Anda di halaman 1dari 9

Aktiviti Pengamatan Pendengaran

Membezakan perkataan kepala dan kelapa.


Langkah-langkah:
1. Guru mengajar murid sebuah lagu yang bertajuk Kelapa.
Kelapa, kelapa,
Heiyo.. heiyo.. kelapa,
K, e, ke,
L, a, la,
P, a, pa
itu kelapa.
2. Guru mengulangi langkah 1 dengan menukarkan perkataan kelapa kepada
kepala.
Kepala, kepala,
Heiyo.. heiyo.. kelapa,
K, e, ke,
P, a, pa
L, a, la,
itu kepala.
3. Guru menunjukkan gambar dan kad perkataan kelapa.
4. Guru membaca perkataan kelapa dan murid pun ikut baca berulang kali.
5. Guru menunjukkan gambar dan kad perkataan kepala.
6. Guru membaca perkataan kepala dan murid pun ikut baca berulang kali.

7. Guru menguji kefahaman murid secara lisan dengan menyebut perkataan dan
seterusnya murid menuju jari ke kad gambar yang betul.
8. Guru menguji murid secara individu dengan memberi kedua-dua kad gambar
kepada murid tersebut.
9. Apabila guru menyebut perkataan, murid dikehendaki mengangkat kad gambar
yang betul.

KELAPA

KEPALA

AKTIVITI PENGAMATAN PENDENGARAN


Tajuk Bahan: Siapa Saya?
Aktiviti: Murid mengecam bunyi yang diperdengarkan oleh
guru dengan menggoncang bekas bertutup yang mengandungi
bahan ujikaji, kemudian menyatakan gambar yang padan
dengan bunyi yang diperdengarkan.
Keistimewaan: Memberi peluang kepada murid untuk berlatih
berfikir tentang bunyi apa yang sedang diperdengarkan.
Gambar-gambar dan bunyi-bunyi yang menarik perhatian
mereka menambahkan lagi minat murid untuk fokus kepada
tajuk. Guru juga dapat mengenal pasti murid yang lemah dalam
sistem pendengarannya sebelum sesi pengajaran dan
pembelajaran bermula.
Tambahan dan pandangan: Guru-guru juga boleh
menggunakan bunyi alam yang sering didengar bagi alternatif
lain ketika ketiadaan bekalan elektrik atau pemain audio yang
mana bersesuaian dengan tajuk yang di ajar. Contohnya bunyi
haiwan, bunyi kenderaan dan lain-lain lagi.

Masalah Gangguan Pendengaran

Mereka yang mengalami masalah ini tidak dapat mendengar dengan


jelas. Gangguan seperti ini boleh diperolehi pada tahap sedikit dimana
bunyi pertuturan didengar lebih perlahan sehingga pada tahap
kepekakan yang sangat teruk. Kehilangan pendengaran disyaki jika
seseorang :
Tidak menoleh kepada sumber bunyi

Seringkali meminta penutur mengulang apa yang diperkatakan

Membuka tv terlalu kuat

Menunjukkan tanda-tanda keliru

Tidak memahami pertuturan

Meminta percakapan diulang-ulang

Bercakap dengan nada suara yang lebih kuat daripada biasa

Tidak memahami arahan yang diberikan atau silap memahami


arahan

Sukar memahami perbualan di tempat bising

Sukar memahami perbualan telefon

Toleransi terhadap bunyi bising berkurang

Suka memencilkan diri dari bergaul dan berbual

Terpaksa memalingkan kepala kearah sumber bunyi dalam usaha


untuk memahami apa yang didengar

Jenis Masalah Pendengaran


Terdapat 3 jenis masalah pendengaran iaitu :
1. Masalah pendengaran konduktif
Berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga luar
atau dalam dimana bunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar ke
telinga dalam secara efisyen kerana sumbatan atau kerosakan pada
laluan ini. Ini menyebabkan bunyi menjadi perlahan dan tidak jelas.
Contohnya

Ketiadaan lubang telinga (atresia)

Cuping telinga kecil atau tiada lubang telinga (microtia atau


anotia)

Sumbatan tahi telinga di salur telinga

Jangkitan kuman pada salur telinga

Telinga tengah dan gegendang telinga bocor atau pecah.


