Anda di halaman 1dari 3

HeadCount - Penilaian Berterusan Prestasi Pelajar

HeadCount - Saya lebih suka bertanggapaan begini, tidak mungkin ada guru yang masih
tidak tahu (mungkin masih ada yang kurang jelas) apakah makna HeadCount. Kalau
diterjemahkan secara terus dalam bahasa Melayu ia bermaksud (Ngitung palak atau
Bilang kepala). Kali ini saya bercadang untuk menulis sedikit perkara yang berkaitan
dengan HeadCount supaya kita lebih jelas apakah HeadCount,
apakah rasionalnya,kepentingan dan significantnya dalam proses guru menilai prestasi
pelajar di sekolah.
HeadCount bermaksud membilang individu dalam satu kumpulan mengikut syarat yang
ditetapkan. Inventori HeadCount ini dapat membantu sesebuah organisasi untuk
membuat keputusan dan merancang aktiviti untuk penambahbaikan individu dan
organisasi. Di sekolah, HeadCount boleh digunakan untuk memantau pencapaian pelajar
secara berfokus mengikut mata pelajaran, kelas dan individu.
HeadCount prestasi pelajar dalam penilaian atau peperiksaan dapat membantu guru
mengenalpasti potensi akademik setiap pelajar. Dapatan analisis HeadCount boleh
digunakan untuk menjalankan aktiviti "post-mortem" dengan lebih berfokus selepas
sesuatu peperiksaan utama dan merancang strategi yang lebih sesuai dan ampuh untuk
meningkatkan prestasi akademik pada masa hadapan.
Bagi guru dalam bilik darjah, maklumat HeadCount prestasi pelajar boleh membantu
guru membuat diagnosis yang lebih tepat mengenai kelemahan pembelajaran
pelajarnya. Berdasarkan maklumat HeadCount, guru dapat menyenaraikan dan
menetapkan unjuran pencapaian mata pelajaran bagi setiap pelajar di dalam kelas. Guru
dapat mengenal pasti dan menentukan ciri-ciri keupayaan pembelajaran bagi setiap
pelajar. Pendekatan guru mengajar juga akan menjadi lebih terancang dan mudah
dengan melihat daerah kelemahan pelajar mereka.
Pada umumnya, modus operandi HeadCount merangkumi lima proses utama:
1. Menentukan nilai letak kerja atau Take-Off Value (TOV) bagi setiap pelajar dalam
setiap mata pelajaran yang diambil. Nilai TOV lazimnya berasaskan keputusan
Peperiksaan Akhir Tahun bagi tahun sebelumnya. Bagi pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan
4 atau Tingkatan 6 Rendah, keputusan ujian bulanan atau Peperiksaan Pertengahan
Tahun boleh digunakan.
Nilai TOV merupakan prestasi pelajar sedia ada. Selepas diadakan pengajaran dan
pembelajaran dalam tempoh tertentu dan juga setelah program peningkatan akademik
dijalankan, prestasi pelajar dijangkakan (diharapkan) akan meningkat. Prestasi pelajar
yang disasarkan bagi setiap mata pelajaran pada hujung tahun dikenali sebagaiExpected
Targeted Result (ETR)
Nilai TOV ialah maklumat yang utama dalam HeadCount kerana nilai-nilai lain seperti
ETR bergantung kepada TOV. Mata pelajaran yang dipelajari dalam suatu tingkatan
diperoleh dari yang terdapat dalam data TOV.
2. Menentukan nilai ETR bagi setiap pelajar dalam setiap mata pelajaran yang diambil.
Untuk menetapkan ETR setiap mata pelajaran bagi setiap pelajar, guru perlu terlebih
dahulu menentukan peratusan peningkatan daripada nilai TOV. Dua kaedah disediakan
untuk menentukan peratusan peningkatan dan seterusnya ETR:

Merujuk kepada suatu penanda aras dalaman (internal benchmark) seperti


keputusan peperiksaan awam yang terbaik bagi sekolah bagi lima tahun terakhir. ATAU

Menentapkan secara arbitrari peratusan peningkatan mengikut kehendak sekolah


atau pihak atasan.
3. Menentukan OTI (Operational targeted increment) berdasarkan bilangan penilaian
yang akan diadakan dalam setahun. OTI menunjukkan peningkatan hasil pembelajaran
yang diharapkan dengan merujuk kepada beberapa kali penilaian sebelum mencapai
ETR. Ia bergantung kepada nilai TOV dan ETR bagi setiap mata pelajaran.
Misalan, jika tiga kali penilaian akan diadakan, maka secara purata pelajar diharapkan
akan menunjukkan peningkatan sebanyak satu pertiga jumlah peningkatan itu dalam
setiap kali penilaian.
4. Memasukkan markah mata pelajaran selepas setiap kali penilaian.
Markah penilaian pelajar sebenar disebut sebagai Actual Targeted Result (ATR). Apabila
berbanding dengan OTI, keputusan ATR mencerminkan setakat mana sasaran telah
tercapai selepas penilaian yang dijalankan. Jika tiga kali penilaian digunakan, maka tiga
nilai ATR akan dimasukkan pada hujung tahun.
Perbezaan antara ATR dan ETR yang positif menandakan sasaran sudah tercapai dan
nilai negatif menunjukkan usaha guru dan pelajar perlu digandakan lagi sebelum sasaran
dapat dicapai.
5. Mengadakan Post-mortem dan mengambil tindakan susulan.
Post-mortem hendaklah diadakan setiap kali selepas penilaian oleh guru mata pelajaran
atau panitia mata pelajaran untuk menganalisis keupayaan guru mengajar, keupayaan
murid belajar, kualiti soalan (dengan melakukan analisis item dalam Jadual Spesifikasi
Ujian) dan keberkesananan program pemulihan dan pengayaan yang lepas.
Dapatan daripada analisis HeadCount dan Post-mortem kemudian digunakan untuk
mengadakan tindakan susulan untuk mengenal pasti pelajar yang masih tidak
menguasai suatu konsep atau kemahiran dan membuat penambahbaikan kepada
program asal jika perlu. Pada masa yang sama, strategi pengukuhan, pengayaan dan
pemulihan boleh dirancang dan diubahsuaikan untuk menuju kepada pencapaian sasaran
yang dikehendaki.
Sekadar untuk melontar sedikit pertanyaan...

Adakah semua guru sudah benar-benar memahami proses pelaksanaan


HeadCount tersebut?

Adakah semua maklumat berkaitan HeadCount dalam pengetahuan dan


pemahaman guru atau berlaku kecairan atau ketirisan.

Adakah guru hanya melakukan proses Key-in markah yang diperlukan dalam
perisian yang disediakan dengan berpandukan arahan dari semasa kesemasa oleh pihak
pengurusan sekolah.

Adakah dapatan analisis dan Post-mortem telah dibuat dan tindakan susulan
telah dilakukan? (Ada analisis selepas tindaksusul?)

Adakah pembentangan dapatan daripada analisis dilakukan atau direkodkan


begitu sahaja.

Berapa ramai guru yang mempunyai maklumat yang lengkap tentang HeadCount
yang telah dijalankan di sekolah. (Mempunyai maklumat dan pengetahuan berbeza
dengan maklumat ada dalam fail)

Berapa ramai guru yang boleh akses terhadap data atau maklumat yang
berkaitan dengan dapatan HeadCount di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai