Anda di halaman 1dari 20
Tugasan 1 Latar Belakang Ekonomi Malaysia Dari 1850an Sehingga 1957 1.0 Latar Belakang Ekonomi Malaysia Dari 1850an Sehingga 1957. Malaysia merupakan sebuah negara yang maju dalam bidang ekonomi. Bermula dari kedatangan British ke Tanah Melayu, hasil tempatan diperlukan untuk diperdagangkan. lanya juga menjadi sumber pendapatan penduduk di Tanah Melayu pada ketika itu Terlebih dahulu kita lihat mengapakah tahun 1850an hingga 1957 penting dalam perkembangan ekonomi di Malaysia. Pada waktu inilah kemasukkan orang Cina dan India ke Tanah Melayu lebih ketara, sebelum itu mereka bebas keluar dan masuk dan selepas 1874 kemasukkan mereka disokong oleh pihak British. Ini kerana tenaga mereka amat diperlukan untuk bekerja di lombong- lombong dan estetestet. Terdapat beberapa kaedah atau sistem yang digunakan oleh British untuk kemasukan buruh Cina. Antaranya ialah Sistem Tiket Kredit. Bakal buruh asing ke Tanah Melayu dikumpulkan dari kampung- kampung oleh kheh-thau (ketua). Ketua dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran China yang dibawa. Bakal imigran ini dikenali sebagai Sin Kheh. Sin Kheh tidak mampu biayai perbelanjaan mereka ke Tanah Melayu dan mereka akan diletakkan di bawah pengawasan agensi buruh yang menerima bayaran daripada bakal majikan imigran berkenaan. Sin Kheh perlu membuat perjanjian secara lisan atau bertulis bagi menjelaskan hutang mereka dengan cara bekerja dengan majikan tertentu dalam tempoh tertentu. Mereka akan dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka tujui serta keterangan sama ada mereka bebas atau tidak. Apabila sampai ke pelabuhan, mereka akan diambil oleh pemborong buruh yang bertindak sebagai orang tengah yang akan mendapatkan majikan mereka dengan bayaran tertentu. Sistem yang berikutnya jalah Sistem Pengambilan Kakitangan. Majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke negara China untuk dapatkan buruh. Segala tambang dan perbelanjaan buruh akan dibiayai majikan. Pegawai berkenaan bertanggungjawab mengiringi buruh tersebut hingga sampai ke tempat majikan. Akhir sekali adalah Sistem Pengambilan Rumah Kongsi. Pengambilan buruh akan dilakukan oleh pegawai di China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi Pegawai tersebut akan membiayai segala perbelanjaan buruh tersebut sehingga sampai di rumah kongsi di Tanah Melayu. Apabila buruh diserah kepada tuan punya rumah kongsi, pembawa buruh dibayar kadar tertentu seperti yang dipersetujui Kemasukan buruh India pula adalah dengan menggunakan kaedah Sistem Buruh Bebas. Buruh India memasuki Tanah Melayu atas pembiayaan masing-masing. Kedatangan mereka diatur oleh orang atau kumpulan tertentu kerana kepentingan ekonomi. Apabila tiba di Tanah Melayu, mereka bebas pilih tempat atau pekerjaan yang dikehendaki. Sistem yang berikutnya ialah Sistem Kontrak di mana majikan akan membiayai tambang ke Tanah Melayu dan sebagai balasan, buruh akan bekerja dengan majikan untuk jangka masa tertentu (1 atau 3 tahun)dengan bayaran minimum antara 9 atau 13 sen sehari Akhir sekali adalah Sistem Kangani. Seorang kangani (ketua/mandur/tandil) diberi kepercayaan oleh majikan dan dihantar pulang ke India untuk mencari tenaga buruh. Kangani diberi wang pendahuluan untuk biayai perbelanjaan buruh sehingga mereka tiba di Tanah Melayu. Kangani juga merupakan pengurus agensi yang membawa masuk buruh India ke Tanah Melayu. Kita juga dapat lihat perkembangan hubungan kaum pada tahap yang awal dan dengan itu dapat fahami jurang perbezaan yang ketara antara kaum- kaum ini. Ekonomilah penyebab utama kaum-kaum ini telah dipisahkan dan dipecahkan oleh pihak British untuk memenuhi kepentingan ekonomi kolonial dan berterusan sehingga abad 20. Pada tahun 1840an permintaan pada buruh- buruh luar terutama dari China dan India agak tinggi berbanding buruh-buruh Melayu. Ini kerana persepsi masyarakat Eropah yang menganggap orang Melayu itu malas berbeza dengan masyarakat lain. Permintaan pada tenaga buruh ini tinggi kerana terdapatnya permintaan yang tinggi bagi sektor tanaman komersil contohnya di Perak, Negeri Sembilan dan Johor. Seperti tanaman lada hitam, gambir, tebu dan buruh-buruh ini dibawa masuk secara beransur-ansur. Pada tahun 1840an ini imigren kurang sedikit berbanding tahap kedua iaitu 1874 di mana bijih timah atau getah mengambil alih dalam pengeluaran ekonomi kolonial. Contohnya dari tahun 1881 - 1900 jumlah imigren Cina yang datang ke Tanah Melayu semakin meningkat kira-kira 8900 sehingga 200000 ribu orang. Manakala kedatangan orang India pula semakin meningkat dari 18962 pada 1895 ke 38351 pada 1900. Kebanyakan mereka ditempatkan di lombong bijih dan estet. Oleh kerana permintaan pada ekonomi kolonial yang tinggi, golongan imigren yang datang masuk dalam acuan yang telah ditetapkan oleh British. laitu dimana orang Cina ditempatkan di kawasan lombong, orang India di kawasan estet atau ladang manakala orang Melayu dikatakan tidak sesuai bekerja ditempat-tempat ini kerana mereka dianggap tidak berminat dan malas. Sebenamya sebelum kurun ke-19 lagi bijih timah telah mula diusahakan oleh orang Melayu seperti di negeri Melaka, Pahang, Johor, Klang, Perak dan Sungai Ujong sejak kurun ke-15 tetapi ianya hanya pekerjaan sambilan dan dilakukan pada masa lapang sahaja. Oleh itu orang Melayu telah dikekalkan dalam ekonomi sara dirinya kerana ekonomi komersil ini memerlukan kerja yang kuat untuk berjaya Pada awalnya pedagang Cina berhubung dengan pembesar Melayu seperti di Perak dan Negeri Sembilan. Pembesarpembesar Melayu mula mengupah buruh cina untuk mengusahakan lombong bijih timah mereka seperti yang dilakukan oleh Long Jaafar di Larut dan Raja Jumaat di Lukut. Kemasukan buruh Cina dan India sangat digalakkan kerana bayaran bagi mereka adalah murah. Selain itu mereka juga pandai atau mahir untuk jalankan kegiatan melombong. Masyarakat Cina yang lain sangat tat dan setia pada pembesar Melayu awalnya. Tapi apabila kapitan Cina telah mengambil alih tugas pembesar di lombong dengan menjaga segala hal kebajikan, kesetiaan telah beralih arah. Hubungan antara kapitan Cina dan masyarakat Cina lain jadi semakin kuat. Dengan itu lama kelamaan tertubuhlah kongsi-kongsi gelap Cina yang besar seperti Hai San dan Ghee Hin. Kapitan Cina yang dilantik ini bergantung pada pembesar kerana lombong itu adalah milk pembesar, tetapi apabila British datang telah mengubah segala yang ada di Tanah Melayu ini menjadi miliknya secara automatik kesetiaan Kapitan Cina berubah juga. Dengan kedatangan British, British telah buat beberapa jabatan untuk menguruskan segala urusan. Temetrinya Perjanjian Pangkor pada 1874 telah banyak mengubah keadaan masyarakat di Tanah Melayu. Jikalau dahulu pembesar mempunyai peranan dalam mengutip cukai daripada masyarakat tapi dengan kedatangan British peranan pembesar hancur dan bentuk pemungutan cukai pun berubah dimana beberapa jabatan ditubuhkan dan ada pentadbimnya. Jabatan-jabatan inilah yang mengutip cukai daripada masyarakat dan wang kutipan itu diletakkan diperbendaharaan negara iaitu bawah Kerajaan British bukan sultan lagi. Kerana sultan tidak ada kuasa dalam pentadbiran melainkan hanya hal agama dan adat. Orang yang mengerjakan kawasan perlombongan itu jika dahulu dalam bentuk hamba yang dimiliki oleh pembesar-pembesar tenaga mereka dikerah dan tidak dibayar gaji. Tapi sekarang dengan perubahan yang dibuat oleh British mereka dikenali sebagai pekerja yang dibayar gaji, duduk dibawah kongsi dan di satu- satu kawasan. Kita dapat lihat banyak perubahan telah berlaku sejak 1840an - 1870an, peranan-peranan mereka yang bekerja telah berubah. Pekerja-pekerja yang diambil tetap dari China tetapi tuan yang mempunyai lombong sekarang ini bukan lagi milik pembesar tetapi telah menjadi milik saudagar dari Negeri-negeri Selat. Ini