Anda di halaman 1dari 23

TOKOH MUZIK :

CARL ORFF
(1895- 1982)

Latar Belakang
Lahir pada 10 Julai 1895 di Munich,
Jerman.
Seorang yang aktif dalam tentera dan
mendapat pendidikan di Munich Academy
of Music.
Bertugas dengan tentera pada perang
dunia pertama.
Seorang komposer Jerman yang
memperkenalkan satu pendekatan yang
unik dalam Pendidikan Muzik.

Samb

Penglibatan beliau dalam pendidikan


muzik bermula pada awal tahun 1920-an
melalui rakannya Dorothee Gunther yang
merupakan seorang penari.
Minat mendalam terhadap tarian telah
mencetuskan idea untuk menggabungkan
tarian dan muzik sebagai asas dalam
pendidikan muzik.
Beliau kemudian menjadi Penyelia Muzik
di sebuah sekolah untuk tarian dan muzik.

Falsafah & Prinsip


Berpegang pada prinsip Experience first,
then intellectualize, yang bermaksud kanakkanak harus dibenarkan mengalami dunia
muzikal sebelum mereka diajar kepada
elemen muzikal dalam bentuk notasi.
Pengalaman kanak- kanak terhadap
pergerakan dan irama muzik perlu diberi,
sebelum menyuruh mereka fahami secara
teori.
Orff juga percaya bahawa kanak- kanak
belajar sesuatu melalui pembelajaran yang
aktif seperti eksplorasi sehingga mampu
membaca dan menulis notasi yang dikenali
sebagai literasi muzik.

Samb

Orff perceya bahawa irama adalah elemen


muzik yang paling penting. Irama diajar
dahulu sebelum diajarkan elemen- elemen
muzik yang lain.
Muzik yang dihasilkan oleh kanak- kanak
tidak memerlukan latihan yang khusus.
Beliau percaya, transisi daripada
percakapan kepada aktiviti berirama dan
seterusnya nyanyian adalah transisi
pembelajaran yang paling natural untuk
kanak- kanak.

Sesi Pembelajaran Muzik


PERCAKAPAN

PERGERAKAN

BERMAIN ALAT
MUZIK

BAHASA
BERIRAMA

NYANYIAN

Pendekatan Orf
Proses pembelajaran Orff
merangkumi 4 komponen utama
iaitu:
i) Eksplorasi (mencari sendiri)
ii) Imitasi
iii) Improvisasi
iv) Literasi

i) Eksplorasi
Proses yang melibatkan pergerakan.
Ia merangkumi tiga aspek iaitu:

EKSPLORASI

EKSPLORASI
RUANG

EKSPLORASI
BENTUK
EKSPLORASI
BUNYI

Eksplorasi Ruang
Kanak- kanak digalakkan untuk
menjelajahi kualiti pergerakan dan
jenis- jenis pergerakan yang besar,
kecil, licin dsbg.
Kanak- kanak diberikan kebebasan
untuk bergerak dan guru hanya
memainkan peranan sebagai
pemerhati.

Eksplorasi Bunyi
Eksplorasi bunyi bermula dengan penerokaan
bunyi- bunyi dalam persekitaran
mereka.contoh: bunyi kenderaan.
Kemudian, ia berkembang kepada tahap bunyi
teratur, seperti corak irama dalam drum, bunyi
kayu yang diketuk dsbg.
Mereka diajar untuk mengenali bunyi yang
kuat/ keras, bunyi yang lembut, bunyi kayu,
bunyi logam.
Alat yang digunakan tidak semestinya alat
muzik yang khusus, malah boleh menggunakan
senduk dan periuk, tin kosong dsbg.

Eksplorasi bentuk
Ia berlaku serentak bersama eksplorasi ruang
dan bunyi.
Dalam eksplorasi bentuk, pergerakan diatur
menjadi corak pergerakan tertentu dan corak
ini kemudiannya dijadikan tarian.
Setiap bunyi mempunyai simbol yang direka
oleh kanak- kanak atau guru untuk
melambangkannya. Ini adalah permulaan yang
baik untuk mengajar kanak- kanak notasi.
Contoh: simbol bentuk batu dan bintang

ii) Imitasi
Proses kanak- kanak belajar atau
mengimitasi apa yang didengar atau dilihat.
Menurut Orff, kanak- kanak mula belajar
sesuatu yang baru melalui imitasi.
Oleh itu, di dalam kelas guru berperanan
sebagai Role Model kepada kanak- kanak.
Guru perlu memastikan setiap aktiviti
muzikal bersama mereka adalah betul.
Cth:guru tepuk 1 bar ritma, murid ikut.

