Anda di halaman 1dari 100

Bola

Keranjang
Wong Siew Chin
Teoh Pei Hung
Tan Yee Jing

Sejarah Dan
Asal-Usul Bola
Keranjang

Apakah Bola Keranjang?


Satu sukan di mana dua pasukan yang setiap
pasukan mempunyai 5 orang pemain berusaha
untuk menjaringkan mata antara satu sama lain
melalui sebuah keranjang berdasarkan
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Sejarah Bola Keranjang


Bermula sejak tahun 1892.
Dicipta oleh Dr. James Naismith.
Mss. Luther H. Gulick menugaskan Naismith
untuk mencipta satu permainan berpasukan
yang boleh dimainkan semasa musim sejuk di
dalam gelanggang sesebuah bangunan.
Bola yang digunakan hanya bola sepak dan
bakul digantungkan pada dinding sebagai gol.

Asal Usul Bola


Keranjang
Tahun 1932 Persekutuan Persatuan Bola
Keranjang Amatur Antarabangsa (FIBA)
telah ditubuhkan.
Pada awalnya, pertubuhan ini hanya dianggotai
oleh lapan buah negara sahaja, tetapi kini telah
meningkat kepada 160 buah negara.
Pada tahun 1936, bola keranjang diterima
sebagai salah satu acara dalam Sukan Olimpik
di Berlin, Jerman.
Bagi wanita, permainan ini mula
dipertandingkan dalam Sukan Olimpik pada
tahun 1976.

Asal Usul Bola


Keranjang
Terdapat beberapa kejohanan bola keranjang
yang agak popular seperti Kejohanan Eropah,
Kejohanan Amerika Syarikat (NBA) dan
Kejohanan Asia.
Di samping itu, terdapat juga bola keranjang
profesional, khususnya di Amerika Syarikat.
Permainan bola keranjang ini diperkenalkan di
negara kita pada tahun 1929 oleh Inggeris.
Pada peringkat awal hanya beberapa kelab
rekreasi di bandar-bandar utama sahaja
menerima permainan baru ini.

Asal Usul Bola


Keranjang
Pada tahun 1958, MABA (Malayan Amateur
Basketball Association) ditubuhkan dan
pertandingan antara negeri bagi merebut Piala
Agung dimulakan.
Piala Agung Pertama dipertandingkan di
Kuala Lumpur pada 1958. MABA menjadi ahli
FIBA pada tahun 1959.
Pada peringkat sekolah Majlis Sukan Sekolahsekolah Malaysia telah menganjurkan Pesta
Bola Keranjang Peringkat Kebangsaan yang
pertama pada tahun 1967.

Ukuran
Gelanggang

Gelanggang

Papan Pantul

Tiang
Penyangga

Peraturan
Permainan

Peraturan
Asas

Peraturan Asas
Permainan diadili oleh 2 orang referi. Semasa
permainan sebuah pasukan diwakili oleh 5
pemainnya.
Pemain mesti menggunakan baju yang
menunjukkan nombornya di belakang dan di
depan.
Perlawanan dibahagikan kepada 2 waktu
separuh masa dan setiap separuh masa adalah
20 minit dengan 10 minit masa rehat.
1 mata untuk jaringan lemparan bebas; 2 mata
jaringan terus dan 3 mata bagi jaringan dari luar
garis lengkung.

Peraturan Asas
Referi melakukan jump ball di bulatan tengah
untuk memulakan permainan.
Selapas sesuatu jaringan, permainan diteruskan
dengan hantaran dari belakang garis
belakang oleh seorang pemain pihak yang
kena jaringan itu.
Semasa permainan berjalan adalah salah jika
seorang pemain itu memegang bola lebih
daripada 5 saat tanpa melapaskannya.
Bola mesti digerakkan ke dalam separuh
gelanggang pihak lawan dalam masa 10 saat
oleh pasukan yang menguasai bola.

Peraturan Asas
Setelah menguasai bola, pasukan itu hendaklah
membuat percubaan menjaring dalam masa 30
saat.
Seorang pemain tidak dibenarkan menghalang,
memegang, menolak, merempuh atau
melakukan sebarang kekasaran untuk menyekat
pergerakan lawannya.
Seorang pemain yang telah melakukan
kesalahan perseorangan atau teknikal sebanyak
5 kali akan dikeluarkan dari permainan itu.

Peraturan
Pemain,
Pengganti
Dan Jurulatih

Peraturan Pasukan
Setiap pasukan mesti mengandungi 12 orang
pemain dan seorang jurulatih. Salah seorang
pemain akan menjadi kapten. Jurulatih boleh
dibantu oleh seorang penolong jurulatih.
5 orang pemain akan bermain dalam setiap
permainan, pemain boleh diganti mengikut
peruntukan yang ada dalam peraturan.
Seorang pengganti hanya boleh masuk
gelanggang sebagai pemain atau seorang
pemain keluar dari gelanggang sebagai
pengganti apabila pegawai memberi isyarat.

Peraturan Pasukan
Setiap pemain mesti memakai nombor warna
padu yang berkontras dengan warna baju-T, di
depan dan di belakangnya.
Nombor-nombor mesti dilihat dengan jelas.
Seorang pengganti hanya boleh masuk
gelanggang sebagai pemain atau seorang
pemain keluar dari gelanggang sebagai
pengganti apabila pegawai memberi isyarat.
Setiap pemain mesti memakai nombor warna
padu yang berkontras dengan warna baju-T, di
depan dan di belakangnya.

Peraturan Pasukan
Nombor-nombor mesti dilihat dengan jelas.
Nombor di belakang sekurang-kurangnya 0.20m
tinggi dan lebarnya tidak kurang daripada
0.02m.
Setiap pasukan mesti menggunakan nombor 4
hingga 15.
Nombor yang sama tidak boleh digunakan
dalam satu pasukan.

Pakaian Pemain
Baju-T yang berjalur-jalur tidak dibenarkan.
Semua pemain dalam satu pasukan yang sama
mesti memakai baju-T dan seluar pendek yang
warnanya sama.
Warna pakaian akan ditukarkan jika dua
pasukan memakai warna yang lebih kurang
sama.
Pasukan-pasukan mesti mempunyai sekurangkurang 2 set pakaian, iaitu berwarna lembut dan
gelap.
Mesti memakai kasut dan sarung kaki yang
sama warna.

Tanggungjawab dan Kuasa


Kapten
Apabila perlu kapten akan mewakili pasukannya
di gelanggang.
Kapten boleh menanya seorang pegawai
berkenaan interpretasi atau untuk mendapatkan
maklumat dengan cara sopan-santun.
Jika kapten dikehendaki keluar dari gelanggang
kerana sebab-sebab tertentu, dia mesti
memberitahu referi berkenaan pemain yang
akan mengambil alih tempatnya sebagai kapten
semasa dia tiada di gelanggang.

Peranan Jurulatih
Setiap jurulatih mesti memberi satu senarai
nama dan nombor pemain-pemain yang akan
bermain dalam permainan, nama kapten
pasukan, jurulatih dan penolong jurulatih
kepada pencatat sekurang-kurangnya 20 minit
sebelum perlawanan bermula.
Sekurang-kurangnya 10 minit sebelum
permainan bermula, jurulatih akan memastikan
persetujuan mereka dengan nama dan nombor
pemain-pemain mereka dan jurulatih yang
dicatatkan, dengan menandatangani borang
skor dan pada masa yang sama menyatakan
lima pemain yang akan mula bermain.

Peranan Jurulatih
Jurulatih daripada pasukan A mesti memberi
maklumat ini dahulu.
Jurulatih atau penolong jurulatih
bertanggungjawab membuat permohonan untuk
charge time-outs.
Jurulatih akan mengarahkan pengganti
berjumpa dengan pencatat untuk memohon
bagi membuat penggantian. Jurulatih boleh
berhubung dengan pegawai-pegawai semasa
permainan.
Jurulatih boleh meneruskan tugasnya sebagai
jurulatih walaupun terpaksa keluar dari
gelanggang dengan sebab yang sah.

Peraturan
Pegawai Dan
Tugasnya

Tugas dan Kuasa Referi


Memeriksa dan bersetuju semua peralatan
termasuk jam permainan dan jam radik.
Memperkenalkan pencatat dan operator 30-saat.
Tidak membenarkan pemain-pemain memakai
barang yang mungkin membahayakan pemain
lain.
Melambung bola untuk memulakan permainan.
Memutuskan sama ada satu gol telah
dijaringkan.
Menghentikan suatu permainan jika keadaan
perlu.

Tugas dan Kuasa Referi


Memastikan sama ada suatu pasukan akan
hilang permainan itu.
Memberi keputusan di mana penjaga masa dan
pencatat tidak bersetuju.
Memeriksa dengan teliti borang skor dan setuju
skornya.
Berhak membuat sebarang keputusan dalam
hal-hal yang tidak ditetapkan dengan spesifik
dalam peraturan-peraturan.

Tugas Pegawai
Pegawai mesti meniup wisel dengan serentak
memberi isyarat tertentu untuk berhenti jam
dan diikuti dengan isyarat yang menjelaskan
keputusan.
Pegawai tidak meniupkan wisel mereka selepas
satu gol dijaringkan daripada field atau hantaran
bebas, tetapi mesti dengan jelasnya menunjuk
behawa satu gol telah dijaringkan dengan
menggunakan isyarat yang menunjukkan satu
poin, dua poin atau tiga poin.
Selepas setiap keputusan faul atau jump ball
pegawai-pegawai mesti bertukar posisi-posisi
mereka di gelanggang.

Tugas Pencatat
Pencatat merekod:

Menolak permainan selepas diarahkan oleh


referi.

Melalui tindakan-tindakannya menghalang


permainan daripada dijalankan.

Semasa bermain, bilangan pemainnya yang


berada di gelanggang kurang daripada dua.

Nama dan pemain yang akan mula bermain.

Nama pengganti yang masuk bermain.

Pencatat akan hanya membunyikan isyaratnya


apabila bola mati dan jam permainan
dihentikan, dan sebelum bola masuk semula

Tugas Penjaga Masa


Penjaga masa akan menyimpan suatu rekod
masa bermain dan masa hentian seperti yang
ditetapkan dalam peraturan.
Tugas-tugas lain penjaga masa seperti yang
ditentukan dalam peraturan-peraturan rasmi
mesti dijalankan.

Peraturan
Bermain

Peraturan Bermain
Permainan mengandungi dua separuh bahagian:
20 minit setiap bahgian dengan 10 minit masa
rehat di separuhnya.
Permainan akan dimulakan dengan jump ball di
bulatan tengah oleh referi antara dua lawan.
Kedua-dua pelompat berdiri di dalam separuh
bulatan yang lebih dekat bakul diri sendiri.
Pegawai melambung bola ke atas dengan tegak
ke satu ketinggian lebih tinggi daripada mana
kedua-dua pemain boleh mencapai melalui
lompatan.

Peraturan Bermain
Bola mesti kena tap oleh satu atau kedua-dua
pasukan selepas mencapai poin tertinggi.
Suatu pasukan akan dirampas permainannya
jika:

Menolak permainan selapas diarahkan oleh


referi.

Melalui tindakan-tindakannya menghalang


permainan daripada dijalankan.

Semasa bermain, bilangan pemainnya yang


berada di gelanggang kurang daripada dua.

Pelanggaran
Dan Penalti

Pencabulan
Suatu pencabulan adalah suatu pelanggaran
undang-undang.
Penaltinya adalah kehilangan bola oleh pasukan
yang melanggar undang-undang.

Faul-faul
Faul adalah suatu pelanggaran peraturan yang
melibatkan sentuhan sendiri dengan lawan atau
kelakuan bukan bersikap sukan.

Faul Sengaja
Faul peribadi yang dilakukan oleh seorang
pemain secara sengaja untuk menentang
seorang lawan.
Penalti: Hantaran bebas akan dihadiahkan
kepada pasukan yang disalahkan.

Double Foul
Double foul adalah dua pemain yang
bertentangan melakukan faul menentang satu
sama lain.
Permainan akan dimulakan semula.

Personal Foul
Seseorang permain tidak boleh dipersalahkan
lebih daripada lima kali.
Kali kelima pemain yang sama melakukan
kesalahan, dia tidak dibenarkan meneruskan
permainan.

Disqualifying Foul
Mengamalkan sikap yang kasar serta tidak
bersemangat sukan dalam permainan.
Dua hantaran bebas akan dihadiahkan kepada
pihak lawan.

Penalti
Jika pelanggaran peraturan hantaran bebas
dibuat oleh kedua-dua pasukan, satu jump ball
akan dilakukan.
Penalti yang berbeza diberi bergantung kepada
jenis pencabulan dan di mana ia berlaku.

Kesalahan Teknikal
Menggunakan bahasa dan gerak isyarat yang
menyinggung perasaan.
Berhubung dengan pegawai tanpa hormat.
Dua hantaran bebas akan dihadiahkan kepada
pihak lawan.

Kemahirankemahiran
Pemainan
Bola
Keranjang

Menerima Dan
Menghantar
Hantaran paras dada dengan dua belah tangan.

Menerima Dan
Menghantar
Hantaran lantun dua belah tangan.

Menerima Dan
Menghantar
Hantaran atas paras kepala.

Menerima Dan
Menghantar
Hantaran bola lisut.

Menggelecek
Menggelecek pantas

Menggelecek
Menggelecek belakang badan

Jaringan
Jaringan Statik / Jaringan Bebas

Jaringan
Jaringan Lonjak

Jaringan
Jaringan Layang

Butiran
Mengajar
Kemahiran
(Teknik
Perlakuan)

Menerima
Dan
Menghantar

Hantaran Aras Dada


Memegang bola di hadapan
badan pada aras dada dengan
kedua-dua belah tangan
diletakkan di belakang bola.
Melakukan hantaran dengan
menurunkan kedua-dua
pergelangan tangan sambil
membawa bola ke hadapan
badannya.

Hantaran Aras Dada


Kedua-dua belah
tangan pemain
memberikan
kuasa yang
sama dan
bertindak
serentak.
Melepaskan bola
dengan menolak
bola itu dengan
hujung jari.

Hantaran

Luntut

Cara perlakuan hantaran


lantun hamoir serupa dengan
hantaran aras dada.
Cuma ia lebih rendah dan
bola dilantun sekali sebelum
diterima.
Hantaran ini kerap digunakan
apabila ahli lawan terlalu
tinggi.
Hantaran lantun boleh juga
dilakukan dengan
menggunakan sebelah
tangan.

Hantaran
Hantaran ini
sesuai untuk
pemain tinggi
yang membawa
bola kepada
pemain yang
lebih rendah.
Bola diangkat
dengan keduadua belah
tangan ke
kedudukan di
atas kepala.

Aras

Kepala

Hantaran
Dari
kedudukan
tersebut bola
dihantar
kepada pemain
pasukannya
dengan
melentik
pergelangan
tangan dan
jari.

Aras

Kepala

Hantaran
Digunakan untuk
hantaran jauh,
hantaran ini
dapat
melancarkan
serangan secara
serta-merta. (fast
break)
Tangan perlu
dibawa ke
belakang
sebelum
melancarkan
serangan.

Bola

Lisut

Hantaran
Pelepasan bola
adalah seperti
hantaran /
balingan besbol.
Sekiranya
hantaran adalah
daripada satu
hujung
gelanggang ke
satu hujung lagi,
boleh gunakan
cara hantaran
lembing. (javelin
pass)

Bola

Lisut

Menggelecek

Menggelecek Pantas
Bengkokkan lutut
Beban badan
diletakkan ke
bahagian depan
kaki.
Tolak bola ke
depan sambil
melangkah ke
depan.
Gunakan jari
untuk mengawal
bola.

Menggelecek Belakang
Badan
Bersedia
dengan lutut
dibengkokkan
dan kepala
tegak.
Lantun bola ke
belakang
apabila kaki
bergerak ke
depan.
Tolak bola itu
supaya
melantun dari

Menggelecek Belakang
Badan
Mengawal bola supaya
tidak menghala ke
arah yang boleh
mengganggu kelajuan
menggelecek.
Tukar tangan dan
kepantasan
menggelecek apabila
bola telah dilantun ke
depan.
Guna jari untuk
mengawal bola supaya
maju ke depan.

Jaringan

Jaringan Statik /
Jaringan Bebas
Bersedia
Merendahkan badan
dengan cara
membengkokkan lutut.
Bola dipegang pada
paras dada.

Jaringan Statik /
Jaringan Bebas
Aksi menjaringkan bola:
Badan dan lutu
diluruskan serentak.
Pegang bola: Satu
tangan di bawah dan
satu lagi di tepi bola.
Aksi melepaskan bola
dan tangan yang
menolak bola.
Berdiri di atas bebola
kaki ikut lajak dengan ke
arah jaring.

Jaringan Lonjak
Bersedia sama
seperti jaringan
statik
Melompat dengan
kedua-dua belah
kaki.
Melepaskan bola
semasa mencapai
ketinggian
maksimum.
Ikut lajak dengan
tangan dan
mendarat.

Jaringan Layang
Melantun bola ke
arah jaring dari
sudut kanan (atau
sudut kiri).
Menangkapbola
dan mengambil
dua langkah besar
ke arah jaring.
Pada langkah ke
dua, lonjak ke atas
dengan sebelah
kaki.