kerana permintaan terhadap hasil timah sangat menggalakkan di luar negeri. Oleh itu, pelbagai inisiatif diambil untuk meningkatkan hasil keluaran dan menambah modal. Satu caranya adalah gunakan alat-alat yang mempunyai teknologi tinggi Akhimya pembesar-pembesar ini telah mencagarkan kawasan lombong mereka kerana tidak mampu untuk membeli alat yang berteknologi tinggi. Jikalau dulu Cina banyak bergantung dengan pembesar Melayu kerana mata pencarian mereka ada ditangan orang Melayu. Tapi apabila datangnya British Cina telah mula bergantung pada British. Oleh sebab itu orang Cina dan India tidak lagi lihat pembesar Melayu kerana memandang hubungan mereka dalam bentuk ekonomi iaitu ekonomi kolonial. Dengan kedatangan British bentuk hubungan kaum berubah ia mestilah mengikut konsep hubungan kolonial. Di mana semua kuasa ada di bawah British dan segala apa yang perlu atau tidak adalah ikut kata British. British mempunyai kuasa penuh dalam pentadbiran di Tanah Melayu, dengan itu sekaligus British telah tentukan ekonomi, pendidikan dan pertempatan masyarakat pada masa itu. Hubungan yang British bentuk ini sebenarnya berkelompok-kelompok dan ia tidak mahu lihat masyarakat bersatu. Kelompok-kelompok masyarakat ini kekal hingga sekarang dan sukar untuk di ubah kerana telah sebati dalam hidup mereka. British mahukan masyarakat pelbagai kaum ini hidup dalam dunia masing-masing. Di mana orang Cina ditempatkan di lombong-lombong dengan sekutu mereka supaya mudah ditadbir oleh British. Begitu juga dengan orang Melayu ditempatkan di kampung- kampung dan masyarakat India di estet-estet. Dalam hubungan yang terbentuk ini juga puak Ghee Hin dan Hai San telah berani menjadi penentu takhta. Mereka turut terlibat dalam perebutan takhta di Perak dan peranan mereka dalam menyokong antara anak-anak raja yang berebut itu. Selain itu juga, semasa menandatangani Perjanjian Pangkor puak ini terlibat dan ini seakan-akan mereka diberi peranan penting di dalam Tanah Melayu, sedangkan mereka adalah perompak. Akhimya hubungan kaum di Tanah Melayu tidak dapat disatukan dan perpaduan tidak dapat terbentuk. Pembesar dan sultan telah hilang kuasa mereka untuk mentadbir di tanah sendiri. Hubungan yang terbentuk adalah hubungan kolonial dan semuanya mengikut pemerintah British Tugasan 2 Sistem Pendidikan Di Malaysia Sejak Awal 1900 Hingga Penyata Razak 2.0 Sistem Pendidikan Di Malaysia Sejak Awal 1900 Hingga Penyata Razak. Sistem pendidikan di Malaysia bermula ketika sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu lagi. Ketika ini, pada umumnya merupakan pendidikan yang tidak menekankan soal formal. Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al-Quran, tingkah laku dan akhlak yang baik, pengetahuan dan juga sifat kerohanian, Terdapat juga sebilangan pelajar yang mempelajari pendidikan agama di sekolah-sekolah pondok yang ditubuhkan oleh para ulama Islam yang terkenal pada zaman tersebut. Sekolah-sekolah jenis ini masih boleh dilinat sekarang di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah. Pada amnya, pendidikan tradisi ini mempunyai kurikulum yang terlalu sempit kerana pelajaran adalah terhad kepada teks Al-Quran sahaja. Namun, kelebihan yang boleh diperolehi daripada aspek pengajaran sebegini ialah ia telah berjaya mewujudkan ramai tokoh agama yang bukan sahaja terkenal dalam bidang agama, tetapi juga mempunyai tahap etika yang amat tinggi Kemudian, sistem pendidikan di Malaysia berubah apabila semasa penjajahan British. Terdapat 2 tempoh dalam sistem pendidikan. Tempoh yang pertama bermula pada 1784 sehingga 1941. Pada zaman ini, kerajaan British telah mula mengambil perhatian terhadap pendidikan di negeri-negeri Selat. Blundell (Gabenor negeri Selat) telah mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah Vernakular Melayu di negeri-negeri Selat dengan bantuan kerajaan British. Pada tahun 1856, Blundell dengan bantuan kewangan