Anda di halaman 1dari 1

KESIMPULAN

Sedia kita maklumkan bahawa tugasan ketiga dalam kerja kursus ini lebih terarah
kepada analisis item ujian. Bagi saya, analisis item ujian ini penting dalam membuat penilaian
terhadap sesuatu kualiti item dalam ujian tersebut. Oleh itu, terdapat beberapa perkara yang
ingin saya perkatakan terhadap tugasan ketiga ini.
Salah satu perkara yang ingin saya utarakan iaitu tugasan ketiga ini telah berupaya
mendedahkan ilmu kepada saya dalam menilai sesuatu item ujian dengan lebih terperinci. Hal
ini dapat dibuktikan melalui data-data yang dikira untuk setiap item ujian. Misalnya, pengiraan
nilai indeks kesukaran dan indeks diskriminasi. Bagi saya data-data yang dikumpul ini
mempunyai peranannya tersendiri seperti melihat serakan markah murid dan lain-lain lagi.
Selain itu, analisis item ujian ini juga mampu membuat penilaian terhadap sesuatu item
ujian dengan lebih berkesan. Penilaian yang dimaksudkan ini adalah untuk mengetahui sama
ada item tersebut merupakan item yang baik atau kurang baik. Hal ini bergantung pada hasil
dapatan terhadap indeks kesukaran dan indeks diskriminasi. Secara tidak langsung, kita
berpeluang mengetahui item yang boleh di simpan dalam bank item serta item yang harus di
gubal semula.
Saya juga merasakan bahawa tugasan ketiga ini dapat membuka ruang serta peluang
kepada saya dalam mengenal pasti pencapaian kumpulan murid yang di uji. Bagi saya, setiap
murid mempunyai aras kognitif yang berbeza antara satu sama lain. hal ini amat mempengaruhi
hasil data yang saya perolehi. Saya berpendapat bahawa saya amat berpuas hati terhadap
pencapaian kumpulan murid yang melaksanakan ujian ini. Kebiasaannya murid yang lemah
kognitifnya hanya mampu melaksanakan soalan-soalan mudah sahaja. Oleh itu, dengan
pelaksanaan tugasan ketiga ini, saya mampu berlatih dalam menyediakan soalan mengikut
tahap pemikiran murid.
Oleh itu, saya ingin mempertegaskan bahawa banyak input yang saya perolehi
menerusi pelaksanakan saya terhadap tugasan ketiga ini. Saya juga merasakan tugasan ketiga
ini mampu mendidik saya menjadi seorang guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada
masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai