Anda di halaman 1dari 4

TEKNIK KASUKI MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM BACAAN

oleh:

NUR AIN BINTI ZAKARIA

PENGKHUSUSAN PENDIDIKAN PEMULIHAN


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

ABSTRAK
Penyelidikan kajian tindakan ini di rancang untuk meninjau sejauh mana
keberkesanan teknik KASUKI dalam mengatasi masalah bacaan murid. Kajian
ini melibatkan seorang murid pemulihan khas bahasa Melayu darjah tiga di
sebuah sekolah di daerah Kuala Langat. Responden ini dipilih berdasarkan ujian
diagnostik, temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Tinjauan awal
menunjukkan bahawa responden mempunyai masalah untuk membaca
perkataan kvk+kv+kvk. Responden sering meninggalkan huruf ketika
membaca perkatan tersebut dan tidak boleh mengadun lebih daripada dua
suku kata dengan baik. Oleh itu, teknik KASUKI diaplikasikan untuk mengatasi
masalah tersebut. Dapatan kajian menunjukkan responden mampu membaca
perkataan kvk+kv+kvk dengan baik setelah teknik KASUKI digunakan.
Pengumpulan data bagi kajian ini dilakukan menggunakan ujian diagnostik,
pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan membantu murid-murid Pemulihan Khas membaca dan
mengingat perkataan KVK+KV+KVK dengan baik. Secara khususnya objektif
kajian ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran membaca menggunakan
Teknik yang senang dan mempertingkatkan keyakinan diri supaya dapat
membaca dengan lancar.

1) Membantu murid mengeja dan membatangkan suku kata KVK+KV+KVK


dengan betul.
2) Membantu murid menguasai Perkataan KVK+KV+KVK dengan Teknik
KASUKI:Terukir di Bintang
3) Mengubah cara pengajaran guru supaya
pembelajaran adalah menyeronokkan.

murid

merasakan

proses

SOALAN KAJIAN
Antara persoalan yang timbul apabila melakukan kajian terhadap masalah ini
adalah:
1)

Apakah masalah yang dihadapi murid ketika membatangkan


KVK +KV+KVK?

suku kata

2) Bagaimanakah Kaedah Terukir di BIntang ini dapat membantu murid


menguasai kemahiran membaca suku kata KVK+KV+KVK dengan sebutan
dan tulisan yang betul?
3) Adakah Kaedah Terukir di Bintang dapat meningkatkan amalan pengajaran
saya sebagai seorang guru Pemulihan Khas?

KUMPULAN SASARAN

Seorang murid lelaki pemulihan tahun 3 di daerah Kuala Langat Selangor.

PELAKSANAAN TINDAKAN
Langkah 1
Dalam langkah pertama iaitu interaksi Pengajaran dan Pembelajaran p&p
murid akan dilayangkan kad imbasan yang mengandungi gambar untuk
mewakili perkataan KVK+KV+KVK. Murid diminta menyebut gambar yang
ditunjukkan oleh guru. Murid kemudian dilayangkan kad imbasan perkataan.
Kemudian murid dilayangkan kad imbasan suku kata.
Langkah 2

Langkah kedua yang dibuat ialah susun perkataan KVK+KV+KVK iaitu susun
botol huruf di dalam bekas susunan yang disediakan berdasarkan gambar pada
botol.
Langkah 3
Murid diminta meletakkan botol di jari dan mengira menggunakan jari
perkataan KVK+KV+KVK.

CARA PENGUMPULAN DATA


Saya telah menggunakan empat Instrumen pengumpulan data iaitu
menggunakan ujian diagnostik temu bual, pemerhatian dan analisis lembaran
kerja. Ujian diagnostik dilaksanakan sebelum kajian dijalankan bertujuan untuk
mengetahui kelemahan dan kekuatan responden kajian. Temu bual telah
dijalankan sebelum dan selepas kajian dilaksanakan manakala pemerhatian
berbentuk senarai semak telah dijalankan sebanyak dua belas kali sepanjang
sesi p&p. Pemerhatian telah dijalankan sepanjang kajian tindakan dijalankan.
Analisis lembaran kerja juga telah dilakukan sebanyak 12 kali semasa kajian
dijalankan.
CARA ANALISIS DATA
Hasil daripada data yang telah dianalisis, kajian ini telah berjaya menjawb
persoalan kajian dan mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan kajian.
Analisis ujian diagnostik juga menunjukkan
kelemahan responden pada
kemahiran yang ke lima belas iaitu perkataan KVK+KV+KVK . Temu buala
sebelum dan selepas yang dijalankan menujukkan perkembangan positif
responden selepas teknik KASUKI diaplikasikan. Analisis data setiap instrumen
menggunakan graf menujukkan peningkatan dalam kajian ini iaitu sebanyak 12
kali pemerhatian dilakukan iaitu pemerhatian dilaksanakan dari segi aspek
tingkah laku, minat dan juga kemahiran murid menujukkan perubahan selepas
teknik KASUKI diaplikasikan kepada responden. Manakala lembaran kerja
dilaksanakan juga menujukkan peningkatan iaitu daripada 17% sehingga 100
% peningkatan.

DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan hasil anlisis data, kajian ini telah berjaya menjawab persoalan
kajian dan seterusnya objektif kajian. Masalah membaca perkataan
KVK+KV+KVK yang dihadapi oleh murid dapat diatasi. Berdasarkan graf
analisis lembaran kerja murid terdapat peningkatan iaitu daripada 17%
sehingga 100%. Murid dapat membaca dua belas perkataan yang diberikan
dalam lembaran kerja dengan betul pada akhir kajian dijalankan. Pada akhir

kajian juga murid menunjukkan keseronokan dalam melaksanakan teknik


KASUKI. Tingkah laku, minat dan kemahiran murid juga menunjukkan
peningkatan sehingga kajian tamat. Kajian ini juga membantu guru
menambahbaik amalan pengajaran dalam membantu murid dalam p&p.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Cadangan pertama iaitu meletakkan nombor pada bahagian bulatan supaya


responden tidak terkeliru dan dapat menyusun botol dengan lebih teratur.
teknik KASUKI ini dapat digunakan dalam pengajaran secara berkumpulan dan
juga individu. Seperti mana dalam kelas Pemulihan Khas, terdapat kumpulan
yang mempunyai beberapa orang murid atau seorang murid yang ditempatkan
mengikut masalah mereka. Cadangan ketiga saya adalah, menerapkan
penggunaan
multimedia
interaktif
semasa
proses
p&p
contohnya
menggunakan multimedia interaktif semasa menujukkan kad Imbasan.
aCadangan keempat saya ialah penggunaan token juga saya rasakan dapat
membantu guru dalam mengubah tingkah laku murid semasa membaca
perkataan KVK+KV+KVK. Semasa guru menggunakan teknik KASUKI, guru
boleh memberikan token seperti satu botol susunan dan setiap kali murid
berjaya menguasai p&p murid akan diberikan pelekat untuk untuk diletakkan
pada botol susunan

Anda mungkin juga menyukai