daripada DYMM Temenggung Johor telah menubuhkan dua buah sekolah Vernakular Melayu di Singapura. Selepas itu, pada tahun 1858 hingga 1863, kerajaan British telah menubuhkan beberapa buah sekolah Melayu di Pulau Pinang dan Melaka. Mata pelajaran-mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah-sekolah Vernakular ialah Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, llmu Hisab, Latinan Jasmani dan llmu Alam. Gerakan bimbingan juga mula dikembangkan di Tanah Melayu ketika ini. Pejabat Pelajaran Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Tanah Melayu Bersekutu mengeluarkan “A Guide To Careers In Malaya For Parents, Teachers and Pupils". Buku tersebut mengandungi analisis senarai kerja yang terdapat di dalam perkhidmatan kerajaan. Pada awal kurun ke-20, mata pelajaran Perkebunan dan Anyaman telah ditambah ke dalam kurikulum sekolah. Murid-murid akan memasuki Darjah | hingga Darjah IV. Selepas itu, hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke Special Malay Class, di mana mereka dapat meneruskan persekolahan di sekolah Inggeris kelak. Pada waktu ini juga. sekolah vernakular Cina yang pertama telah didirikan oleh Persatuan Mubaligh London di negeri Melaka pada tahun 1815, dan kemudiannya di Singapura pada tahun 1819. Pada tahun 1900, dua orang menteri dan pendidik dari negeri China, Kang You Wei dan Liang Qi Chau telah mendirikan sekolah Vernakular Cina dan menggabungkan pengajaran Confucious dengan pengajaran sains Barat. Kurikulum yang diperkenalkan adalah berorientasikan kepada negara China. Sesetengah sekolah dijadikan pusat untuk menyebarkan sentimen anti British. Pentadbiran Inggeris kemudiannya telah mengawal segala aktiviti sekolah dan kurikulumnya menjadi bertambah baik. Perkembangan sekolah Vernakular Tamil pula bermula semasa perkembangan ladang getah, kelapa sawit, kopi dan gula di Tanah Melayu. Terdapat ramai buruh dari negara India telah diambil untuk bekerja di estet-estet. Pendidikan dalam bahasa Tamil diberi di salah sebuah sekolah cawangan Singapore Free School mulai tahun 1834. Kumpulan-kumpulan mubaligh Kristian banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan formal dalam bahasa Tamil pada peringkat awalnya. Sehingga tahun 1938, terdapat 13 buah sekolah Tamil kerajaan, 511 buah sekolah estet, 23 buah sekolah mubaligh dan 60 buah sckolah Tamil swasta di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Sepertimana sekolah Vernakular Melayu, sekolah-sekolah Vernakular Tamil terhad pada peringkat rendah sahaja dan seperti sekolah-sekolah Cina, kurikulum sekolah-sekolah Tamil berorientasikan negara asal mereka, India. Manakala buku-buku dan tenaga pengajar dibawa dari Sri Lanka dan India Sekolah Inggeris pula didirikan daripada hasil usaha kaum mubaligh Kristian. Pada tahun 1816, Penang Free School telah ditubuhkan dan mempunyai beberapa matlamat seperti untuk semua bangsa, mendidik supaya berdisiplin, berkelakuan baik dan rajin, ibu bapa yang berkemampuan dikehendaki membayar yuran sekolah dengan kadar berpatutan, murid akan belajar membaca dan menulis Bahasa Inggeris dan mempelajari llmu Kira-kira, murid Melayu akan diajar Bahasa Melayu, rancangan yang sama diadakan juga untuk bangsa lain, murid akan diajar tentang pekerjaan seperti pertukangan menjahit dan lain-lain serta diajar supaya menghormati ibu bapa dan agama Kristian. Pada tahun 1826, Melaka Free Schol ditubuhkan serta disusuli dengan penubuhan Victoria Insitute pada tahun 1893, Sekolah King Edward Vil di Taiping pada tahun 1906. Pada awal kurun ke-20, semua Free School telah diambil alin oleh kerajaan. Pada tahun 1905 pula, sebuah sekolah Melayu iaitu Malay College Kuala Kangsar ditubuhkan khas untuk anak-anak Melayu peringkat atasan. Tempoh kedua zaman pendidikan British bermula pada tahun 1946 sehingga sebelum merdeka iaitu 1957. Pihak Jepun telah menakluki Tanah Melayu pada tahun 1941 sehingga tahun 