iii) Improvisasi
Improvisasi adalah matlamat utama dalam
pendekatan Orff, iaitu ke arah mencipta
pembangunan muzikal yang menyeluruh.
Ia menunjukkan tahap pemahaman muzikal
kanak- kanak bermula pada peringkat awal
mereka diperkenalkan kepada alam
muzikal, seperti melodi, ritma dsbg.
Pendedahan kepada membuat corak
improvisasi mudah harus diberi untuk
galakkan perkembangan daya imaginasi
mereka.

iv) Literasi
Kanak- kanak diajar untuk membaca skor
muzik, melalui pengalaman bunyi muzikal
kepada membaca skor & note muzik.
Proses menulis dan membaca notasi muzik
dalam pendekatan Orff tidak diajar secara
sistematik, tetapi melihat kepada
kemampuan belajar.
Pembelajaran notasi hanya berlaku setelah
kanak- kanak melalui proses eksplorasi dan
imitasi, iaitu pengalaman asas tanpa teori.

Aplikasi Pendekatan Orf


dalam Bilik Darjah
i) Sebutan Berirama
ii) Alat Perkusi Badan
iii) Alat Perkusi Orff
iv) Memainkan alat perkusi secara
ostinato mengiringi nyanyian
v) Memainkan alat perkusi secara
improvisasi

i) Sebutan Berirama
Adalah sebutan silibel yang direka oleh
kanak- kanak untuk membantu
pemahaman tentang corak irama dan
nilai setiap detik.
Galakan penggunaan silibel yang tidak
bermakna (spt: ka,ta,la,tri,chi dsbg)
untuk wakili nilai note dalam irama.
Melibatkan penggunaan sukukata yang
biasa dalam percakapan kanak- kanak.

ii) Alat Perkusi Badan


Menurut Orff, alat muzik yang utama adalah
badan dan suara.
Keseluruhan bahagian badan dapat
menghasilkan bunyi dan boleh digabung
menghasilkan corak irama.
Kanak- kanak belajar teroka bunyi dengan
menepuk tangan, menjerit, menyanyi,
hentak kaki dsbg.
Badan harus diguna sebagai alat muzik asas
dalam perkembangan muzikal kanak- kanak
pada tahap awal pembelajaran.

iii) Alat Perkusi Orf


Alat perkusi seperti Glockenspiel,
Xylophone, Drum dan Metallophone
merupakan alat muzik kedua dalam
pendekatan Orff.
Dalam pendekatan ini, irama diajar
melalui alat perkusi dan diiringi
pergerakan/ tarian.
Alat- alat perkusi dalam pendekatan Orff
mempunyai warna tone yang berbeza.

iv)

Memainkan Alat Perkusi


Secara
Ostinato
Ostinato
adalahMengiringi
suatu motif, frasa
Nyanyian
melodi/ irama yang dimainkan secara
berterusan.
Tujuan utama ostinato melodi ialah
untuk dimainkan bersama melodi yang
lain untuk menghasilkan harmoni.

v) Memainkan alat perkusi


secara
Kanakkanak
dalam
kelas
pendekatan
Orff
improvisasi
harus diajar untuk mengimprovisasi
menggunakan alat- alat perkusi.

Mereka harus diberi kebebasan mencuba


corak irama/ melodi berlainan.
Tiada had/ halangan percubaan corak
improvisasi yang mereka suka.
Setelah pengalaman dan peluang yang
cukup diberi, teknik pengajaran bermain
improvisasi yang betul dapat diberi.

Kelebihan Pendekatan
Orf
Membolehkan kanak- kanak belajar muzik
dengan gembira melalui penglibatan aktif
dalam aktiviti muzikal.
Penglibatan terhadap muzik secara
semulajadi dan mengikut kemampuan serta
citarasa mereka.
Pembelajaran secara penemuan dan
sampingan.
Aktiviti mudah dan mengikut kemampuan
kanak- kanak.

Samb

Alat muzik yang direka tidak memerlukan


tahap kecekapan dan kemahiran muzikal
yang tinggi.
Kanak- kanak belajar daripada mudahsukar.
Guru sebagai pemudah cara
Penggabungjalinan dengan matapelajaran
lain, spt bahasa dan pendidikan jasmani.
Mendorong kanak- kanak supaya
menganggap pertuturan, nyanyian, gerakan
dan permainan mereka sebagai aktiviti yang
sama.

Kelemahan Pendekatan
Orf
Hanya sesuai untuk peringkat kanakkanak sahaja.
Pendekatan lebih tertumpu kepada
kebudayaan tempatan sahaja.
Fokus pendekatan kurang kepada
muzik tulen.

Anda mungkin juga menyukai