muktamad.
Pendapat yang lain mengatakan asar ialah hadis yang maykuf (hadis yang disandar kepada sahabat Nabi).
4. al-Sunah juga sama makna dengan hadis mengikut setengah pendapat ulama.
Pendapat yang lain mengatakan bahawa hadis tertentu pada ucapan Nabi dan perbuatannya sedangkan sunah
terlebih umum dari itu.
5. al-Matan iaitu ucapan yang berada di akhir sanad.
6. al-Sanad jalan yang sampai ke pada matan yakni nama perawi yang disebut sehinga kepada matan.
7. al-Isnad ialah menyatakan siapakah yang meriwayat kan sesuatu hadis itu.
Pendapat yang lain mengatakan bahawa isnad sama makna dengan sanad.
8. al-musnid dibaca dengan baris bawah nun ( ) iaitu mereka yang meriwayatkan hadis dengan menyebutkan
sanadnya.
9. al-musnad dibaca dengan baris diatas nun ( )ialah kitab yang menghimpunkan di dalamnya hadis yang
diriwayat oleh seorang sahabat Nabi atau lebih dari itu, seperti Musnad Imam Ahmad b Hambal dan musnad juga
dikatakan sanad, dan juag dikatakan jenis-jenis hadis.
10. al-Muhdis ialah mereka yang menghafal banyak hadis dan mereka mengetahui adil perawi dan tidak
adilnya.
Yang dikehendaki adil di sini ialah adil riwayat bukan adil pada menjadi saksi.
11. al-Hafiz ialah mereka yang menhafal seratus ribu hadis dengan sanadnya sekali.
12. al-Hujah ialah mereka yang menghafal tiga ratus ribu hadis dengan sanadnya sekali.
13. al-Hakim ialah mereka yang menguasi sunah.

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=10430.0

Anda mungkin juga menyukai