1945. Pada zaman ini, kebanyakan sekolah diajar dalam bahasa Jepun. Selepas kekalahan pihak Jepun ke atas pihak Inggeris, kurikulum asal telah diaplikasikan semula. Walau bagaimanapun, beberapa laporan cadangan terhadap kurikulum baru telah digubal. Laporan- laporan yang dimaksudkan ialah Laporan Barnes 1951, Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak 1956, Laporan Barnes 1951 mencadangkan semua jenis sekolah rendah diganti dengan satu sistem persekolahan sahaja iaitu sekolah kebangsaan. Cadangan lain adalah Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama dan bahasa Inggeris diajar sebagai bahasa kedua akan tetapi, cadangan laporan Bames ini ditentang oleh masyarakat bukan Melayu. Laporan Fenn-Wu 1951 pula mencadangkan sekolah Cina diteruskan di Tanah Melayu tetapi sukatan pelajaran hendaklah berdasarkan Tanah Melayu. Namu demikian, kedua-dua laporan ini tidak dapat dilaksanakan kerana masalah kewangan dan ancaman darurat kerana pengaruh komunis. Ekoran daripada Laporan Bares dan Fenn-Wu, kerajaan British menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Pusat mengenai pendidikan. Tujuannya adalah untuk mengkaji cadangan-cadangan kedua-dua laporan ini serta mencari satu kompromi atau jalan tengah yang baik. Dengan itu, terhasil Ordinan Pelajaran 1952 yang mempunyai cadangan seperti sistem pendidikan sekolah kebangsaan dilaksanakan melalui pengenalan Bahasa Inggeris secara beransur- ansur di sekolah-sekolah melayu, sekolah vokasional diperkembangkan, sekolah jenis Inggeris dikekalkan dan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris juga mula dikuatkuasakan di sekolah-sekolah Cina dan Tamil. Setelah lebih kurang 3 tahun Ordinan Pelajaran berkuatkuasa, kerajaan British telah menubuhkan Penyata Razak. Tujuan penubuhan penyata ini adalah untuk mengkaji Ordinan Pelajaran 1952 dan mencadangkan satu sistem pelajaran kebangsaan yang baru yang dapat diterima oleh semua kaum di negara ini. Antara cadangan Penyata Razak ialah dua sistem persekolahan diwujudkan iaitu sekolan umum di mana ia menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Satu lagi ialah sekolah jenis umum di mana ia menggunakan bahasa Inggeris, Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar. Cadangan lain adalah satu jenis sekolah diwujudkan di peringkat menengah dengan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan semua jenis sekolah menggunakan sukatan pelajran yang sama. Namun demikian, penyata ini tetap mendapat tentangan daripada guru-guru melayu kerana tidak ada ketegasan dalam perlaksanaan bahasa kebangsaan dan persatuan guru-guru sekolah Cina menentang kerana bahasa Cina diabaikan. Berdasarkan kenyataan yang telah diterangkan berkaitan sejarah pendidikan di Tanah Melayu, dapat dibuat kesimpulan bahawa pendidikan pada zaman dahulu amat mengambil berat aspek mengagungkan tanah air sendiri Contohnya pendidikan Cina yang berorientasikan negara asal mereka iaitu China, manakala pendidikan India pula berasaskan negara India. Selain itu pendidikan zaman dahulu juga menitikberatkan aspek kecenderungan terhadap agama, seperti kewujudan sekolah-sekolah pondok untuk mengajar Al-Quran dan hat-hal berkaitan dunia akhirat. Selepas kemasukan kurikulum berasaskan British, maka berlakulah rombakan terhadap sistem pendidikan asal yang diamalkan sebelum ini, Walau bagaimanapun, masih lagi terdapat beberapa kelemahan dalam sistem pendidikan yang dianjurkan oleh British. Maka, Wujudlah beberapa laporan yang bertujuan untuk memperbaiki sistem pendidikan British ini seperti Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak 1956. Tugasan 3 Sistem Dan Dasar Pentadbiran British Di Tanah Melayu Sehingga 1957 Tugasan 4 Tahap Tranformasi Hubungan Etnik Di Malaysia Sehingga Peristiwa 13 Mei 1969 40 Tahap Tranformasi Hubungan Etnik Di Malaysia Sehingga Peristiwa 13 Mei 1969. Malaysia telah mengalami pembangunan dan transformasi sosial