Jaringan Layang
Pegangan bola di pindah ke
pegangan sebelah tangan.
Tapak tangan di bawah bola.
Semasa kemuncak lonjakan,
tolak bola ke jaring dengan
aksi pergelangan tangan dan
jari.
Guna papan pantul untuk
jaringan sudut.
Elakkan daripada
memutarkan bola.

Aktiviti Ansur
Maju Setiap
Kemahiran

Gerak Badan
Kemahiran Asas
Berlari

Memerhati lawan dan bola.

Berat badan ke depan.

Menukar arah menggunakan


langkah ke tepi.

Berat badan ke depan.

Lutut bengkok.

Gerak Badan
Aktiviti Kemahiran
Aktiviti 1 :
Murid dibahagi kepada 2 pasukan
Murid di tengah gelanggang berlari
dengan pantas ke tepi, kemudian
tukar arah menuju ke kawasan bawah
keranjang.
Murid di bahagian garisan tepi berlari
ke tengah sehingga tempat jaringan
bebas dan tukar arah menuju ke
keranjang.

Gerak Badan
Aktiviti Kemahiran
Aktiviti 2 :
Letakkan beberapa kon seperti
dalam gambar rajah yang
bertanda X.
Murid dikehendaki berlari
mengelilingi kon X seberapa
laju yang boleh.
Arah larian berbentuk Z.

Gerak Badan
Aktiviti Kemahiran
Aktiviti 3 :
Murid berpasangan berlari dari
tepi mengelilingi bulatan
tengah.
Murid belakang cuba sentuh
murid yang berlari di
depannya.
Murid yang dapat sentuh murid
depan dikira sebagai
pemenang.

Menghantar dan Menerima


Bola
Kemahiran Asas
Hantaran paras dada dengan dua belah tangan

Bersedia dengan memegang bola dengan dua


belah tangan.

Melangkah ke arah hantaran semasa melepaskan


bola.

Pegang bola atas paras dada dengan siku


menghampiri badan.

Melangkah apabila menuju ke sasaran dan


menolak tangan ke hadapan.

Menghantar dan Menerima


Bola

Gunakan ibu jari dan jari-jari lain untuk menolak


bola ke depan.

Bola dihantar ke paras dada penerima.

Tapak tangan terbuka ke tepi setelah bola ditolak


ke luar.

Menghantar dan Menerima


Bola
Kemahiran Asas
Hantaran lantun dua belah
tangan

Cara sama dengan hantaran


paras dada.

Bola dikeluarkan antara dada


dengan pinggang.

Bola dilantunkan ke lantai


jarak lebih kurang 2/3 dari
penerima.

Bola mesti lantun ke arah


pinggang penerima.

Menghantar dan
Menerima Bola
Aktiviti Kemahiran
Aktiviti 1 :
Bahagikan 2 atau 3 orang murid dalam satu
kumpulan.
Menghantar dan menerima bola dengan aneka
cara.
Jauhkan jarak dan tingkatkan kelajuan secara
ansur maju.
Mulakan dengan berdiri statik dan kemudian
secara dinamik.

Menghantar dan
Menerima Bola
Aktiviti Kemahiran
Aktiviti 2 :
Murid dibahagi kepada 4 kumpulan dan berbaris
seperti dalam gambar rajah.
Murid pertama hantar bola dan lari menuju ke
arah bulatan untuk menerima semula.
Setelah menerima, hantar lagi ke murid ke-2 dan
teruskan lari ke belakang barisan arah dia
menerima bola.
Teruskan gerakan terima-hantar tersebut
sehingga habis.

Menghantar dan
Menerima Bola
Aktiviti Kemahiran
Aktiviti 3:

Seperti dalam hantaran paras dada.

X1 hantar ke X3 dan lari masuk ke arah


keranjang.
X3 lakukan hantaran lantun ke X1.
Latihan diteruskan di sebelah kiri.

Menghantar dan
Menerima Bola
Aktiviti Kemahiran
Aktiviti 4:
X1 bawa bola .
X3 berlari ke hadapan kemudian menukar arah
menuju ke keranjang untuk menerima bola.
X1 lakukan hantaran lantun kepada X3.

Menggelecek
Kemahiran Asas
Jenis menggelecek

Bengkokkan lutut.

