Anda di halaman 1dari 3

tips untukmu wanita

1. Wajib bagi seorang isteri:

i. Merendahkan pandangan dan suara di hadapan suaminya.


Keterangan:
Isteri juga perlu menjaga kesantunan di hadapan suaminya. Inilah yang dikatakan
merendahkan pandangan. Banyakkanlah menghadiahkan senyuman untuk suami bagi
keharmonian rumahtangga. Suami bagi si isteri bak ibarat ibu dan bapa bagi anak-
anak. Isteri tidak boleh memarahi suaminya dengan menengkingnya.. isteri boleh
nasihati suami dengan hikmah.

ii.Tidak berkhianat terhadap suaminya ketika ketiadaan suaminya, termasuklah


hartanya.
Keterangan:
Khianat ini ada banyak caranya, contohnya si isteri membenarkan rakan lelaki
sekerjanyamenyentuh kulit tangannya, tak kurang juga mengadakan hubungan cinta
atau hubungan sulit. Untuk harta suami pula ialah dengan tidak menjaga pemberian
suaminya atau menghargainya.

iii. Menunaikan hajat suaminya (jika diminta oleh suami) biarpun di waktu sibuk
atau susah (ditamsilkan oleh Rasulullah SAW, walaupun di atas belakang unta)
Keterangan:
Isteri masa kini ramai yang terpelajar, bahkan ada di antara mereka yang mendakwa
suami di mahkamah kerana merogol mereka. Kejadian ini sepatutnya tidak berlaku.
Hubungan rumahtangga yang sepatutnya terjalin dengan kasih dan sayang. Ramai
isteri seolah-olah merasakan suami tidak mempunyai hak untuk meminta perhubungan
kelamin pada bila-bilasuami minta.

iv. Meminta izin suami untuk keluar dari rumah. Kalau keluar rumah tanpa izin
suami makasi siteri akan dilaknati malaikat sehinggalah si isteri itu kembali.
Keterangan:
Ibu bapa yang sayangkan anaknya akan segera bertanya dan meminta anak-anaknya
memberitahu pergerakan arah tuju anak-anaknya. Begitulah keadaannya si
suami.Sesungguhnya duhai si isteri janganlah menafikan martabat suamimu itu.

2 Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya: " Sunguh-sunguh meminta ampun untuk
seorang isteri yang berbakti untuk suaminya iaitu oleh burung-burung di udara,
ikan-ikan di dalam air dan malaikat di langit selama si isteri sentiasa berada di
dalam keredaan suaminya. Dan sesiapa sahaja di kalangan isteri yang tidak berbakti
kepada suaminya, maka ia mendapat laknat dari ALLAH dan malaikat serta semua
makhluk di muka bumi."

3. Sesiapa sahaja di kalangan isteri yang bermasam muka di hadapan suaminya, maka
dia didalam kemurkaan ALLAH sehingga dia dapat membuatkan suaminya gembira dan
meredainya.

4. Saidatina Aishah r.a berkata: "Wahai kaum wanita! Seandainya kamu mengerti
kewajipanterhadap suamimu, tentu seorang isteri dari kamu bertindak menyapu debu
dari kedua telapakkaki suaminya dengan sebahagian mukanya."

5. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Tiga orang yang tertolak solatnya
olehALLAH dan tidak diangkat kebaikan mereka ke langit ialah: i. Hamba yang lari
dari tuannya sehinggalah dia kembali. ii. Seorang isteri yang dimurkai oleh
suaminya sehinggalah dia dimaafkannya.iii. Orang yang mabuk sehinggalah dia sedar
kembali."

6. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Jika seorang isteri berkata
kepadasuaminya 'Tidak pernah aku melihat kebaikanmu sama sekali', maka hancur
leburlah pahalaamal kebajikannya". Keterangan: Maksud hadith ini ialah jika
seorang isteri memperkecilkan usaha baik suaminya dalam memberi nafkah, melayan
baik atau memberi makan, minum, pakaian, maka hilanglah segala pahala amal
kebajikan si isteri.

7. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa saja seorang isteri yang
memintacerai daripada suaminya tanpa sebab-sebab yang memerlukan, maka haramlah
bau syurgakeatasnya." Keterangan: Hal ini biasa terjadi bagi isteri yang sudah
tidak berminat lagi kepada suaminya.Kecualilah atas sebab tidak dapat menjalankan
kewajipan terhadap suaminya yang dikhuatiri suaminya akan terkecewa.

8. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya ALLAH tidak melihat
kepada seorang isteri yang tidak bersyukur (berterima kasih) kepada suaminya"
Keterangan: Hal ini terjadi biasanya untuk suami yang menggunakan wang si isteri
dengan keredaan isterinya, tetapi kemudiannya diungkiti. Ada juga isteri yang
tidak sedar diri diuntung, sentiasa merasakan dirinya yang melakukan pengorbanan
yang besar terhadap keluarga, walhal pengorbanan dan kesusahan suami tidak pernah
dihargai.

9. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Urusan pertama yang ditanyai kepada
para isteri pada hari kaimat nanti ialah solatnya dan mengenai urusan suaminya
(adakah diamelaksanakan tanggung jawab serta kewajipannya terhadap suaminya atau
tidak)

10. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Empat perempuan yang berada di
Nerakaialah:

i. Perempuan yang jahat mulutnya terhadap suaminya. Jika suaminya tiada di rumah
dia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya bersamanya dia akan memakinya.

ii.Perempuan yang memaksa suaminya memberinya apa yang suaminya tidak mampu
mengadakannya.

iii. Perempuan yang tidak menjaga auratnya dari kaum lelaki dan memperlihatkan
perhiasankecantikannya (untuk menarik orang melihatnya).

iv. Perempuan yang tidak tahu tujuan hidup kecuali makan, minum, bersuka-suka dan
tidur.Dia juga tidak mahu berbakti kepada ALLAH, Rasul-Nya dan suaminya jika dia
bersuami." Keterangan:Seorang perempuan yang bersifat dengan sifat-sifat ini akan
dilaknati kecualilah dia bertaubat.

11. Al Hakim bercerita bahawa seorang perempuan berkata kepada Nabi Muhamad
SAW:"Sesungguhnya putera bapa saudaraku melamarku. Oleh itu berilah peringatan
kepadaku apakewajipan seorang isteri terhadap suaminya, kalau kewajipan itu
sesuatu yang mampu akujalankan, maka aku bersedia dikahwinkan." Maka baginda
bersabda yang bermaksud: "Kalau mengalir darah dan nanah dari kedua lubang hidung
suamimu dan dia (si isteri) menjilatnya, maka itu pun belum dianggap
menjalankankewajipan terhadap suaminya. Seandainya diperbolehkan untuk manusia
bersujud kepadamanusia lain, tentunya aku perintahkan seorang isteri untuk sujud
kepada suaminya." Berkatalah perempuan itu: "Demi ALLAH yang menutuskan tuan, aku
tidak akan berkahwinselagi dunia ini masih ada"

12. Imam Tabrani menceritakan bahawa seorang isteri tidak dianggap menjalankan
kewajipanterhadap ALLAH sehinggalah dia menjalankan kewajipan terhadap suaminya.
Seandainyasuaminya meminta untuk digauli sedangkan dia si isteri berada di atas
belakang unta makatidaklah dia si isteri boleh menolaknya.

13. Seorang isteri hendaklah menyedari bahawa seorang suami bagi si isteri adalah
bagai ayah bagi anak. Ini adalah kerana ketaatan seorang anak kepada ayahnya
adalah wajib danbegitulah jua isteri untuk suami. Seorang suami pula tidak wajib
mentaati isterinya.

14. Menjadi pendorong serta penasihat kepada suami dalam segenap hal tanpa merasa
kecilhati jika saranannya tidak dipersetujui.

15. Memahami perkara-perkara yang digemari dan dibenci oleh suaminya.

16. Melakukan segala perbuatan yang boleh menyenangkan hati suaminya.

17. Sentiasa menambahkan serta mendalami ilmu agama serta mengamalkannya.

18. Nabi Muhamad SAW bersabda kepada Saidatina Fatimah (anaknya) yang bermaksud:
"Ya Fatimah, apabila seorang wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya,
memotongkan misainya dan mengeratkan kukunya, Maka ALLAH akan memberinya minum
dari air syurga yang mengalir di sungai-sungainya dan diringankan ALLAH baginya
Sakaratul Maut dan akandidapati kuburannya menjadi sebuah taman yang indah dari
taman-taman syurga"

19. Sentiasa menyediakan air di sisi suami. Selama mana berbuat demikian, selama
itulahakan didoakan keampunan baginya oleh para malaikat.

20. Memasak mengikut selera atau kesukaan suami. Keterangan: Masalah ini selalu
timbul bagi Suami dan Isteri yang berasal dari negeri yang berlainan.

21. Menampal (menjahit) baju atau pakaian suami yang koyak.

22. Mengikut keperluan dan kemahuan suami dalam masa bergurau senda, seperti
memicit,megipas dan lain lain.................

Anda mungkin juga menyukai