dan ekonomi yang pesat semenjak kemerdekaannya pada tahun 1957. Namun, selain agenda pembangunan dan pemodenan terdapat beberapa isu lain yang harus ditangani sekiranya Malaysia ingin mengekalkan kadar pembangunannya itu. Antara isu yang dimaksudkan ialah isu integrasi nasional dan pembentukan bangsa. Isu ini amat penting, lebih-lebih lagi bagi sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kelompok etnik, budaya, bahasa, dan agama. Berikut adalah beberapa tahap tranformasi hubungan etnik di Malaysia yang ada pada masa kini, Yang pertama ialah Tahap Dekad Pertama Kemerdekaan. Setelah sepuluh tahun merdeka, pembangunan negara yang dilaksanakan melalui falsafahsistem ekonomi bebas terus mengukuhkan kepentingan pelabur ekonomi asing, terutama dari Barat. Pembangunan infrastruktur jalan raya, saluran, dan parit serta kemudahan awam seperti sekolah dan klinik kesihatan dibangunkan tetapi tidak seimbang kerana lebih tertumpu di kawasan bandar di bahagian barat Semenanjung Dalam dekad 60-an, hasil beberapa Kongres Ekonomi Bumiputera, masyarakat Melayu berpendapat kemerdekaan tidak memberi makna dan membawa kepada peningkatan taraf hidup. Orang Melayu mahu negara diwarnai oleh bahasa, budaya, dan agama mereka dan kehidupan yang tidak dipinggirkan oleh penguasaan ekonomi oleh kaum Cina dan India. Kumpulan etnik Cina dan India diberikan kerakyatan negara ini dengan mudah tetapi pembangunan negara terus menguntungkan mereka yang berada di bandar, terutama dalam bidang ekonomi. Masyarakat India dan, terutamanya, Cina bukan sahaja terus mengukuhkan kumpulan mereka dalam arena perdagangan dan peruncitan tetapi juga mendesak agar system persekolahan bahasa ibunda mereka dikekalkan. Masyarakat Cina menolak dasar pendidikan kebangsaan berteraskan satu bahasa kebangsaan dan yang meminggirkan bahasa ibunda kaum etnik lain. Persatuan sekolah dan guru sekolah Cina didapati telah memperjuangkan ekstremis budaya ini di kalangan masyarakat Cina di negara ini semenjak sebelum merdeka lagi Di hujung dekad 60-an, ketegangan wujud dalam perhubungan etnik yang membawa kepada kontlik dalam tahun 1969 kerana masalah ketidaksamarataan, kemunduran, kemiskinan, produktiviti rendah, dan ketiadaan kemudahan awam telah bertindin-tindih antara satu sama lain mengikut garis etnik, agama, bandar- desa, dan wilayah. Perbahasan tentang ideologi dan jati negara yang berbeza antara_kumpulan etnik, merenggangkan hubungan antara mereka dan meruncingkan lagi jurang sosial yang wujud itu. Pembangunan negara yang mengutamakan pertumbuhan ekonomi boleh menjamin kemakmuran tetapi tanpa kesamarataan dan keadilan pertumbuhan ini tidak boleh menjamin kestabilan dan keharmonian etnik dalam negara ini. Amalan demokrasi ala Westminster mungkin unggul di United Kingdom tetapi dalam suasana kewujudan jurang sosial dari segi pendidikan, pekerjaan, pendapatan, dan ekuiti yang luas antara etnik, kebebasan bercakap dan berkumpul menjadi duri dalam masyarakat hingga masalah yang bersifat sosial dan material bertukar menjadi isu etnik. Akhimya, penyelesaian dan penggemblengan dibuat berdasarkan perkiraan perbezaan etnik. Tahap tranformasi yang berikutnya ialah Tahap Dasar Ekonomi Baru (DEB). Selepas kejadian rusuhan etnik 1969, kerajaan menyedari wujudnya jurang sosioekonomi antara etnik yang luas dan kelonggaran ikatan kewarganegaraan di kalangan rakyat pelbagai budaya. Pihak kerajaan telah melaksanakan dua dasar utama setelah politik negara kembali stabil, iaitu DEB dan Rukunegara. DEB mempunyai beberapa penekanan bermula dengan membasmi kemiskinan, menyusun semula struktur ekonomi agar pekerjaan tidak bercirikan batas etnik, dan mewujudkan masyarakat industri dan perniagaan bumiputera. Manakala kontrak sosial negara yang termaktub dalam perlembagaan diolah kembali melalui Rukunegara agar dapat dijadikan prinsip dan pegangan hidup rakyat Malaysia. Demi membina masyarakat yang