Beban badan diletakkan ke bahagian depan kaki.

Tolak bola ke depan sambil melangkah ke depan.

Gunakan jari untuk mengawal bola.

Bola dikawal supaya ia naik tinggi melebihi paras


pinggang.

Mengawal bola supaya tidak menghala ke arah


yang boleh mengganggu kelajuan menggelecek.

Menggelecek
Kemahiran Asas
Menggelecek Pantas

Lutut dibengkokkan supaya badan seimbang dan


rendah.

Apabila berhenti guna cara dua rentak.

Kepala tegak pandang ke arah pihak lawan.

Bola dikawal di tepi kaki belakang supaya ia jauh


dari pihak lawan.

Tangan yang bebas mesti melindungi bola.

Mengawal bola dengan jari.

Menggelecek

Menggelecek bola setinggi paras pinggang.

Perhatikan pergerakan pihak lawan.

Tukar arah atau tukar tangan jika perlu.

Menggelecek
Aktiviti Kemahiran
Aktiviti 1:
Bahagikan murid dalam dua kumpulan. Aturkan
kumpulan di kedua-dua sisi gelanggang.
Letakkan dua buah kon di tengah gelanggang
seperti dalam gambar.
Murid akan menggelecek bola menuju sebelah
luar kon seolah-olah hendak melepasi dari arah
luar.
Tukar arah secara tiba-tiba dan menggelecek
bola melepasi kon dari dalam.Lakukan
menggelecek putar balik ke belakang.

Menggelecek
Aktiviti Kemahiran
Aktiviti 2:
Murid menggelecek dari hujung gelanggang
mengikut garisan sisi ke tengah gelanggang.
Hantar bola ke murid yang berada di sudut
gelanggang.
Terima bola dari murid tersebut dan
menggelecek melepasi rintangan.
Lakukan jaringan layang.

Menggelecek
Dapatkan ambul dan gelecek
ke tepi.
Hantar ke murid yang berada
dalam bulatan tengah.
Terima hantaran dari murid
tengah dan menggelecek
melepasi rintangan.
Lakukan jaringan layang.
Ubah posisi dan teruskan
aktiviti.

Menjaring (Statik)
Kemahiran Asas
Cara menggunakan
papan tampan
untuk menjaringkan
gol semasa berada
di bawah papan
tampan.

Paras jaringan yang


terlalu tinggi.
Paras jaringan yang
paling sesuai.
Paras jaringan yang
terlalu rendah.

Jaringan Statik/
Jaringan Bebas
Kemahiran Asas
Kaki dibuka selebar bahu, lutut bengkok sedikit.
Sebelah kaki yang sama dengan tangan
jaringan berada sedikit di depan.
Kaki dan bahu menghadap ke keranjang
dengan lutut dibengkokkan.
Tangan bebas membantu memegang bola.
Mata pandang ke sasaran.

Jaringan Statik/
Jaringan Bebas
Tolakkan akan membantu tangan menjaringkan
bola ke keranjang.
Pergelangan tangan akan dikilaskan dan jari
ikut ke arah keranjang.
Ketinggian bola patutlah tidak melebihi tinggi
papan tampan.

Jaringan Statik/
Jaringan Bebas
Aktiviti Kemahiran
Aktiviti 1:
Bahagikan murid dalam dua kumpulan.
Aturkan kumpulan murid di kedua-dua sisi
gelanggang.
Letak 2 buah kon di tengah gelanggang seperti
dalam rajah.

Jaringan Statik/
Jaringan Bebas
Murid akan menggelecek bola menuju ke
sebelah luar kon seolah-olah hendak
melepaskan diri dengan arah tersebut.
Tukar arah secara tiba-tiba dan menggelecek
bola dengan lakukan menggelecek putar balik
ke belakang untuk melepasi kon tersebut dari
dalam.

Jaringan Statik/
Jaringan Bebas
Aktiviti Kemahiran
Aktiviti 2:
Murid menggelecek bola dari hujung
gelanggang mengikut garisan sisi ke tengah
gelanggang.
Sebaik saja tiba di tengah gelanggang hantar
bola kepada murid X1 yang berada di sudut
pepejuru gelanggang.

Teruskan larian menuju ke sudut 45 darjah dan


terima bola dari murid X1 tadi, menggelecek
melepasi rintangan dan lakukan jaringan
layang.

