Anda di halaman 1dari 9

CARA KOMUNIKASI ANTARA SUAMI

DAN ISTERI
PERBEZAAN ANTARA SUAMI DAN ISTERI
Suami

Menghargai kuasa, kebolehan, kecekapan dan
pencapaian.
Merasa perlu untuk membuktikan kebolehan
diri
Nilai diri mereka diterjemah melalui kebolehan
mencapai keputusan.
Kepuasan diperoleh melalui kejayaan dan
pencapaian.
Isteri
Menghargai kasih sayang, komunikasi,
kecantikan dan perhubungan.
Berasa perlu memberi sokongan, bantuan
dan bimbingan.
Nilai diri mereka diterjemah melalui
perasaan dan kualiti perhubungan
Kepuasan diperoleh melalui perkongsian dan
berhubung.

CARA UNTUK MENDAPAT PENGHARGAAN SUAMI
Kesan kepada sikap suami

Jarang bercakap tentang masalahnya, kecuali jika
dia memerlukan bantuan.
Berasa dihargai jika diminta bantuan. Secara
automatik suami akan mendengar seketika dan
memberikan penyelesaian serta pandangannya.
Jika cuba untuk memperbaiki sesuatu padanya,dia
berasa diri tidak berguna.


Kesan kepada sikap isteri

Mencari tempat untuk meluahkan masalah
untuk mendapatkan sokongan emosi
Merasa dihargai jika luahannya didengari dan
diberikan sokongan secara lisan.
Jika diberikan penyelesaian ketika meluahkan,
merasa perasaannya dinafikan dan tidak
diendahkan.



BAHASA YANG BERBEZA
Cabaran memahami bahasa isteri

Wanita menggunakan bahasa puitis, superlatif, kiasan
serta umum. Suami sering mengambil bahasa ini secara
literal menyebabkan mereka tersalah tafsir dan
memberikan reaksi yang salah. Akibatnya, isteri berasa
dirinya tidak didengari.
Memahami bahasa isteri membolehkan suami tidak
berasa dipersalahkan dan dikritik. Bahasa dramatik
seperti ini hanyalah cara isteri meluahkan perasaan
sepenuhnya dan tidak sepatutnya diambil secara literal.




Cabaran memahami bahasa suami

Sebelum menjawab, lelaki akan memahami apa yang
didengar dan menilai jawapan yang paling betul. Proses
ini boleh mengambil masa beberapa minit atau berjam-
jam. Dan jika tidak mempunyai maklumat yang cukup,
dia tidak akan memberi jawapan langsung. Ini
mengelirukan bagi isteri.
Apabila suami berdiam diri, bagi isteri mereka
mendiamkan diri apabila dirasakan apa yang bakal
dikatakan akan mengguris perasaan, tidak mahu
bercakap dengan orang yang tidak dipercayai dan tidak
mahu ada kaitan lagi dengannya.





LANGKAH MENGATASI PERBEZAAN ANTARA SUAMI DAN ISTERI
5 perkara perlu diperhatikan apabila meminta bantuan daripada
suami:

1. Masa yang tepat elakkan meminta bantuan ketika dia hendak
melakukannya.
2. Tidak mendesak jika and mendesak dia merasakan seperti
anda tidak menghargai apa yang telah diberikannya.
3. Ringkaskan permintaan tidak perlu jelaskan mengapa kerana
mereka merasakan seolah-olah anda tidak percaya mereka akan
membantu.
4. Secara langsung jika meminta bantuan secara tidak langsung,
suami mungkin merasa diri dipergunakan atau tidak dihargai
5. Gunakan perkataan yang betul.


5 perkara perlu diperhatikan apabila berkomunikasi dengan
isteri:
Kata-kata yang jelas secara lisan atau bukan, langsung
atau tidak, emosi yang terlibat harus jelas bagi memastikan
reaksi positif.
2. Nada lembut berkomunikasi secara lembut atau
dengan jenaka tanpa sifat agresif atau menghina dapat
mengekalkan kualiti serta jangkamasa hubungan.
3. Rasa selamat cara berinteraksi menyumbang kepada
emosi sesebuah hubungan. Hubungan yang sihat
memerlukan pasangan yang saling mengambil berat.
4. Interaksi positif individu positif mengambil berat
tentang bagaimana hari yang dilalui pasangan dan
bagaimana perasaan mereka.
5. Segera jelaskan jelaskan kekeliruan atau prasangka
demi mengelakkan salah faham dengan segera.


KATA-KATA YANG INGIN DI DENGAR ANTARA SUAMI
DAN ISTERI
Menyampaikan sokongan terhadap isteri ketika
memerlukan masa bersendirian, akhiri dengan Saya
akan datang balik.
2. Berkomunikasi tanpa menyalahkan suami terasa
dipersalahkan bila isteri berkongsi masalah, katakan
Terima kasih sebab mendengar. Kalau abang rasa saya
cakap macam menyalahkan abang, saya tak bermaksud
begitu. Bukan salah abang.
3. Mendengar tanpa menyalahkan jika suami
mendengar masalah yang dikongsi isteri dan terasa
seperti dipersalahkan, minta penjelasan Abang rasa
ayang macam menyalahkan abang je. Betul ke?

Anda mungkin juga menyukai