bersatu padu, skim Rukun Tetangga telah dilancarkan pada tahun 1975 untuk membina pethubungan etnik di peringkat masyarakat melalui skim rondaan dankonsep muhibah. Rakyat Malaysia didapati memiliki nafas sabar yang agak pendek apabila dasar-dasar ini mula dilancarkan kerana mereka sering bertindak dengan mengkritik dan menolak pelaksanaan dasar dan program ini. Masing-masing etnik mahu mengaut keuntungan ke arah diri sendiri dan tidak mahu menunggu kesan positit yang mungkin lahir dari dasar-dasar yang dilancarkan itu di hari kemudian. Ada di kalangan masyarakat Cina yang berhijrah keluar ke negara lain, ada yang pergi belajar ke luar negara dan tidak kembali ke negara sendir dan ada yang membawa modal ke luar negara dan melabur di negara lain sebagai tanda protes kepada perubahan dasar pemerintahan negara. Di bidang budaya dan pendidikan, masyarakat Cina terutamanya, mengorak langkah untuk memperkukuh bahasa, budaya, dan persekolahan ibunda mereka sendir. Perkembangan ini juga merupakan reaksi kepada beberapa perubahan yang diambil oleh pihak kerajaan, seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang mengutamakan budaya Melayu, Islam, dan mengambil elemen budaya lain yang selari dengan budaya tempatan; tindakan kerajaan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah dan universiti; dan pelaksanaan Akta Koordinasi Industri 1974 yang meletakkan syarikat bermodal tertentu menerima ekuiti bumiputera dalam perniagaan mereka. Masyarakat Melayu dapat menarik nafas lega dengan perubahan-perubahan ini tetapi masyarakat Cina dan India berasa tertekan Perubahan-perubahan ini telah merisaukan masyarakat bukan Melayu, terutama etnik Cina, dengan persepsi pesimis hingga menyebabkan prestasi kurang cemerlang parti politik MCA dalam pilian raya 1969 yang hampir menghakis kedudukan politik mereka. Di sebalik salah fanam yang wujud, kestabilan politik yang dicapai hasil peluasan amalan perkongsian kuasa politik antara parti politik berteraskan etnik dan agama telah Berjaya menarik pelaburan asing yang telah membuka peluang pekerjaan. Hingga pada akhir pelaksanaan DEB, negara telah mencatat kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi, kemiskinan dikurangkan, masyarakat kelas menengah di kalangan masyarakat Cina dan Melayu dikembangkan; dan negara didapati makmur dan harmoni. Pembangunan yang telah berjaya membasmi kemiskinan dan membina kelas menengah yang besar telah melahirkan budaya hidup komersial di kalangan rakyat pelbagai budaya. Aspirasi dan pandangan hidup mereka dikongsi bersama dan perkongsian ini telah membina hubungan saling pergantungan antara satu sama lain dan mewujudkan hubungan silang budaya yang melintas batas etnik. Malahan dasar-dasar kerajaan yang digubal selepas 13 Mei 1969, yang condong ke arah nasionalisme Melayu, didapati tidak menjadi amalan dalam pemerintahan negara. Ada antara dasar ini yang diubah, seperti Akta Koordinasi Industri dan kedudukan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRUK) dan ada pula yang masih dipegang sebagai dasar tetapi telah menunjukkan kematangan dengan menerima budaya dan amalan agama kumpulan etnik lain sebagai sebahagian daripada lanskap masyarakat ini. Kepelbagaian dan ketidakseragaman hidup dari segi budaya, bahasa, dan agama di kalangan rakyat di Malaysia sudah boleh diterima, diperaku, dan diraikan. Malahan sudah wujud ruang sosial yang luas yang memperlinatkan perkongsian pendapat awam sudah lebih terbina di kalangan rakyat pelbagai budaya jika dibandingkan dengan perbezaan antara mereka. Jika ada perbezaan pendapat pun, perbezaan berkenaan sudah boleh diterima dan disepakati tanpa mempengaruhi pethubungan sosial yang sudah terbina harmoni antara mereka Struktur perhubungan etnik di Malaysia di tahap ini lebih dipengaruhi oleh kumpulan etnik yang batas mereka nipis dan perhubungan antara mereka berdasarkan perkiraan bukan etnik. Hubungan