Anda di halaman 1dari 1

Analisis Lagu Ciptaan

Lagu yang saya cipta adalah berdasarkan tema kasih sayang dan gambar yang telah
saya pilih adalah seorang ibu yang memeluk anaknya dalam hati perutnya. Kasih sayang dan
perasaan cinta seseorang ibu kepada anaknya tidak terbalas dan tidak akan ternilai dengan apa
pun. Bagi saya, perjuangan seseorang ibu untuk seorang anak adalah sangat luar biasa. Oleh
itu, saya pun dapat ilham daripada gambar itu dan memulakan lagu ciptaan saya. Saya ingin
membuat satu lagu untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu saya dan juga kepada
semua ibu di dunia ini tentang kasih sayang dan juga perasaan cinta yang telah diberikan oleh
mereka kepada kita. Melalui ini, saya ingin juga membawa mesej bahawa kita sebagai seorang
anak haruslah sentiasa mengingati tentang jasa dan kesusahan seseorang ibu membesarkan
kita hingga menjadi seorang yang berguna dan berjaya dalam kehidupan. Selain itu, saya juga
berharap melalui lagu ini, remaja akan sentiasa meluangkan masa untuk menemani ibu dan
mentaati ibu mereka sepanjang masa.
Lagu ciptaan saya adalah dalam nada Eb Major yang mempunyai 3 tanda kromat iaitu
Eb, Ab dan Bb. Lagu ciptaan saya ini mempunyai 25 bar dan nilai not yang digunakan oleh saya
dalam skor lagu adalah minim, krocet, quaver dan dotted quaver. Meter untuk lagu ini adalah
4/4 dan tempo lagu ini adalah moderato yang membawa maksud sederhana. Tempo yang saya
gunakan adalah moderato kerana saya ingin membawa perasaan kasih sayang ibu terhadap
seseorang anaknya secara mendalam. Tempo yang moderato ini juga membawa suasana yang
mesra semasa seseorang ibu menjaga dan menyayangi anak mereka semasa mereka dalam
peringkat bayi.
Saya telah menggunakan 4 instrument dalam ciptaan lagu saya ini, instrument yang
digunakan oleh saya adalah piano, music box, kord dan accompaniment.

Anda mungkin juga menyukai