Anda di halaman 1dari 5

BERCERITA SEKOLAH RENDAH

1
KERTAS KONSEP

KERTAS KONSEP
BERCERITA SEKOLAH RENDAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1.0

PENDAHULUAN
Bercerita telah menjadi tradisi budaya manusia sejak zaman-berzaman untuk memberi pengajaran,
pengetahuan, hiburan dan berkongsi pengalaman. Dalam masyarakat Melayu, tokoh-tokoh seperti Tok
Tubang, Awang Batil, Awang Belanga dan Tok Selampit merupakan penglipur lara yang terkenal dalam
tradisi bercerita. Kehebatan mereka banyak bergantung kepada cara persembahan yang mampu
mempengaruhi malah memukau audiens.
Aktiviti bercerita dalam pengajaran bahasa merupakan pendekatan yang sesuai digunakan untuk
membina kecekapan berbahasa murid iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Seterusnya, kemahiran kefahaman dan pelaporan turut dicapai melalui aktiviti membaca dan bercerita
ini. Aktiviti bacaan perlu dibudayakan kepada murid-murid. Dengan ini, aktiviti bercerita sangat sesuai
untuk dipertandingkan. Oleh yang demikian, Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah
(Kategori Tahap 1 & 2) wajar dijadikan aktiviti pertandingan pada peringkat sekolah, daerah, negeri
dan kebangsaan.

2.0

3.0

OBJEKTIF
2.1

Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan meyakinkan.

2.2

Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya kreatif penulis-penulis tempatan,


karya tradisional dan hasil karya sendiri.

2.3

Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dalam kalangan
murid.

2.4

Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

2.5

Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara spontan dan meyakinkan berdasarkan
bahan rangsangan

2.6

Menggalakkan murid-murid menjana idea spontan berdasarkan bahan rangsangan.

PENGELOLAAN
Pertandingan ini dianjurkan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan
Malaysia. Pertandingan peringkat kebangsaan dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri yang
dilantik sebagai tuan rumah manakala pertandingan peringkat negeri oleh Jabatan Pendidikan Negeri
masing-masing. Seterusnya, pertandingan peringkat daerah dikelolakan oleh Pejabat Pendidikan
Daerah dan pertandingan peringkat sekolah oleh sekolah masing-masing.

4.0

PENYERTAAN
Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Tahap 1 (Tahun 3 sahaja) dan Kategori
Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) di sekolah rendah. Penyertaan terbuka kepada semua murid warganegara
Malaysia yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama
Bantuan Kerajaan (SABK).
Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian iaitu:
4.1
4.2

5.0

Bahagian Pertama :
Bahagian Kedua :

Tajuk yang telah disediakan oleh sekolah


Tajuk spontan berdasarkan bahan rangsangan bergambar
berdasarkan Sukatan Pendidikan Bahasa Melayu Tahun 1 - 6
yang disediakan oleh PPD/JPN/KPM

PELAKSANAAN PERTANDINGAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BERCERITA SEKOLAH RENDAH


2
KERTAS KONSEP

5.1

5.2

5.3

PERINGKAT DAERAH
5.1.1

Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) bertanggungjawab mengelolakan pertandingan ini


pada peringkat daerah masing-masing.

5.1.2

Pegawai PPD akan mempengerusikan Jawatankuasa Pengelola Pertandingan


Peringkat Daerah.

5.1.3

Pertandingan pada peringkat


pertandingan peringkat negeri.

5.1.4

Peserta yang menjadi johan daerah akan mewakili daerah ke peringkat negeri.

daerah

mesti

dilaksanakan

sebulan

sebelum

PERINGKAT NEGERI
5.2.1

Semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bertanggungjawab


pertandingan ini pada peringkat negeri masing-masing.

5.2.2

Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Peringkat Negeri akan diketuai oleh Pengarah


Pendidikan Negeri.

5.2.3

Pertandingan pada peringkat negeri


pertandingan peringkat kebangsaan.

5.2.4

Peserta yang menjadi johan negeri akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

mesti

dilaksanakan

mengelolakan

sebulan

sebelum

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BAHAGIAN SATU


5.3.1

Penyertaan terbuka kepada murid-murid Tahap Satu (Tahun 3 sahaja) dan Tahap
Dua(Tahun 4, 5 dan 6) dari Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan dan
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

5.3.2

Hanya seorang peserta sahaja mewakili tahap masing-masing dibenarkan


mengambil bahagian bagi setiap sekolah ke daerah, daerah ke negeri dan negeri
ke peringkat kebangsaan.

5.3.3

Sumber bahan cerita hendaklah dipilih daripada medium berikut:


5.3.3.1 buku-buku cerita yang terdapat dalam pasaran.
5.3.3.2 cerita-cerita daripada majalah dan media massa lain.
5.3.3.3 cerita-cerita daripada bahan elektronik / Internet.
5.3.3.4 hasil karya sendiri.

5.3.4

Kualiti cerita
5.3.4.1
Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai
murni sejagat yang tidak menyentuh isu-isu politik, ras dan agama.
5.3.4.2

Cerita yang dipilih perlulah bersesuaian dengan tahap umur murid.

5.3.4.3

Cerita tersebut perlu pelbagai jenis dan tema, serta tidak


kepada cerita-cerita rakyat sahaja.

5.3.4.4

Untuk Bahagian Pertama, hanya peserta Tahap Satu sahaja yang


dibenarkan menyampaikan cerita haiwan.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

tertumpu

5.3.12

BERCERITA SEKOLAH RENDAH


3
KERTAS KONSEP

5.3.5

Panjang cerita hendaklah bersesuaian dengan masa yang diperuntukkan. Setiap


peserta diberi masa untuk bercerita antara 6 minit hingga 8 minit.