Jaringan Statik/
Jaringan Bebas
Dapatkan ambul dan menggelecek ke tepi, lalu
hantar bola kepada murid X2 yang berada
dalam bulatan tengah gelanggang.
Teruskan larian dan terima hantaran dari murid
X2, lalu menggelecek bola melepasi rintangan
dan melakukan jaringan layang.

Rawatan
Kecederaan
Sukan
(RICE /
TOTAPS)

R.I.C.E.
R
R Untuk Rest bermaksud rehat. Rehat dari bersukan dan rehatkan
bahagian yang tercedera, kekal berada di tempat yang terlibat dalam
kedudukan yang selesa dan tidak mengerakkan bahagian tersebut bagi
mengelak rasa sakit dan kecederaan yang lebih teruk.

I
I Untuk Ice bermaksud ais. Anda perlu letakkan ais di
bahagian yang tercedera. Ais akan menyebabkan pengecutan salur
darah, ini boleh menghadkan pendarahan dan proses bengkak. Ais
juga boleh mengurangkan rasa sakit.

C
C - Untuk Compression bermaksud memberikan tekanan.
Balut bahagian yang tercedera dengan pembalut atau bandage,
bagi mengelakkan bengkak. Semakin kurangnya bengkak semakin
kurangnya rasa sakit dan ini mempercepatkan proses
penyembuhan. Jangan balut terlalu ketat

E
E Untuk Elevation bermaksud ampu sedikit tinggi.
Ampu bahagian yang tercedera tinggi sedikit dari paras
jantung, ini mampu mengurangkan bengkak/oedema. Anda
dinasihatkan untuk membuat ampuan sekerap mungkin

T.O.T.A.P
.S

T.O.T.A.P.S adalah satu


kaedah membuat penilaian
terhadap kecederaan
mangsa.

T= Talk (Bercakap)
Bercakap dengan mangsa yang mengalami kecederaan.Bolehkah
mangsa itu bercakap? Tanya mangsa ; Tujuannya mengetahui
serba sedikit latar belakang kemalangan dan keadaan mangsa
seperti : Di mana bahagian yg sakit / tempat tercedera? .....
peringkat kesakitan ! Bagaimana dengan penglihatan (kabur atau
Jelas)? ..... boleh dengar atau tidak !
O= Observe (Melihat Keadaan)
Lihat, perhatikan dan periksa tempat kecederaan dan
keadaan mangsa seperti di bahagian kepala dan kulit (lebam,
bengkak atau pendarahan) , perubahan suhu badan serta
pernafasan dan denyutan nadi (nomal atau tidak). Perhatikan
dan pastikankan darjah kecederaan mangsa

T= Touch (Sentuh)
Sentuh bahagian yang cedera dengan perlahan dan berhati-hati.
Periksa sebarang bengkak atau defomiti yang dialami anggota
badan yang terlibat . Beritahu dulu mangsa sebelum memeriksa
dan menyentuh bahagian tercedera, ini mengelakkan mangsa
terkejut dengan sentuhan tersebut.

A= Active Movement (Pergerakan Aktif)


Arahkan dan minta mangsa supaya menggerakkan
anggota badan yg cedera seperti tangan, kaki dan kepala;
tujuannya mengesan tahap kecederaan. Mangsa akan
melakukan pergerakan sendiri secara aktif tanpa bantuan
individu lain. Sekiranya mangsa rasa sakit, rujuk kepada
pakar perubatan dgn segera

P= Passive Movement (Pergerakan Pasif)


Bantu seandainya mangsa tersebut tidak dapat menggerakkan
bahagian anggotanya sendiri. Beritahu mangsa tersebut bahawa
kita hendak membantunya untuk menggerakkan anggotanya.
Bantu mengerakkan bahagian yang cedera secara perlahanlahan ; tujuan untuk memeriksa/menentukan tahap
kecederaan/kesakitan yg diialami. Regangkan otot dan benarkan
bermain semula jika pasti kecederaan tidak serius.
S= Skill (Kemahiran)
Arahkan mangsa melakukan pergerakan asas seperti berdiri,
berjalan, berlari dan melompat sambil melakukan kemahiran
permainan yg mudah untuk memastikan tahap kecederaan
yg dialami. Jika berasa sakit, bawa mangsa ke hospital atau
klinik untuk mendapatkan rawatan doktor atau paramedik.
Jika tiada tanda berlakunya kecederaan yg khusus, benarkan
mangsa meneruskan aktiviti.

Terima Kasih!

Anda mungkin juga menyukai