Kehilangan pendengaran jenis ini selalunya boleh dipulihkan secara
perubatan atau pembedahan.

2. Masalah Pendengaran Sensorineural


Berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga
dalam, tempat dimana koklea dan saraf pendengaran berada.
Masalah ini tidak dapat dilihat secara fizikal tetapi hanya dapat
dikenal pasti melalui pemeriksaan pendengaran secara menyeluruh.
Masalah ini juga disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau
laluan saraf pendengaran ke otak. Sesetengah bunyi pendengaran
kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah memahami
pertuturan. Masalah ini tidak dapat dirawat tetapi ia dapat dibantu
dengan alat bantu pendengaran.

3. Masalah Pendengaran Campuran


Berlaku apabila terdapat kehadiran kedua-dua masalah pendengaran
serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan sensorineural
hadir sama. Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah
pendengaran sensorineural juga mempunyai mampatan tahi telinga
dikategorikan sebagai mempunyai masalah pendengaran campuran.

Penyebab Masalah Pendengaran


Antara penyebab masalah pendengaran ialah :
Jangkitan telinga kronik telinga bernanah
Faktor keturunan diwarisi daripada ahli keluarga terdekat
Kecacatan kongenital
Pendedahan kepada bunyi bising yang berterusan contohnya di
kilang
Proses penuaan umur yang semakin meningkat atau tua dan
hilang deria pendengaran

Terdapat

Kelemahan

dalam

Pengamatan

Pendengaran
1.

Diskriminasi pendengaran

2.

Penerimaan pendengaran (auditori reception)

3.

Perhubungan pendengaran (auditori association)

4.

Rumusan / melengkap pendengaran

5.

Cantuman bunyi atau percantuman pendengaran

6.

Ingatan pendengaran (auditori memory)

DEFINISI
Terdapat perbezaan yang besar antara proses mendengar dan dengar.
Barker (1971) merumuskan

mendengar sebagai suatu

proses yang aktif

dan dengar adalah satu proses yang pasif.


Chuah

(1987) mengatakan

dengar

adalah satu

proses

fisiologi yang

melibatkan sistem saraf pendengaran di otak tetapi mendengar adalah satu


proses yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang psikologi.
Pendengaran ialah apa yang didengari dan ditafsirkan di otak.
Menurut Ball & Blachman, 1991:Lyon, 1998: Sthal & Murry, 1994
Pendengaran ialah keupayaan mengesan atau mengenalpasti apa
yang didengar. Kebanyakan mereka yang mempunyai masalah dari
aspek auditori, linguistik dan masalah phonologikal. Antara aspek
yang terdapat di dalam masalah pengamatan auditori ialah masalah
untuk

membezakan

bunyi,

bunyi

phonological

(diskriminasi

pendengaran), mengingat apa yang di dengar, mengingat urutan


(ingatan pendengaran) dan membentuk perkataan dari gabungan
abjad (intergrasi visual pendengaran)
Menurut Durell dan Marphy (1953), dalam kajian mereka menyatakan
kebanyakan

kanak-kanak

bermasalah

dalam

menaakul

dan

mendiskriminasikan bunyi merupakan pembaca yang terencat pencapaian


bacaannya iaitu mengalami masalah kecacatan fokus(regractive errors) dan
masalah pendengaran.
Tiga cara untuk mengenal pasti masalah ketajaman pendengaran, iaitu :
(a) meneliti petanda atau gejala
(b) memberi ujian diagnosis

(c) mendapatkan pengesahan dan rawatan doktor atau pakar perubatan.


Terdapat 5 Kelemahan dalam Pengamatan Pendengaran
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Diskriminasi pendengaran
Penerimaan pendengaran (auditori reception)
Perhubungan pendengaran (auditori association)
Rumusan / melengkap pendengaran
Cantuman bunyi atau percantuman pendengaran
Ingatan pendengaran (auditori memory)

Anda mungkin juga menyukai