5.3.6

Loceng akan dibunyikan 2 kali pada minit ke-8, menandakan masa persembahan
telah tamat.

5.3.7

Prop, muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.

5.3.8

Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan
tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan. (Tidak melebihi satu (01)
minit daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua unsur tersebut).

5.3.9

Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta perlu bercerita
dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan memikat penonton.
Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan anggota badan, tangan, kepala dan
mimik muka. Pergerakan kaki hanya dibenarkan setapak sahaja setiap kali
pergerakan.

5.3.10 Peserta dibenarkan memakai kostum tetapi tiada sebarang peruntukan markah.
Pakaian seragam sekolah dibenarkan.
5.3.11 Teks cerita menggunakan aksara saiz 12, font Arial dan langkau 2 baris. Teks cerita
hendaklah dihantar kepada pihak pengelola sebelum atau semasa pendaftaran.
Penyertaan akan dibatalkan sekiranya peserta:
5.3.12.1
5.3.12.2

5.3.13

menyentuh isu-isu sensitif tentang politik,ras dan agama;


membaca teks cerita atau bahan rujukan secara terus menerus;

5.3.12.3

dibantu oleh orang lain semasa peserta sedang bercerita;

5.3.12.4

menggunakan prop, back-drops, muzik atau kesan bunyi.

Keputusan pemenang akan ditentukan melalui sistem juri.

5.3.14

Setiap peserta dikehendaki mengisi dan menghantar borang penyertaan yang


disahkan oleh Guru Besar/Pegawai PPD/ Pengarah Pendidikan Negeri berserta
salinan sijil kelahiran.

5.3.15

Bilangan panel hakim pada peringkat kebangsaan ialah lima atau tujuh (05 atau
07) orang manakala pada peringkat negeri ialah tiga atau lima (03 atau 05) orang.
Pada peringkat daerah pula, sekurang-kurangnya tiga (03) orang hakim
menghakimi pertandingan.

5.3.16

Keputusan panel hakim adalah muktamad.

5.3.17

Sebarang pindaan tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian


Kementerian Pendidikan Malaysia.

6.0 SYARAT-SYARAT BERCERITA BAHAGIAN DUA (SPONTAN)


6.1 Peserta akan menyampaikan cerita secara spontan berdasarkan bahan rangsangan yang akan
dikemukakan oleh Pengerusi Pertandingan melalui cabutan undi. Pertandingan ini diadakan
selepas pertandingan cerita Bahagian Pertama.
6.2

Pertandingan cerita secara spontan ini dijalankan selepas sahaja selesai


bahagian pertama .

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

pertandingan cerita

BERCERITA SEKOLAH RENDAH


4
KERTAS KONSEP

(Peserta diberi masa selama satu (01) minit untuk persediaan dan tiga (03) minit untuk
persembahan)
6.3.

Peserta akan menyampaikan cerita masing-masing secara spontan atas


yang ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan.

bahan rangsangan

6.4. Peserta dikehendaki memilih nombor di dalam sampul yang disediakan di meja Ketua Hakim dan
menyerahkannya kepada pengerusi pertandingan.
6.5

Pengerusi pertandingan akan membaca nombor tersebut dan gambar slaid


ditayangkan.

berkenaan akan

6.6 Masa persediaan 1 minit bermula sebaik sahaja slaid ditayangkan.


6.7

Pengerusi pertandingan akan meminta peserta memulakan cerita apabila tamat masa persediaan
1 minit.

6.8 Peserta akan diminta mengambil tempat yang disediakan untuk memulakan cerita spontan.
6.9

Loceng akan dibunyikan sekali menandakan bermulanya masa bercerita.

6.10 Loceng akan dibunyikan dua (2) kali menandakan masa tamat.
6.11 Peserta tidak dibenarkan memulakan cerita spontan sebelum tamatnya masa persediaan.
6.12 Prop,muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.
6.13 Unsur puisi dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan tetapi tidak keterlaluan
hingga menjejaskan penceritaan. (Tidak melebihi satu (1) minit daripada keseluruhan cerita
untuk kedua-dua unsur tersebut).
6.14 Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta perlu bercerita dengan gaya
penceritaan yang bersahaja, menarik dan memikat penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah
pergerakan anggota badan,
tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki hanya
dibenarkan setapak sahaja setiap kali pergerakan.

7.1

KRITERIA PENGHAKIMAN PERTANDINGAN CERITA BAHAGIAN SATU

7.2 Teknik Persembahan


Bahasa dan pertuturan
Penghayatan cerita
Interaksi dengan audiens
7.5 Mesej/nilai dalam cerita
Tempo penceritaan/Perkembangan cerita
7.7 Kawalan suara
Jumlah

20 markah
20 markah
20 markah
15 markah
05 markah

7.2
7.3
7.4

7.6

8.0

8.5

10 markah
10 markah
100 markah

KRITERIA PENGHAKIMAN BAHAGIAN DUA (SPONTAN)

8.1
Persembahan dan kreativiti
8.2
Bahasa dan Pertuturan
8.3
Penghayatan cerita
8.4
Interaksi dengan audiens
Tempo penceritaan/Perkembangan cerita
15 markah
Jumlah
9.0 AM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

25 markah
25 markah
20 markah
15 markah
100 markah

BERCERITA SEKOLAH RENDAH


5
KERTAS KONSEP

Sebarang pindaan adalah tertakluk


Kementerian Pendidikan Malaysia.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

kepada

Bahagian

Kokurikulum

dan

Kesenian

Anda mungkin juga menyukai