Anda di halaman 1dari 2

Aku sebuah kamus yang bernama “Kamus Dewan”.

Aku diperbuat daripada kertas


yang berkualiti. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang besar di Kuala Lumpur.
Setelah siap dihasilkan, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak yang besar. Aku
telah dihantar ke sebuah kedai buku “Popular”. Aku dipamerkan di rak buku yang
cantik. Aku berharga RM60. Aku juga mempunyai banyak kawan di sana seperti buku
cerita, majalah, alat tulis dan lain-lain.
Pada suatu hari, seorang lelaki masuk ke kedai untuk membeli sebuah kamus.
Setelah dia membelek-belek badan aku, dia membuat keputusan untuk membayar
harga aku di kaunter lalu membawa aku balik ke rumahnya. Lelaki itu membeli aku
kerana kualiti aku baik dan harga berpatutan.
Tuan aku bernama Philip. Tuan aku seorang yang baik hati dan penyayang. Tuan
aku sangat menyayangi aku dan menjaga aku bagai menatang minyak yang penuh.
Tuan aku membalut kulit aku dengan menggunakan pembalut buku yang cantik.
Setiap hari, tuan aku membawa aku pergi ke sekolah. Tuan aku akan menggunakan
aku untuk mencari makna perkataan, membina ayat dan membuat tugasan sekolah.
Tuan selalu memuji aku sangat berguna. Oleh itu, aku berasa selesa, bangga dan
gembira.
Aku berasa besar hati kerana mempunyai seorang tuan yang begitu baik. Aku
berjanji akan terus memberikan khidmat yang terbaik kepada tuan aku selagi
diperlukan.

Anda mungkin juga menyukai