etnik di tahap ini lebih bersifat utilitarian dan mengikat mereka dalam jalinan silang budaya; merentas batas etnik dan agama masing-masing. Namun demikian ada yang bermain dengan corak tingkah laku pengelompokan etnik yang tidak sihat dengan memanipulasi etnik demi mempertahankan kepentingan material dan kedudukan mereka, seperti yang sering dilakukan semasa pillhan raya dan kemasukan ke institusi pengajian awam, Kumpulan etnik ini juga didapati masih tercari-cari identiti bangsa dan negara yang diinginkan hingga tugas pembentukan negara dan negara bangsa, yang sudah diletakkan batu asasnya oleh perjuangan kemerdekaan, menjadi kabur dan tidak terbina secara persetujuan antara rakyat, terutamanya isu kontrak sosial dan kedudukan bahasa Melayu. Dari satu segi, perbahasan tentang isu-isu ini merupakan perkara biasa kerana struktur umur dan pendidikan rakyat berubah. Yang paling menakutkan, masih ada di kalangan etnik Melayu, Cina, India, Kadazan-Dusun, Iban, Bidayuh, dan etnik lain yang bermain dengan sentimen etnisiti dan agama. Kelompok etnik serpihan ini perlu dikenal pasti jika tindakan melampau dan kecenderungan ke arah ketenteraan dan keganasan pergerakan sosial ini mahu ditangani. Punca kepada terbentuknya isu perhubungan etnik, seperti manipulasi etnik, perbahasan tentang identiti diri serta negara, dan amalan bermain dengan sentimen etnisiti serta agama di atas perlu dikaji, kerana tidak mustahil teras masalahnya bukan terletak pada dimensi perbezaan etnik, budaya, bahasa, dan agama tetapi mungkin disebabkan kemunduran, pengangguran, kemiskinan, peminggiran, dan ketidaksamarataan dalam kehidupan serta masyarakat. Oleh sebab itu pintu masuk kepada konflik etnik di Malaysia pada tahap ini bukan lagi ala 13 Mei 1969, iaitu jurang ekonomi yang memisahkan etnik Melayu dan Cina, tetapi mungkin konflik di kalangan masyarakat miskin dan pinggiran, terutama di bandar. REFLEKSI Akhinya saya dan rakan saya telah berjaya menyiapkan tugasan yang mencoritakan tentang masalah jurang ekonomi masyarakat Bumiputera Melayu dan bukan Bumiputera yang dilihat telah membawa kpada tragedi 13 Mei 1969 dalam konteks perhubungan etnik di Malaysia dalam kursus Hubungan Etnik. Dalam proses penyiapan tugasan ini, saya telah berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi menyempurnakan tugasan yang diberikan. Banyak yang dapat saya pelajari semasa proses penyiapkan tugasan ini, oleh sebab saya ditugaskan untuk menulis laporan latar belakang ekonomi Malaysia, sistem pendidikan di Malaysia dan tahap tranformasi hubungan etnik di Malaysia, saya berpeluang untuk lebih mengenali Malaysia melalui proses pencarian makiumat. Selain itu, saya juga banyak berbincang berkenaan dengan tugasan ini supaya dapat lebih memahami maklumat yang dicari. Oleh itu, pengetahuan saya terhadap negara tercinta lebih mendalam berbanding dahulu, dan saya berharap saya dapat memanfaatkan ilmu pengetahuan ini dalam profesion saya kelak. Selain itu, dalam penghasilan laporan tugasan ini, terdapat beberapa masalah yang saya hadapi. Antaranya ialah dalam proses pencarian maklumat dan proses menulis laporan. Maklumat yang saya perolehi begitu mendalam dan agak sukar untuk difahami. Oleh yang demikian, saya dan rakan saling berbincang dan banyak bertanyakan pada rakan-rakan yang lain agar saya dapat memahami kandungan isi tersebut ‘Adalah amat penting bagi setiap insan di Malaysia untuk merapatkan jurang hubungan etnik antara sesama kaum. Perdana Menteri kita telah melancarkan Gagasan 1 Malaysia dan kita sepatutnya menyokong penuh gagasan tersebut supaya dapat mengelakkan dari berlakunya kejadian yang sama berulang kembali iaitu poristiwa 13 Mei 1969. Kesimpulannya, saya berasa bahawa tugasan ini banyak membantu saya dalam profesion ini kerana selain memahami tanah air yang tercinta ini, saya mempelajari cara mengekalkan hubungan etnik yang baik.

Anda mungkin juga menyukai